Wednesday, April 9, 2014

Sunyi

Mood menulis semakin hari semakin pudar. Agak sukar juga untuk ku  mengerti diri sendiri yang hanyut dalam lautan media maklumat yang mudah dan ringkas. Hanya sekadar menjadi pembaca dan pemerhati tulisan orang lain. Idea dan semangat menulis semakin meluluh, apa lagi dunia blog semakin terpinggir dan ramai teman-teman penulis seakan bersara dalam dunia blogger. Berita-berita pun semacam berat untuk ditulis.

Bangkit Semangat

Ledakan isu yang semakin panas dan mencabar sebenarnya memerlukan penulis yang kreatif dan kritis terhadap sesuatu isu. Paling tidak,ianya menjadi sekadar menyampaikan maklumat dan perkembangan kepada rakan-rakan. Rakan-rakan juga seakan menanti perkembangan terbaru khususnya berita dari Negeri Di Bawah Bayu ini.


Penulisan memerlukan kesungguhan dan keprihatinan terhadap apa yang berlaku dan diolah dengan baik untuk dihidangkan kepada pembaca. kesungguhan dan kesediaan untuk duduk di hadapan komputer dan mengetip keyboardnya menjadi satu resipi yang penting dalam merealisasikan hasrat ini.

Adus...nampaknya, kelenguhan berehat yang panjang ini masih sukar untuk dipulihkan.. Allahu Akbar...

RALAT : hanya sekadar coretan untuk mengembalikan semangat menulis,,

Anak Legeh Di Perantauan | Template by - Abdul Munir - 2008