KORBAN - الأضحية
Takrif
Korban ertinya dekat.
Pada istilah ialah mendekatkan diri kepada Allah dengan menyembelih binatang
tertentu, dengan niat tertentu dan dalam waktu yang tertentu.
Hukumnya
Sunat Muakkad. (
Sunnah Wajibah)
Hikmahnya
Mendekatkan diri (atTaqarrub) kepada Allah melalui korban. Firman
Allah,
فَصَلِّ
لِرَبِّكَ وَانْحَرْ -
“ Oleh itu,
kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban
(sebagai bersyukur).”
) قُلْ
إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَاي وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَal- An’am 162)
·
Menghidupkan sunnah Imam al-Muwahhidin Ibrahim al-Khalil, tatkala
Allah merintahkannya menyembelih
anaknya Ismail, lalu digantikan dengan Kibash.
فَلَمَّا
بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَابُنَيَّ إِنِّي أَرَى فِي الْمَنَامِ أَنِّي
أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَى قَالَ يَاأَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ
سَتَجِدُنِي إِنْ شَاءَ اللَّهُ مِنْ الصَّابِرِينَ(102
Maka ketika
anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha
bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku!
Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka
fikirkanlah apa pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah,
jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku
dari orang-orang yang sabar".
وَفَدَيْنَاهُ
بِذِبْحٍ عَظِيمٍ - ( الصافات
107
)
“Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang
sembelihan yang besar”
Memperluaskan sedekah pada Hari
Raya Korban kepada fakir miskin dan
mempereratkan kasih sayang.
Bersyukur kepada Allah kerana Dia telah menundukkan
binatang-binatang ternakan untuk
kita. Sebagaimana firman Allah,
فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ كَذَلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“……. makanlah
sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang
yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu
menguasainya dan menyembelihnya supaya kamu bersyukur. (alHajj : 36 )
Sejarah Korban
Perintah berkorban
adalah perintah suci, iaitu mengikut pergorbanan Nabi Allah Ibrahim as yang
telah melakukan korban terhadap anaknya yang sangat dicintai, Nabi Ismail as.
Nabi Ibrahim as
adalah manusia pertama yang melakukan syariat sembelihan korban . Firman Allah,
وَلِكُلِّ
أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ
مِنْ بَهِيمَةِ الأَنْعَامِ فَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا
وَبَشِّرْ الْمُخْبِتِينَ
Dan bagi tiap-tiap
umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau lain-lainnya) supaya
mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan pengurniaanNya kepada mereka;
binatang-binatang ternak yang disembelih itu. Kerana Tuhan kamu semua ialah
Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk taat kepadaNya; dan sampaikanlah
berita gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang tunduk taat - alHajj : 34
Sabda Nabi saw, يا أيها الناسُ إنّ
على كلِ أهلِ بيتٍ فى كل عامٍ أُضحِيَةٌ
Maksudnya,” Hai
manusia sesungguhnya atas tiap-tiap ahli rumah pada setiap tahun berkorban.” - Riwayat
Abu Dawud
Waktu Berkorban
Tarikh berkorban
ialah pada hari 10 Zulhijjah(Hari raya Haji) apabila naik matahari hingga 13 Zulhijjjah (Hari Tasyriq) sebelum
terbenam matahari pada tiap-tiap tahun.
Binatang Korban
i- Mestilah binatang al-An’am (ternakan)
seperti kambing, lembu dan unta.
ii- Binatang yang tidak cacat.
Korban adalah amal
yang suci untuk mendekatkan diri kepada Allah yang Maha Suci, Maha Sempurna dan
Maha Bersih MAKA tidaklah sah berkorban binatang yang cacat.
Sabda RasuluLlah saw,
dari Ali ra , “ Kami telah diperintahkan oleh Nabi saw supaya kami
memuliakan mata dan tua telingaDan kami tidak boleh berkorban dengan binatang
yang buta dan tidak pula yang sumbing pinggir telingannya, dan tidak pula yang
rusak pangkal telinganya dan tidak pula yang robek telinganya sebelah bawah dan
tidak pula yang belah telinganya sebelah atas.” - Abu Dawud
Yang lebih utama
ialah berkorban binatang yang gemuk dan yang paling disayanginya. Allah
berfirman,
لَنْ
تَنَالُوا الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُوا مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ
شَيْءٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ
Kamu tidak
sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang
sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan
sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. {Surah Aali
Imran : 92}
iii- Binatang yang cukup umur.
Cara RasuluLlah
saw Melakukan Korban
Penyembelihan korban
dilakukan pada hari Raya Korban (10 ZH) setelah selesai menunaikan Solat ‘Ied al-Adha.
Abdullah Ibn Umar
menceritakan bahawa dia menunaikan solat Hari Raya Haji bersama RasuluLlah saw.
Apabila selesai khutbah, Baginda saw turun dari
mimbar lalu disembelihnya seekor Kibas ( كَبْش ) yang
didatangkan kepadaNya. Kemudian Baginda saw berkata,
بسم
الله والله أكبر هذا عَنِّى وعمن لَم
يُضَحِّ عَن أمتى
“Dengan nama Allah
dan Allah Maha Agung, ini untukKu dan untuk umatku yang tak berkorban.”
Ketika menyembelih
Nabi saw meletakkan tapak kakiNya di atas batang leher binatang korban seraya
membaca Basmalah dan Takbir. Sabda
RasuluLlah saw,
عن
أنس رضى الله عنه قال ضَحَى النبيُ (ص)
بِكَبشَتَينِ اَمْلَحَينِ فرأيتُه
و
ضِعًا قَدْمَهُ على صَفاحِهِمَا يُسَمِّى وَيُكًبِرُ فَذَبَحَها بيده
“ Dari Anas ra
berkata ia: Pernah Nabi saw berkorban dua ekor kibash yang bagus-bagus, maka
aku melihat Dia meletakkan tapak kakinya di atas batang leher kibash-kibash itu
LALU dibacanya BismiLlah dan bertakbir, kemudian Dia menyembelih dengan tangannya”.
– Riwayat Imam al-Bukhari.
Mengikut Qaul Jadid
dalam mazhab Syafie, pembahagian daging korban adalah:
a- 1/3 Makan
b- 1/3 Hadiahkan
c- 1/3 Sedekahkan kepada fakir miskin.
Haram Ambil Upah Korban
Orang yang mengurus
menyembelih korban diharamkan mengambil sebarang upah walaupun kulit binatang
korban sekalipun. Sabda RasuluLlah saw,
عن
علِي رضى الله عنه قال رسول الله (ص) أنْ
أَقُومَ على بُدْنِهِ وأَنْ أُقَسِّمَ لحومَها وجِلالَها وجُلودَهاوأمرني أن
لاأعطي الجازِرَ منها شيئا وقال نَحن نُعطيهِ من عندنا
- رواه البخارى ومسلم .
Dari Ali ra
berkata ia : Telah memerintahkan aku oleh RasuluLlah saw supaya aku berdiri di
atas untanya, dan supaya aku bahagi-bahagikan daging, perhiasan dipunggungnya
dan kulitnya. Dan diperintahkannya aku supaya jangan aku memberikan sesuatu
upah dari daging korban itu kepada tukang-tukang daging ( orang2 yang mengurus
membersihkan daging) kemudian ia berkata: Kami memberikan daging korban itu
dari korban kami.” . Riwayat
Bukhari & Muslim.
Allah Tidak Terima
Darah dan Daging Korban
Sesungguhnya Allah
Ta’ala memerihtahkan korban untuk mendekatkan diri kepadaNya. Sesungguhnya
Dialah Pemberi Rezeki . Dia tidak berhajat kepada daging dan darah. Allah tidak
menerima darah dan daging korban. Apa yang diterimaNya ialah keimanan dan
ketaqwaan ketika berkorban.
لَنْ
يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلا دِمَاؤُهَا وَلَكِنْ يَنَالُهُ التَّقْوَى
مِنْكُمْ كَذَلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ
وَبَشِّرْ الْمُحْسِنِينَ(37)
Daging dan darah
binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah,
tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari
kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu
membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita
gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha
supaya baik amalnya. - alHajj : 37
Pergorbanan Nabi
Ibrahim as dan Keluarganya.
1. Berdepan dengan ayahnya (Aazar) yang kafir.
2.
Berdepan dengan kaumnya yang kafir
3.
Berdepan dengan kerajaan Namrud yang kafir.
4.
Berdepan dengan ‘kasihsayang ‘ terhadap anak dan
isterinya.
Berkorban Demi
Menegakkan Agama Allah
Allah memandang
tinggi orang yang berkorban untuk menegakkan agamaNya….. Dan di antara amanah
yang paling besar ialah amanah untuk ‘menegakkan agama dan memerintah
dunia ini dengan agama itu- إقَامَةُ الدِّينِ
وَسِيَاسَةُ الدُّنيَا بِه ’. Ini adalah amanah kepimpinan ummah dan
negara.
Sesungguhnya Allah
menuntut kita agar berkorban apa sahaja samada nyawa, harta, masa atau
kesenangan sebagai membuktikan keimanan kepadaNya dan demi menegakkan agamaNya.
Firman Allah,
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُوْلَئِكَ هُمْ الصَّادِقُونَ
{Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah
orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya dan mereka tidak ragu (dalam
keimanan itu) dan mereka berjihad dengan harta benda mereka serta diri mereka
pada jalan Allah. Merekalah orang-orang yang benar (dalam menghayati
keimanan/aqidah)} (al-Hujurat : 15)
Mari kita lihat
Tawaran Hebat Allah yang tidak terbatas mengikut masa dan usia,
يَاأَيُّهَا
الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ
أَلِيمٍ(10)تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنتُمْ
تَعْلَمُونَ(11)يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ
تَحْتِهَا الأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ذَلِكَ
الْفَوْزُ الْعَظِيمُ(12)وَأُخْرَى تُحِبُّونَهَا نَصْرٌ مِنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ
قَرِيبٌ وَبَشِّرْ الْمُؤْمِنِينَ(13)
Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku
tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang
tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta
kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri
kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak
mengetahui (hakikat yang sebenarnya).(Dengan itu) Allah akan mengampunkan
dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di
bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang
baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar. Dan ada lagi
limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang
cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada
orang-orang yang beriman. (surah as-Saff).
Mari kita menjadi penyokong/penolong setia perjuangan Islam…………..
يَاأَيُّهَا
الَّذِينَ آَمَنُوا كُونوا أَنصَارَ اللَّهِ كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ
لِلْحَوَارِيِّينَ مَنْ أَنصَارِي إِلَى اللَّهِ قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ
أَنصَارُ اللَّهِ فَآَمَنَتْ طَائِفَةٌ مِنْ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَكَفَرَتْ
طَائِفَةٌ فَأَيَّدْنَا الَّذِينَ آَمَنُوا عَلَى عَدُوِّهِمْ فَأَصْبَحُوا
ظَاهِرِينَ (14)
Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri
kamu pembela-pembela (ugama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong)
Nabi Isa ibni Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu:
"Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan
menegakkan ugamaNya)?" Mereka menjawab: "Kamilah pembela-pembela
(ugama) Allah!" (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka
sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami
berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya,
maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. - asSaff