Friday, June 20, 2014

Rasuah Parasit Keselamatan Negara

( 20 JUN 2014 / 21 SYAABAN 1435H)

KHUTBAH PERTAMA

اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ ﴿١٨٨﴾
اَشْهَدُ اَنْ لاَ الهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ, اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبـَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنـَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ اِلىَ يَوْمِ الدِّيْنِ.
اَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Saya mengingatkan diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah sama-sama kita tingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan cara melaksanakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Marilah kita berusaha mencari kehidupan yang diberkati dan diredhai dengan berbekalkan sumber rezeki yang halal. Mudah-mudahan kita berjaya menjadi insan yang beruntung di dunia dan akhirat.

Sidang Jumaat Sekalian,

Rasuah adalah merupakan perbuatan jenayah yang telah menular dalam kehidupan masyarakat. Berdasarkan laporan media cetak dan elektronik, rasuah sudah menular di kalangan pelbagai golongan terutama yang melibatkan pihak yang mempunyai kuasa seperti perkhidmatan awam dan swasta, ahli politik dan orang awam. Rasuah meliputi perbuatan meminta, menawar, menerima suapan atau tuntutan palsu atau menyalahguna jawatan untuk kepentingan diri, keluarga dan pihak-pihak tertentu. Mereka yang terbabit dengan rasuah pula terdiri daripada pelbagai golongan, muda atau tua, lelaki mahupun wanita. Rasuah juga boleh berlaku di mana-mana saja sama ada di tempat sunyi maupun jelas kerana pendinding sebenar perlakuan rasuah adalah taqwa dan iman.

Allah SWT telah menegaskan di dalam ayat yang dibacakan tadi yang bermaksud :

"dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan janganlah kamu menyogok para hakim supaya kamu dapat memakan sebahagian harta orang lain dengan jalan dosa padahal kamu mengetahui ".

Ayat ini menegaskan kepada kita agar tidak memakan harta orang lain dengan jalan yang salah seperti menipu, pecah amanah dan mungkir janji termasuk menerima rasuah. Lebih-lebih lagi perbuatan menyogok pihak berkuasa bagi tujuan mengambil hak orang lain secara batil. Ia akan mengakibatkan kezaliman kepada pihak yang sepatutnya berhak ke atas harta tersebut.

Muslimin Sidang Jumaat Sekalian,

Rasuah adalah penyakit dalam masyarakat. Sehingga kini, usaha membasmi masih belum menampakkan hasil sepenuhnya, walaupun pelbagai usaha dan kempen dilakukan dari semasa ke semasa.
Menurut statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tahun 2011 mencatatkan sebanyak 918 tangkapan berbanding 944 tangkapan pada tahun sebelumnya. Statistik tangkapan 2011 mewakili 323 daripadanya adalah penjawat awam, 145 orang dari sektor swasta, 447 orang awam dan 3 orang dari sektor lain.

Walaupun terdapat sedikit penurunan, namun data ini masih menunjukkan jumlah kes masih berada di tahap yang membimbangkan. Sedar atau tidak, jenayah rasuah telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada negara.
Menurut Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada tahun ini, kedudukan Negara kita telah jatuh ke tangga 60 berbanding tangga 56 pada tahun lalu. Kejatuhan ini jelas menunjukkan bahawa usaha memerangi jenayah rasuah ini wajib dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Sidang Jumaat sekalian,

Sesungguhnya rasuah boleh menghancurkan negara, tidak kira sama ada ia berlaku di kalangan pihak atasan yang bertindak sebagai pentadbir mahupun golongan bawahan. Setiap yang melakukan rasuah sama ada pemberi, penerima atau yang bersyubehat adalah dianggap sebagai perompak harta rakyat. Berdasarkan pemerhatian, semakin besar pangkat seseorang, maka semakin besarlah peluang untuk terlibat dengan jenayah rasuah dan semakin pintar pula mereka melepaskan diri dari disabitkan dengan jenayah rasuah.

Jika keadaan jenayah rasuah ini terus meningkat, maka akan terancamlah kestabilan politik, ekonomi malah keselamatan negara. Persoalan yang timbul adalah mengapa amalan rasuah ini kerap berlaku?. Sejarah telah membuktikan bahawa rasuah ini telah wujud semenjak ribuan tahun yang lampau tetapi ianya nampak ketara bermula pada zaman ketamadunan India, China, Mesir, Babilonia, Yunani, Hammurabi dan Romawi kuno. Bahkan ada tamadun yang runtuh akibat rasuah ini.

Al-Quran juga menukilkan kisah cubaan melakukan rasuah yang dilakukan oleh Puteri Balqis kepada Nabi Sulaiman. Bagaimanapun Nabi Sulaiman menolaknya dengan tegas. Peristiwa ini dipaparkan oleh Allah melalui firman-Nya :

وَإِنِّي مُرْسِلَةٌ إِلَيْهِمْ بِهَدِيَّةٍ فَنَاظِرَةٌ بِمَ يَرْجِعُ الْمُرْسَلُونَ (٣٥) فَلَمَّا جَاءَ سُلَيْمَانَ قَالَ أَتُمِدُّونَنِ بِمَالٍ فَمَا آتَانِيَ اللَّهُ خَيْرٌ مِمَّا آتَاكُمْ بَلْ أَنْتُمْ بِهَدِيَّتِكُمْ تَفْرَحُونَ (٣٦) ارْجِعْ إِلَيْهِمْ فَلَنَأْتِيَنَّهُمْ بِجُنُودٍ لاَ قِبَلَ لَهُمْ بِهَا وَلَنُخْرِجَنَّهُمْ مِنْهَا أَذِلَّةً وَهُمْ صَاغِرُونَ (٣٧)

Dan aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita.

Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman, berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah).

Kembalilah kepada mereka maka demi sesungguhnya kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya menentangnya dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba' dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan.

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Islam menganggap perbuatan menerima dan member rasuah sebagai perbuatan yang jijik dan keji. Sesiapa yang melakukannya dikira fasiq dan berdosa besar, malah mereka akan dilaknat Allah dan Rasul-Nya, malah menerima azab di akhirat kelak. Ibnu Umar meriwayatkan hadis:

الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي فِي النَّارِ

“Pemberi rasuah dan penerima rasuah akan masuk ke dalam neraka.” (Hadis riwayat al-Tabrani)

Sesungguhnya Islam tetap mengharamkan rasuah dalam apa jua bentuk dan nama. Berhati-hatilah dalam menerima hadiah yang tidak akan diberikan kepada kita jika kita tidak memiliki sebarang jawatan dan kedudukan sebagaimana Saidina Omar Abdul Aziz pernah diberi hadiah sewaktu beliau menjadi khalifah tetapi ditolaknya. Dikatakan kepadanya : " Rasulullah juga menerima hadiah " maka beliau menjawab, " apa yang diterima oleh Rasulullah itu memang menerima hadiah, tetapi ini buat saya adalah suapan (rasuah).
Rasulullah pernah bersabda dari riwayat Abu Daud yang bermaksud "Barangsiapa yang kaya, berikan pekerjaan dan kami berikan gaji apa yang diambil selebihnya dari itu bererti penipuan.'

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

Marilah kita mengambil pengajaran dari sikap berhati-hati yang ditunjukkan oleh Khalifah Omar Abdul Aziz, kerana kebanyakan manusia hari ini tidak lagi menapis sumber rezeki mereka, asalkan apa yang diperolehi menguntungkan mereka. Kebanyakan manusia ingin cepat kaya dan menganggap harta kekayaan sebagai matlamat terpenting dalam kehidupan. Lantaran itu mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat masing-masing.
Di zaman ini menyaksikan masyarakat tidak lagi mengamalkan sifat malu dalam kehidupan seharian mereka, sikap tidak malu ini juga menyumbang kepada berlakunya rasuah, pecah amanah, berdusta dan pelbagai lagi. Mereka tidak malu kepada Allah dan tidak malu kepada masyarakat untuk membuat dosa dan maksiat.

Oleh itu, sebagai mengakhiri khutbah pada hari ini, maka saya ingin menyeru dan mengajak kita semua menjadi manusia hebat dengan menolak amalan rasuah agar kita dapat memastikan:-

1- Jaminan kesinambungan nasab dan keturunan kita kekal dalam keadaan suci tanpa dinodai dengan unsur yang haram yang hanya dapat dibersihkan dengan api neraka Allah swt.
2- Meningkatkan kasih sayang dan kepercayaan sesama kita di antara pemimpin dan rakyat, pentadbir dan masyarakat.
3- Membuktikan bahawa segala ibadat yang kita laksanakan seperti solat, puasa, berzakat dan haji benar-benar diterima oleh Allah sehingga berjaya mencegah kita dari terlibat dengan jenayah dan dosa terhadap Allah.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

KHUTBAH KEDUA

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيَظْهِرَهُ عَلى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ ،
أَشْهَدُ أَنْ لاَ ِإِلَــهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلى ءَالــِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .
فَيَا عِبَادَ اللهِ ، اِتَّقُوْا اللهَ ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيـَّايَ بِتَقْوَى اللهَ ، فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ
قَالَ اللهُ تَعَالى :-
يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ ﴿١٦٨﴾

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Ketahuilah sesungguhnya rasuah adalah perbuatan haram yang boleh mengakibatkan tertolaknya ibadah solat dan ibadah-ibadah kita yang lain. Islam amat menitikberatkan rezeki halal, rezeki yang diperolehi secara rasuah, pecah amanah dan suatu yang negatif adalah haram dan berdosa. Alangkah ruginya kita, disebabkan perbuatan rasuah ibadah dan doa kita menjadi sia-sia, justeru, akan menjauhkan kita daripada mendapat rahmat Allah Subhanahu Wata’ala. Lebih membimbangkan lagi apabila kita tidak segera membanteras rasuah, nescaya negara kita akan terdedah dengan pelbagai malapetaka dan bencana akibat kemurkaan Allah.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم .
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الْإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ ،
اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ ،
وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْجَمْعَهُمْ،وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ ،
بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان نزرين مُعِزُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان أَزْلن مُحِبُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْأِحْسَانِ ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008