Saturday, February 28, 2009

Cetusan Anak Legeh Di Perantauan

Tanpa disedari setelah sembilan tahun berkhidmat di SMK Bukit Garam.

Perasaan sunyi makin terasa.

Satu demi satu kawan-kawan seperjuangan

meninggalkan lokasi untuk untuk ke lokasi pilihan mereka.

Ramai yang terkemudiaan,

yang dulu kusambut dan kuraikan juga sudah berlalu

Begitulah tahun demi tahun,

sahabat-sahabat seperjuangan bersilih ganti.

Aku setia berbakti, di Kinabatangan kota sakti.

Sekali sekala, kurenung jua,

apakah aku akan terus relakan hati,

menjadi murabbi diketika rakan mengundur diri.

Bukan di medan murabbi tetapi berlainan lokaliti?

Disitu bumi dipijak disitu langit dan Islam kujunjung kusemat dihati

pada awal sebelum di hantar pergi.

Itu juga janji aku pada diri,

Menerima takdir ketentuan ilahi

Mendidik, meninggi syiar mu Ya Rabbi

Bagi Bekalan hidup sesudah mati

Selalu kuingat pesanan Pak Malau

Lantaran panggilan anak desa untuk pulang

Benih yang baik takkkan mudah silau

Terpelanting ke laut menjadi Pulau

Campak di darat Menjadi Bukit

Yea… memang aku tercampak ke Bukit Garam

Ada orang kata gerangan orang lepas geram

Peduli apa….. aku bukan sebarang

Menjadi pendidik tetap mengajar orang

Sekalipun jauh di dalam ceram

Akhir-akhir ini baru kuperasan

Kawan lelakiku makin kurang

Bukan pula bererti sudah kupilih perempuan sebagai kawan

Pendidik perempuan menganti lelaki yang pulang

Itulah jadinya… makin hari makin berkurang

Dalam pahit terserlah manisnya

Sedikit disusun ukhwah dijalin

Keceriaan, keseronokan terzahir kemesraan

Senda gurau, olok mengolok, tapok menepuk

Itulah asam garam SMK Bukit Garam

Bergambar kenangan bersama murabbi lelaki yang masih berbaki


Oooo… Tuhan

Mohon petunjuk jalan terang

Perjuangan tetap kuteruskan

Amanah hakiki julang Islam

Di Bumi penduduk dahagakan iman

Cuma….. bila disuap seperti tak mahu makan

Mungkin uslub dakwah yang tempang

Itulah pentingnya berjemaah dan bantuan kawan

Paling tidak ada murabbi bagi panduan

Bagi menunjuk jalan pulang

Thursday, February 26, 2009

Sedutan Khutbah Jumaat 27 FEB 2009

Hari ini aku berkhutbah di masjid Al-Ghafar dengan menerima tetamu istimewa negara. Kehadirannya seperti singgah untuk solat jumaat. Beliau ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia(bakal …kalau menang dalam pemilihan agung UMNO MAC nanti). Semasa limpas mahu berkhutbah terperasan di depan aku itu Datuk Seri Ali Rustam yang agak mengantuk. Mungkin keletihan mencari undi untuk Mac ini.

Khutabah hari ini adalah usaha untuk membetulkan fakta sejarah yang telah diseleweng kerana kepentingan pihak munafik dan kuffar. Tindakan mereka ini bertujuan menghina dan menjatuhkan kemuliaan dan ketinggian Islam.

Dr. Muhammad Qutub menyatakan bahawa kita umat Islam wajib menulis semula sejarah Islam, Ini berikutan, hampir semua penulisan sejarah yang kita ada, kebanyakannya hanya propaganda dari barat saja. Padahal barat memang punya niat jahat kepada umat Islam.

Kalau anda baca buku sejarah tentang shahabat, mulai sejak zaman Utsman bin Affan, lalu ke masa Ali bin Abi Thalib, terus ke zaman Hasan dan Husain, Mu''awiyah, Yazid dan seterusnya. Semua cerita pasti tentang peperangan, pertumpahan darah, balas dendam, dan konspirasi.

Cerita sahabat nabi yang mulia itu tiba-tiba jadi kisah para pendekar silat yang berbalasan dendam dan kekuasaan di tangan sejarawan barat. Kita pun terbawa-bawa dengan kisah itu sambil ikut mencaci maki generasi terbaik dari umat ini. Jelas semua ini adalah perang syaraf yang dilancarkan musuh-musuh Islam. Tapi sedikit sekali kita yang sedar, sebab kisah-kisah bohong itu sudah terbenam dalam buku sejarah dan kurikulum pendidikan kita puluhan tahun yang lalu.

Tiga tokoh yang dihina dalam penulisan sejarah Islam yang ditenagkan dalam khutbah tadi:

a. Muawiyah bin Abi Sufian

Khalifah Muawiyah yang digambarkan sebagai seorang penguasa yang tamak,sombong bahkan dituduh membunuh cucu Rasulullah SAW sedangkan Muawiyah adalah penulis wahyu Rasulullah dan antara pemuda yang terawal memeluk Islam serta berjuang bersama Rasulullah. Beliau termasuk di kalangan sahabat yang mendapatkan keridhaan dari Allah SWT dalam Al-Quran

Tariq bin Ziad

Seorang panglima Islam berbangsa barbar yang telah berjaya menbuka wilayah Cardova. Tuduhan paling mashur ialah tidakan beliau membakar kapal-kapal yang membawa pejuang Islam dari Mesir setelah tiba di bumi Cardova. Tindakan membakar kapal ini bertentangan dengan sifat Islam yang mengharamkan pembaziran dan konsep jihad itu sendiri. Mana mungkin tentera Islam yang ditanam dengan semangat jihad dan keinginan untuk mati syahid terpaksa dibakar kapal mereka kerana takut mereka melarikan diri. Seolah-olah mematikan pilihan tentera Islam agar berjuang bersungguh-sungguh. Tidak layak bagi pejuang Islam yang bertekad dari Mesir lagi untuk berjihad sanggup meninggalkan perjuangan itu begitu sahaja.

Selain itu, sifat pembaziran yang dilemparkan kepada Tariq bin Ziad adalah tidak layak bagi pemimpin agung seperti Tariq Bin Ziad yang kuat berpegang kepada Islam.

Tsalabah Ra

Kisah sahabat Tsalabah ra ini sangat mashyur dan berada di dalam banyak kitab khasnya kitab tafsir ketika menafsirkan ayat

Kisah ini yang terdapat dalam banyak kitab Tafsir erti Ibn jarir At-tabari dan Ibn Abi hatim diambil dari riwayat Ma’an Ibn Rifa’ah daripada Ali ibn Yazid dari Qasim ibn Abd Rahman dari Abi Umamah ra bahawa : Sesungguhnya Tsalabah ibn Hatib Al-Ansori berkata kepada rasulullah : “Doakanlah aku supaya diberi harta oleh Allah” dan juga berkata “Demi yang membangkitkan engkau dengan kebenaran sekiranya engkau mendoakan supaya Allah memberikan harta kepada aku nescayalah aku akan memenuhi hak-haknya”


Kemudian Rasulullah pun mendoakannya dan dikisahkan beliau kemudian membela kambing biri-biri dan membiak ternakannya sehingga menjadi kaya kemudian kerana kesibukkan menguruskan harta sehingga meninggalkan solat jemaah bersama baginda di masjid lalu apabila datang perintah wahyu supaya mengambil zakat maka diperintahlah dua orang lelaki untuk mengambil hak zakat dari Tsalabah lalu ditolak oleh Tsalabah kemudian apabila utusan ini memberitahu baginda turunlah ayat ini iaitu ayat 75-76 Surah At-Taubah dan sampailah berita kepada Tsalabah akan hal ini lalu dia menyesal dan menemui baginda rasul untuk menyerahkan hak zakatnya tetapi diberitahu kepadanya bahawa Allah melarang rasulullah mengambil zakat darinya dan wafatlah rasulullah dalam keadaan tidak menerima zakat Tsalabah dan kemudian berlalu zaman Abu Bakar dan Umar serta Utsman dengan tidak seorang pun dari khalifah rasulullah ini menerima zakat Tsalabah dan meninggal dunialah Tsalabah di zaman Utsman ra dengan zakatnya tidak tertunai.

Kisah ini palsu serta bathil dan sanad kisah ini pula dhaif (lemah) bersangatan serta ditolak oleh ramai ulama hadith dan fuqaha Islam dahulu dan kini antaranya ialah Imam Ibn Hazm, Imam Baihaqi, Imam Qurthubi, Imam Az-Zahabi, Imam hafidz Al-Iraqi, Hafidz Al-Haisami, Al-Hafidz Ibn Hajar, Imam Al-Manawi dan lain-lain dikalangan ulama Islam yang alim.

Ibn Hisyam dalam Sirah An-Nabawiyah menyebutkan Tsalabah sebagai ahli badar, juga Imam Saad dalam Tabaqah Al-Kubra memasukkan Tsalabah sebagai salah seorang ahli badar, juga Imam Al-Baghawi, Ibn Hibban,Ibn Hazm, Tibrani, Ibn Abd Bar, Ibn Asir, Al-Qurtubi, Adz-Zahabi dan Ibn Katsir serta Al-Haisami, Ibn Hajar dan lain-lain yang menulis sekitar sahabat radiallahuanhum memasukkan Tsalabah Ibn hatib sebagai salah seorang sahabat yang mulia yang mengikuti perang badar sekaligus telah menjelaskan serta membela beliau dari fitnah dan riwayat palsu kepadanya.

Tsalabah ibn Hatib ialah seorang sahabat Ansar yang terlibat menyertai perang Badar iaitu peperangan suci yang tidak ikut serta di dalamnya kecuali hanya mereka-mereka yang beriman dan tidaklah seorang pun munafiq, atau fasiq yang menyertainya melainkan mereka yang beriman dan diberi kemuliaan.

Di dalam hadith perihal Hatib Ibn Abi Bal’ta’ah ra rasulullah bersabda : “Bukankah dia ini dari Ahli Badar ? Semoga Allah seolah telah mengatakan kepada ahli badar lakukanlah apa yang kamu suka sesungguhnya telah diwajibkan kepada kamu syurga “atau riwayat lain” diampunkan dosa kamu” (hadith sahih riwayat Bukhari lihat Fathul Bari no. 3983).

Adapun dalam riwayat Ahmad dan Abu Daud dan Ibn Abi Syaibah dari Abi Hurairah disebut hadith ini dengan bentuk jazam dan pasti bahawa memang telah diampunkan dosa ahli badar. Juga dalam hadith Ahmad riwayat dari Jabir ra dengan marfu menyebutkan "tidak akan masuk neraka seorang pun yang menyaksikan perang Badar” (lihat Musnad Ahmad dengan syarah hadith).

Wednesday, February 25, 2009

Kisah Budu

Sohor rupanya budu. Ku ingat makanan biasa ni, sekadar seleraku. Kita kongsilah artikel yang dijumpai

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab [[diarrhoea cirit (diarrhoea)] , penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.
Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).


Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin) , asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin) . Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina , Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia ), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Tuesday, February 24, 2009

Benteng Diri

Assalammualaikum

Kepada Para sahabat,terutama para daie, kita selalu diuji oleh Allah SWT dalam segenap segi. Baik ketika berhadapan dengan manusia ataupun jin. Jika kita tidak diuji, kita juga akan berhadapan dengan harapan masyarakat untuk kita membantu mereka jika mereka mengalami masalah. Kesimpulannya kita tidak dapat melepaskan diri daripada mempersiapkan diri dengan ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi.

Ganguan makhluk halus merupakan satu cabaran yang terpaksa kita hadapi walaupun kita sudah berada di era melinium yang dianggap serba canggih.Kecanggihan ini tidak mampu membendung amukan atau usikan makhluk halus. Justeri itu, amalan dan benteng diri adalah suatu keperluan asasi. Saya teringat kata-kata ust Sarhan, pengamal rawatan Islam yang maksudnya lebih kurang "kalau kita boleh bersungguh-sungguh untuk membuat pagar rumah yang bagi mengelak dari pencuri atau perompak yang boleh kita nampak dan orang lain boleh nampak, mengapa kita tidak membuat pagar daripada ganguan makhluk halus yang kita tidak nampak dan orang lain tidak nampak".

Disini ana postingkan BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA yang diajar oleh Tuan Guru Prof Dr Harun Din


Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;


i. Al-Muawwizat


ii. Ayatul Kursi


iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin


iv. Ayat Berkubu


v. Ayat Penggerak


1.0 AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)


BACAAN


Al-Muawwizat iaitu;


1. Surah Al-Ikhlas


2. Surah Al-Falaq


3. Surah An-Naas








CARA


1. lunjurkan kaki ke arah Qiblat


2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa


3.Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)


4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas


5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.


6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari


2.0 AYATUL KURSI


BACAAN








Terjemahan:

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.


(Surah Al-Baqarah ayat 255)


CARA


1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf


2.Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.


3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada di dalam atau diluar rumah.


3.0 AYAT 1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN


BACAAN







Terjemahan:

(1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu merekalalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidakberiman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. Allah) (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kamitutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat .


CARA


1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda

2. Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surah Al-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalan menuju ke penjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula. Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyarat mendinding keseluruhan bumbung rumah.


4.0 AYAT BERKUBU


BACAAN








Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad RasululLah.


CARA


1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudiantiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan kekiri.

2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.

3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara

4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup ke arah atas sehingga habis

5. sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.


5.0 AYAT PENGERAK


BACAAN









Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga di langit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.


CARA

Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko ataumerbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang ke rumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.

2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.

Friday, February 20, 2009

MINUM IKUT RASULULLAH

Rasullah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk.amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.


Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:

1.Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2.Mencuci perut
3.Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidak
dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4.Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5.Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasullah SAW suka

minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas

Minuman Manis dan Sejuk :

Aisyah (ranha) meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk"
Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).


Didalam suatu doa Rasullah ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"


Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar.Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.

Ringkasan adab minum :
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dalam keadaan duduk
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ke tempat lain.

6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Minum dari baki air yang telah diminum oleh orang lain Hadis menyatakan
bahawa saki baki air minuman seseorang Islam adalah ubat untuk penyakit
9. Jangan terus minum selapas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja-kerja berat.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008