Saturday, January 15, 2011

Majlis perkahwinan Abdul Taib meriah


ABDUL Taib Mahmud memimpin Ragad Waleed Alkurdi memasuki Kompleks Dewan Undangan Negeri pada majlis perkahwinan mereka di Petra Jaya, Kuching, Sarawak malam tadi

KUCHING 15 Jan. - Majlis perkahwinan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi berlangsung dalam suasana meriah di Petra Jaya, malam ini.

Bertempat di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baru, majlis bermula pukul 9.15 malam apabila kedua-dua mempelai diiringi masuk ke dewan persandingan bersama tetamu kehormat.


Meskipun diadakan secara tertutup, majlis berkonsepkan perkahwinan ala Inggeris yang mendapat sentuhan perunding terkenal, Datuk Raja Rezza Shah itu dihadiri 460 tetamu dari dalam dan luar negara.


Antara orang kenamaan yang hadir ialah Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Norkiah serta Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.


Turut hadir memeriahkan majlis ialah ahli keluarga pengantin perempuan, beberapa Menteri Kabinet dan negeri, ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta pembesar negeri.


Pada majlis itu, anak kedua Abdul Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir menyampaikan ucapan ringkas dan latar belakang pasangan itu serta mengucapkan selamat hari lahir kepada Ragad yang menyambut ulang tahun kelahirannya hari ini.


"Saya juga ingin berkongsi dengan anda mimpi Puan Sri Ragad kira-kira lima bulan yang lalu. Beliau bermimpi dilamar oleh Raja Arab Saudi, Raja Abdullah dan dibawa pergi dengan menaiki sebuah Rolls Royce," katanya.


Sebelum majlis berakhir, Abdul Taib yang segak mengenakan tuksedo hitam manakala isterinya mengenakan gaun malam serba putih menyempurnakan upacara memotong kek setinggi lima tingkat.


Abdul Taib diijabkabulkan dengan Ragad yang berasal dari Syria pada 18 Disember lalu di kediamannya di Demak Bharu di sini sekali gus menamatkan zaman duda selepas kematian Puan Sri Laila Taib akibat kanser pada April lalu.


Beliau yang berkahwin dengan Laila pada 1959 dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Jamilah, Mahmud Abu Bekir, Sulaiman Abdul Rahman dan Hanifah serta 15 cucu.


Komen : Taraf Abdul Taib Mahmud setaraf dengan Raja Arab Saudi. Beruntungnya menjadi pemimpin Malaysia

Wednesday, January 5, 2011

Gambar Isteri Muda

Tahniah dan bertuah, Ketua Menteri Sarawak yang sentiasa mendapat pasangan luar negara.

isteri taib mahmud,isteri muda taib mahmud

Kami berjaya menjumpai gambar isteri muda juga isteri baru Taib Mahmud. Ketua Menteri Sarawak berumur 74 tahun itu melangsungkan perkahwinan dengan isteri baru berketurunan Lubnan, di khabarkan umurnya adalah di antara 28 atau 29 tahun dalam sebuah majlis pernikahan tertutup, dihadiri oleh kira-kira 200 orang terdiri dari kalangan keluarga terdekat serta kenalan rapat. Nama isteri baru Taib Mahmud (isteri muda) masih lagi dirahsiakan sehingga kini. Ramai tertanya, kenapa dirahsiakan sebegitu rupa? Namun, kita perlu hormati Taib Mahmud. Dia juga memerlukan seseorang untuk menjadi penyeri hidupnya. Rantai berlian yang dipakai oleh gadis Lubnan dalam upacara pernikahan Taib Mahmud menjadi isu terbesar di Sarawak, kononnya rantai bernilai puluhan ribu ringgit.

[ melalui Sarawak Report ]

Tuesday, December 28, 2010

Peristiwa Yang Menmcederakan Sahabatku

Penulis dikejutkan dengan panggilan talifon yang memaklumkan bahawa sahabat setugasku terlibat dalam kemalangan jalan raya. Peristiwa tersebut berlaku ketika cikgu Noor Hisam dalam perjalanan dari Kota Bharu menuju Kuala Lumpur untuk kembali bertugas. Bas yang bertolak pada jam 11.00 malam itu terbabas lebih kurang jam 5.00 pagi telah mengakibatkan sdr Noor Hisyam patah tulang rusuk dan luka-luka di kepala. Berikut sedutan laporan Sinar Harian

Bas Melambung


RAUB – Suasana selepas hujan mungkin antara faktor mengakibatkan pemandu bas ekspres dua tingkat dari Kota Bharu gagal mengawal kenderaan sebelum terbabas dan terbalik ke kanan jalan di Kilometer 363 Jalan Raub–Bentong, semalam.

Pengalaman berhadapan saat cemas semasa dalam perut bas dikongsi seorang penumpang yang berasal dari Kampung Tok Malek, Wakaf Baru, Kelantan.


Anis Akmal Ruslan, 17, dalam perjalanan ke rumah ibu saudaranya bersama sepupunya, Nor Azunaini Amran, 22.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Baru itu berhasrat menemani Nor Azunaini untuk menghadiri temu duga kerja di Kuala Lumpur.

“Semasa kejadian saya sedang tidur dan hanya menyedari berlaku kemalangan ketika badan terasa melambung.

“Dalam sekelip mata sahaja bas sudah pun terbalik dan kedudukan saya di bahagian tingkat atas sebelah kanan bas menyebabkan saya terhimpit,” katanya yang cedera ringan.

Sepupunya, Nor Azunaini berkata, dia tidak menyangka tindakan mengajak Anis Akmal menemaninya ke Kuala Lumpur berakhir terkandas di Raub selepas terbabit dalam kemalangan itu.

Katanya, itu adalah kali pertama Anis Akmal menaiki bas ekspres dua tingkat dan bimbang mendatangkan trauma kepadanya.

“Saya harap kami berdua selamat dan difahamkan syarikat bas berkenaan akan membawa kami ke destinasi menggunakan bas lain dari Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi penumpang dari Pasir Mas, Kelantan turut mengakui tertidur selepas melalui pemeriksaan Penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Benta.

Nor Amani Che Md Nor, 23, seorang guru di Klang berhasrat menghadiri mesyuarat di sekolah tempatnya mengajar.

“Walaupun berhadapan saat cemas dan panik, saya bersyukur terselamat dan hanya menjalani pemeriksaan di hospital sahaja,” katanya.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008