Monday, December 17, 2018

FIKRAH PERJUANGAN


MUQADDIMAH

Fikrah perjuangan Islam merujuk kepada manhaj perjungan Islam sendiri.Perjuangan Islam adalah bermatlamat untuk menegakkan u’budiyah kepada Allah dan menolak taghut sepenuhnya. Firman Allah
وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ ۖ
“Sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan: sembahlah Allah dan jauhi taghut)” (Al-Nahl : 36)

Manhaj perjuangan Islam pula merujuk kepada cirri-ciri Islam. Semua proses yang bermatlamat unutk menegakkan aqidah dan syari’at hendaklah mengikut manhaj yang mengandungi ciri-ciri yang tertentu dan terpenting dalam manhaj perjuangan Islam, seperti yang dinyatakan berikut :

CIRI-CIRI PERJUANGAN ISLAM
Rabbaniyyah
Syumuliyah
 Inqilabiyyah
Alamiyah

1) Rabbaniyyah (ketuhanan)
Rabbaniyyah adalah ciri utama Islam dan punca segala ciri seterusnya. Ini jelas kepada kita kerana Islam sendiri datang dari Allah yang bersifat Rab. Para du’at merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Allah menjelaskan selagi du’at dalam manhaj Rabbani, mereka terus berada dalam pemeliharaaanNya;
“Dan bersabarlah menunggu ketetapan Tuhan, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami.” (At-Tsur : 48)

Manhaj Rabbani mampu melahirkan mukmin bersifat Rabbani dari segi iktikad, pemikiran , cita-cita, percakapan dan perbuatan. Bersifat rabbani bermaksud beriltizam kepada dasar-dasar perjuangan Islam sepenuhnya. Sumber Rabbani ini dijadikan asas pembentukan individu dan masyarakat.

2) Syumuliyah
Islam adalah lengkap dan sempurna, tidak terdapat padanya walaupun sedikit kekurangan ataupun ketidakseimbangan kerana agama ini diturunkan oleh Pencipta yang Maha Agung. Firman Allah s.w.t
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu Agamamu dan telah Ku cukupkan kepadamu nikmatKu dan telah Aku redhai Islam itu Agama bagimu.” (Al_Maidah : 3)

Kesyumulan manhaj Islam dapt dilihat dari segi :

a)      Dasar dan teras manhaj
Aqidah menjadi dasar perjuangan dalam menegakkan Islam. Firman Allah s.w.t
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللَّهُ مَثَلًا كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرَةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاءِ
تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا ۗ وَيَضْرِبُ اللَّهُ الْأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ ﴿ ٢٥ ﴿ 
“Tidakkan kamu perhatikan bagaimana Allah telah memberi perumpamaan Kalimah Toyyibah seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya.”(Ibrahim : 24-25)

b)Pelaksanaan cara-cara(asaalib) untuk mencapai matlamat
Sirah Rasulullah dijadikan panduan, Baginda menyampaikan Islam secara sembunyi dan terbuka, secara ta’lim dan nasihat, mengadakan tahaaluf (pakatan kerjasama) dengan kabilah-kabilah bukan Islam dan perjanjian. Dari segi tempat, baginda menggunakan pelbagai wasail seperti jamuan makan di rumah baginda, menggunakan institusi Bukut Safa’ dan memanfaaatkan perhimpunan haji setiap tahun.

Pada keseluruhannya, manhaj yang bersifat syumul ini adalah bertujuan unutk mencapai matlamat u’budiyyah melalui jalan-jalan yang luas dan syar’ie.

3. Inqilabiyah
Inqilabiyah menurut Harakah Islamiyah ialah melaksanakan perubahan dengan mencabut jahiliyah dari akar umbinya, meruntuhkannya dan menegakkan Islam di atas keruntuhan jahiliyyah. Harakah Islam perlu bersikap tajarrud iaitu membebaskan diri daripada prinsip lain selain Islam. Firman allah s.w.t

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan jangan kamu mengikut jejak langkah syaitan, sesungguhnya ia musuh kamu yang nyata.: (Al-Baqarah : 208)

4) ‘Alamiyah
Islam merupakan dakwah ‘alamiyah merangkumi semua manusia di muka bumi ini, Daulah Islamiyah tidak akan tertegak jika Harakah Islamiyah di negara kita tidak mempunyai sifat ‘alamiyah dalam melaksanakan manhaj mereka samada dari sudut yang selaras, strategi yang menyeluruh, kesepaduan dalam bidang tarbiyah, kemahiran tenaga kerja dan seumpamanya.

PRINSIP-PRINSIP UMUM DALAM MANHAJ PERJUANGAN ISLAM
Dalam sirah Rasulullah s.a.w terdapat pelbagai bentuk tindakan yang telah dilakukan untuk mencapai matlamat menegakkan Daulah Islaminyah. Berikut adalah beberapa prinsip umum dari perjuangan Rasulullah s.a.w:

a)Risalah dan jalan penyampaian yang jelas
Firman Allah s.w.t
فَاصْدَعْ بِمَا تُؤْمَرُ وَأَعْرِضْ عَنِ الْمُشْرِكِينَ
“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan kepadamu dan berpalinglah dari orang-orang musyrik.”
(Al-Hijr : 94)

Sirah Rasulullaah membuktikan bahawa Rasulullah menyampaikan ajaran Islam secara langsung dan jelas menyatakan bahawa tiada tuhan melainkan Allah, jesteru , manhaj Harakah Islamiyyah mestilah berpegang kepada kejelasan risalah dari segi matlamat, kandungan dan cara penyampaian.

b) Bergerak mengikut kemampuan
Harakah Islamiyyah hendaklah bergerak mengikut kadar kemampuan tanzim, kepimpinannya, para pendokong dan masyarakat keseluruhannya. Kekuatan dan persediaan yang mantap dan bersungguh-sungguh perlu dirancang dan dilaksanakan untuk memenuhi tuntuan al-Quran:
وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لَا تَعْلَمُونَهُمُ اللَّهُيَعْلَمُهُمْ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ ﴿ ٦٠
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa sahaja yang kamu senggupi dan kuda-kuda yang ditambat (dengan persiapan itu) kamu akan menggetarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang lain selain mereka yang kamu tidak ketahui.:(Al-Anfal : 60)

c) Melaksanakan Hazar (waspada)
Kaedah ini berdasarkan firman Allah s.w.t
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا خُذُوا حِذْرَكُمْ فَانْفِرُوا ثُبَاتٍ أَوِ انْفِرُوا جَمِيعًا ﴿ ٧١
“Wahai orang-orang yang beriman , ambillah langkah-langkah kewaspadaanmu dan majulah berkelompok atau majulah beramai-ramai.” (An-Nisa’ : 71)

d)Menimbang kemaslahatan dakwah demi memenuhi tuntutan syariat
Para ulama’ usul telah menta’rifkan tujuan umum penetapan hukum-hukum syariat sebagai berikut:
Maksud umum daripada syara’ dalam menetapkan hukum-hukum ialah untuk mewujudkan kemaslahatan manusia dengan memelihara perkara yang dhoruriyat(tidak boleh tidak) bagi mereka dan menyempurnakan perkara haajiyat(keperluan) dan tahsiniyat(kebaikan) bagi mereka,”
Berpandukan kepada maksud umum syari;at Islam ini, maka setiap tindakan yang dilakukan oleh Harakah Islamiyyah hendaklah menetapi dua prinsip khusus iaitu menolak kemudharatan dan menghilangkan kesempitan. Untuk menepati prinsip-prinsip di atas, Harakah islamiyyah hendaklah melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar dalam masyarakat dengan menekankan dua faktor penting :

· Hikmah dalam tindakan
· Mengambil kira waqi’

Penutup
Demikianlah cirri-ciri dan prinsip-prinsip umum manhaj perjuangan Islam yang disandarkan kepada tuntutan syara’ dan hendaklah dilihat secara keseluruhan oleh Harakah Islamiyyah untuk mencapai matlamat dan keredhaan Allah s.w.t.

dipetik dari Al-Fadhil Ustaz Yahya Uthman Al-Hajj Nilam Puri

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008