Saturday, October 30, 2010

Konsep Federalisma Islam Ganti Autonomi

Konsep keadilan Islam sesuai diterapkan dalam pentadbiran dan pemerintahan khususnya perkara yang berkaitan pengagihan hasil bumi antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Kebajikan rakyat sesebuah negeri yang mengeluarkan hasil lebih perlu diutamakan berbanding kerajaan persekutuan.


Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ketika berucap dalam Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah di Dewan Hakka, Sandakan telah menjelaskan hasil negeri mesti digunakan untuk membasmi kemiskinan sesebuah negeri sebelum diserahkan kepada kerajaan Persekutuan untuk diagih-agihkan. Ini dengan mengambilkira konsep hasil zakat yang tidak boleh dibawa keluar dari negeri selagimana tidak selesai masalah kemiskinan dalam negeri tersebut.

" Pelik bagi sebuah negeri yang kaya dengan hasil petroleum, kelapa Sawit dan hasil bumi yang lain tetapi menjadi negeri yang termiskin di Malaysia, ini mestilah ada hubungkait dengan salah urus", ujur Hj Abdul Hadi ketika mengulas, tuntutan autonomi dan janji Pakatan Rakyat untuk memberikan 20% royalti minyak kepada Sabah sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. Konsep fedelisma Islam lebih tepat dan tidak membebankan rakyat bahkan bersifat murunah.

Beliau juga mengingatkan pemimpin supaya sedar mereka adalah pemegang amanah kepada harta negara seperti tanah. Mereka bukan tuan tanah. Peneroka tanah mesti diberi hak milik selagi mana mereka tidak meneroka hak orang lain. Malah sekiranya, kerajaan memerlukan tanah tersebut, pampasan wajib dibayar.Ingatan Abdul Hadi itu disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.

Itulah keadilan Islam yang tidak bersifat beku dan kaku malah pro aktif sehingga mampu menyelamatkan manusia daripada ditindas oleh penguasa yang rakus. Justeru itu, rakyat memerlukan pemimpin yang alim, bijaksana dan amanah.

Amanah Kepimpinan

Bertakwalah kepada Allah dan ingatlah bahawa Allah s.w.t tidak menjadikan manusia di atas muka bumi ini dengan sia-sia. Bahkan manusia diciptakan untuk menjalankan satu amanah daripada Allah s.w.t iaitu sebagai khalifah. Manusialah satu-satunya makhluk yang menyatakan kesanggupan untuk menjalankan amanah ini.

Firman Allah s.w.t:
"Sesungguhnya kami telah mengemukakan tanggungjawab amanah ini kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya). Maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan (pada ketika itu) manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya tabiat kebanyakkan manusia itu suka melakukan kezaliman dan suka pula berbuat perkara-perkara yang tidak patut
dilakukan". Al-Ahzab ayat 72

Saudaraku kaum muslimin sekalian,

Kesemua manusia adalah pemimpin dan di akhirat kelak semua pemimpin ini akan ditanya, disoal, dibicarakan dalam melaksanakan amanah ini. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w menerusi hadisnya riwayat Bakhari dan Muslim yang bermaksud :
"Setiap kamu adalah pemerintah dan setiap kamu akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya. Seorang imam (pemimpin negara) adalah pemerintah dan akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya. Seorang lelaki (suami) adalah pemimpin terhadap ahli keluarganya dan akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya, seorang isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya. Seorang khadam (pembantu) adalah pemimpin terhadap harta tuannya (majikannya) dan dia akan ditanya dari hal apa yang diperintahkan kepadanya, dan (kesimpulannya) setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya dari hal apa yang kamu pimpinkan".


Sidang hadirin sekalian,

Seseorang yang dipilih sebagai pemimpin hendaklah sedar bahawa kepimpinan adalah amanah daripada Allah s.w.t. Jika dia berjaya menunaikan amanah ini dengan penuh tanggungjawab dan adil terhadap orang bawahannya, maka pemimpin ini, akan mendapat naungan Allah s.w.t diakhirat kelak. Bahkan dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w menyatakan:
"Sesungguhnya orang-orang yang melakukan keadilan (ketika hidup dimuka bumi) akan dimuliakan disisi Allah s.w.t (di akhirat kelak) dengan ditempatkan diatas minbar-minbar daripada nur (cahaya)....."


Sebaliknya sekiranya seorang pemimpin itu gagal menunaikan amanah ini , dengan melakukan penyelewengan, kezaliman, penyalahgunaan kuasa, pecah amanah, rasuah dan sebagainya, maka takutlah dengan amaran Rasulullah s.a.w:
"Manusia yang paling dasyat seksaannya (di dalam neraka) pada hari kiamat ialah pemimpin yang zalim". Riwayat At-Tabrani


Bagi menyelamatkan pemimpin-pemimpin yang memiliki kuasa di atas muka bumi ini, maka Allah menegaskan supaya mereka melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan bersungguh-sungguh, menerusi firmannya yang bermaksud:
"Mereka (umat Islam) yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah dibumi, nescaya mereka mendirikan solat serta mengeluarkan zakat, dan menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perbuatan yang munkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan".


Tanggungjawab bagi seseorang pemimpin itu hendaklah:


1. Memastikan ibadat solat menjadi keutamaan bagi dirinya dan seluruh rakyatnya.

2. Menguruskan urusan zakat dan kewangan dengan jalan yang diredhai Allah s.w.t.Memastikan sumber pendapatan rakyat dan negara bersih daripada sebarang sumber yang diharamkan oleh Allah.

3. Menitikberatkan soal Amar Makruf dan Nahi Munkar, yakni mendidik rakyatnya supaya sentiasa mematuhi perintah Allah s.w.t dan meninggalkan larangannya.

4. Pemimpin seharusnya mengutamakan al-quran dan sunnat sebagai rujukkannya dalam menyelesaikan apa jua permasalahan yang timbul.


Dalam menghuraikan perkara ini, Syeikh Mustafa Muhammad Attohhan didalam bukunya (Syahsiatul Muslimul Muasiri) menyenaraikan beberapa amanah yang perlu dipikul oleh para pemimpin, antaranya :

1. Menegakkan syariat Allah berpandukan apa yang telah diturunkan oleh Allah.

2. Menegakkan keadilan dikalangan manusia tanpa mengira warna kulit dan bangsa.

3. Mengambil tahu dan perhatian terhadap permasalahan rakyat.

4. Membangunkan negara dengan jaminan pendidikan dan kesihatan.

5. Membuka ruang perdagangan,perusahaan dan pertanian.

6. Menjamin hak asasi manusia dan hak persamaan mereka disisi undang-undang dan seterusnya menjamin kebebasan mengeluarkan pendapat dikalangan rakyat jelata.


Kaum muslimin sekalian,

Apabila seseorang itu dilantik atau dipilih sebagai pemimpin, maka itu sebenarnya bukanlah satu berita gembira baginya. Kepimpinan bukan satu kebanggaan, bukan satu kehebatan dan bukan pula satu perkara yang menyeronokkan,tetapi kepimpinan adalah amanah Allah s.w.t yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab. Kepimpinan bermakna seseorang itu menerima bebanan besar dan akan dibicarakan oleh Allah s.w.t di Padang Mahsyar kelak.


Justeru, apabila seseorang itu dilantik sebagai pemimpin, maka janganlah ia mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan duniawi dengan menafikan hak orang lain. Manusia sering kali lupa daratan apabila berada dipuncak kejayaan. Mereka lebih suka mempamerkan kekayaan masing-masing melebihi daripada pendapatan yang diperolehi.


Mereka lupa bahawa Saidina Umar bin Al-Khatab, walaupun baginda hanya tinggal dalam rumah yang dibina daripada tanah liat dan hidup dengan penuh kezuhudan (kesederhanaan) , namun namanya tercatat didalam sejarah sebagai seorang pemimpin yang berjaya menggerakkan kuasa dunia ketika itu. Baginda adalah seorang pemimpin yang sangat dikagumi oleh kawan dan digeruni oleh musuh tanpa perlu mempamerkan kemewahan hidup baginda.


Kehebatan seseorang pemimpin itu bukanlah terletak pada kemewahan, sebaliknya kehebatan seseorang pemimpin itu terletak kepada kebijaksanaannya dalam menjalankan amanah Allah s.w.t.

Kita bimbang budaya hidup mewah ini akan menjadikan seseorang pemimpin itu terlajak dan betindak mengambil hak orang lain demi untuk membina imej mewah mereka. Sesungguhnya mengambil hak orang lain itu adalah merupakan satu kezaliman yang perlu dihindari. Nabi s.a.w mengingatkan kita di dalam sepotong hadisnya yang bermaksud :
" Sesiapa yang pernah menganiaya saudaranya, maka hendaklah dia meminta halal daripadanya pada hari ini, sebelum datang hari (kiamat), yang ketika itu ia tidak memiliki satu dinar mahupun satu dirham. Jika ia memiliki amal soleh, maka akan diambil pahalanya itu mengikut kadar kezalimannya. Dan jika ia memiliki pahala kebaikan , ia perlu mengambil dosa kejahatan sahabat yang dizaliminya itu (sebagai bayaran) lalu ia dicampakkan ke neraka".


Allah s.w.t memberi amaran, supaya jangan mempergunakan kedudukan dalam apa jua jawatan sekalipun untuk mengaut keuntungan dan membina kekayaan melalui firmannya dalam surah al-baqarah ayat 188 yang bermaksud :
"Dan janganlah kamu makan atau mengambil harta orang-orang lain diantara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu dengan memberi rasuah kepada hakim-hakim kerana hendak memakan atau mengambil sebahagian dari harta manusia dengan berbuat dosa, pada hal kamu mengetahui salahnya".


Perlu disedari, perbuatan mengenai orang lain amat berbahaya kepada kita, kerana sesungguhnya doa orang yang dizalimi sangat dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Jika kita mengenai seseorang , lantas orang itu menadah tangan memohon doa kepada Allah, maka dengan cepat Allah akan memakbulkannya. Sesungguhnya tidak ada satu hijab yang menghalang doa seseorang yang dizalimi itu daripada didengar dan diperkenankan oleh Allah s.w.t.
Sabda Rasulullah s.a.w :

"Berhati-hatilah daripada doa orang yang dizalimi, sesungguhnya diantara dia dengan Allah tidak ada tabir penyekat (yakni yang menghalang doanya dimakbulkan)".- Riwayat Ahmad


Sidang jumaat yang berbahagia,


Satu lagi penyakit yang sangat berbahaya dan mudah berjangkit kepada mereka yang bergelar pemimpin ialah penyakit rasuah. Orang yang memegang kuasa seringkali terdedah dengan amalan rasuah. Suatu ketika Abdullah bin Umar r.a pernah berkata :
"Rasulullah s.a.w melaknat pemberi dan menerima rasuah"


Sesungguhnya islam menyuruh umatnya menghindarkan diri daripada penyakit ini dan apa-apa sahaja yang menjurus kearah rasuah. Bahawa baginda Rasullullah s.a.w bersabda :
"Sesiapa yang memberi pertolongan dan sokongan kepada saudaranya untuk mendapatkan sesuatu, lalu saudaranya itu memberikannya hidayah kerana pertolongan itu , maka dia telah datang kepada satu pintu yang besar diantara pintu-pintu riba' "- Riwayat Abu Dawood


Apa yang penting disini ialah pemimpin mempunyai tanggungjawabnya terhadap apa yang dipimpinnya seperti memenuhi keperluan rakyat, menjaga keselamatan mereka, membawa kearah kebaikan dari sudut yang dipimpin juga mestilah mematuhi dan menghormati pemimpin dalam apa jua keadaan asalkan bersesuaian dengan agama. Untuk itu, pemimpin itu diibaratkan sebagai pelayan yang mesti melayan kehendak rakyatnya dan rakyat juga mmesti melayan keperluan pemimpin. Walaupun diantara mereka tidak sama dari sudut pangkat, tetapi mesti saling menunaikan tanggungjawab dan merasakan sama-sama saling perlu memerlukan antara satu sama lain.

Thursday, October 28, 2010

Memilih Pemimpin Acuan Islam

Pemimpin negara adalah faktor penting dalam kehidupan bernegara. Jika pemimpin negara itu jujur, baik, cerdas dan amanah, nescaya rakyatnya akan makmur. Sebaliknya jika pemimpinnya tidak jujur, korup, serta menzalimi rakyatnya, niscaya rakyatnya akan sengsara.

Oleh karena itulah Islam memberikan pedoman dalam memilih pemimpin yang baik. Dalam Al Qur’an, Allah SWT memerintahkan ummat Islam untuk memilih pemimpin yang baik dan beriman:

1. “Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahawa mereka akan mendapat siksaan yang pedih, (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mu’min. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. “ (An Nisaa 4:138-139)

2. “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimmpin (mu): sebahagian me

reka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim ” (QS. Al-Maidah: 51)

3. “Hai orang2 yang beriman! Janganlah kamu jadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu menjadi pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan. Dan siapa di antara kamu menjadikan mereka menjadi pemimpin, maka mereka itulah orang2 yang zalim” (At Taubah:23)

4. “Hai orang2 yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang2 kafir menjadi wali (teman atau pelindung)” (An Nisaa:144)

5. “Janganlah orang2 mukmin mengambil orang2 kafir jadi pemimpin, bukan orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, bukanlah dia dari (agama) Allah sedikitpun…” (Ali Imran:28)

Selain beriman, seorang pemimpin juga mesti adil:

Dari Abu Hurairah ra, ia berkata, bahwasanya Rasulullah saw bersabda: “ada tujuh golongan manusia yang kelak akan memperoleh naungan dari Allah pada hari yang tidak ada lagi naungan kecuali naungan-Nya, (mereka itu ialah):

1. Imam/pemimpin yang adil

2. Pemuda yang terus-menerus hidup dalam beribadah kepada Allah

3. Seorang yang hatinya tertambat di masjid-masjid

4. Dua orang yang bercinta-cintaan kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah pun kerana Allah

5. Seorang teruna yang diajak (berbuat serong) oleh seorang wanita kaya dan cantik, lalu ia menjawab “sesungguhnya aku takut kepada Allah”

6. Seorang yang bersedekah dengan satu sedekah dengan amat rahsia, sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya

7. Seorang yang selalu ingat kepada Allah (dzikrullâh) di waktu sendirian, hingga melelehkan air matanya.

(HR. Bukhari dan Muslim)

“Hai orang-orang yang beriman! Tegakkanlah keadilan sebagai saksi karena Allah. Dan janganlah rasa benci mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena itu lebih dekat dengan taqwa…” (Q.s. Al-Maidah 5: 8)

Keadilan yang diserukan al-Qur’an pada dasarnya mencakup keadilan di bidang ekonomi, sosial, dan terlebih lagi, dalam bidang hukum. Seorang pemimpin yang adil, pastinya akan

i. menegakkan hukum Allah;

ii. memandang dan memperlakukan semua manusia sama di depan hukum, tanpa pandang bulu. Hal inilah yang telah diperintahkan al-Qur’an dan dicontohkan oleh Rasulullah ketika bertekad untuk menegakkan hukum (dalam konteks pencurian), walaupun pelakunya adalah putri beliau sendiri, Fatimah, misalnya.

“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi karena Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau bapak ibu dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau miskin, Allah lebih mengetahui kemaslahatan keduanya”. (Qs. An-Nisa; 4: 135)

Dalam sebuah kesempatan, ketika seorang perempuan dari suku Makhzun dipotong tangannya lantaran mencuri, kemudian keluarga perempuan itu meminta Usama bin Zaid supaya memohon kepada Rasulullah untuk membebaskannya, Rasulullah pun marah. Beliau bahkan mengingatkan bahwa, kehancuran masyarakat sebelum kita disebabkan oleh ketidakadilan dalam supremasi hukum seperti itu.

Dari Aisyah ra. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda:

" Adakah patut engkau memintakan kebebasan dari satu hukuman dari beberapa hukuman (yang diwajibkan) oleh Allah? Kemudian ia berdiri lalu berkhutbah, dan berkata: ‘Hai para manusia! Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu itu rosak/binasa dikarenakan apabila orang-orang yang mulia diantara mereka mencuri, mereka bebaskan. Tetapi, apabila orang yang lemah mencuri, mereka dijatuhkan hukuman’. (HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Abu Daud, Ahmad, Dariini, dan Ibnu Majah)

“Sesungguhnya Allah akan melindungi negara yang menegakkan keadilan walaupun ia kafir, dan tidak akan melindungi negara yang dzalim (tiran) walaupun ia muslim”. (Mutiara I dr Ali ibn Abi Thalib) Pilihlah pemimpin yang jujur:

Dari Ma’qil ra. Berkata: saya akan menceritakan kepada engkau hadist yang saya dengar dari Rasulullah saw. Dan saya telah mendengar beliau bersabda: “Seseorang yang telah ditugaskan Tuhan untuk memerintah rakyat (pejabat), kalau ia tidak memimpin rakyat dengan jujur, niscaya dia tidak akan memperoleh bau surga”. (HR. Bukhari)

Pilih pemimpin yang mahu mencegah dan membenteras kemungkaran seperti korupsi, nepotisme, manipulasi, dll:

“Barang siapa melihat kemungkaran, maka hendaknya ia merubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka hendaknya merubah dengan lisannya, jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Dan yang demikian itulah selemah-lemahnya iman”. (HR. Muslim)

Pilih pemimpin yang mampu menyatukan ummat, bukan yang menmgutamakan kroni dan berbelanja harta rakyat seperti harta mereka sendiri:

Padahal Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menyatakan dalam Al Qur’an :

“ … Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian, orang-orang Muslim, dari dahulu … .” (QS. Al Hajj : 78)

Dalam menafsirkan ayat di atas, Imam Ibnu Katsir menukil satu hadits yang berbunyi :

“Barangsiapa menyeru dengan seruan-seruan jahiliyah maka sesungguhnya dia menyeru ke pintu jahanam.” Berkata seseorang : “Ya Rasulullah, walaupun dia puasa dan shalat?” “Ya, walaupun dia puasa dan shalat, walaupun dia mengaku Muslim. Maka menyerulah kalian dengan seruan yang Allah telah memberikan nama atas kalian, iaitu : Al Muslimin, Al Mukminin, Hamba-Hamba Allah.” (HR. Ahmad jilid 4/130, 202 dan jilid 5/344)

Ada beberapa sifat baik yang harus dimiliki oleh para Nabi, iaitu: Amanah (dapat dipercaya), Siddiq (benar), Fathonah (cerdas/bijaksana), serta tabligh (berkomunikasi dengan baik dengan rakyatnya). Sifat di atas juga harus dimiliki oleh pemimpin yang kita pilih.

Pilih pemimpin yang amanah, sehingga dia benar-benar berusaha mensejahterakan rakyatnya. Bukan hanya boleh menjual aset negara atau kekayaan alam untuk kepentingan peribadi dan kroninya.

Pilih pemimpin yang cerdas, sehingga dia tidak boleh ditipu oleh anak buahnya atau kelompok lain sehingga merugikan negara. Pemimpin yang cerdas mempunyai visi dan misi yang jelas untuk memajukan rakyatnya.

Terkadang kita begitu cuai dalam memilih pemimpin, sehingga memilih korup. Sikap mengambil mudah dalam memilih pemimpin merupakan sikap yang kurang baik. Dalam Islam, kepemimpinan itu penting, sehingga Nabi pernah berkata, jika kalian bermusafir, pilihlah satu orang jadi pemimpin. Jika hanya berdua, maka salah satunya jadi pemimpin. Sholat wajib pun yang paling baik adalah yang ada pemimpinnya (imam).

Gunalah peluang memilih pemimpin dengan baik, cermat dan berhemah. Kecuaian dalam memilih pemimpin yang baik bakal mengundang padah pada masa depan negara dan ummah.Sanggupkah kita mengadai masa depan anak cucu kita hanya kerana menerima saguhati dan hamper yang rendah nilai moral pemberi dan penerimanya?

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008