Hidup di dunia ini
adalah tempat ujian dan dugaan yang wajib ditempuhi dan dilalui oleh setiap
manusia. Kadang-kadang dalam menempuh perjalanan hidup ini, kita terasa letih
dan penat dalam menghadapinya.
Namun demikian
disisi Allah SWT dan RasulNya, keletihan hidup ini banyak membawa manfaat dan
faedah bagi seseorang tersebut. Bahkan Allah SWT dan RasulNya cinta kepada
hambaNya yang menghadapi keletihan tersebut.
Di antara keletihan
dan kepayahan hidup yang sangat dicintai Allah SWT & RasulNya adalah:
1. Keletihan
Dalam Belajar/ Menuntut Ilmu.
Allah SWT berfirman
dalam Surah Ali-'Imran, ayat 79:
مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ
وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِّي مِن دُونِ اللَّهِ
وَلَٰكِن كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا
كُنتُمْ تَدْرُسُونَ
"Tidak wajar
bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan
kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi
penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah". Akan tetapi (dia berkata):
"Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, kerana kamu selalu
mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.
(QS. Ali 'Imran
:79)
2. Keletihan
Dalam Menghadapi Kesusahan, Kekurangan Dan Sakit Atau Penyakit.
Allah SWT berfirman
dalam Surah Al-Baqarah, ayat 155:
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ
مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
"Dan sungguh
akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan,
kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada
orang-orang yang sabar". (QS. Al-Baqarah :155)
3. Keletihan
mengurus keluarga.
Allah SWT berfirman
dalam Surah At-Tahrim, ayat 6:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ
نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ
لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
"Hai
orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka
yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang
kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya
kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan". (QS.
At-Tahrim: 6)
4. Keletihan Dalam
Mencari Nafkah Yang Halal.
Allah SWT berfirman
dalam Surah Al-Jumuah, ayat 10:
فَإِذَا قُضِيَتِ
الصَّلَاةُ فَانتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِن فَضْلِ اللَّهِ
وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
"Apabila telah
ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia
Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung". (QS.
Al-Jumuah :10).
5. Keletihan
Ketika Mengandung, Melahirkan, Menyusui, Merawat Dan Mendidik Anak-anak Sebagai
Amanah Allah SWT.
Allah SWT berfirman
dalam Surah Luqman, ayat 14:
وَوَصَّيْنَا
الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ
فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ
"Dan Kami
perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya
telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya
dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya
kepadaKulah kembali". (QS. Luqman :14)
6. Keletihan Dalam
Beribadah Dan Beramal Soleh.
Allah SWT berfirman
dalam Surah Al-Ankabuut, ayat 69:
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا
فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
"Dan
orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami
tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah SWT
benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik". (QS. Al-Ankabuut : 69)
7. Keletihan
Dalam Berda’wah/Mengajak Orang Lain Kepada Jalan Kebaikan.
Allah SWT berfirman
dalam Surah Fussilat, ayat 33:
"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang
yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata:
"Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerahkan diri?"(QS.
Fussilat :33)
8. Keletihan Dalam Berjihad Di Jalan Allah SWT.
Allah SWT berfirman dalam Surah At-Taubah, ayat 111:
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ
وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ
وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا
بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang
mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka
berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah
menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan
siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah
dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang
besar". (QS. At-Taubah :111).
Ya Allah jadikan kepayahan kami dalam menjalani kehidupan
ini sebagai jalan yang mudah untuk meraih jalan SyurgaMu, jauhkan kami ya Allah
dari kepayahan hidup yang akan menjauhkan kami dari jalanMu. Semoga amal ibadah
kami yang sedikit ini dapat di terima olehMu. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin
!!!!!
sumber whatsap`