Monday, September 29, 2008

gambar khawlah

Iffah Khawlah dalam Usia sebulan.
Sekarang dah 3 bulan dan sudah boleh meniarap. Alhamdulillah dia tidak banyak ragam dan kurang menangis jika dibandingkan dengan abang-abangnya. Penyeri rumah. Mudah-mudahan akan berterusan. Gambar kurang jelas sebab guna kamera handpone harga murah..

Saturday, September 27, 2008

Kenangan

Gambar kenangan,bersama kawan - kawan sepengajian yang ditemukan melalui program kerajaan Kelantan mengingatkan kembali nostalgia semasa dibangku pengajian dahulu. Kenanga bersama bergelumbang dengan pelajaran dan dakwah masih segar dalam ingatanku. Kawan-kawan yang setia dan penuh kasih sayang,sanggup berkorban telah banyak membantu aku memahami erti hidup dan perjuangan. Alhamdulillah,mereka juga berjaya dengan kerja masing-masing. Termasuk seorangnya telah menjadi Yang berhormat.Ust Nasir Zakaria (kiri sekali) sekarang telah bergelarYB Nasir Zakaria,Ahli Parlimen Padang Terap,Kedah. Selamat berjuang Yb Nasir.!

Iffah Khawlah

Hari Raya menjelma lagi. Pastinya kami terpaksa menyambutnya dalam keadaan kejauhan dengan keluarga dan kampung halaman. Aku sudah lupa,untuk kali ke berapa sudah aku terpaksa berhari Raya di perantauan, tanpa ibubapa dan kampung halaman.Ianya sudah hampir menjadi perkara biasa walaupun hati tetapsayupabila menjelang hari raya, bak kata pepatah hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri,baik lagi negeri sendiri. Apalah yang boleh kami lakukan,sudah ditakdirkan mencari rezeki diperantauan. Semuanya,mungkin ada rahmat disebalik anugerah Allah kepada kami.

Pada 23 Jun 2008,bumi subur yang kami huni sekarang telah menerima kelahiran puteri pertamaku.Mek ayah dan mertua serta adik-beradik,sahabat handai tentunya ternanti-nanti kepulangan puteri sulungku Iffah Khawlah. Insyallah,Disember ini kami akan pulang dan sempat berhari raya haji bersama-sama. Gambar akan dimasukkan kemudian

Tuesday, September 23, 2008

Legeh kampungku

Setiap kali aku memperkenalkan aku berasal dari kampung ku ini, pasti ada yang bertanya lebih lanjut tentang kampungku ini. Inilah uniknya kg.Legeh ini. Walaupun pertanyaan itu ada yang positif dan banyak negetifnya. Kononnya agak jauh di pendalaman hatta ada yang mengatakan kampung ini berada di dalam daerah Gua musang di pendalaman Kelantan. Apapun kata orang, aku bangga dengan kampungku, kampung kelahiranku walaupun sudah hampir 15 tahun aku terpaksa keluar meninggalkan kampungku kerana ilmu dan pekerjaan.

Legeh pernah wujud sebuah kerajaan kecil yang turut memeberi saingan kepada kerajaan kelantan ketika itu yng berpusat di Kota kubang Labu. bahkan raja Legeh juga pernah menguasai Kota kubang Labu suatu ketika. Kerajaan ini mengalami kemerosotan selepas kemangkatan Long Ghafar dan serangan Dinsti Cakri dari Siam. Akhirnya ia hanya menjadi sebuah perkampungan biasa.

Kampung yang dikelilingi oleh Bukit Susun dan Bukit Kemahang ini sesuai untuk pertanian darat dan paya. Hampir separuh kampung digunakan untuk penanaman padi. Getah adalah hasil dan sumber rezeki utama. Kampung berdekatan, Ayer Lanas, Sungai satan dan Ayer Canal adalah Rancagan Pemulihan Tanah (RPT) yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri. Legeh berdiri dengan kudrat dan muafakat masyarakat kampung.

Sumber sejarah masih boleh dirujuk dengan orang-orang lama yang masih hidup seperti Raja Ibrahim, Raja Mustapha (keturunan Raja Jembal) dan beberapa orang lagi. Aku pernah menulis tentang sejarah Legeh di dalam majalah sulung(Al-Syams) SMU(A) Al-Sabirin Ayer Lanas pada tahun 1991. Aku tengok banyak juga tulisan aku itu menjadi rujukan pelajar-pelajar untuk kajian tempatan.

Memungut Sayur Di Kundasang


Kundasang terkenal dengan sayur-sayuran yang segar dan bermacam-macam jenis sayur. kami mengambil kesempatan untuk ke kebun sayur Kundasang sepulangan dari kursus Dakwah di Pusat latihan Dakwah Kundasang. Allah Rabbii... seronoknya dapat kutip sendiri sayur sejuk di Kundasang. Pak Cik (berbaju Kuning) memberikan kami sayur percuma...terima kasih daun keladi. lain kali kami datang lagi. Mudah-mudahan panjang umur murah rezeki. aminn.

Monday, September 22, 2008

SMK Bukit Garam menjelang Syawal

Menjelang syawal, sekolah akan bercuti awal. Namun dalam masa yang sama pelajar masih bergelumang dengan peperiksaan. Begitu juga para pendidik terpaksa menghadapi syawal dengan timbunan kertas transkrip pelajar. Justeru itu, sempatlah saya merakamkan detik-detik akhir ramadhan disekolah


Wajah-wajah ceria ini sentiasa memecah kebuntuan dan bebanan kerja yang menjadi rutin para pendidik SMK Bukit Garam. Persahabatan dan nilai ukhwah yang tinggi sentiasa menjadi amalan para pendidik
En Mahali
Ketekunan pelajar adalah aset bernilai bagi kami. Merekalah harapan dan kebanggaan kami

Konsep musyawarat adalah amalan rutin para pendidik SMK Bukit Garam. Inilah yang menjadikan semangat setiakawan dan tanggungjawab rakan sekerja dapat dilaksanakan dengan baik.

Kelihatan Penyelia Petang (En Aniswandy) dan Pen.Kanan Ko-kurikulum (En Akmal Busri) tidak kekok untuk bergaul mesra dan menyedekahkan senyuman menggoda kepada penulis.
Perbicangan dan teguran membina, kami yakini akan mampu meningkatkan mutu kerja. Kerja happy pasti menjadi.
















http://pastikinabatangan.blogspot.com

Simpang Mengayau MTQ berjalan

Simpang Mengayau, terletak dihujung negeri Sabah, di daerah Kudat merupakan tempat bertembungnya antara dua laut iaitu Laut Sulu dan laut Cina Selatan. Ianya menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negeri. Abuyya berkesempatan melawat ke sana pada Jun 2008, kebetulan mewakili Gabungan Pelajaran Lahad Datu ke majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) peringkat negeri. MTQ yang diadakan di SMK Hj Abdul Rahim 2 telah membuka jalan untuk abuyya sampai ke kudat. Inilah merupakan kali pertama abuyya sampai ke sana. Abuyya membawa peserta dari daerah kinabatangan yang juga mewakili zon Lahad Datu dalam acara syarahan Bahasa Melayu dan bercerita kisah nabi. Rombongan kami awalnya diketuai oleh penyelia agama bahagian, Ust Abu Samah dan seterusnya dipimpin oleh ketua Unit Pendidikan Islam, Tuan hj Abdul.

Perjalanan pergi kami melalui jalan baru Simpang Nagoh….sunyi bah!!! Seram. Jalannya sudah agak baik walaupun masih ada lubang-lubang ‘puaka’ yang biasa memerangkap mangsa.

Kami tiba di Kudat dalam keadaan , kudat bergelap kerana kuasa elektrik mati di seluruh Sabah akibat kecurian di SESB. Pencapaian peserta kami tidak memberangsangkan, kinabatangan hanya mampu membawa pulang pingat gangsa melalui acara bercerita perempuan. Walau apapun kami tetap berpuas hati terutama abuyya kerana ini merupakan pertama kami dapat tembus ke peringkat negeri.

Abuyya berjaya mendapatkan tip-tips berguna untuk syarahan terutama daripada ust Nik Anuar dan ustazah Tawau. Insyaallah, akan dipergunakan untuk penambahbaikkan pada masa-masa akan datang.

Sebelum pulang, kami mengambil kesempatan untuk melawat Simpang Mengayau. Bersama Abuyya adik Muhammad yang pertama kali menjejakkan kaki ke Sabah. Dia menemai abuyya sebagai pembantu pemandu. Dalam perjalanan pulang kami ikut jalan Kota Belud dan terus ke Kota Kinabalu untuk melawat dan membeli belah. Alhamdulillah... segalanya berjalan dengan baik, dan pulang dengan selamat. Abuyya berazam untuk berusaha lebih gigih lagi mendidik anak didik bagi membuka jalan ke peringkat negeri di Keningau nanti. Keningau pun antara daerah yang belum sempat abuyya sampai.Program seumpama inilah antara jalan terbaik untuk abuyya berjalan kerana masa abuyya cukup terhad untuk berjalan-jalan semata...

Kepada sahabat serombongan, terima kasih atas kesetiaan persahabatan, timbang rasa dan tolak ansur sepanjang kita berkerja bersama.Buat pesertaku Mastura, mudah-mudahan ruang ke peringkat negeri adalah pemula untuk mastura menjadi pensyarah terbaik untuk Islam dan umatnya.....teruskan usaha...

Selamat Hari Raya


Assalammualaikum.....
Buat pertama kali saya menulis diruang blog ini sebagai satu proses membiasakan diri dengan blog ini. Harapan saya kebiasaan dan kemahiran menggunakan blog dapat dijadikan medan dakwah. sekurang-kurangnya dakwah insan kerdil di daerah terpencil ini dapat di up gredkan.

Kita berada dipenghujung Ramadhan Al-Mubarak ini, sering terfikir di sudut hati, adakah bererti ramadhan kali ini dengan ibadat-iabadat. Sejauhmana meningkatnya ibadah dan keimanan kita... atau mungkin Ramadhan yang mulia ini berlalu dengan tidak memberi kesan yang besar dalam kehidupan kita.??





Kunjungan masjid ke masjid di daearah Kinabatangan atas kapasiti membantu tugasan pegawai ceramah JHEINS, banyak dapat membuka minda kepada perubahan beberapa pendekatan dakwah. itulah pentingnya ilmu Waqiah disulami ilmu dakwah serta bekalan diri. saya selalu mengingatkan bahawa telinga saya yang bercakap ini lebih dekat dengan mulut saya yang menyampaikan kepada tuan-tuan. Saya bimbang apa yang saya sampaikan akan menjadi bahan bakar saya kerana ianya tidak memberi kesan kpada hati saya. semoga Allah membantu saya dalam segala hal... kelemahan dan kedhaifan diri perlukan kepada kekuatan dan penambah baikkan.

Ramadhan bakal berlalu, syawal bakal mengamit tiba...kepada teman-teman seperjuangan diperantauan, sahabat handai, sanak saudara, murid-murid tercinta, saya menyusun sepuluh jari, memohon kemaafan, atas salah silap, kelemahan, kekurangan sepanjang menjalani kehidupan atas diri yang serba kelemahan semoga segala keberengsetan ini menjadi pengajaran untuk bangkit dari kelalaian menuju ke maqam redha Allah

Keluargaku


Nama : Ahmad Mus'ab bin Mohd Zaidi
Tarikh Lahir :19 JANUARI 2006
Anak : Ketiga
Sempena : Nama ini abuyya pilih sempena nama naqib nabi yang pertama ke Madinah. Mus'ab bin Umair adalah seoarang lelaki kaya di Mekah sanggup meninggalkan segala kekayaan dan kemewahan hidup di dunia demi tertegaknya daulah Islamiah. Mus'ab syahid dalam keadaan yang miskin disisi manusia tetapi tinggi darjatnya di Allah dan rasulNya.

Harapan Abuyya : Semangat dan roh perjuangan dan pengorbanan Mus'ab bin Umair ini bakal menjadi jati diri pada anak abuyya. semoga anak-anakku bakal menjadi penegak panji-panji Islam. Bantulah aku Ya Allah....

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008