Friday, December 2, 2016

PERAKAN MALAYSIA SAMBUT USIA 10 TAHUN


Persatuan Anak Kelantan Perantuan Malaysia (PERAKAN MALAYSIA) bakal menyambut 10 tahun usia penubuhannya secara rasmi pada disember ini. Majlis Sambutan 10 tahun PERAKAN MALAYSIA  sebagai  NGO kebajikan anak- anak Kelantan ini akan disambut pada 03 Disember ini. Ianya akan melibatkan 450 perwakilan daripada 45 cawangan PERAKAN MALAYSIA di seluruh Negara bertempat  di Kelantan Trade Centre , Kota Bharu , Kelantan.
Persidangan ILMUAN PERAKAN MALAYSIA


Majlis  yang akan dirasmikan oleh Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Haji Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta kerajaan Negeri Kelantan akan turut dihadiri oleh pimpinan Kerajaan negeri Kelantan, Dato’ Mufti dan timbalannya , Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) , wakil-wakil rakyat dan beberapa orang ketua jabatan Kerajaan Kelantan.

Ir Hamdzah Abdul Rahman, Presiden PERAKAN MALAYSIA   ketika dihubungi berharap majlis ini menjadi medan untuk menghargai pengorbanan para pemimpin PERAKAN MALAYSIA  terdahulu disamping menzahirkan satu symbol semangat kerjasama dan ikatan kekeluargaan yang utuh sehingga terbinanya PERAKAN MALAYSIA   di setiap negeri di Malaysia. Hamdzah juga mensasarkan Majlis ini dapat mempertemukan perwakilan PERAKAN MALAYSIA dari seluruh negara dengan pimpinan Kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat di dalam satu majlis yang istimewa.

HJ MAT ARIFIN ISMAIL,

Menurut Pengarah Sambutan Program, Mat Arifin Ismail (gambar) yang juga Bendahari Agong PERAKAN MALAYSIA, sambutan ini bertujuan untuk mengimbau kembali sejarah pengkisahan penubuhan PERAKAN MALAYSIA agar menjadi teladan dan pengkayaan (enrichment) pengalaman untuk generasi baru. Selain  itu, Mat Arifin juga berharap program seumpama ini dapat menzahirkan satu hubungan mantap antara PERAKAN MALAYSIA  dengan Kerajaan Negeri Kelantan sehinggalah segala pengorbanan PERAKAN MALAYSIA  dihargai dengan pengiktirafan sebagai Duta Kerajaan Kelantan dan NGO Kebajikan di luar Kelantan


PERAKAN MALAYSIA  secara tidak rasminya telah ditubuhkan pada tahun 1993 tetapi didaftarkan pada tahun 2006 telah mengalami perubahan struktur organisasi yang cepat demi untuk menyesuaikan dengan keperluan serta perubahan semasa yang mendesak. Bermula dengan penubuhan 3 cawangan di Sabah, PERAKAN MALAYSIA  terus mendapat sambutan di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dengan pelbagai aktiviti untuk mengukuh semangat kerjasama dan persaudaraan berteraskan moto SETIA, SEPAKAT SOKMO sehingga menjulang nama PERAKAN MALAYSIA   sebagai NGO anak Kelantan perantau yang unik serta menjadi contoh dan bualan masyarakat.

Pada majlis ini juga akan diadakan penyampaian anugerah khas kepada mereka yang banyak berbakti kepada pembangunan anak-anak Kelantan perantau dan juga bekas-bekas pimpinan PERAKAN MALAYSIA  . Para perwakilan dan pemerhati juga berpeluang untuk membeli T shirt Sambutan 10 Tahun PERAKAN MALAYSIA  yang akan dijual  pada majlis tersebut.

Tuesday, November 22, 2016

MENANTI AL-MU'TASSIM. DI MANANAL-MUTASSIM?

Oleh : Prof Dr Abdul Muati Ahmad

Pada zaman pemerintahan Khalifah Al-Mu'tassim khalifah terakhir Bani Abasiyah sekitar tahun 838 Masihi ada seorang muslimah yg ditangkap dan dipenjara serta dihina auratnya oleh tentera Rom.

Muslimah tersebut menjerit “Wahai Mu’tassim, tolonglah aku”. Jeritan wanita tersebut telah dikhabarkan kepada khalifah al-Mu’tassim di Baghdad lantas beliau mengerahkan segala bala benteranya menuju ke utara benua Asia, yakni kota Ammuriah di Turki hari ini.

Baghdad dengan Turki tu beribu batu jauhnya. Namun kerana mahu membantu seorang muslimah yang kehormatannya dihina oleh tentera kafir Rom maka tentera Islam sanggup bergerak ke sana.

Kota Ammuriah dikepung oleh tentera Islam lebih lima bulan hingga akhirnya ditakluk oleh Khalifah al-Mu’tassim pada 13 Ogos 838. Hanya kerana maruah seorang wanita Islam dihina oleh tentera kafir Rom di Turki, ribuan bala tentera umat Islam di Baghdad dikerah membelanya.

Setelah berjaya menawan kota Ammuriah, khalifah sendiri masuk ke penjara dan membuka rantai yang mengikat muslimah yang memohon pertolongannya itu tadi.

Muslimah tadi bertanya siapakah engkau? Khalifah menjawab “akulah Mu’tassim yang kau minta pertolongan sebelum ini”.

Peristiwa ini berlaku ketika khalifah Bani Abasiyah berada dalam keadaan paling lemah dan tak lama selepas itu ianya digulingkan oleh Hulagu.

Tindak balas Al-Mu'tasim bukanlah perkara baharu. Sebelumnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, ada seorang tukang emas Yahudi Bani Qainuqa’ yang menjatuhkan kehormatan seorang Muslimah dengan mengikat hujung bajunya sehingga menyebabkan kainnya tersingkap dan menampakkan auratnya.

Pada ketika itu, ada seorang lelaki Islam yang berkebetulan berada di situ lalu membunuh orang Yahudi itu. Orang-orang Yahudi kemudiannya berpakat dan membalas dengan membunuh lelaki itu pula.

Keluarga lelaki itu kemudiannya memanggil kaum Muslimin untuk membantu dan apabila dimaklumkan kepada Nabi s.a.w, Baginda s.a.w. mengirimkan pasukan melawan mereka dan setelah lima belas hari pengepungan seluruh suku Bani Qainuqa’ telah diusir dari Madinah.

Hari ini ada berita 30 orang saudara kita etnik Rohingya dibakar hidup2 di Myanmar oleh kafir Budha. Antara yg dibakar dan dibunuh hari ini adalah kanak2 dan muslimah. Sebelum ni pun dah beribu saudara saudari kita disiksa saban hari. Mereka dirogol, dibunuh, dibakar. Mesjid dibakar. Alquran dipijak dan dibakar. Apa tindakan kita? Nothing. Kita tak rasa apa2 pun.

Ketika saudara saudari kita di Palestin dibunuh dan dirogol kita kata jauh dari Malaysia.  Biar Arab dulu tolong. Sekarang Rohingya hanya dlm kejiranan kita. Tapi kita tak rasa nk tolong juga. Kita lebih seronok bergaduh sama sendiri, tunjuk ramai, tunjuk kuat dsbnya.

Tak boleh kah kita minta kerajaan kita putuskan hubungan diplomatic dgn kerajaan laknat kafir Myanmar? Tak boleh kah kita desak melalui Asean dan PBB? Tak boleh kah kita halau balik saja semua imigran kafir Budha Myanmar?

Tak boleh kah kita boikot piala Aff Suzuki di Yangon dan bawa balik team kita? Banyak sangatkah keuntungan ekonomi kita mengadakan hubungan diplomatic dgn Myanmar ni?

Atau memang kita dah kena penyakit 'wahan' spt mana sabda Rasulullah s.a.w. Apabila ditanya sahabat apakah penyakit 'wahan' itu, Rasulullah s.a.w. jawab 'hubbud dunya wakaraa hiyatul maut'; 'cintakan dunia dan takut mati'.

Kita dah kena penyakit ni agaknya. Dan sudah tiada Al-Mu'tassim dlm kalangan umat Islam di dunia ini. Kesian orang Islam. Bilangannya ramai tapi bagai buih di lautan, tiada apa2 kesan...

Friday, September 30, 2016

ILMUAN SATUKAN PEMIKIRAN

Ir Hamdzah
KUALA LUMPUR: SABTU, Ilmuan perlu mengembelingkan ilmu dan kepakaran  mereka untuk menyatukan pemikiran umat Islam dengan mengamalkan cara hidup Islam dalam semua perkara.

"Kita lihat selepas kehilangan Al marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan, berlaku ketidakseragaman pemikiran dikalangan rakyat Kelantan. ILMUAN mesti memainkan peranan mereka bagi menyatukan dan memperkasakan pemikiran umat Islam khususnya rakyat Kelantan" . Kata Hamdzah, Presiden PERAKAN Malaysia ketika menyampaikan ucapan alu alauan dalam majlis perasmian Konvensyen Ilmuan, Perakan Malaysia di sini.

Ilmuan yang merupakan sayap terbaru Perakan Malaysia  buat pertama kalinya mengadakan Konvensyen di Hotel Putra melibatkan wakil Ilmuan Perakan Malaysia di cawangan  seluruh  negara termasuk daripada Sabah dan Sarawak. Konvensyen yang dirasmikan oleh Exco Kerajaan Kelantan, Dato Nasaruddin Daud.


Hj Mat Arifin
Konvensyen sehari ini telah membentangkan tiga kertas kerja yang menuntut peranan ilmuan berfungsi sebagai daie dan duta Kerajaan Negeri Kelantan. Kertas Kerja yang bertajuk " Peranan Ulamak dan Umara dalam memartabatkan Islam di Kelantan " dan "Memperkasakan Dasar Membangun Bersama Islam". Selain itu, kertas kerja yang berkaitan dengan RUU 355 turut dihadamkan dalam Konvesyen tersebut.

Sebelum itu, Ilmuan turut didedahkan tentang susur galur penubuhan dan pengurusan PERAKAN Malaysia oleh pengasas PERAKAN Malaysia Hj Mat Arifin Ismail yang juga Bendahari Agung PERAKAN Malaysia.


Friday, June 10, 2016

MENCARI ISTERI UMMAH

Kisah bagaimana seorang pembela ummah mencari jodohnya dengan meletakkan perempuan yang bakal melahirkan pejuang ummah pada masa akan datang...jauhnya kita yang mencari cinta atau tulang rusuk kiri hanya untuk kebahagian rumahtangga yang sementara.

Tatapan sejarah bapa kepada pejuang ummah Salahuddin al ayubbi membentuk keluarganya semestinya menjadi teladan, kita semya.

Najmuddin Ayyub (amir Tikrit) belum juga menikah dalam tempoh yang lama. Maka bertanyalah saudara Asaduddin Syirkuh kepadanya: “Wahai saudaraku, kenapa engkau belum juga menikah?”

Najmuddin menjawab: “Aku belum menemukan seorang pun yang sesuai  untukku.”

“Mahukah aku pinangkan seorang wanita untukmu?” tawar Asaduddin.

“Siapa?” balas Najmuddin Ayyub.

“Puteri Malik Syah, anak Sulthan Muhammad bin Malik Syah Suthan Bani Saljuk atau puteri menteri Malik,” jawab Asaduddin.

“Mereka semua tidak layak  untukku” tegas Najmuddin kepadanya.

Ia pun hairan , lalu kembali bertanya kepadanya: “Bagaimanakah wanita yang mampu menjadi pilihan untukmu wahai sahabat ku?”

Najmuddin menjawab: “Aku menginginkan wanita sholehah  yang akan memegang tanganku menuju ke jannah dan akan melahirkan seorang anak lelaki yang ia didik dengan baik hingga menjadi seorang pemuda dan pahlawan  yang akan mengembalikan Baitul Maqdis ke dalam pangkuan kaum muslimin.”

Ini merupakan mimpinya.
Asaduddin pun tak merasa heran dengan ucapan saudaranya tersebut. Ia bertanya kepadanya: “Lalu dari mana engkau akan mendapatkan wanita seperti ini?”

“Barang siapa yang mengikhlaskan niatnya hanya kepada Allah, niscaya Allah akan memberikan rezeki kepadanya,” jawab Najmuddin.

Sehingga lah suatu hari, Najmuddin dijemput duduk bersama salah seorang syaikh di masjid di kota Tikrit berbincang soal negara. Lalu datanglah seorang wanita memanggil syaikh tersebut dari balik tabir sehingga ia memohon izin dari Najmuddin Ayud untuk bercakap sebentar dengan wanita tersebut.Lalu dibenarkan Najmuddin . Syaikh itu berkata kepada si wanita tersebut : “Mengapa engkau menolak pemuda yang aku kirim kan ke rumahmu untuk meminangmu?”

Lalu wanita  itu menjawab: “Wahai syaikh, ia adalah sebaik-baik pemuda yang memiliki ketampanan dan kedudukan, akan tetapi ia tidak layak untukku.”

“Lalu lelaki yang bagaimana kamu inginkan?” Tanya syaikh.

Ia menjawab: “Tuanku asy-syaikh, aku menginginkan seorang pemuda yang akan menarik  tanganku menuju jannah dan aku akan melahirkan seorang anak lelaki darinya yang akan menjadi seorang pahlawan yang bakal mengembalikan Baitul Maqdis ke dalam pangkuan kaum muslimin.”

Dengan tidak sengaja perbualan mereka itu telah didengari oleh Najmuddin Ayyub .Lantas bangkitlah Najmuddin lalu  memanggil syaikh tersebut, “wahai Syaikh , kahwinkan aku dengan wanita  ini kahwinkan aku dengan wanita  ini.”

“Tapi wanita ini tidak mempunyai apa-apa,  fakir dari kampung , dia bukanlah dari keturunan orang ternama,” jawab asy-syaikh.

“Wanita ini yang saya idamkan dan saya cari selama ini.” tegas Najmuddin.

Maka menikahlah Najmuddin Ayyub dengan wanita tersebut. Dan dengan perbuatan, barang siapa yang mengikhlaskan niat, pasti Allah akan berikan rezeki atas niatnya tersebut.

Maka selepas itu Allah menguniakan mereka seorang putera kepada Najmuddin yang akan menjadi seorang pahlawan yang bakal mengembalikan Baitul Maqdis ke dalam pangkuan kaum muslimin. Ketahuilah, pahlawan itu adalah Shalahuddin al-Ayyubi.

Pada suatu hari ketika zaman kecil Salahuddin Al Ayubi, beliau sedang bermain bersama kanak-kanak lain di taman permainan. Lalu ayahnya mendatangi Salahuddin dan mengangkatnya sewaktu beliau sedang bermain dan diangkatnya setinggi yang mungkin.

Kemudian ayahnya berkata : Aku tidak berkahwin dengan ibumu dan ibumu tidak melahirkan kamu dengan tujuan kamu bermain dengan kanak-kanak! Tetapi tujuan aku kahwini ibumu dan ibumu melahirkan kamu adalah supaya engkau membebaskan masjidil Aqsa!

Kemudian ayahnya melepaskannya dan beliau jatuh dari pegangan ayahnya dan berkata : Adakah kau sakit kerana kau dijatuhkan?

Jawab Salahuddin : Sakit!

Ayahnya berkata : Jadi kenapa kau tidak merintih (kesakitan)?

Jawab Salahuddin Al Ayyubi : Mana mungkin seorang pembuka masjidil Aqsa akan merintih kesakitan.

Thursday, May 19, 2016

Jalan Perjuangan Itu Pahit

Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam.

Imam Syafie

- Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung kerana dituduh Syiah dan pemecah-belah masyarakat.

Imam Hanafi

– Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar-dasar pemerintah.

Imam Maliki

- Disebat dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

Imam Hambali

- Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

Sufyan Ath-Thauri

- Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri-menterinya lalu mereka mati tertimbus tanah.

Said bin Jubair

- Seorang wali Allah yang dikasihi. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

Abu Yazid Al Bustami

- Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapa berjaya memancungnya.

Abul Husin An Nuri

- Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Imam Nawawi

 - Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh
pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

Semoga Allah SWT merahmati roh mereka.
 Wallahhua'lam.

Saturday, March 26, 2016

WAJIB PERTAHANKAN KERAJAAN KELANTAN SEKALIPUN TANPA TOK GURU

Wajib  bagi setiap anak Kelantan mempertahankan Kerajaan Kelantan sekalipun tanpa Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana kita berjuang untuk meraih pahala, demikian tegas Exco Dakwah,  penerangan dan seranta, YB Dato Nasaruddin Daud di dalam sesi dialog bersama PERAKAN Malaysia di Hotel Putra, Kuala Lumpur.

Dato Nasruddin ketika menjawab soalan daripada salah seorang peserta  menjelaskan bahawa kehilangan ikon dalam sesuatu perjuangan merupakan senario biasa dalam sejarah Islam sekalipun zaman nabi SAW. Jika kehilangan ikon sehebat nabi SAW tidak memadamkan perjuangan Islam dan para sahabat mampu menangani kesan awal kehilangan ikon. Justeru itu, menjadi tanggongjawab seluruh anak Kelantan , khususnya PERAKAN Malaysia untuk berkerja mempertahankan Kerajaan Kelantan yang melaksanakan dasar-dasar membangun bersama Islam yang diasaskan oleh Al marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziiz Nik Mat.


Friday, March 25, 2016

BERIKAN HAK KEPADA YANG BERHAK

Ir. HAMDZAH ABDUL RAHMAN
Kuala Lumpur : 26 Mac; Setiap mereka yang diberikan hak dan tanggungjawab , hendaklah menunaikan tanggungjawab masing-masing demi memastikan kelangsungan dan keutuhan sesebuah organisasi, tegas Ir Hamdzah  Abdul Rahman, ketika menyampaikan ucapan alu alaun dalam mesyuarat Agung, Persatuan Anak Kelantan Perantuan Malaysia(PERAKAN MALAYSIA) di Hotel Putra dekat sini.

Hamdzah menegaskan PERAKAN MALAYSIA menduduki kelas yang tersendiri , hasil komitmen yang diberikan oleh saff kepimpinan PERAKAN, Kerajaan Negeri dan juga anak perantau seluruh Malaysia dalam menunaikan hak dan tanggungjawab sosial.

Dengan berpegangkan moto persatuan sepakat setia sokmo, PERAKAN seluruh Malaysia rancak mengadakan aktiviti kebajikan dan khidmat sosial untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan dan kebajikan. Sayap-sayap PERAKAN seperti Perakan Relief, Perakanita dan Perakan IPT telah menjayakan agenda PERAKAN dengan mendekati golongan sasar mengikut bidang masing-masing termasuk mangsa bencana alam, wanita dan remaja di IPT.

Hamdzah yang berucap dihadapan lebih 500 orang perwakilan dan pemerhati meningatkan bahawa PERAKAN bakal  memasuki usia 10 tahun bakal menghadapi ujian yang lebih besar pada masa akan datang dan mengharapkan anak perantau lebih bersedia dan berkerja bersungguh-sungguh dalam menghadapi cabaran tersebut.

Dalam majlis tersebut, Hamdzah dipilih semula sebagai Presiden PERAKAN MALAYSIA setelah menang tanpa bertanding, begitu juga Prof Dato' Dr Aminuddin sebagai Timbalan Presiden. Sementara itu, jawatan Naib Presiden melibatkan pertandingan tiga penjuru.

Majlis yang dirasmikan oleh Exco Kerajaan Negeri, pengerusi Dakwah, penerangan dan Serata, YB Dato' Hj Nasarudin Daud turut disertai Dr Wan Nik Wan Yusof, Pengarah Pusat Kajian Strategik dan beberapa pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan


Saturday, February 20, 2016

BASYAR AL-HAFI YANG AMANAH

Suatu hari Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah dikunjungi seorang wanita yang ingin bertanya.

“lmam, saya adalah seorang perempuan yang sudah lama kematian suami. Saya ini sangat miskin, sehingga untuk membesarkan anak-anak saya, saya mengait benang di malam hari, sementara siang hari saya gunakan untuk mengurus anak-anak saya dan bekerja sebagai sebagai buruh kasar di kesempatan masa yg ada.

Karena saya tak mampu membeli lampu, maka pekerjaan mengait benang itu saya lakukan apabila  bulan terang.”

Imam Ahmad rahimahullah mendengar dengan serius percakapan perempuan tadi. Perasaannya tersentuh mendengar ceritanya yang menyayatkan hati.

Beliau yang memiliki kekayaan lagi dermawann sebenarnya telah tergerak hati untuk memberi bantuan sedekah kepada wanita itu, namun ia tangguhkan dahulu hasratnya karena ingin mendengar semua ucapan si ibu tadi.

Si ibu tadi meneruskan cerita katanya...“Pada suatu hari, ada satu rombongan kerajaan telah berkemah di depan rumah saya. Mereka menyalakan lampu yang jumlah yang amat banyak sehingga sinarnya terang benderang. Tanpa pengetahuan mereka, saya segera mengait benang dengan memanfaatkan cahaya lampu-lampu itu.

Tetapi setelah selesai saya sulam, saya bimbang, apakah hasilnya halal atau haram kalau saya jual?

Bolehkah saya makan dari hasil penjualan itu? Sebab, saya melakukan pekerjaan itu dengan diterangi lampu yang minyaknya dibeli dengan wang negara, dan tentu tanya adalah wang rakyat.”

Imam Ahmad rahimahullah terpesona dengan kemuliaan jiwa wanita itu. Ia begitu jujur, di tengah masyarakat yang rosak akhlaknya dan hanya memikirkan kesenangan sendiri, tanpa peduli halal haram lagi. Padahal jelas, wanita ini begitu miskin lagi fakir.

Maka dengan penuh rasa ingin tahu, Imam Ahmad rahimahullah bertanya, “Ibu, sebenarnya engkau ini siapa?”

Dengan suara serak karena penderitaannya yang berkepanjangan, wanita ini mengaku, “Saya ini adik perempuan Basyar Al-Hafi.”

Imam Ahmad rahimahullah makin terkejut.  Basyar Al-Hafi rahimahullah adalah Gabenor yang terkenal sangat adil dan dihormati rakyatnya semasa hidupnya. Rupanya, jawatannya yg tinggi tidak disalahgunakannya untuk kepentingan keluarga dan kerabatnya. Sehingga adik kandungnya sendiri pun hidup dalam keadaan miskin.

Dengan menghela nafas berat, Imam Ahmad rahimahullah berkata,
“Pada masa kini, ketika orang-orang sibuk mengumpul kekayaan dengan berbagai cara, bahkan dengan menyalahguna wang negara serta menyusahkan rakyat yang sudah miskin, ternyata masih ada wanita terhormat seperti engkau, lbu. Sungguh, sehelai rambut mu yang terurai dari belahan jilbab mu jauh lebih mulia jika dibanding dengan berlapis-lapis serban yang ku pakai dan berlembar-lembar jubah yang dikenakan para ulama.

Subhanallah, sungguh mulianya engkau, hasil sulaman itu engkau haramkan? Padahal bagi kami itu tidak apa-apa, sebab yang engkau lakukan itu tidak merugikan keuangan negara…”

Kemudian Imam Ahmad rahimahullah melanjutkan, “Ibu, izinkan aku memberi penghormatan untuk mu. Sila kan engkau meminta apa saja dari ku, bahkan sebagian besar harta ku, niscaya akan ku berikan kepada wanita semulia engkau…”.

Diriwayatkan dari Abu Bakr Ash-Shiddiq, dari Rasulullah, beliau bersabda:

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ جَسَدٌ غُذِيَ بِحَرَامٍ

“Tidak akan masuk ke dalam surga sebuah jasad yang diberi makan dengan yang haram.”

(Shahih Lighairihi, HR. Abu Ya’la, Al-Bazzar, Ath-Thabarani dalam kitab Al-Ausath dan Al-Baihaqi, dan sebagian sanadnya hasan. Shahih At-Targhib 2/150 no. 1730)

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008