Thursday, May 9, 2013

Material Itu Pancing Berbalut Umpan

Pilihanraya Umum ke 13 baru sahaja melabuhkan tirai. Terlalu banyak suka duka yang boleh dikongsi bersama samaada kita sebagai pengundi, petugas parti, penyokong parti politik, petugas SPR mahupun pemerhati politik.

Pilihanraya bagaikan hari raya, sanak saudara dan sahabat handai akan berkumpul di kampung. Jauh atau dekat , tetap akan balik ke kampung halaman untuk tunaikan tanggungjawab memilih pemimpin terbaik untuk negara. Memilih pemimpin yang berupaya memacu negara dan membela masyarakat.
Pemimpin yang disenangi dan disayangi anak muda

Semangat dan kasih sayang Pak Chu Weil

Anak anak bagal pewaris masa depan


 Perayu undi muslimat.. gaya dan gelagat. 


Keputusan Pilihanraya kali ini memperlihatkan kecenderungan pengundi untuk mengundi calon yang berduit dan menduduki tampuk kuasa terutama di kawasan pendalaman atau kawasan mundur. Agenda pembangunan  dikumandangkan sekali lagi dan disahut ampuh pengundi luar bandar yang masih dahagakan pembangunan dan wang ringgit. Senario ini tidak berlaku di iawasan bandar dan sedia maju.

Kereta- kereta buruk dan rumah- rumah buruk dan dhaif digantung dengan bendera janji pembangunan. Harapan mereka, akan berubahlah hidup dan kawasan mereka selepas ini. Menanti dan menanti janji ditepati.

Kekaguman masyarakat luar bandar kepada pemimpin berduit adalah manifestasi mengenang budi dengan mengadai body. Sepatutnya, sesekali kita bertanya, dari mana wang bertimbun. Pemurah bukan alang kepalang. Manis katanya menikam kalbu. Sopan santunnya mengalah dayang istana. Kenapa begini....?????

Analoginya, seorang anak atau seorang isteri, pasti bertanya dan tertanya, bilamana  bapa atau suami yang pendapatannya ala kadar, baiknya sekadar tiba- tiba membawa balik kemewahan yang melimpah ruah di rumah. Senyuman menjadi manis dan ramah. Adakah anak atau isteri menikmati kemewahan dan senyum ramah itu tanpa sebarang persoalan dan keraguan??

Susah kita hidup kita,bila tertelan pancing berbalut umpan. Tiada lagi kebebasan untuk bergerak ke mana- mana kerana talinya di kawal si pemancing. Susah sudah untuk  makan ikut pilihan kerana mulut sakit, terluka. Apa yang paling malang, ikan yang sudah tertelan mata pancing berbalut umpan kena sedia untuk MATI kerana mata pancing itu cukup bisa dan merosakkan fizikal....

Kita kembalilah kepada kemerdekaan seperti diajarkan oleh Islam. Bebas membuat pilihan dan bersuara seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Usah digadai nikmat ini. Tugas kepimpinan dan mendokong kepimpinan, jauh lebih berat daripada menerima bakal suami dan anak menantu. Kalau tidak, masakan Abu Bakar dan Umar Al Khatab, 2 orang sahabat rapat Rasulullah, 2 mertua Rasulullah, 2 sahabat yang dijamin syurga sanggup meninggalkan rasulullah yang sedang nazak untuk membincangkan urusan kepimpinan Rasulullah.....


Anak Legeh Di Perantauan | Template by - Abdul Munir - 2008