Friday, February 25, 2011

Insurans kenderaan bermotor naik mulai tahun depan

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Insurans kenderaan bermotor negara akan meningkat secara berperingkat-peringkat bermula tahun hadapan hingga 2015 bagi mengimbangi kerugian yang ditanggung syarikat insurans.

Menurut Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abu Hassan Alshari Yahaya, penstrukturan tersebut akan menyebabkan insurans motor akan meningkat setiap tahun.

Bagaimanapun ia tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah. - Utusan

Wednesday, February 23, 2011

Tips Mencintai Rasulullah

Cinta adalah sebuah anugerah yang Allah SWT berikan pada setiap hati makhluknya. Sebagai manusia yang memiliki akal, kita harus bisa menempatkan cinta itu pada Allah SWT dan manusia yang tepat, manusia yang dapat membimbing kita meraih kebahagiaan di dunia dan di akhirat, yaitu Rasulullah SAW. Lalu bagaimanakah cara kita agar dapat mencintai Rasulullah SAW sepenuh hati? Berikut adalah cara mencintai beliau sesuai syari’at Islam serta mencontoh para salaf ash-sholih:

  1. Tauhidkan (Esa-kan) Allah. Rasulullah SAW diutus Allah SWT untuk menyeru kita kembali meyakini bahwa Allah adalah satu dan melarang kita mendekati syirik. Dengan tauhid yang kuat dalam dada kita, insya Allah kita akan mudah mendekatkan pada ajaran beliau.
  2. Ikuti ajaran Rasulullah SAW dan menjauhi larangannya. Manusia akan selalu taat kepada orang yang dicintainya. Begitu juga orang yang mencintai Rasulullah SAW yang mulia, ia akan selalu berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mengikuti jejak beliau, bersegera mewujudkan teladannya dan bersegera menjahui larangannya.
  3. Perbanyaklah shalawat dan salam kepada Rasulullah SAW. Bershalawat kepadanya memliki berbagai faedah dan manfaat diantaranya dapat mendatangkan kebajikan, dikabulkannya berbagai do’a, mendapatkan syafa’at, mendatangkan shalawat Allah atas hambanya, dan selamat dari kebakhilan.
  4. Bencilah orang yang Allah dan Rasul-Nya benci, musuhi orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, jauhi orang yang menyalahi sunnahnya, serta bencilah semua perkara yang menyalahi Syariat.
  5. Cintailah orang-0rang yang dicintai Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sangat mencintai isteri-isterinya, keluarganya, sahabat-sahabatnya dan seluruh umat Islam yang berpegang teguh pada ajarannya, maka cintailah pula mereka semua.
  6. Benarkan dan yakinilah berita-berita yang beliau sampaikan.
  7. Laksanakan ibadah kepada Allah dengan tata-cara yang telah diajarkan oleh Rasulullah SAW, tanpa ditambah-tambah ataupun dikurangi
  8. Cintailah beliau SAW melebihi kecintaan kepada diri sendiri, keluarga dan seluruh manusia
  9. Belalah selalu ajaran Rasulullah SAW. Cara membela ajaran beliau adalah dengan menghafal, memahami dan mengamalkan hadits-hadits Rasulullah SAW. Hidupkan pula sunnahnya dan sebarkanlah kepada masyarakat.

Banyak sekali keutamaan yang akan kita dapatkan jika mencintai Rasulullah SAW sepenuh hati, diantaranya adalah:

  1. Mendapatkan kesempurnaan iman dan merupakan cara untuk mendapatkan kecintaan Allah SWT.
  2. Akan bersama Rasulullah SAW di Akhirat
  3. Akan merasakan manisnya iman. Manisnya keimanan adalah merasakan lezatnya segala ketaatan dan siap menunaikan beban agama serta mengutamakan itu daripada seluruh materi dunia.

Ya Allah Ya Rabbi, karuniakanlah kepada kami hati pencinta yang mencintai Rasul-Mu terkasih dengan sebenar-benarnya cinta sejati, yang bukan hanya pengakuan namun berupa pembuktian, yang menjadikan pertemuan dengannya sebagai sebuah kerinduan… Amiin.


Sumber :http://cara-muhammad.com

Sunday, February 20, 2011

Panduan Menyambut Kelahiran Bayi

Dan di sini pula artikel yang dipetik daripada buku Panduan Menyambut Kelahiran Bayi Oleh Ja’far Al- Mathari Bin Abdul Rahman, Jasmin Enterprise.

Beberapa perkara telah disyariatkan oleh Islam ketika menyambut bayi diantaranya:

Disunatkan mengucapkan tahniah

Orang-orang Islam adalah digalakkan supaya bersegera mengucapkan tahniah kepada saudaranya atau sahabat-handainya yang baharu sahaja menerima cahaya mata. Amalan ini disuruh kerana menghibur saudaranya selain itu amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama Muslim.
Sekiranya seseorang itu tidak sempat untuk mengucapkan tahniah adalah digalakkan untuk mendoakan kesahteraan kepada saudaranya dan anak yang baharu dilahirkan oleh isterinya. Antara doanya ialah:

pg3b Cara cara & Perkara Sunat dalam Menyambut Bayi Mengikut Islam

“ Semoga Allah memberkati kurnianNya, syukurilah atas pemberian ini, penuhilah keperluannya dan rezekikanlah masa hadapannya

Kemudian apabila doa ini diucapkan maka disunatkan pula kita menyahutnya dengan ucapan

pg3c Cara cara & Perkara Sunat dalam Menyambut Bayi Mengikut Islam

“ Mudah-mudahan engkau juga diberkati Allah serta dilimpahi keberkatan ke atas engkau.

Disunatkan azan dan Iqamah
Rasulullah SAW sabdanya yang bermaksud: Sesiapa yang memperolehi
cahata mata (anak) maka hendaklah diazankan di telinga kanan dan
diiqmahkan di telinga kiri, nescaya terlepaslah darinya angin tiupan
syaitan”

Melakukan azan dan iqamah ini mempunyai hikmah tertentu, selain dari usaha untuk memohon perlindung daripada gangguan syaitan, azan juga merupakan laungan dan seruan kepada Allah, kepada agamaNya dan beribadah kepadaNya. Dengan itu jika lakukan seruan ini akan mendahului seruan syaitan. Azan juga adalah seruan kepada fitrah manusia yang asal sebelum digoda oleh syaitan yang ingin mengalih haluan kepada jalan jalan yang terkutuk dan dilaknati oleh Allah.

Melakukan Tahnik atau membelah mulut
Tahnik ini dilakukan dengan meletakkan sedikit isi tamar di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi serta dengan perlahan-perlahan digerakkan jari itu ke kanan dan kiri mulut bayi. Ini dilakukan sehingga isi buah tamar tadi menyentuh pada keseluruhan mulut bayi berkenaan dan tamar tersebut akan masuk ke dalam rongga tekaknya. Jika tidak ada tamar maka boleh digantikan dengan manisan lainnya seperti gula dan sebagainya. Adalah lebih afdhal kalau tamar itu dikuyah oleh orang
alim atau orang soleh untuk mendapatkan keberkatannya. Dalam satu hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari Abi Musa r.a. katanya: “ Telah dikurnikan kepadaku seorang anak, aku membawanya menemui baginda Rasulullah s.a.w. baginda menamakannya Ibrahim, lalu baginda mentahnikkannya dengan tamar dan mendoakan keberkatan untuknya, kemudian baginda menyerahkan kembali anak itu kepadaku” amalan tahnik ini adalah untuk menguatkan anggota mulut bayi supaya
lebih mampu untuk menghisap susu ibunya.

Mencukur rambut
Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya. Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu: dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran. Dari sudut kemasyarakatan bercukur mengalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya. Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islam tetapi dilarang daripada melakukan Qaza’ iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri. Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut.

Berkhatan
berkhatan ialah memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar lelaki atau memotong sedikit hujung daging yang tumbuh dalam faraj perempuan. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “ kebersihan itu lima perkara: berkhatan, mencukur bulu ari-ari, menggunting misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hukum berkhatan: terdapat perbezaan pendapat,
a) menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Hasan al-Basri bahawa berkhatan itu sunat hukumnya.
b) Manakala menurut Imam Syafie, Imam Malik dan setengahnya yang lain mengatakan khatan hukumnya adalah wajib. Mereka mengeluarkan hukum berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“ sesiapa yang menganut Islam, hendaklah ia berkhatan sekalipun ia dari golongan dewasa”

Manakala waktu berkhatan pula, kebanyakan ulama berpendapat bahawa berkhatan itu mula diwajibkan bilamana umur kanak-kanak hampir usia baligh. Ini kerana memudahkan bagi mereka menunaikan tanggungjawab hukum syarak yang ditetapkan ke atas mereka apabila baligh kelak. Tetapi berkhatan adalah lebih afdhal dilakukan pada hari pertama dilahirkan. Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “ Baginda Rasulullah s.a.w melaksanakan aqiqah untuk Hasan dan Husin serta mengkhatankan keduanya dalam tempuh tujuh hari ( dari hari kelahiran)”.
(Riwayat Al-Baihaqi).

Menamakan anak
Islam mengalakkan umatnya memilih nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita sebagai tanda pengenalan dan perbezaan antara orang Islam dan Orang yang bukan Islam. Nama yang baik juga sangat mustahak kerana panggilan yang sering dipanggil adalah doa yang dapat mempergaruhi keperibadian anak tersebut.


dipetik daripada buku Panduan Menyambut Kelahiran Bayi Oleh Ja’far Al- Mathari Bin Abdul Rahman, Jasmin Enterprise.

Saturday, February 19, 2011

Hukum Bersalam

Masyarakat kita beranggapan sopan dan baik akhlaknya sekiranya seseorang itu suka menghulurkan tangan untuk bersalam setiap kali berjumpa. Perbuatan tersebut diharapkan akan menggugurkan dosa-dosa di antara mereka.

Namun malangnya, sopan ini membawa kepada tersasar bila mana lelaki dan perempuan bukan ajnabi turut berlaku salam ini. Perbuatan ini biasanya berlaku pada sambutan Hari kebesaran Islam seperti Hari Raya, Sambutan Maulidur Rasul, orang kenamaan bila mana hadir ke majlis perasmian. Tidak kurang juga bersalam dengan orang yang dihormati seperti bersalam dengan orang berpangkat, guru dan murid dan sebagainya.

Persoalannya, sejauhmana keharusan bersalam atau berjabat tangan ini dalam mencari keredhaan Allah.

Pembahasan hukum berjabat tangan antara lawan jenis yang bukan mahram memerlukan kajian yang kritis dan mendalam sebelum menyimpulkan, kerana terdapat cukup banyak dalil-dalil syara yang digunakan untuk membahas permasalahan ini. Akibatnya para ulama yang membahas masalah ini berbeza pendapat tentang hukumnya. Ada yang mengharamkannya dan ada pula yang mengatakan bahwa hukumnya mubah (boleh).

Dalil-Dalil, Serta Alasan Yang Digunakan Oleh Masing-Masing Pendapat

Dalil-dalil yang dikemukakan oleh pendapat yang mengharamkannya adalah sebagai berikut:

Pertama, beberapa riwayat dari ‘Aisyah r.a. yaitu:

Telah berkata ‘Aisyah: “Tidak pernah sekali-kali Rasulullah Saw menyentuh tangan seorang wanita yang tidak halal baginya.” [HR. Bukhari Muslim].


Telah berkata ‘Aisyah: “Tidak! Demi Allah, tidak pernah sekali-kali tangan Rasulullah Saw menyentuh tangan wanita (asing), hanya ia ambil bai’at mereka dengan perkataan.” [HR. Bukhari Muslim].


Menurut mereka Hadits-hadits di atas dan serupa dengannya merupakan dalil yang nyata bahwa Rasulullah Saw tidak berjabat tangan dengan wanita bukan mahram (asing). Kerana itu maka hukum berjabat tangan antara lawan jenis yang bukan mahram adalah haram.


Kedua, hadits-hadits yang menunjukkan larangan ‘menyentuh wanita’ serta hadits-hadits lain yang maknanya serupa. Misalnya hadits shahih yang berbunyi:

“Ditikam seseorang dari kalian dikepalanya dengan jarum dari besi, itu lebih baik dari pada menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” [HR. Thabrani].

Atau hadits yang berbunyi:

“Lebih baik memegang bara api yang panas dari pada menyentuh wanita yang bukan mahram.”


Ketiga, juga di dasarkan pada sabda Rasulullah Saw yakni:

“Sesungguhnya aku tidak berjabat tangan dengan wanita.” [HR. Malik, Tirmidzi dan Nasa’i].

Sedangkan pendapat yang membolehkan dasarnya adalah riwayat yang menunjukkan bahwa tangan Rasulullah Saw bersentuhan (memegang) tangan wanita.


Pertama, diriwayatkan dari Ummu ‘Athiyah r.a. yang berkata:

“Kami membai’at Rasulullah Saw, lalu Beliau membacakan kepadaku ‘Janganlah kalian menyekutukan Allah dengan sesuatu’, dan melarang kami melakukan ‘nihayah’ (histeris menangis mayat), kerana itulah seorang wanita dari kami menggenggam (melepaskan) tangannya (dari berjabat tangan) lalu wanita itu berkata: ‘Seseorang (perempuan) telah membuatku bahagia dan aku ingin (terlebih dahulu) membalas jasanya’ dan ternyata Rasulullah Saw tidak berkata apa-apa. Lalu wanita itu pergi kemudian kembali lagi.” [HR. Bukhari].


Hadits ini menunjukkan bahwasanya kaum wanita telah berbai’at dengan berjabat tangan. Kata ‘qa ba dha’ dalam hadits ini memiliki arti menggenggam/melepaskan tangan. Seperti disebutkan di dalam kamus yang berarti menggenggam sesuatu, atau melepaskan (tanganya dari memegang sesuatu). (Lihat A.W. Munawwir, Kamus Al-Munawwir, hal. 1167). Hadits ini jelas-jelas secara manthuq (tersurat) artinya ‘menarik kembali tangannya’ menunjukkan bahwa para wanita telah berbai’at dengan berjabat tangan, sebab tangan salah seorang wanita itu digenggamnya/dilepaskannya setelah ia mengulurkannya hendak berbai’at. Selain itu dari segi mafhum (tersirat) juga dipahami bahwa para wanita yang lain pada saat itu tidak menarik (menggenggam) tangannya, artinya tetap melakukan bai’at dengan tangan terhadap Rasulullah Saw. Jadi hadits ini menunjukkan secara jelas –baik dari segi manthuq (tersurat) maupun mafhum (tersirat)– bahwa Rasulullah Saw telah berjabat tangan dengan wanita pada saat bai’at (Lihat Taqiyuddin An-Nabhani, Nidzham Ijtima’i Fil Islam, hal. 57 – 58, 71 – 72).


Penjelasan ini juga sekaligus membantah yang mengatakan: “Yang dimaksud dengan genggaman tangan dalam hadits tersebut adalah ‘penerimaan yang terlambat’.” Seperti yang dikemukakan golongan yang mengharamkan jabat tangan. (Lihat Muhammad Ismail, Berjabat Tangan Dengan Perempuan, hal. 34). Sebab kata ‘genggam tangan’ dalam hadits tersebut tidak memiliki erti selain ‘berjabat tangan’. Dan tidak bisa difahami/diterima dari segi bahasa kalau diartikan ‘penerimaan yang terlambat’. Kata ‘qa ba dha’ juga sering ditemukan dalam hadits-hadits lain yang artinya menggenggam dengan tangan, misalnya, diriwayatkan oleh Abu Bakar r.a. dari Ibnu Juraij yang menceritakan, Bahwa ‘Aisyah r.a. berkata: “Suatu ketika datanglah anak perempuan saudaraku seibu dari Ayah Abdullah bin Thufail dengan berhias. Ia mengunjungiku, tapi tiba-tiba Rasulullah Saw masuk seraya membuang mukanya. Maka aku katakan kepada beliau ‘Wahai Rasul, ia adalah anak perempuan saudaraku dan masih perawan(anak dara)’.” Beliau kemudian bersabda:

“Apabila seorang wanita telah sampai usia baligh maka tidak boleh ia menampakkan anggota badanya kecuali wajahnya dan selain ini –digenggamnya pergelangan tangannya sendiri– dan dibiarkannya genggaman antara telapak tangan yang satu dengan genggaman terhadap telapak tangan yang lainnya.” [HR. Ath-Thabari dari ‘Aisyah r.a.].


Hadits yang diriwayatkan oleh Ummu ‘Athiyah r.a. ini yang dijadikan dalil oleh sebahagian ulama yang membolehkan berjabat tangan dengan bukan mahram. Namun demikian kebolehan tersebut dengan syarat tidak disertai syahwat. Kalau ada syahwat maka hukumnya haram.


Kedua, diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a. yang berkata:

“Seorang wanita mengisyaratkan sebuah buku dari belakang tabir dengan tangannya kepada Nabi Saw. Beliau lalu memegang tangan itu seraya berkata, ‘Aku tidak tahu ini tangan seorang laki-laki atau tangan seorang wanita.’ Dari belakang tabir wanita itu menjawab. ‘Ini tangan seorang wanita’. Nabi bersabda, ‘Kalau engkau seorang wanita, mestinya kau robah warna kukumu (dengan inai).” [HR. Abu Daud].

Sikap Kita Dalam Menghadapi Perbezaan Tersebut

Dalam menghadpi perbezaan tersebut dan pendapat mana yang harus kita ikuti untuk kita amalkan, maka kita harus mengkaji terlebih dahulu pendapat manakah yang lebih kuat dalam hal ini. Untuk itu kita perlu mengkaji manakah dalil yang lebih kuat dari nash-nash yang seolah-olah bertentangan yang digunakan oleh kedua pendapat di atas. Kalau kita perhatikan hadit-hadits yang digunakan oleh kedua pendapat adalah hadits-hadits shahih yang harus diterima kebenarannya. Dalam mensikapi hadits-hadits yang dzahirnya seolah-olah bertentangan, menurut ilmu hadits dan ushul fiqh harus ditempuh langkah-langkah sebagai berikut:

  1. Thariqatul jam’i, yakni menggabungkan dan mengkompromikan dalil-dalil yang ada. Apabila langkah ini tidak bisa dilakukan baru menempuh
  2. Nasikh dan Mansukh, apabila tidak bisa dilakukan, ditempuh
  3. Tarjih, yakni dengan cara meneliti dan membandingkan mana dalil yang lebih kuat. Dalam hal ini harus dilakukan secara cermat dan teliti serta harus memperhatikan kaidah-kaidah tarjih yang telah digariskan oleh para ulama. Kalau langkah ini sulit dilakukan kerana sama-sama kuat atau masih kabur baru menempuh langkah terakhir
  4. Tawaqquf, yaitu menghentikan kajian dalam menggali hukumnya. Namun terus berusaha sampai Allah SWT membukakan persoalan tersebut untuk diketahui. (Lihat Dr. Mahmud Thahan, Taisir Musthalah Hadits, hal. 58).

Sumber : Konsultasi Islam

Friday, February 18, 2011

Sejarah Sambutan Maulidur Rasul

Setiap tahun kita menyambut dan merayakan Maulidur Rasul bagi memperingati hari kelahiran junjungan besar kita nabi Muhammas SAW. Sambutan Maulidur Rasul di Sabah khususnya disambut secara meriah dan penuh warna-warni dan pelbagai ragam disegenap tempat. Dari bandar hinggalah ke ladang-ladang, cukup meriah

Namun demikian, jarang diantara kita mengetahui punca atau sejaral asal Sambutan maulidur Rasul yang kita rayakan. Adakah ianya ajaran dan gesaan baginda nabi SAW?

sejarah ringkas mengenai sambutan Maulidurrasul…Sumbernye dari Al-bakriah .pondok pasir Tumbuh…Jom kite bacer….

MAULID berasal dari perkataan Arab yang bermakna melahirkan terutamanya merujuk kepada kelahiran bayi. Namun dalam konteks hari ini ia dirujuk khusus kepada hari keputeraan Nabi Muhammad iaitu pada 12 Rabiulawal setiap tahun.

Sejarah ringkas

Sambutan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir yang meraikannya secara besar-besaran. Mereka bukan sahaja meraikan hari keputeraan Rasulullah, tetapi juga yang membabitkan ahli keluarga baginda Zainab, Hassan, Hussain. Walau bagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 H atas perintah Perdana Menteri, al-Afdal Shahindah yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Ia berhenti diraikan sehingga Al-Ma’moon Al-Bataa’ni memegang kuasa kerajaan. Apabila kerajaan al-Ayubbiyyah merampas kuasa, semua perayaan itu sekali lagi dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya di kalangan keluarga mereka secara tertutup. Pada Abad ke-7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa’d Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen ‘Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil. Muzafar yang merupakan seorang sunni mengambil berat akan perayaan Maulidur Rasul hingga memerintahkan persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan itu dalam khemah yang telah didirikan.

Hujah membolehkan Maulidur Rasul

Antara ulama yang menyokong Maulidur Rasul terutamanya Imam Jalaluddin Sayuti dan Sheikh Dr. Yusuf Al Qaradawi.

1. Imam Jalaluddin Sayuti:

“Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah (bidaah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia”.

2. Sheikh Dr. Yusuf al Qaradawi:

“Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah. Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sa’d bin Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak sama seperti mana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu mengenai al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini. Bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam. Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam”.

3. Antara dalil bagi yang membolehkan Maulid ini:

¨ Allah berfirman yang bermaksud: Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran) mereka itulah yang beruntung. (al-A’raf: 157)

Keterangan: Tujuan maulud adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

¨ Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. (Ibrahim: 5)

Keterangan: Al-Baihaqi di dalam Syakbu al-Iman daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda menafsirkan ‘hari-hari Allah’ adalah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma’animenjelaskan lagi dengan katanya “kelahiran Nabi merupakan nikmat yang paling besar”.

¨ Bahawasanya Nabi Muhammad datang ke Madinah maka beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharam, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: “Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?” Jawab mereka: “Ini adalah hari peringatan, pada hari itu dikaramkan Firaun dan pada hari itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan”. Maka Nabi berkata: “Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu”. (riwayat Bukhari dan Muslim)

Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata, bahawa dari hadis itu dapat dipetik hukum: Umat Islam dibolehkan bahkan dianjur memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari Maulud, Israk dan Mikraj dan lain-lain.

¨ Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

Sumber : Pondok Pasir Tumbuh ( Al Bakriah.com)

Tuesday, February 15, 2011

Barangan Rasulullah

Penulis cuba berkongsi gambar yang diterima melalui email berkautan gambar-gambar barangan Rasulullah. Semoga ianya bermunafaat kepada kita semua
Baju gamis Nabi SAW yang lusuh dan robek-robek. Ya Allah … betapa sederhananya baju pemimpin dunia yang suci dan agung ..!!

jubah Rasulullah SAW

Rasa nak menitik air mata melihat pakaian dan barangan peribadi Rasulullah SAW. Baginda yang sememangnya mendapat tempat di Syurga tertinggi pun begitu zuhud sekali.


Kita begitu sibuk mengumpul harta dunia sedangkan hidup di dunia hanya sementara sahaja. Kehidupan di Akhirat adalah kehidupan yang kekal. Jika di dunia yang fana ini kita begitu cintakan dunia, layakkah kita nak masuk Syurga. Adakah kita mampu menahan siksaan api neraka?


Gambar-gambar ekslusif ni dikongsikan dengan tujuan supaya kita muhasabah diri kita. Kita ikhlas berbelanja seluar Levi’s yang berharga RM200 +, RM60-RM70 untuk sehelai t’shirt, berapa ratuskah yang kita ikhlas keluar untuk jalan Allah?


Kita sanggup menonton siaran langsung bolasepak dari menghayati Maal Hijrah, kita sanggup bersengkang mata mengadap laptop dari sembahyang tahajjud, kita mengagungkan pemimpin yang macamana? Kita mengamalkan riba dalam jual beli, kita tak kisah halal haram dalam kehidupan. Kita menghina mereka yang ingin memperjuangkan Islam . Ya Allah tunjukkan kami jalan yang benar dan ampunkan dosa kami.

Sama-sama peringat.


jubah Rasulullah SAW
Sebahagian dari baju Gamis Rasulullah yang telah robek.
jubah Rasulullah SAW
Baju,tongkat dan barang-barang Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Bekas tapak kaki Baginda Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Sandal Rasulullah S.A.W
jubah Rasulullah SAW
Cop surat rasmi Rasulullah SAW.
jubah Rasulullah SAW
Serban-serban yang pernah dipakai Baginda.
jubah Rasulullah SAW
Error! Filename not specified.
Beberapa helai rambut Rasulullah SAW
Error! Filename not specified.
Mangkuk tempat minum Nabi Muhammad SAW
jubah Rasulullah SAW
Kotak milik putri tercinta Nabi SAW, Sayyidah Fatimah Az-Zahra R.A.
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Peninggalan gigi dan rambut Baginda Rasulullah SAW.
jubah Rasulullah SAW
Kunci Kaabah di zaman Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Bendera Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Topi perang Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Busur panah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
jubah Rasulullah SAW
Pedang-pedang yang pernah digunakan Baginda.
jubah Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada Raja Muqauqas, Mesir
jubah Rasulullah SAW
Surat Rasulullah SAW pada Raja Heraclius
jubah Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada Kaisar Romawi abad ke- 7
jubah Rasulullah SAW
Surat Nabi SAW kepada rakyat Oman, Arab Selatan
Error! Filename not specified.
Surat Nabi SAW kepada Raja Nijashi, Raja Habsyah
jubah Rasulullah SAW
Makan Siti Aminah, Ibunda Rasululllah SAW
jubah Rasulullah SAW
Butiran pasir yang diambil dari makam Nabi Muhammad SAW
jubah Rasulullah SAW
PINTU EMAS MAKAM NABI MUHAMMAD SAW
jubah Rasulullah SAW
Keranda dan makam Nabi Agung, Nabi Muhammad SAW
Kongsikan bersama teman-teman.
Jazakallah.

Saturday, February 12, 2011

Pilihanraya Umum Ke13 Semakin Hampir

Siri kematian wakil Rakyat sudah sampai ke siri 14 pada sesi ini. Sementara itu pilihanraya kecil menuju ke siri 16 selepas dikhabarkanADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia pada jam 6 petang tadi, menurut siaran Buletin Utama, TV3.


Allahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya. Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit.

Sementara itu, pihak BN telah membuat persiapan besar untuk menghadapi pilihanraya Umum ke 13 apabila pengerusi BN yang juga presiden UMNO, Najib Razak telah membuat pertemuan dengan pimpinan UMNO seluruh Malaysia. Pertemuan 152 ketua bahagian UMNO dari seluruh negara itu tidak membabitkan Menteri Besar, Anggota Parlimen, Menteri dan Timbalan Menteri.

Pasti ada rahsia-rahsia dan kaedah yang bakl digunakan untuk memastikan BN terus berkuasa setelah BN menghadapi zaman kemurungan pada pilihanraya ke 12 lalu.

Serangan bertali arus dan menggila terhadap Pakatan Rakyat khususnya kepada batang tubuh pemimpin Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim, TG Nik Aziz, TG Hj Hadi, DS Wan Azizah, Azmim Ali, Ronny Lew dan beberapa pemimpin uatama Pakatan Rakyat.

Keberanian luar biasa PERKASA,GAPS, janda-janda PKR seperti Zul Nordin, Zaharin, Ezam , Nalla dan mereka yang terbuang serta dibuang turut menjadi faktor bahawa Pilihanraya Umum ke 13 semakin dekat. BN sekarang hanya memberi semangat kepada golongan tadi untuk menyerang dan melanyak PKR khususnya Anwar.

Pakatan Rakyat sekarang dilihat bertahan dan hanya sesekali membuat serangan tetapi digelapkan oleh media yang majoritinya di kuasai BN.

Persoalannya sekarang, adakah parti-parti politik bersedia untuk melakukan anjakan dalam pilihanraya Umum ke 13 nanti? Mungkinkah selepas ini nasib rakyat akan terbela?Harga barang macammana? Minyak, bawang, gula, beras dan kos rakyat, mungkinkah akan stabil? Betulkah pengundi termakan dengan momokan 1 Malaysia yang menampilkan Firts Lady Rosmah Mansur sebagai wirawati harapan Ummah yang menjadi PERMATA sanjungan negara TELUK....

Friday, February 11, 2011

Bekas MP Jeli bebas tuduhan palsukan dokumen

Bekas ahli parlimen Jeli, Mohd Apandi Mohamad, 50, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini daripada 13 tuduhan memalsukan dokumen berkaitan sewa hotel, sembilan tahun lalu.

Hakim Nasir Nordin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohamed Apandi, 51.

mohd apandi mohammadMohamed Apandi didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Bagi setiap tuduhan, beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara 11 Feb 2002 dan 23 Julai 2003 di Cawangan Kewangan, Pejabat Parlimen Malaysia, Jalan Parlimen di Kuala Lumpur.

Bekas ahli parlimen PAS itu didakwa memberikan butiran-butiran palsu berhubung tuntutan sewa Hotel Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Baharu pada kadar RM230 semalam antara 5 Jan 2002 dan 30 Jun 2003 yang semuanya berjumlah RM31,050.

Pihak pendakwaan mengemukakan seramai 37 saksi sepanjang prosiding itu.

Beliau yang diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed, didakwa melakukan kesalahan itu di Cawangan Kewangan, Pejabat Parlimen Malaysia, Jalan Parlimen di Kuala Lumpur antara 11 Feb 2002 dan 23 Julai 2003.

Dia didakwa mengikut Seksyen 11 (C) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum menurut Seksyen 16 akta sama, yang boleh dikenakan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

- Bernama

Monday, February 7, 2011

Email kawan Saya : 10% Duit Anda

Salam,

samada tuan2 ada banyak duit atau tidak, letaklah sedikit wang, paling tidak 10% daripada gaji sahabt di tempat berikut kecuali benda haram macam wain. (ada di bawah). sepanjang lebih kurang 38 tahun saya hidup, saya berpeluang dengan izin Allah utk belajar di sektor hartanah, amanah saham dan simpanan tetap (GIA/FD). sekarang sedang proses masuk membiasakan diri dengan Emas.


kedua - pun begitu, apa juga pelaburan yg kita buat mestilah mematuhi syarak kerana disitulah datangnya keberkatan. kemudian, hendaklah mematuhi undang-undang kerana sekurang2nya wang kita lebih terjamin dan selamat.


ketiga - wang yg dilaburkan itu - hasil keuntungannya bolehlah kita infaq kepada perjuangan dalam apa juga bentuk sekalipun. kalu sebelum ini kita terganggu kerana halangan bebanan hutang yg agak tinggi, sekurang2nya pelaburan ini akan memberi sedikit lebihan supaya kita boleh sumbangkan kepada perjuangan Islam. Penganut agama kristian memberi sumbangan kepada gereja sebanyak sebulan gaji setiap tahun, jadi bagaimana dengan kita?


keempat, keuntungan yang diperolehi bolehlah digunakan untuk membiayai pendidikan anak-anak kemudian nanti kerana melihat kepada trend hari ini, PTPTN sendiri mengalami masalah kekurangan dana menyebabkan ada pelajar hanya diberi RM 3,000 sahaja sepanjang tempoh pengajian. jadi bayangkanlah dengan kos sara diri semakin meningkat, keperluan2 kos pengajian bagi menampung kekurangan tersebut.


Kesimpulan saya

1. kalau rumah masih menyewa, belilah sebuah. Mungkin rumah yang ada hari ini tidak memenuhi citarasa yang diimpikan, paling tidak setiap wang sewa yang kita belanjakan akan menjadi milik kita selepas dijual nanti
2. kalau sudah ada rumah sendiri, simpanlah 10% gaji tadi ke dalam mana2 instrumen - misalnya takaful, amanah saham, emas, hartanah - bergantung kepada matlamat yang kita ingin capai.

sekian

selamat membaca.

" Nasihat Hj Alimin kepada kawan-kawannya termasuk penulis...

Wednesday, February 2, 2011

Amalan Keluarga Bahagia


Ciri-ciri keluarga sihat :-
  • Menginap dalam rumah yang selamat dan sempurna
  • Mempunyai pendidikan yang sewajarnya/mencukupi
  • Mengamalkan cara hidup sihat sepert makan secara sihat, bersenam secara tetap, tidak merokok dan mengamalkan kesihatan pergigian yang baik
  • Mengamalkan kesihatan reproduktif dan seksual yang optima
  • Memupuk keselamat emosi
  • Berkomunikasi dan berinteraksi secara positif
  • Menunaikan peranan dan tanggungjawab masing-masing
  • Beriadah bersama
  • Mempunyai sumber/pendapatan yang mencukupi
  • Mengamalkan nilai agama dan moral
  • Memupuk sokongan sosial
Kepentingan keluarga sihat

Keluarga sihat adalah asas bagi pembentukan sebuah negara yang sihat.sebuah keluarga yang sihat dapat memnuhi fungsi-fungsi dari segi biologi, social dan psikologi secara optima disamping menutamakan kesihatan ahli-ahlinya dan masyarakat setempat
Amalan keluarga sihat
  • Makan secara sihat
  • Bersenam selalu
  • Mengamalkan kesihatan pergigian
  • Menjauhi daripada merokok
  • Mengamalkan kesihatan mental yang baik
  • Mengamalkan kesihatan reproduktif dan seksual yangoptima
  • Memastikan rumah yang selamat
  • Mengamalkan nilai agama dan moral
  • Memupuk sokongan sosial
Makan secara sihat =Pupuk amalan secara sihat bersama keluarga
  • Mulakan hari anda dengan sarapan pagi
  • Sarapan pagi memberikan anda tenaga dan nutrien untuk membolehkan anda berfungsi sepanjang hari
  • Pastikan ahli keluarga anda makan mengikut waktunya
  • Makan snek bila perlu. Pilihlah snek yang mengandingi kandungan lemak, gula dan garam yang rendah
  • Makan bersama boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan dan mendidik ahli keluarga makan secara sihat
Ketika menyediakan hidangan keluarga, ambil perhatian terhadap keperluan pemakanan semua ahli keluarga terutama yang muda, yang tua dan juga mereka yang mempunyai keperluan pemakanan khas

Gunakan garis panduan makan secara sihat
  • Makan pelbagai jenis makanan
  • Makan lebih bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran
  • Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti-aktiviti fizikal
  • Pilih makanan yang kurang kandungan lemak, kolestrol, garam dan gula
  • Minum sekurang-kurangnya 6-8 gelas air sehari
  • Sedia, hidang dan makan makanan yang bersih dan selamat
Bersenam selalu
Setiap ahli keluarga perlu bersenam - bukan sahaja ahli sukan. Anda akan mendapat faedah dari aktiviti fizikal dan senaman yang tetap.
Faedah-faedah bersenam
  • Menjadi cergas
  • Mengawal berat badan
  • Membina stamina dan kekuatan
  • Meningkatkan kelenturan sendi, gerakan badan dan mencegah kecederaan
  • Menuatkan otot, tulang dan sendi
  • Meningkatkan fungsi jantung, paru-paru dan peredaran darah
  • Memperbaiki postur badan
  • Menyerikan wajah dan meningkatkan ketrampilan diri
  • Mengurangkan tekanan mental
  • Melambatkan proses penuaan seperti osteoporosis di kalangan wanita menopos
  • Meningkatkan interaksi dan hubungan kekeluargaan
Senaman bersama keluarga adalah menyeronokkan
  • Libatkan ahli keluarga dan kawan-kawan bila melakukan senaman
  • Ketahuilah bahawa terdapat pelbagai senaman, permainan dan sukan dimana anda dan keluarga boleh lakukan bersama seperti :-
  • Berjalan kaki
  • Lompat tali
  • Berbasikal
  • Berjoging
  • Berenang
  • Bersenamrobik
  • Bermain badminton
Pilihlah permainan atau sukan yang digemari dan menggembirakan semua ahli keluarga.
Tiada masa, tiada tempat untuk bersenam ?Kebanyakkan kita terlalu sibuk untuk bersenam. Walaubagaimanapun kita masih boleh menikmati cara hidup sihat yang cergas dengan mengamalkan petua-petua berikut :-
Semasa perjalanan ke tempat kerja
  • Sekiranya menggunakan lif, keluarlah 2 tingkat lebih awal dan seterusnya gunakan tangga
  • Turun LRT/bas satu perhentian lebih awal dan seterusnya ke pejabat
  • Sekiranya anda memandu ke pejabat, bersenamlah 15 minit sebelum ke pejabat
Semasa di pejabat
  • Lakukan senaman ringan atau rengangan selepas lama bekerja
  • Lagihkan penggunaan tangga dan kurangkan pengunaan lif
  • Lakukan senaman di waktu rehat semasa menghadiri mesyuarat panjang
  • Libatkan rakan sekerja untuk sesi bersenam waktu rehat tengah hari
Semasa di rumah
  • Lakukan rengangan atau senaman ringan semasa menonton televisyen
  • Ikut serta anak-anak anda ke taman permainan dan bersenam selepas waktu bekerja
  • Berkebun adalah sejenis aktiviti fizikal yang baik
Semasa membeli- belah
  • Letakkan kereta jauh sedikit dari tempat membeli belah kerana berkalan kaki ke tempat tersebut merupakan satu bentuk senaman yang baik untuk anda
Bersenamlah secara tetap sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk 20 - 30 minit setiap kali.

Amalkan kesihatan pergigian yang baik.Kesihatan pergigian yang baik bermaksud mempunyai set gigi penuh dan gusi sihat yang boleh berfungsi serta bebas dari masalah pergigian.Kesihatan pergigian adalah penting untuk membolehkan seseorang:
  • Mengunyah makanan dengan sempurna bagi membantu proses penghadaman.
  • Bercakap dengan jelas.
  • Memberikan senyuman dan paras rupa menawan yang dapat meningkatkan keyakinan diri.
  • Mencegah masalah pergigian seperti karies dan penyakit gusi.
  • Memelihara gigi yang baik seumur hidup.
Bagaimanakah keluarga dapat menjaga kesihatan pergigian yang baik?
  • Setiap ahli keluarga seharusnya mengamalkan kesihatan pergigian yang baik semenjak usia muda.
  • Berus gigi anda dengan berkesan untuk menanggalkan plak.
  • Gunakan berus gigi yang sesuai dan ubat gigi berfluorida.
  • Flos gigi anda selalu untuk membuang sisa makan.
  • Berkumur setiap kali selepas makan.
  • Kurangkan gula dalam makanan dan minuman.
  • Pilih makanan dan minuman yang kurang kandungan gula.
  • Dapatkan permeriksaan gigi secara tetap sekurang-kurangnya sekali setahun.
Jauhi daripada merokok
Merokok adalah satu amalan yang merbahaya dan telah dibuktikan sebagai salah satu penyebab utama kanser paru-paru. Merokok juga boleh meningkatkan risiko :
  • Penyakit-penyakit kronik seperti bronchitis dan emfisema
  • Serangan sakit jantung
  • Atherosklerosis (penyempitan saluran darah)
  • Penyakit darah tinggi dan strok (angin ahmar)
  • Diabetes
  • Ulser dalam perut dan usus
  • Mati pucuk dn kemandulan
  • Osteoporosis (tulang rapuh)
Merokok boleh menyebabkan:
  • Kerap batuk dan selsema.
  • Mengurangkan stamina dan kekuatan fizikal
  • Mulut berbau busuk dan muka berkedut pada usia lebih awal.
Merokok memberi kesan buruk kepada keluarga dan orang sekeliling. Sebanyak 85% hingga 90% asap dari sebatang rokok yang dilepaskan ke udara akan disedit oleh orang di sekitar. Mereka juga akan mendapat :
  • Serangan sakit jantung
  • Kanser paru-paru
  • Memburukkan lagi penyakit yang sedia ada
  • Iritasi (gangguan) kepada mata, hidung dan tekak
Ibu yang mengandung yang merokok atau terdedah kepada asap rokok boleh menyebabkan bayi lahir tidak cukup bulan, rendah berat badan atau mati. Kanak-kanak yang kerap terdedah kepada asap rokok akan :
  • Selalu megalami batuk, selesema, jangkitan telinga, hidung dan tekak
  • Mengalami perkembagan paru-paru yang lambat
  • Berisiko mendapat serangan asma
Jadilah seorang yang tidak merokok
  • Keluarga yang tidak merokok akan menjadi lebih sihat
  • Setiap ahli keluarga berhak menikmati udara yang bersih dan bebas dari asap rokok
  • Asap rokok mengandungi bahan beracun yang boleh menyebabkan kanser
  • Wang yang dibelanjakan untuk membeli rokok boleh digunakan untuk kebaikan ahli keluarga
  • Merokok adalah dilarang oleh kebanyakkan agama
  • Lindungi keluarga anda di rumah. Jangan galakkan tetamu anda meokok dengan tidak menyediakan bekas abu rokok dan rokok di rumah
Bebaskan diri anda daripada merokok
Kebaikan berhenti merokok
  • Tubuh badan anda akan pulih kembali seperti sediakala
  • Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan penyakit lain
  • Kesihatan orang yang anda sayang tidak lagi terancam
Jika anda mahu berhenti merokok
  • Buat keputusan untuk berhenti merokok dan maklumkan kepada ahli keluarga dan sahabat anda
  • Tetapkan bila hendak berhenti merokok
  • Buang semua rokok dan bekas abu rokok
  • Dapatkan sokongan ahli keluarga dan rakan
  • Bergaullah dengan rakan-rakan yang tidak merokok
  • Libatkan diri dalam kumpulan sokongan berhenti merokok
Belum terlewat jika anda ingin berhenti merokok.
Amalkan kesihatan mental yang baik.Ahli keluarga yang mempunyai kesihatan mental yang baik sentiasa :
Menerima satu sama lain ;
  • Menerima kekuatan dan kelemahan
  • Saling hormat menghormati
  • Mampu menerima kekecewaan
  • Bersikap reslistik
Berasa selesa dengan orang lain
  • Saling percaya mempercayai
  • Berkerjasama
  • Bertanggungjawab
  • Memahami dan menerima perbezaan
  • Bina ikatan yang berkekalan
Mampu menghadapi cabaran hidup sebagai satu keluarga
  • Tumpu perhatian dalam menyelesaikan masalah keluarga
  • Rancang masa hadapan
  • Terima pengetahuan dan pengalaman secara terbuka
  • Tentukan matlamat yang realistik
  • Buat keputusan bersama
Langkah-langkah ke arah kesihatan mental yang baik dalam keluarga
  • Ketahuilah kekuatan dan kelemahan ahli
  • Tetapkan matlamat yang realistik
  • Berfikir secara positif
  • Berkongsi masalah
  • Belajar menyayangi diri
  • Bina ikatan kekeluargaan yang berkekalan
  • Berbuat baik, sayang menyayangi dan bersopan santun
  • Bersedia untuk menerima teguran
  • Rancang masa depan dengan baik
  • Luangkan masa untuk keluarga
  • Jarakkan perubahan dalam hidup
  • Amalkan nilai agama dan moral
Memupuk keselamatan emosi
Keselamatan emosi bermaksud mempercayai diri sendiri, berupaya berdikari dan mempunyai kestabilan emosi. Ini dibina dalam keluarga.Ciri-ciri seseorang mempunyai keselamatan sosial :-
  • Tenang
  • Boleh mengawal diri
  • Yakin diri
  • Berdikari
  • Peka dan prihatin
  • Dapat menjalin hubunganbaik dengan orang lain
  • Berani untuk meminta bantuan
Cara-cara memupuk keselamatan sosial dalam keluarga :-
  • Tunjukkan minat dan saling bertanya khabar serta mengambil bahagian dalam aktiviti keluarga
  • Tunjukkan kasih sayang secara fizikal seperti sentuhan dan pelukan
  • Berikan pujian dan penghormatan secara lisan dan bukan lisan seperti memuji kejayaan anak, meminta maaf bila bersalah dan murah dengan senyuman
  • Hormati hal-hal peribadi keluarga seperti mengetuk pintu sebelum masuk atau meminta kebenaran menggunakan barang persendirian
  • Berikan ruang untuk memajukan potensi seperti belajar dari kesalahan, menerima idea baru dan bertolak ansur
  • Luangkan masa bersama-sama ahli keluarga seperti makan dan beriadah bersama
Amalkan kesihatan reproduktif yang baik
Kesihatan reproduktif adalah kesejahteraan fizikal, mental serta sosial dan bukan hanya ketiadaan penyakit berkaitan dengan sistem reproduktif serta proses dan fungsinya.Kepentingan kesihatan reproduktif yang baik dalam keluarga
  • Untuk perkembangan keluarga sihat dan interaksi positif
  • Untuk mencegah kehamilan yang tidak dikehendaki, penyakit kelamin dan penderaan seks
  • Untuk memastikan hubungan seksual yang bertanggungjawab dan memuaskan antara pasangan
Bagaimana keluarga boleh membina kesihatan reproduktif yang baik ?
  • Suami/isteri mestilah secara aktif mendorong peningkatan tahap kesihatan pasangan masing-masing
  • Pasangan suami/isteri sepatutnya saling hormat menghormati dan menjalin persefahaman untuk mencapai kepuasan hubungan seksual
  • Setiap kehamilan perlu dirancang, dikehendaki dan selamat
  • Setiap ahli keluarga seharusnya memastikan bahawa ibu yang hamil perlu menerima penjagaan kesihataan yang baik semasa hamil dan bersalin serta selepas bersalin
  • Ibu bapa seharusnya membimbing dan memupuk harga diri anak-anak serta menanam nilai-nilai murni khususnya berhubug tanggungjawab perilaku seks
  • Ibu bapa patut mengetahui bahawa anak remaja mempunyai keperluan reproduktif yang khusus
  • Ibu bapa mesti melindungi anak-anak mereka dari penderaan seksual
  • Setiap ahli keluarga seharusnya mengetahui bahawa tingkah laku seksual berisiko boleh menyebabkan penyakit kelamin termasuk AIDS
Memastikan rumah selamat
Rumah yang selamat boleh mencegah kemalangan di kalangan ahli keluarga. Kemalangan kerap berlaku di dapur, bilik air dan ruang tamu dan biasanya melibatkan kanak-kanak dan orang tua
Pastikan rumah anda selamat

Dapur
  • Pastikan semua bahan kimia, ubat-ubatan dan benda-benda tajam seperti pisau, disimpan di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak
  • Pastikan alas meja tidak terjuntai dan tidak boleh ditarik
  • Pastikan lantai dapur kering
Bilik air
  • Pastikan lantai bilik air tidak licin
  • Bahan-bahan pencuci disimpan di tempat khas yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak
  • Semua bekas takungan air hendaklah sentiasa ditutup
Ruang tamu
  • Pilih perabot yang tidak berbucu tajam dan bukan diperbuat daripada kaca
  • Susun atur perabot tidak menghalang pergerakan
  • Pastikan permaidani tidak mudah bergerak dan permukaan rata
  • Pastikan tiada barang seperti permainan, buku dan surat khabar bersepah di lantai
  • Tutup semua soket dinding dan pastikan tiada wayar yang berjuntai
Amalkan nilai agama dan moral
Keluarga sihat dibina atas asas dan amalan agama yang kukuh, kasih sayang, hormat menghormati, bersefahaman, tolak ansur dan tanggungjawab. Nilai agama dan moral adalah penting untuk kehidupan berkeluarga yang sejahtera.Bagaimana mengamalkan nilai agama dan moral dalam keluarga?
  • Tetapkan matlamat yang jelas sebelum berkahwin kerana ia adalah satu komitmen dan pelaburan sepanjang hayat
  • Pilih pasangan hidup dengan bijaksana
  • Lakukan perubahan dalam keluarga dengan bijaksana
  • Hormati ibu bapa anda kerana restu mereka menjamin keredaan Tuhan dalam kehidupan berkeluarga
  • Berkongsi tanggungjawab dan saling bekerjasama dalam keluarga
  • Memperakui dan menghargai sumbangan ahli keluarga
  • Jadikan diri anda sahabat dan contoh yang baik kepada keluarga anda
  • Didiklah anak anda mengikut zamannya
  • Amalkan kesederhanaan dalam kehidupan seharian
Jadikan rumah anda sebagai syurga yang penuh dengan kasih sayang dan kedamaian.
Memupuk sokongan sosial
Keluarga sihat sentiasa prihatin dan bertanggungjawab terhadap kesejahteraan masyarakat. Masyarakat yang bertanggung jawab dan bersikap sivik bermula dari keluarga yang sihat.
Amalan-amalan yang memupuk sokongan sosial
  • Membantu ahli keluarga dan kawan dalam kesusahan
  • Memupuk semangat kejiranan
  • Bersama menyeru kepada kebajikan dan mencegah kejahatan dalam masyarakat
  • Menghargai dan tidak merosakkan harta awam
  • Setiap keluarga berperanan mengawasi ahli keluarga dari pengaruh negatif
  • Setiap keluarga turut berperanan mempengaruhi media massa ke arah lebih positif

Anak Legeh Di Perantauan | Template by - Abdul Munir - 2008