Jika terjadi sesuatu musibah sehingga menyebabkan cermin kenderaan anda pecah, jangan panik kerana terdapat beberapa kaedah dalam membuat tuntutan takaful atau insurans dengan syarikat insurans tersebut. Ikuti langkah-langkah berikut:-
1-Pastikan kenderaan anda memang mempunyai coverage windscreen
2-Jika memang betul mengambil coverage windscreen, maka bawa covernote tersebut ke bengkel panel bagi syarikat takaful atau insurans terbabit. Contohnya jika pelanggan mengambil takaful atau insurans dengan takaful ikhlas maka google lah panel locator takaful ikhlas. Jika syarikat lain maka google lah panel locator syarikat terlibat.
3-Ada syarikat-syarikat takaful dan insurans yang dah tied-up dengan syarikat-syarikat servis cermin kenderaan. Sebagai contoh Takaful Ikhlas Berhad memang mempunyai perjanjian dengan DR. Cermin. Jika susah sangat untuk ke bengkel panel , maka boleh sahaja call atau telefon DR. Cermin untuk mengetahui anggaran penukaran windscreen tersebut.
4- Jika pergi ke bengkel panel, maka tidak perlu lagi keluarkan wang untuk bayaran tersebut. Perlu diingat jika coverage yang diambil kurang dari harga asal, maka anda kena keluarkan duit poket sendiri. Contoh jika anda menukar cermin kereta myvi harganya adalah sekitar RM600 sahaja, tetapi coverage yang diambil hanyalah RM500, maka keluarkanlah RM100 untuk top up.
5-Jika pergi ke bengkel bukan panel, pastikan anda mengambil gambar sebelum tukar cermin dan selepas tukar cermin tersebut. Selepas itu telefon ejen anda untuk isikan borang dan submit kepada syarikat takaful dan insurans yang dilanggan. Proses ini dipanggil reimburse. Syarikat takaful atau insurans akan membayar balik jumlah kerugian tersebut. Biasanya mengambil masa 2 hingga ke 3 minggu. Anda keluarkan wang sendiri dahulu kemudian claim balik kepada syarikat. Pastikan resit origional tidak dibuang.
6-Jika pergi ke kedai half-cut prosesnya sama dengan kaedah reimburse. Cermin di kedai tersebut biasanya lagi murah. Anda boleh menukarnya dengan syarat mempunyai gambar sebelum dan selepas serta resit origional.
7- Semua proses di atas adalah melibatkan semua jenis cermin sama ada cermin sisi, cermin hadapan, cermin belakang dan sunroof.
8- Perlu diingat, NCD anda tidak terjejas. Jangan takut untuk claim.