Sunday, May 29, 2011

Ketepikan Semangat Kenegerian Utamakan Keadilan

SANDAKAN 30 MEI: Ketidakadilan dalam mengagihkan kekayaan menjadi sebab kenapa Sabah agak ketinggalan jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain. Kekayaan yang berpusat kepada golongan tertentu juga telah menjadikan jurang kekayaan dan kemiskinan juga begitu jauh.

Selain itu, sikap pemimpin yang mengapikan semangat kenegerian yang tinggi di jiwa rakyat Sabah juga merupakan satu pendekatan politik yang berbahaya dan merugikan rakyat. Dasar pecah dan perintah telah menjadi senjata yang begitu ampuh untuk penjajah British terus kekal menjajah dan menjadi guru kepada tanah jajahan mereka. Demikian kata Hj Apandi Muhamad


Kalau di semenanjung, BN mengapikan politik perkauman yang seolah-olah menjulang Melayu sebagai bangsa yang bermaruah dan berdaulat. Akan tetapi hakikatnya, orang Melayu jauh ketinggalan, hak keistemewaan orang Melayu di rompak satu demi satu hinggakan perkapita sekolah Agama rakyat yang menjadi benteng orang Melayu dan Islam juga diragut rakus. Tambah Hj Apandi, YDP PAS Jeli yang juga seorang usahawan yang berjaya.


“Gendang kenegerian yang dimainkan BN dan SAPP bertujuan untuk memastikan peribumi Sabah terus bersama mereka. Hakikatnya, rakyat Sabah terus dipermainkan dan sokongan mereka hanya ditukar ganti dengan tangki air dan zink sahaja”. Jelas Hj Apandi yang merujuk kepada pengalaman beliau semasa PRK Batu Sapi lalu.


“Rakyat Kelantan boleh dijadikan model sebagai rakyat yang mempunyai semangat kenegerian yang tinggi. Akan tetapi, dek Keadilan yang diutamakan, rakyat negeri lain bebas untuk memegang jawatan Persekutuan di Kelantan malah rakyat Kelantan telah melantik Menteri Besar dan Exco serta wakil rakyat daripada orang luar Kelantan”. Tambah Hj Apandi lagi.


Sekarang ini YB Takiyuddin Hassan, YB Salahuddin Ayub, YB Ust Nasaruddin Mat Isa dan Yb Dr Hatta Ramli ialah antara wakil rakyat dan exco Kelantan yang disayangi oleh kepimpinan dan rakyat Kelantan.


Rakyat Sabah seharusnya memberi perhatian kepada masalah kad pengenalan palsu dan penguasaan tanah oleh mereka yang berkepentingan sebagai agenda utama dalam memastikan hak dan masa depan mereka terbela.


sumber : Sabahkita.net

Tuesday, May 24, 2011

PKR Sabah Perlu Berubah!

Parti KeADILan Rakyat Sabah perlu berubah sikap dan lebih menghormati rakan sekiranya ingin menjadi parti teras dalam Pakatan Rakyat khususnya di Sabah. PKR tidak boleh terus merasakan parti mereka kuat dan mendapat sambutan daripada rakyat sekalipun dipimpin oleh mereka yang berpengalaman dalam kerajaan Sabah sebelum ini.

Sebagai parti bongsu dalam Pakatan Rakyat yang sering kali bertindak sebagai ketua Pakatan seharus lebih bijak dan toleransi terutama melayan sahabat-sahabat Pakatan. PKR juga tidak merasakan mereka kuat kerana PKR juga masih belum memenangi sebarang kerusi di Sabah sekalipun bertanding hampir semua kerusi.

Luahan kecewa terhadap layanan PKR terhadap rakan Pakatan, diluahkan oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Sabah, Zaidi Mustapa yang kecewa bilamana wakil PAS dan DAP tidak diberi sebarang ruang berucap dalam majlis ceramah Anwar di Sandakan minggu lalu . Majlis ceramah tersebut telah menampilkan kebanyakkan Ketua Cabang PKR sebagai pemidato sebelum ketibaan Anwar.

"Sebagai leader Pakatan dan majlis yang dihadiri oleh Ketua pembangkang, PKR sepatutnya membuka ruang untuk wakil PAS dan DAP berucap. Ianya sebagai tanda kita berjuang di atas Pakatan. Biar zahir dan rakyat nilai kerjasama kita." luah Zaidi.

Malah, ini bukanlah kali pertama PKR tidak membuka ruang kepada rakan Pakatan yang lain.

Kekesalan Zaidi turut dikongsi dengan beberapa hadirin yang hadir yang kebanyakkannya berbangsa Cina. . Turut hadir dalam majlis tersebut Pengerusi DAP Sabah YB Jimmy Wong, Hamzah Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah dan beberapa orang pimpinan SUPP.

Sebelum ini, PAS turut memberi ruang kepada PKR dan DAP berucap dalam majlis ceramah bersama Hj Mohamed Sabu di Sandakan. Kerjasama yang dizahirkan kepada rakyat sebegini bakal menyakinkan rakyat terhadap kesungguhan Pakatan Rakyat untuk membela rakyat dan bakal mengambilalih Putrajaya.

Monday, May 23, 2011

Kenapa Pakatan Rakyat Mesti Memerintah?

Pakatan Rakyat mesti diberi peluang untuk mengambilalih pentadbiran negara ini daripada terus diperintah Barisan Nasional yang ternyata gagal mengurus khazanah negara dengan baik. Rakyat marhain semakin tertekan dengan kenaikan harga barang dan harga sumber tenaga seperti minyak. Malah, rakyat juga semakin kehilangan khazanah bumi seperti balak dan tanah.

" Pakatan Rakyat telah menandatangani janji dan keazaman dalam Buku Jingga untuk memberi kebajikan kepada rakyat dan memasti rakyat mendapat hak yang sepatutnya". Tegas Ketua Pembangkang juga ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berceramah di Dewan Yu Yuan, Sandakan.

" Kita tidak perlu menunggu 100 hari untuk menurunkan harga minyak sekiranya kita memerintah. Malah penurunan harga minyak yang keuntungannya mencecah 90 bilion, akan dijadikan agenda penting setelah Pakatan Rakyat memerintah". Ucap Anwar yang disambut tepukan gemuruh daripada lebih 3000 orang yang melimpah keluar Dewan Yu Yuan.


Anwar juga turut menegaskan kebocoran dalam mengurus dana negara menyebabkan subsidi terpaksa ditarik daripada rakyat. Rakyat terus dibebankan bukan hanya sekadar benanan cukai malah masalah rasuah yang menganggu dan menekan para peniaga khususnya peniaga Cina.

Beliau turut mempersoalkan kehilangan 52 bilion rezab Melayu yang dikendalikan oleh pemerintah yang berteraskan parti Melayu. Rakyat sepatutnya curiga dengan kekayaan melampau anak bekas Perdana Menteri, Mohzani Mahathir dan Adik Perdana Menteri, Nazim Razak kerana kekayaan mereka berlaku ketika bapa dan abang mereka di puncak kuasa.

" Untuk pilihanraya yang akan datang, rakyat mesti memilih Pakatan Rakyat untuk memimpin negara. Kita bukan sekadar ingin mengubah pemimpin tetapi mesti mengubah sistem pemerintahan yang korup, rasuah dan menindas kepada sistem yang lebih telus dan mengutamakan rakyat". Jelas Anwar disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.

Sunday, May 15, 2011

Politik Itu Persepsi

Media berperanan penting dalam mencanang dan membuat propaganda bagi mengangkat dan menjatuhkan seseorang pemimpin atau parti politik. Media boleh mengubah persepsi seseorang daripada A kepada B. Begitulah sebaliknya.

" Kita melihat Utusan Malaysia terus menjadi alat Najib dan sekutunya sekalipun ianya mengetahui tidak digemari oleh para pembaca. Tetapi oleh , kerana politik itu persepsi, mereka akan meneruskan usaha untuk mengubah persepsi masyarakat." Kata Mohamed Sabu ketika berucap dalam ceramah Pakatan Rakyat Batu Sapi.

Mohamed meminta hadirin membayangkan, apa yang akan terjadi sekiranya PAS atau DAP yang lakukan :-

i. Menukar cuti umum di Johor dan Perlis dari hari jumaat kepada Ahad
ii. Menyekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat sedangkan sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil terus dibantu.
iii. Menukar biasiswa pelajaran kepada pinjaman
iv. menarik royalti minyak di Terengganu dan engan membayar royalti kepada Kelantan.
v. Tidak menambah kerusi Melayu dalam persempadanan semula kawasan pilihanraya 2004

Semua ini dilakukan oleh UMNO BN. Rakyat seperti dapat menerima itu semua kerana persepsi baik rakyat kepada UMNO BN yang kononnya menjaga agama Islam dan ketuanan Melayu.

Mohamad Sabu turut melahirkan rasa kecewa dengan tahap manupulasi dan kebebasan media Malaysia yang menduduki rangking ke 166, lebih teruk daripada Zimbabwe dan Myamar.

" Persepsi juga menyebabkan rakyat ditakutkan dengan pengaruh DAP yang kononnya akan memerintah Malaysia. Mana boleh DAP memerintah Malaysia kerana DAP hanya bertanding 40 kerusi dan DAP bertembung dengan parti-parti bukan Melayu seperti MCA, MIC, SUPP dan sebagainya. Di Kerusi Melayu, PAS dan PKR akan bertembung dengan UMNO.Ini bererti, kalau UMNO kalah, PAS dan PKRlah yang akan menang. Ia tetap Melayu." Jelas Mohamed Sabu.

Persepsi rakyat mesti diubah dengan usaha penerangan yang berterusan dan menyangkal tohmohan-tohmohan yang telah membentuk persepsi yang salah selama ini.

Saturday, May 14, 2011

Politik Pembangunan Hanya Laku di Tempat Orang Miskin

SANDAKAN : Benarlah Sabda Rasulullah bahawa Kepapaan itu hampir-hampir membawa kepada kekufuran, bilamana golongan miskin sering dijadikan alat untuk mempertahankan kuasa dengan cara mengula-gulakan dan memperbodohkan mereka.

"Malaysia ini seolah-olah UMNO itu pembangunan dan pembangunan itulah UMNO. Tanpa UMNO rakyat tidak akan menikmati semua pembangunan yang ada ini. Singapura pun maju kerana adanya UMNO" sindir Hj Mohamad Sabu, AJK PAS pusat ketika berceramah di Sandakan Hotel.

Menurut beliau " UMNO masih tergamak bertanya kepada pengundi isu lapok yang dicanang sejak tahun 70 an, mana sekolah yang di bina oleh PAS, mana jalanraya yang dibuat oleh DAP dan mana hospital yang disediakan PKR" dan penceramah UMNO dengan bangga mengatakan semuanya itu dibuat dan disediakan oleh UMNO dan BN.

Isu yang nampak bodoh ini ditelan oleh masyarakat miskin dan pendalaman kerana bimbang masa depan mereka. sedangkan pada hakikatnya, pembangunan mesti dilakukan oleh parti yang memerintah kerana cukai rakyat dibayar kepada Kerajaan. Bukan UMNO yang membuat pembangunan tetapi kerajaan. Bahkan jika kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, PR akan tetap membuat pembangunan kerana itu tanggungjawab kerajaan yang memerintah yang mengurus dana awam.


para penceramah yang memberi ucapan

" Bukan pembangunan yang PR persoalkan tetapi ketirisan yang besar dalam mengurus wang rakyat melalui prohej-projek pembangunan yang dilakukan oleh kuncu-kuncu UMNO BN". Jelas Mohamed Sabu lagi.

" BN akan terus berkubu di kawasan orang Melayu miskin dengan mengumpan tangki biru, zink-zink dan pelbagai habuan yang menambahparah kemiskinan dan hakikatnya menghina maruah masyarakat Melayu. UMNO BN sudah tidak laku lagi di kawasan bandar dan tempat golongan terpelajar". Tambah Mohamad Sabu yang akan merasmikan mesyuarat Agung PAS Batu Sapi esok hari

Mohamed Sabu mengjangkakan UMNO BN akan memperhebatkan isu perkauman hatta isu keagamaan untuk menarik undi Melayu dalam pilihanraya yang akan datang.

Turut berceramah bersama beliau Hj Hamzah Abdullah, Timbalan pesuruhjaya PAS Sabah, Ketua bahagian DAP Sandakan Geoger Hiew dan Pemangku Timbalan ketua Cabang Batu Sapi Zainuddin Hassan.

Sunday, May 8, 2011

Kaifiat Solat Sunat Dhuha

Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.

Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.


Cara melaksanakannya

Kita telah mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.


Niat Solat Dhuha

Niatnya:

أصَلِّي سُنَّةَ الضُحَى رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"


Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali

Selesai solat, hendaklah baca tasbih ini sebanyak 10 kali

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيُّ الْعَظِيمِ عَدَدَ خَلَقِ اللَّهِ وَبِدَوَامِ مُلُكِ اللهِ

"Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan yang lain melainkan Allah, Allah yang Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Besar, pujian sebanyak bilangan ciptaan Allah dan selama kekalnya Kekuasaan Allah"


Doa yang disarankan selepas selesai Solat
اللَّهُمَّ إِنَّ الضُّحَاءَ ضُحَاءُكَ وَالْبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالْجَمَالَ جَمَالُكَ وَالْقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالْقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالْعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ . اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ رِزْقِي فِي الْسَمَاءِ فَأَنْزِلْهُ وَإِنْ كَانَ فِيْ الأَرْضِ فأَخْرِجْهُ وَإِنْ كَانَ مَعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَإِنْ كَانَ حَرَامًا فَطَهِّرْهُ وَإِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضُحَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِي مَا أَتَيْتَ عِبَادَكَ الصَّالِحِيْنَ

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”


* Tambahan

Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…


Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”


Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa suruh itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.


Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.


Berkenaan doa… boleh baca doa mana-mana yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat dhuha yang khusus… doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari ilahi… Manakala bilangan rakaat pula adalah mengikut kemampuan. Bila masa terhad dengan kerja seharian boleh dilakukan dengan 2 rakaat dan bila waktu cuti lakukanlah dua-dua rakaat sehingga 4, 6 atau 8 rakaat dan boleh sehingga 12 rakaat. semua mengikut kemampuan… Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…

Disaring dari : http://nursyirah.wordpress.com

Saturday, May 7, 2011

Aku Masa Kecik Mulo

Aku masa kecik dok Chanel

Musim sekolah kelik umah Chek

Ulang alik sampai darjah enam

Barulah molek duduk ngan adik beradik

Aku ngan Jani berahi baloh kekoh sokmo

Anak sulung kaloh roma

sebab adik lebih glamer

Umah Tok Kadir Pokok Seto

Lalu utama, tidak …kena gi ikut Sg Sato

Kalu dulu sero meto

Jalan Kaki, short-cut ikut umah Pak Do

Tak takut beruang apatah lagi boyo


Ayah wat umah depan umah chek

Air cha mengalir dekat dengan pintu

Hidu bau pok, kadang bau itik

Takut gak aku ko hantu

Nak buat macam mana, demo dok ngusik


Aku masa kecik

Pakat gi mandi sungai Tok Chik Mek Mah

Main menyelam, pekong tanah

Penat hilang, hungal umah kak Cik Jizah

Pokok setial pakat redas

Luruh sebutir terus kekoh

Supo putus pedal, hak tu ayah marah

Gi umah Pok Pin ngan Rozi Mokdah

Nik Li, Nik Roji dok siap tunggu doh

Aloh kolam ikan main bedil getah


Aku masa kecik mulo

Ingat sangat ko pak Soh Pak Wo

Cik Som Tok Megat, gemuloh Belako

Jangan dok bederat Pesan sokmo

Takut kena ambik ko batak berekor

Tok Pok Nik mak yoh waris mati muda

Mak Moh Pak Man dan Mak La

Anak beranok masa kecik mulo

Cik Ayob Mak Su Mas gak caro sokmo

Ko budak buas, kabut kelalo


Aku masa kecik mulo

Cik Yoh Tuan Loseng, Kak Joh ada

Supo mak bapak aku, aku rasa

Makan minum mereka tak berkira

Meran, jeman, Denan sentiasa bersama

Jani aku tetap ada, hodoh pun sedara

Wak Jusoh Mak Yoh doctor kita

Ke akhir hayat tolong oghe dok berubat

Aura Ayah Leh pengaruh segala


Aku masa kecik mulo

Gi mengaji ngan Pak Cik Eil Tok Esah

Lepas tu gi sambung ngan Ayah Pa

Tok Aji Pak Lah, guru selepas beloh

Pak Yeh ajar KAFA di masjid Legeh

Sulo batang penyapuh, hak dok tangga,

Dekpon , bual masa khutbah



Sekadar mengingatkan mereka yang telah melekat dihati

sama ada yang masih ada dan sudah pergi

Terima kasih atas segala budi

Kenangan itu akan terpatri disimpul mati

Friday, May 6, 2011

Osama Laden Mutiara Syahid Islam

Jihad menjadi tunjang penting kekuatan umat Islam. Tanpa jihad dan pengorbanan daripada segelintir manusia hebat sebegini, Islam dan Umatnya akan terhina kerana musuh Islam setiap masa berusaha untuk menghina Islam. Mereka terdiri daripada jin dan manusia.

Sejarah membuktikan Islam dimuliakan kerana
peranan dan kekuatan jihad daripada umat terdahulu. Para rasul dan sahabatnya mengorbankan segalanya untuk kemuliaan Islam. Malah kebanyakkan daripada mereka gugur di medan syahid. Begitu juga para khulafa Ar-Rasyidin yang bijak, adil dan terlalu banyak jasa kepada rakyatnya tetapi mereka syahid ditangan rakyat mereka dan mereka bergembira dengan penghujung kehidupan mereka.

Hari ini, manusia mencemuh As-Syahid Osama Laden sebagai pengganas. Kematiannya dianggap menyelamat dan mengamankan dunia. Cemuhan bermula di Washinton hinggalah ke Putrajaya. Sedarkah kita, latar belakang keluarga dan peribadi Osama jauh lebih baik daripada mereka yang mencelanya. Kekayaannya bukan dik
aut dari kantung rakyat marhain tetapi sebaliknya, kekayaan yang ada dilimpahkan kepada jihad dan memilih untuk hidup susah demi maruah Islam dan umatnya.

Rumah yang dikatakan Osama dianugerahkan syahid

Siapa Osama?

Dilahirkan dengan nama Usamah bin Mohammed bin Awad bin Laden pada 28 Jun 1957 di kota Jeddah, Arab Saudi, kawasan pantai Laut Merah. Osama adalah anak ke 17 dari 52 orang bersaudara.

Osama adalah bekas mahasiswa Universiti Raja Abdul Aziz di Jeddah, di mana salah seorang di antara gurunya, ialah Sheikh Abdullah Azzam. Guru Abdullah Azzam inilah yang kemudian diketahui sebagai tokoh utama yang memainkan peranan menggerakkan sokongan kepada bangsa Arab bagi kaum Mujahidin yang berperang melawan kependudukan Russia di Afganistan. Osama bin Laden lulus pengajiannya dan mendapat ijazah sarjana tahun 1979 dalam bidang Ekonomi dan Pengurusan.

Osama bin Laden mula membangunkan jaringan komunikasinya pada tahun 1979 ketika beliau ke Afganistan menyertai Mujahidin yang bertempur melawan Kesatuan Soviet. Osama mengeluarkan dana daripada aset kekayaannya dan pengaruh keluarganya bagi gerakan pertahanan Afgan, dan membantu kaum Mujahidin dengan bantuan logistik dan bantuan kemanusiaan. Osama juga terlibat mengambil bahagian dalam beberapa pertempuran selama perang Afganistan.

Ketika peperangan melawan Soviet hampir berakhir, Osama menubuhkan gerakan Al Qaeda, sebuah organisasi bekas pejuang Mujahedin dan para penyokong lainnya yang membantu menyalurkan dana dan pasukan pejuang untuk gerakan pertahanan Afgan.


Gambar ini di ambil pada tahun 1988, ketika Osama sudah menempa nama sebagai seorang pejuang.


"Jika dorongan untuk berjihad melawan Yahudi dan Amerika demi membebaskan Masjid Al-Aqsa dan Kaabah dianggap jenayah, maka biarlah sejarah menjadi saksi bahawa saya adalah seorang penjenayah."


Dengan AK-47 yang diambil dari askar Russia yang beliau bunuh semasa perang mengusir Soviet dari Afghanistan.

Penghinaan Amerika Terhadap Umat Islam Dalam Kes Osama

Mayat Osama dicampak ke laut bagi menunjukkan tiada seinci tanah pun di dunia ini yang sanggup menerima mayat penjenayah dan pengganas Amerika ini. Malah pemimpin negara Islam diam sejuta bahasa mendengar dan melihat penghinaan ini. Bimbang dilabelkan sebagai pengganas.

Begitu juga kes, ketika membunuh Osama. Mereka mahu Osama dibunuh dalam kehinaan dan mengaibkan iaitu mahukan Osama berbogel untuk selamat. Berpakaian bererti merbahaya. Mana mungkin, pejuang sehebat Osama akan tunduk sebegitu murah kepada najis Amerika setelah seluruh hidupnya digunakan untuk perjuangan.

Kesan Awal Syahidnya Osama


Syahidnya Osama bukan bererti perjuangan umat Islam akan berakhir. Anggota Al-Qaeda telah menegaskan bahawa Osama tidak meninggalkan organisasi yang akan berkubur setelah dia meninggal dunia. Malah mereka menegaskan bahawa
"Dengan izin Tuhan, sumpahan akan menghantui rakyat AS dan sekutunya. Kegembiraan mereka akan bertukar menjadi tangisan. Darah mereka akan bercampur dengan air mata."

Kebimbangan ini juga turut dinyatakan oleh Pengerusi TERAS bahawa AS akan "membayar harga yang mahal" atas tindakan yang dilakukan ke atas pemimpin Al-Qaeda yang didakwa sebagai pengganas itu.

"Setelah dia membunuh dengan cara itu, akan ada tindak balas daripada orang yang telah bertekad untuk membalas dendam.


"Seluruh pentadbiran Obama sudah tahu bahawa mereka terpaksa bersiap untuk (menghadapi) kebarangkalian tindak balas yang lebih berani daripada orang yang simpati dengan Osama," katanya lagi.


Kesimpulannya, Osama telah mendapat apa yang dicitakannya. Sekarang tinggal kita yang masih bernadi. Apakah sumbangan kita kepada ummah? Apakah kita mampu lakukan khidmat kepada umat? Di mana harta kita dipergunakan? Sanggupkah kita hidup susah kerana Islam? Atau bolehkah daripada sulbi kita ini melahirkan 56 orang anak seperti bapa Osama dan mewakafkan seorang untuk perjuangan Islam?


Hanya iman dan kudrat Allah yang mampu menjawab semuanya itu. Tahniah Osama, syahid buatmu. Buat keluargamu yang masih diuji semoga Allah membantu kalian dan berbanggalah kalian kerana jasa dan iman bapamu, suamimu, adik beradikmu dan pemimpinmu..


Wednesday, May 4, 2011

Lucah dan Lencah

Dalam kesibukan sumpah laknat Eskay yang berbaju besi, Jam Omega konon milik Anwar dicuri pelacur dan mayat Osama dibuang ke laut, kita dibiasakan dengan kenaikkan harga minyak. Kenaikan harga minyak sudah biasa bagi rakyat Malaysia yang bertuankan Najib- Rosmah. Malah ketika ini diberitakan Datin Seri Rosmah berada di Turki.


Ia.. ini hadiah kebijaksanaan rakyat Sarawak membuat pilihan dalam pilihanraya negeri baru-baru ini. Bermula tengah malam ini, petrol RON 97 akan dijual pada harga baru, iaitu RM2.90 seliter. Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.

RON 95 kekal pada harga RM1.90 seliter.

Kenaikkan RON 97 ini adalah yang tertinggi dalam sejarah negara dan dipercayai berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia. petrol price hike panic 010705 shell stationBulan lalu, harga petrol RON 97 dinaikkan 20 sen kepada RM2.70 seliter. Harga RON 97 diapungkan sejak 31 Januari lalu mengikut harga pasaran semasa dan sejak itu ia kali ketujuh harga petrol gred itu dinaikkan. Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi. Semua kenderaan berpendaftaran asing dilarang membeli RON 95 dan mereka menggunakan minyak gred RON 97.


RON 97 pada suatu ketika juga adalah minyak yang seringkali digunakan oleh rakyat sehingga minyak lebih murah RON95 diperkenalkan pada September 2009. Ketika itu RON 97 berharga RM1.80 seliter.


sumber : Malaysiakini

Pertandingan Semua Jawatan Dewan Pemuda PAS Sabah Budaya Sihat

sumber : Sabahkita.net

SANDAKAN- Semua jawatan dalam Dewan Pemuda PAS Sabah telah menyaksikan pertandingan sengit antara calon yang bertanding kecuali jawatan Ketua Pemuda.

Jawatan Ketua Pemuda menyaksikan Lahirul Latigu tidak dicabar buat kali kedua. Manakala jawatan Ketua Pemuda menyaksikan pertandingan dua penjuru yang menobatkan penyandangnya Ust Zaidi Mustapha berjaya mempertahankan kedudukannya. Sementara itu, Ust Mohd Yusri Mansor telah berjaya mengetepikan dua pencabarnya untuk jawatan Naib Ketua Pemuda setelah Darmansyah tidak mempertahankan jawatannya sebaliknya bertanding dan menang untuk jawatan Pengerusi Tetap.


10 orang Exco yang menang terdiri daripada muka lama dan muka baru yang bakal mewarnakan Dewan Pemuda PAS untuk sesi 2011/2013.


Menurut Khairul Yusri, bekas bendahari DPPNS gandingan muka baru dan muka lama ini dilihat lebih bernafsu untuk memimpin perubahan sepertimana yang digarap oleh Ketua pemuda.

“Sekalipun pemilihan jawatan ini terpaksa melalui pertandingan di semua jawatan tetapi ahli PAS dididik dengan adab-adab berjemaah dan wala’ yang tinggi terhadap pimpinan, saya yakin ianya tidak memberi sebarang kesan buruk kepada DPPNS malah akan menyuburksan demokrasi dalam parti” . Jelas Yusri lagi.


Selain itu, Ust Mustaqim Aling, Yang Dipertua PAS Kota Belud yang turut hadir sebagai pemerhati turut memuji kematangan berpolitik pemuda PAS Sabah apa lagi dalam menghadapi pemilihan sebegini. Menang dan kalah bukan keutamaan dalam melaksanakan kerja Islam, malah keikhlasan dan kesungguhan disamping strategi yang berkesan patut dijadikan peluru dan perisai bagi setiap kader dakwah yang menjadikan PAS sebagai wadah perjuangan.

Tuesday, May 3, 2011

Perkasa Tarbiyyah Utamakan Kebajikan

SANDAKAN- kekuatan tarbiyyah para pendokong disamping perihatin terhadap kebajikan ahli perlu menjadi agenda utama PAS dalam melangkah mencari kemenangan sepertimana yang dikehendaki oleh pimpinan PAS Sabah sebagai usaha meletakkan PAS sebagai Parti pilihan di Sabah.


” Muslimat berpandangan tarbiyyah ruhiyyah dan jasadiah disamping menjaga kebajikan pendokong mampu memancu PAS Sabah untuk pergi lebih jauh. Akar umbi yang bersama PAS terutama muslimat mesti diberi lebih perhatian untuk berkerja dengan jemaah”. Ucapan Ketua Muslimat PAS Sabah, Pn Zaitun Ahmad.


” Pembinaan peribadi dan keluarga unggul melalui Baitul Muslim perlu diperkasakan. Kita tidak mahu mereka yang berkerja untuk jemaah terabai kebajikan mereka”. Tambah Pn Zaitun lagi.


Selain itu, muslimat mengharapkan usaha memperkukuhkan parti melalui ukhwah ahli dijana disamping kerjasama erat PAS dalam Pakatan Rakyat.


Ini antara resolusi yang ditekankan oleh Muslimat PAS Sabah di dalam konvesyen PAS Sabah yang berlangsung di Sabah hotel kelmarin.


sumber : http://sabahkita.net

Beza Pemikiran Islam dan Sekular

Datuk Nik Aziz Nik Mat menganggap pihak yang menyifatkan dunia lebih selamat dengan kematian Osama Laden sebagai tidak cermat dan "bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika".


nik aziz and anwar selangor anti fitnah tour"Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?" soal menteri besar Kelantan itu.

Kenyataan Nik Aziz (kiri, berserban) itu dipercayai cuba 'menyiku' Najib yang semalam dilaporkan berkata dunia akan lebih selamat dan aman dengan kamatian pemimpin al-Qaeda itu.


Perdana menteri juga dilaporkan berkata kematian Osama adalah juga satu pengajaran bahawa keganasan tidak membuahkan sesuatu kebaikan sebaliknya membawa kemudaratan kepada semua pihak.


NONENik Aziz bekata, jika benar Osama dibunuh oleh Amerika Syarikat semalam, sebagai seorang Islam beliau perlu mendoakan rahmat dan keampunan saudara seagamanya itu.


"Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.

Amerika juga pengganas

"Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain," katanya dalam satu kenyataan.

azlan

Mursyidul am PAS itu bagaimanapun menyerahkan kepada Allah berhubung dakwaan keterlibatan Osama dengan keganasan kerana ia disebarkan melalui propaganda yang dipelopori Amerika Syarikat.



"Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.


"Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti," katanya.



azlanNik Aziz sebaliknya menyelar Amerika Syarikat yang melancarkan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq sebelum ini untuk mencari senjata pemusnah yang tidak dijumpai sehingga ke hari ini.



"Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel.



"Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas," tegasnya.

Sunday, May 1, 2011

Allahu Akbar !!! Osama Syahid

Berita suka dan duka buat umat Islam bila Osama bin Laden telah menemui syahid ditangan kaffir laknatullah Amerika dengan kerjasama talibarut kuffar Pakistan. Suka kerana Osama telah menemui syahid yang dicita-citakan selama ini dan mengikut jejak guru-guru beliau seperti Syeikh Abdullah Azam dan Syeikh Ahmad Yassin.

Duka kerana umat Islam kehilangan seorang tokoh pejuang yang digeruni musuh kuffar. Osama berjaya bertahan sebegitu lama untuk terus bertembung dengan musuh Allah dan musuh umat Islam iaitu Amerika dan sekutunya. Sekalipun beliau berada di dalam keadaan serba kekurangan dan dikepung semenjak tahun 2001 oleh sekutu kuffar.

Berita syahid beliau disambut gembira oleh mereka yang menentang Islam tertegak di muka bumi Allah dan mereka yang beriman dengan sistem sekular. Pemimpin Al-Qaeda Osama Laden dibunuh pada Ahad di Abottabad, Pakistan dalam peristiwa tembak-menembak melibatkan pihak Amerika syarikat.

Bagi kita, pemimpin Islam datang dan pergi. Mereka yang mati kerana berjuang syahid buat mereka. Malah mereka yang berpura-pura dan menjadi munafik dalam membela ummah, maka tunggulah nyalaan neraka Allah. Pastinya semuanya akan mati termasuk Obama yang membunuh Osama.

Sesekali, marilah kita renung kata As-syahid Syeikh Ahmad Yaasin
Assalamualaikum wbt..

semoga semuanya dalam rahmat Allah Ta'ala..

Bersatulah wahai kaum Muslimin...
dengan semangat dan roh kebenaran..
Berjihadlah wahai kaum Muslimin..
Walau susah menempuh cabaran..
Bersatulah Wahai kaum Muslimin..
Dengan obor sinar kebahagiaan..
Biar syahid atau kemenangan..
Berjuanglah Wahai Ansarullah..
Dengan matlamat daulah islamiyah..

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008