Persatuan Anak Kelantan
Perantuan Malaysia (PERAKAN MALAYSIA) bakal menyambut 10 tahun usia
penubuhannya secara rasmi pada disember ini. Majlis Sambutan 10 tahun PERAKAN
MALAYSIA sebagai NGO kebajikan anak- anak Kelantan ini akan
disambut pada 03 Disember ini. Ianya akan melibatkan 450 perwakilan daripada 45
cawangan PERAKAN MALAYSIA di seluruh Negara bertempat di Kelantan Trade Centre , Kota Bharu ,
Kelantan.
Menurut Pengarah Sambutan Program, Mat Arifin Ismail (gambar) yang juga Bendahari Agong PERAKAN MALAYSIA, sambutan ini bertujuan untuk mengimbau kembali sejarah pengkisahan penubuhan PERAKAN MALAYSIA agar menjadi teladan dan pengkayaan (enrichment) pengalaman untuk generasi baru. Selain itu, Mat Arifin juga berharap program seumpama ini dapat menzahirkan satu hubungan mantap antara PERAKAN MALAYSIA dengan Kerajaan Negeri Kelantan sehinggalah segala pengorbanan PERAKAN MALAYSIA dihargai dengan pengiktirafan sebagai Duta Kerajaan Kelantan dan NGO Kebajikan di luar Kelantan
PERAKAN MALAYSIA secara tidak rasminya telah ditubuhkan pada tahun 1993 tetapi didaftarkan pada tahun 2006 telah mengalami perubahan struktur organisasi yang cepat demi untuk menyesuaikan dengan keperluan serta perubahan semasa yang mendesak. Bermula dengan penubuhan 3 cawangan di Sabah, PERAKAN MALAYSIA terus mendapat sambutan di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dengan pelbagai aktiviti untuk mengukuh semangat kerjasama dan persaudaraan berteraskan moto SETIA, SEPAKAT SOKMO sehingga menjulang nama PERAKAN MALAYSIA sebagai NGO anak Kelantan perantau yang unik serta menjadi contoh dan bualan masyarakat.
Persidangan ILMUAN PERAKAN MALAYSIA |
Majlis yang akan dirasmikan
oleh Ustaz Dato’ Mohd
Nassuruddin Haji Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah,
Penerangan dan Hubungan Seranta kerajaan Negeri Kelantan akan turut dihadiri oleh pimpinan Kerajaan
negeri Kelantan, Dato’ Mufti dan timbalannya , Majlis Agama Islam Kelantan
(MAIK) , wakil-wakil rakyat dan beberapa orang ketua jabatan Kerajaan Kelantan.
Ir Hamdzah Abdul Rahman, Presiden PERAKAN MALAYSIA ketika dihubungi berharap majlis ini menjadi
medan untuk menghargai pengorbanan para pemimpin PERAKAN MALAYSIA terdahulu disamping menzahirkan satu symbol
semangat kerjasama dan ikatan kekeluargaan yang utuh sehingga terbinanya PERAKAN
MALAYSIA di setiap negeri di Malaysia.
Hamdzah juga mensasarkan Majlis ini dapat mempertemukan perwakilan PERAKAN
MALAYSIA dari seluruh negara dengan pimpinan Kerajaan negeri, wakil-wakil
rakyat di dalam satu majlis yang istimewa.
HJ MAT ARIFIN ISMAIL, |
Menurut Pengarah Sambutan Program, Mat Arifin Ismail (gambar) yang juga Bendahari Agong PERAKAN MALAYSIA, sambutan ini bertujuan untuk mengimbau kembali sejarah pengkisahan penubuhan PERAKAN MALAYSIA agar menjadi teladan dan pengkayaan (enrichment) pengalaman untuk generasi baru. Selain itu, Mat Arifin juga berharap program seumpama ini dapat menzahirkan satu hubungan mantap antara PERAKAN MALAYSIA dengan Kerajaan Negeri Kelantan sehinggalah segala pengorbanan PERAKAN MALAYSIA dihargai dengan pengiktirafan sebagai Duta Kerajaan Kelantan dan NGO Kebajikan di luar Kelantan
PERAKAN MALAYSIA secara tidak rasminya telah ditubuhkan pada tahun 1993 tetapi didaftarkan pada tahun 2006 telah mengalami perubahan struktur organisasi yang cepat demi untuk menyesuaikan dengan keperluan serta perubahan semasa yang mendesak. Bermula dengan penubuhan 3 cawangan di Sabah, PERAKAN MALAYSIA terus mendapat sambutan di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dengan pelbagai aktiviti untuk mengukuh semangat kerjasama dan persaudaraan berteraskan moto SETIA, SEPAKAT SOKMO sehingga menjulang nama PERAKAN MALAYSIA sebagai NGO anak Kelantan perantau yang unik serta menjadi contoh dan bualan masyarakat.
Pada majlis ini juga akan diadakan penyampaian anugerah khas kepada
mereka yang banyak berbakti kepada pembangunan anak-anak Kelantan perantau dan
juga bekas-bekas pimpinan PERAKAN MALAYSIA
. Para perwakilan dan pemerhati juga berpeluang untuk membeli T shirt Sambutan
10 Tahun PERAKAN MALAYSIA yang akan
dijual pada majlis tersebut.