Monday, November 10, 2014

IBADAH KORBAN PEMANGKIN DAKWAH

Suatu yang agak unik dalam metodologi dakwah ialah melalui ibadah korban yang datang sekali dalam setahun. Peluang dan ruang ini agak subur untuk dakwah khususnya untuk dakwah di pendalaman Sabah.

Pada korban kali ini, saya merasa agak teruja mengendalikan korban yang datangnya dari sahabat- sahabat tempatan dan paling menariknya, kebanyakkan korban yang saya uruskan datangnya dari sahabat- sahabat semenanjung. Terima kasih atas keperihatinan dan kepercayaan yang diberikan. Alhamdulillah, peluang ini, saya dan teman teman munafaatkan untuk dakwah di pendalaman dan juga masyarakat sekitar.

Saya masih ingat, awalh kedatangan saya, ibadah korban ini masih suatu yang asing dan banyak yang terkeliru dengan sembelihan biasa yang diberikan oleh orang-orang politikndan orang -orang tertentu. Sememangnya agak memakan masa untuk memahamkan masyarakat, konsep sebenar korban kerana mereka sudah terbiasa dengan sembelihan korban di masjid.

Banyak juga sangkaan dan telahan mengenai cara, kaedah pembahagian daging, konsep korban sehinggakan tempat sembelihan pun menjadi pertikaian. Alhamdulillah, semakin hari semakin memahami dan semakin mudah kepada saya, apatah lagi dengan kedatangan sahabat-sahabat semenanjung yang membantu korban dan menjelaskan konsep yang sebenar.

Kalungan tahniah dan terima kasih kepada Imam Muda Asyaf dan moderator Ust Akhwan Afandi yang sudah 3 tahun berturut-turut menjayakan korban di Kinabatangan khususnya di pendalaman Kinabatangan. Tahun ini, bekas vokalis XPDC, Ali Ibrahim atau Ali Terarosa turut bersama. Kami masuk kependalaman dengan membawa daging korban yang telah kami sembelih dan lapah. Ada juga tempat yang kami bawa hidup-hidup untuk di korbankan di kampung terbabit.

Saya cukup kagum dengan semangat jati diri  IM Asyaf & Ust Akhwan yang sanggup menaiki bot selama 6 jam ke pendalaman dengan kambing-kambing korban. Hanya beberapa jam sahaja berada di kampung tersebut dan kembalu keluar untuk ke kampung yang lain. Sekalipun, nampak keletihan pada mereka kerana bukan daerah Kinabatangan sahaja yang menjadi lokasi mereka, tetapi semangat mereka cukup tinggi. Saya bagaikan tercabar di atas kegigihan mereka.

Penduduk pendalaman semestinya rasa cukup bertuah kerana kampung mereka di datangi oleh orang yang disanjung dipentas. Mereka dapat berbual mesra, berkaroke bersama, bermain bersama dan ada juga pendapatan..semoga ukhwah yang dibina dapat dikukuhkan dengan dakwah dan bimbingan agama.

Sekalipun program bestari solat tidak semeriah program lain, kita mengharapkan suntikan yang sedikit ini menggambarkan ukhwah Islamiah dan menanam bibit iman dalam kehidupan beragama. Ingat pesanan Rasulullah yang bermaksud: Permudahkan, jangan kamu menyusahkan, jinakkan jangan diperliarkan..

Apapun program susulan tetap mesti diteruskan. Kalau tidak, rugilah, ruang dan medan yang telah diterokai...

melapah daging korban



Jamuan mengalas perut sebelum turun ke medan

hidangan mesra penduduk Kg Sangau, teruja berjumpa dengan penyanyi pujaan Ali XPDC

semebelihan IM Asyaf, belum tengok lagi sebelihan dan lapahan ust Ishak.. power

Ali XPDC, Bukan hanya hebat di kota tepi tetap berbisa meredah belantara

bergambar kenangan dengan penyelaras Kg Sri Ganda, Baliau Asmat

Anak Legeh Di Perantauan | Template by - Abdul Munir - 2008