Friday, August 8, 2014

Semarakan Sungai Kinabatangan Dengan Dakwah

Saya merasakan diri saya dan warga Kinabatangan agak bertuah,  kerana buat kali ke 3 berturut-turut, Imam Muda Asyaf dan Ust Akhwan Afandi memilih saya dan Kinabatangan untuk dijadikan medan dakwah mereka. Mereka menggunakan 2 kali Aidil Adha pertama mereka untuk bersama-sama dengan warga Kinabatangan dan pada tahun ini, hari Raya Aidilfitri ke 4, saya terpaksa mengerah kawan-kawan untuk menyambut Imam Muda di airpot Sandakan dan menanti Ust Akhwan yang melalui jalan darat.

Pada tahun lepas, Imam Muda merajuk dengan saya kerana katanya saya tidak bawa dia ke tempat sepatutnya. Pada tahun lepas, saya hanya sempat munafaatkan beliau dengan program ceramah di masjid dekat pekan Kinabatangan, sedangkan beliau berhasrat masuk ke kampung pendalaman untuk menyelami pahit getir di perkampungan pendalaman. Oleh kerana melihat jadual beliau yang ketat, dan jarak kampung yang hendak dituju itu jauh, hanya itu sahaja yang termampu.

Destinasi kami pada tahun ini, masih di kampung yang telah kami masuki pada raya korban lepas, Kg Sangau. kampung ini boleh dilalui melalui jalan darat dan jalan air. Oleh kerana ingin menjimatkan kos, kami memilih jalan darat iaitu melalui beberapa estet sekalipun menyedari jalannya yang mengelirukan dan meletihkan. Tepat jangkaan saya sekalipun sudah berhati-hati, dua kali juga kami tersalah jalan tetapi tidak seteruk tahun lepas sekalipun kali ini pun,kami berjalan di waktu malam.

Penduduk kampung yang telah dimaklumkan tentang kehadiran kami, selalu mengSMS untuk memastikan kami tidak tersesat lagi dan mereka menjemput kami di simpang Empat. Setiba kami di Kampung Sangau, penduduk Kg Sangau sudah sedia menanti di Jeti, Balairaya terbuka tempat mereka mengadakan keramaian.

Program terus berjalan dengan ucapan alu-aluan Ketua kampung dan wakil rombongan. Ust Akhwan dan Imam Muda memulakan celoteh nasihat yang diselangi dengan lagu-lagu mengasyikkan telah menghiburkan penduduk. Cikgu Samad juga sempat menunjukkan kepakaranya dalam bidang masakan dengan memasak nasi goreng di jeti tersebut dan menjadi hidangan kami dan penduduk kampung pada malam itu. Acara pada malam itu ditutup dengan penyampaian sumbangan kepada golongan dhuifa' dan pembahagian keluarga angkat.

Acara subuh dimulakan dengan tazkirah subuh dan disudahi dengan Tahsin Solat. Saya rasa bangga dengan kesungguhan dan kesediaan penduduk kampung memperelokkan solat mereka. Soalan datang bertubi-tubi yang meminta penjelasan tentang tiang ibadah mereka itu.Nampak ada kekesanan semangat dan keyakinan ibadah yang melekat dijiwa-jiwa mereka. Semoga usaha sekerdil ini berupaya menjernihkan keruh teh nine Sungai Kinabatangan yang selalu berkelodak kerana kekurangan pendakwah..

Jemputan makan yang berteraskan Durian Merah dan tebaran coti canai mengamit kemesraan,mengukuh ikatan dan saliturrahim di Aidil fitri.Keseronokan ini, menghambat kami untuk lambat bergerak ke destinasi seterusnya iaitu kampung Balat. Kami terpaksa kami turun ke sungai dekat jam 4.00 petang (Semenanjung dah jam 5 lah tu) melalui bot menyelusuri Sungai Kinabatangan. Tiba di kampung Balat jam 5 lebih... fuhh, sunyinya kampung.

Kami dipelawa ke masjid untuk berehat dan melepas lelah. Sempat kami menziarahi beberapa buah rumah termasuk rumah Guru Besar, SK Balat. Aktiviti tidak banyak dapat dilakukan kerana sudah kesuntukkan masa. setelah berbincang dan mengambil kira masa bertolak, kami keluar dari Kg Balat pada malam itu juga. Siooook bha... naik bot pada waktu malam yang bertemankan lampu yang dipinjam daripada bekas pelajarku.sepanjang perjalanan, sekali sekala Botman kami menyuluh mata buaya.. Perjalanan yang sungguh mendamaikan  sekalipun ada juga rasa berdebar dalam perjalanan. mana tidaknya, bot kerap kali mati dalam sungai sebesar Kinabatangan ini yang gelap gulita.

Kami tidak dapat meneruskan perjalanan kerana tiba lebih daripada jam 10.00 malam di Kg Sangau. Pintu-pintu ladang estet tutup pada jam 10.00 malam. Terpaksalah sekali lagi, kami menumpang kasih orang-orang Sangau untuk bermalam semalam lagi di rumah-rumah mereka.

Setelah melawat tapak tanah yang dicadang untuk tapak pendidikan, rombongan sekali lagi singgah di rumah saya untuk memulihdaya. Flaight Imam Muda hampir terlepas, Ust Akhwan memandu dengan begitu laju untuk memastikan flaight Imam muda Asyaf tidak terlepas. Muntah saya dibuatnya. Alhamdulillah,.. selamat segalanya dengan harapan dan tekad untuk menyemarakan sungai Kinabatangan dengan dakwah kerana itulah yang paling ketara bagi masyarakat luar bandar

Kumpul tenaga sebelum turun ke medan
sempat bergambar bersama peminat IM
menyampaikan sumbangan kepada yang memerlukan
Bergerak menuju kampung Balat

Sembang santai Imam Muda Asyraf bersama Penduduk Kg Sangau,Kinabatangan
Penyerahan dan Harapan untuk Pusat pendidikan di Kinabatangan


Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008