Friday, May 29, 2009

Cuti Dan Rindu

Sesi persekolahan berlabuh seketika untuk membuka ruang kepada warga pendidikan samaada guru atau pelajar beristirehat dan menyusun kembali strategi supaya boleh tampil dengan lebih kemas dan sistematik pada sesi persekolah nanti. Namun tidak kita nafikan masih ada yang terpaksa juga berkerja lebih dengan mengadakan dan mengikuti kelas tambahan hingga ke malam. Malah ada juga yang mengatur program motivasi dan kursus kepimpinan. Inilah rutin sebagai seorang pendidik dan mereka yang dididik. Mudahnya pembelajaran itu suatu usaha yang berterusan. Tanpa henti, cuma bezanya formal atau tidak formal.

Pada kesempatan ini juga warga SMK Bukit Garam mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Bakal-bakal mempelai yang bakal menamatkan zaman bujang dan akan bertukar status samaada sebagai seorang suami atau isteri.

1. Sdr Lamahiah dan Ustazah Dayang Salmi Matsuin ( bertemu jodoh di SMK Bukit Garam dan sama-sama bertugas sebagai warden).Jimat Bilik warden.
2. YM Raja Hasyim Raja Abdullah (Pengerusi Kelab Staff )
3. Sdr Wan Khairil Wan Ibrahim (warden Kerohanian Asrama)
4. Sdr Ronold (penasihat KRS) dan Sdri Marni Lion (Pasangan ke 2 2009 yang bertemu jodoh di SMK Bukit Garam)
5. Sdri Kasmah Ramzali ( baru posting, bekas pelajar SMK Bukit Garam, cepat pula jodohnya...)

Setakat undangan yang penulis terima, 7 orang guru-guru SMK Bukit Garam yang akan melangsungkan perkahwinan pada cuti semester ini. Pupus terus generasi bujang SMK Bukit Garam. Apa pun tahniah dan selamat berbahagia. Semoga perkahwinan ini bakal merangsang kecemerlangan dalam perkhidmatan.

Cuti ini juga menjadi salam perpisahan warga SM Bukit Garam dengan penolong Kanan HEM Puan Mazurina Majid yang berpindah kerana ketaatan kepada suami yang telah 6 bulan dipindahkan ke Kuching, Sarawak. Terima kasih atas segalanya kak Mazu.

Selamat bergembira kepada sahabat-sahabat yang pulang ke semenanjung untuk mengunjungi keluarga dan anak isteri. Apa yang anda lakukan ini adalah perjuangan dan pengorbanan.

Kepada anak didik ustaz di tingkatan 4 dan 5, ustaz minta maaf kerana tidak sempat menyediakan lampiran kerja untuk diisi di musim cuti. begitu juga pelajar tingkatan 6 bawah. Namun demikian, ustaz sediakan sedikit latihan. Sila rujuk blog ustaz http://ustzaidi.blogspot.com. Tolong siapkan dan serah kepada ustaz bila sesi persekolahan bermula nanti. Jangan biarkan masa anda berlalu tanpa tindak yang bermakna untuk hari muka anda.

Buat Siswazah Sabah, teruskan perjuangan. Masa depan remaja kini ditangan anda. Munafaatkan setiap ruang dan peluang yang ada. Allah akan beri ganjaran yang terbaik kepada anda nanti. Insyallah.

Seterusnya,
Penegak agama Allah. Ayuh kita hayunkan langkah perjuangan. Ini adalah kewajipan yang tercicir daripada masyarakat kita. Mudah-mudahan pengorbanan hari ini bakal menjadi air simbahan api yang membakar masa depan ummah. Tabirrrrrrrrr......

Tuesday, May 26, 2009

Minuman Berkarbonat Ternama Mengandungi Bahan Asing

KUALA LUMPUR :“ Unit Aduan PPIM telah menerima aduan seorang pengguna yang membeli air minuman Coca – Cola mengandungi benda asing yang menjijikkan.

Itu senario yang berlaku kepada seorang penggemar Coca – Cola minuman berkarbonat popular yang terpaksa menanggung kerugian kerana terbeli " air makhluk asing." Penggemar tersebut kesal apabila tertipu oleh sebuah syarikat pengeluar minuman antarabangsa dan terkemuka kerana menjual air yang berisi bahan kotoran.Mangsa mendakwa tertipu dengan isi kandungan air coca-cola selepas membeli minuman itu di sebuah kedai runcit di Kapar, Klang .

PPIM juga was-was dengan status halal minuman coca-cola kerana disyaki mengandungi bahan terlarang dalam ramuan minuman keluaran syarikat tersebut. Syarikat ini juga dipercayai menyokong Rejim Yahudi dengan memberi bantuan moral dan kewangan yang besar untuk melakukan kekejaman dan keganasan terhadap kemanusiaan dan negara-negara yang lemah sejak berkurun lamanya.

PPIM telah lama melancarkan boikot terpilih termasuklah Coca – Cola dan menyeru masyarakat pengguna Islam melakukan perkara yang sama. PPIM mengambil langkah drastik dengan membuat laporan di Balai Polis Setapak demi kepentingan hak kemanusiaan dan kepenggunaan.

Adalah lebih baik kita memberi keuntungan kepada syarikat yang mesra pengguna, bermoral dan beretika daripada syarikat yang tidak menghormati malah menindas nilai kemanusiaan, keagamaan malah menggunakan keuntungan yang diperolehi untuk terus membantu proses penindasan dan kezaliman.

Sokonglah produk keluaran Islam. Tukar Coca Cola kepada zam-zam Cola atau Radix Cola

Sunday, May 24, 2009

Ahli gerakan Islam perlu tahu uslub dakwah

Oleh: Ustaz Zainudin Hashim

Perbincangan ini adalah mengenai keperluan anggota-anggota jemaah mengetahui selok-belok kaedah yang berkesan bagi menyampaikan mesej dakwah, sama ada di kalangan saudara-saudara seagama, ataupun kepada mereka yang bukan Islam. Ia lebih dikenali dalam konteks dakwah sebagai 'uslub dakwah' atau gaya, pendekatan, cara, kaedah dan sebagainya.

Ini penting kerana dengan memelihara uslub ini akan lebih menceriakan arena dakwah, kerana ia lebih memfokuskan kepada golongan sasaran, serta menentukan sama ada dakwah yang dijalankan itu benar-benar menepati acuan, kaedah atau sebaliknya matlamat jangka panjang dan pendek, ia bergantung kepada sejauhmana penerapan itu dibuat.

Menurut golongan para pendakwah atau daie, kejayaan atau keberkesanan dakwah yang dilakukan oleh pendakwah, ada kaitan dengan pengamalan seseorang pendakwah yang tersirat dalam ciri-ciri yang disebutkan sebelum ini.

Antara lain ketaatan kepada pemimpin, menjaga kerahsiaan, memperkasa diri dengan amalan-amalan Islam seperti memberi perhatian kepada pengukuhan ilmu-ilmu alat, membudayakan pembacaan al-Quran, memastikan isteri dan anak perempuan menutup aurat, mewajibkan perkara sunat untuk diri sendiri, tidak melaga-lagakan pemimpin, menjaga solat berjemaah, memimpin pertubuhan, mampu kendali majlis keramaian atau usrah, menepati janji dan tidak merokok.

Pada masa yang sama juga, pendakwah khususnya di kalangan anggota gerakan Islam meletakkan perkara-perkara berikut sebagai asas kepada uslub dakwah:

1. Berhikmah: iaitu meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya, ia disaring daripada firman Allah SWT menerusi ayat 125 urah an-Nahl yang bermaksud: "Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik."

Hikmah yang dimaksudkan dalam ayat di atas mengandungi pelbagai tujuan yang boleh diselaraskan kepada uslub dakwah, antaranya:

a) Menghormati kotak pemikiran golongan sasaran, maknanya pendakwah perlu melihat tahap mentaliti mereka sebelum menyampaikan sesuatu idea, ditakuti jika tidak sampai apa yang diutarakan, berkemungkinan besar akan menjadi sia-sia, kerana baginda Rasulullah s.a.w. ada menegaskan bahawa: "Bercakaplah kepada orang ramai menurut tahap cara berfikir mereka."

b) Menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami dengan mengelak bahasa bunga yang merumitkan golongan sasaran atau menggunakan bahasa secara berterus-terang hingga dapat digarap dengan mudah.

c) Memilih waktu yang sesuai untuk bercakap pada perkara berhubung Islam atau dakwah, ia disandarkan kepada satu peristiwa yang pernah terjadi pada Abdullah bin Mas'ud (sahabat Nabi), di mana beliau sering bercakap tentang Islam pada setiap hari Khamis, salah seorang pendengar setianya bertnya, alangkah bagusnya jika engkau dapat bercakap tentang Islam setiap hari wahai Ibnu Mas'ud, beliau menjawab; aku tidak mahu berbuat demikian bimbang ia akan membosankan kamu semua, aku berbuat demikian sebagai meneladani apa yang pernah dilakukan oleh baginda Rasulullah s.a.w. ke atas kami. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

d) Mengehadkan masa ketika bercakap - iaitu pendakwah tidak meleret-leret ketika menyampaikan pandangannya tentang sesuatu topik, kerana boleh jadi yang mendengarnya seorang yang sakit, orang tua atau yang mempunyai keperluan lain, lebih-lebih lagi ketika menyampaikan khutbah para jemaah tidak boleh balik awal sebelum solat dilaksanakan dan sebagainya, Rasulullah s.a.w. bila berkhutbah menggunakan pendekatan yang sederhana dan segera agar tidak menyebabkan jemaah lama menunggu.

2. Nasihat yang baik: Iaitu satu nasihat atau peringatan yang boleh melunakkan hati-hati manusia yang keras dengan amalan ahli dunia yang lupakan akhirat khususnya pada hari ini, di mana ramai manusia yang lebih cenderung kepada aspek sukan dan hiburan keterlaluan hingga boleh meninggalkan tugas utama sebagai Muslim/Muslimah iaitu solat fardu lima waktu, begitu juga pendakwah adalah disaran untuk memperbanyak mengingatkan manusia tentang dosa, pahala, syurga, neraka, balasan baik dan buruk. Ia adalah bertujuan untuk mencairkan manusia.

Pendakwah atau daie perlu memelihara perkara berikut:

* Ringkas yang berkesan dan tidak menjemukan penyampaian.

* Menghimpunkan antara perkara baik dan buruk untuk difikirkan.

* Memperbaykan sebutan mengenai nikmat Allah ke atas manusia.

* Menyediakan jalan untuk menuju kesempurnaan dalam hidup di dunia dan akhirat.

3. Berbahas dengan cara yang baik: Berbahas adalah salah satu wasilah atau pendekatan dalam menyampaikan sesuatu hujah, adakalanya ia bersifat mulia dan pada ketika yang lain pula bersifat buruk, ia bergantung kepada sejauh mana cara berbahas tanpa mengikut aliran emosi, berbahas dengan cara mulia ada disebut dalam ayat di atas, surah an-Nahl 125 maksudnya: "Berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik."

Ada pun berbahas yang cenderung kepada sifat tercela disebut Allah dalam surah al-Haj ayat 8 maksudnya: "Dan ada di antara manusia yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan, dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran."

4. Berbahas dengan cara yang mulia berdasarkan elemen terbaik yang digunakan oleh pendakwah, iaitu mengemukakan hujah mudah tetapi benar yang boleh membuka minda manusia seperti yang ditegaskan Allah mengenai kisah Nabi Ibrahim a.s. yang berdialog dengan kaumnya, di mana kisah itu dipaparkan menerusi ayat 258 surah al-Baqarah maksudnya: "Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? ketika Nabi Ibrahim berkata: "Tuhanku ialah yang menghidupkan dan yang mematikan," ia menjawab: "Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan". Nabi Ibrahim berkata lagi: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat?" maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim."

Pendakwah boleh juga mengambil inisiatif dengan menggunakan pendekatan al-Quran bagi menguatkan hujahnya ketika berbahas atau berdialog dengan golongan sasaran, apatah lagi mereka yang agak degil dan keras kepala.

Ayat 35-37 surah at-Tur boleh dijadikan modal berdakwah, firman Allah maksudnya: "(Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta dengan tiada yang menciptanya, atau adakah mereka yang mencipta diri mereka sendiri? (35). Adakah mereka yang mencipta langit dan bumi itu? (sudah tentu tidak!) bahkan mereka adalah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran apa yang mereka pernah mengakuinya). (36) Adakah pada tangan mereka perbendaharaan Tuhanmu (sehingga mereka boleh memberi atau menahan sesuatu nikmat atau pangkat), atau merekalah yang berkuasa mentadbirkan segala-galanya?(37)"

Pendekatan dakwah melalui kisah teladan dalam al-Quran atau pada Sirah Nabi Muhammad s.a.w. Sesungguhnya kisah-kisah benar yang dipaparkan dalam al-Quran sebenarnya mampu menarik minat golongan sasaran kepada Islam, kerana ia bukanlah kisah dongengan, tetapi kisah benar yang dikisahkan Allah Yang Maha Benar untuk menjadi bahan renungan, kesedaran dan membuka minda untuk berubah.

Sebagai contoh kisah yang dipaparkan melalui ayat 259 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Atau (tidakkah engkau rasa pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)?" Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama 100 tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Dia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari." Allah berfirman: "(tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama 100 tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging" Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: "Sekarang aku mengetahuiNya (dengan yakin), Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Kesimpulan daripada ayat di atas, bahawa Allah SWT menganjurkan kepada manusia untuk melancong (bukan tujuan maksiat) bagi melihat kebesaran Allah SWT, penting untuk memikirkan pada bahan-bahan ciptaan Allah di muka bumi, menentukan aspek kematian dan kebangkitan yang pasti berlaku, penjelasan mengenai tempoh mati dan hidup tidak boleh dikiaskan dengan kehidupan di dunia, membuktikan kekuasaan Allah dalam melakukan apa sahaja walaupun tidak dapat diterima oleh akal fikiran manusia yang terbatas.

5. Menggunakan teknik soal jawab ketika berdakwah: Penggunaan teknik soal jawab dalam berdakwah, dianggap sebagai satu cara terbaik, kerana ia disandarkan kepada cerita dalam al-Quran, di mana Allah SWT bertanya kepada manusia dalam banyak yang bersifat soalan yang perlu dijawab oleh manusia, antara ayat-ayat berkenaan ialah:

* Ayat 1-3 surah al-Ma'un: "Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? (1). Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, (2) Dan dia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.(3)"

* Surah al-Fil: "Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)? (1) Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? (2) Dan ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan,(3) Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras, (4) Lalu ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.(5)"

6. Membawa contoh-contoh perumpamaan atau bidalan ketika berdakwah: Penguasaan tentang ayat-ayat al-Quran menjadi keutamaan kepada pendakwah, justeru mereka boleh menggunakan ayat-ayat bersifat perumpamaan seperti yang disebut oleh al-Quran menerusi ayat 261 surah al-Baqarah: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."

Kesimpulannya, apabila uslub dakwah yang disyorkan di atas dapat direnungi bersama oleh mereka yang bergelar pendakwah, khususnya yang menjadi anggota gerakan Islam, insya-Allah ia akan menjadi satu pendekatan yang mampu mencairkan manusia yang cemderung kepada kebenaran Islam. Selamat Mencuba.

Tuesday, May 19, 2009

SELAMAT HARI GURU: DEDIKASI UNTUK GURU-GURUKU

Biarpun Hari Guru telah berlalu

Lewat mengucap “ Selamat Hari Guru”

Bukan bererti aku alpa terhadap jasamu sifu

Melonjak merubah membina arah tuju

Anak didik pejuang acuan restumu……..guru

Mudah-mudahan mengalir kebajikan yang kau curah lalu



Guruku…..

Berdiri aku bertongkat ilmumu

Menyambung titihan keringkat syahdu

Sulaman gaya, pendekatan aksimu ku tiru

Semoga muridku menjadi seperti aku

Kerana aku sepertimu… guru

Kalian dan aku bagaikan Satu

Aura ilmu dan kasih sayang itu jitu

Amanah agama dan Negara yang kita pacu


Guruku……

Maafku minta restu kupohon

Aku hargai belaian ilmu bertahun

Buat niat untuk segelintir sahaja disanjung

Guru lain hanya dipinggiran

Kau guru….tetap dalam ingatan

Sekadar mencoret kisah silam

Semuanya nostalgia untuk diambil pengajaran


Ustaz Syamsuddin Yunus,

Sudah lama pencen bekas penolong kanan

SMU(A) Al-Sabirin Ayer Lanas

Menjadi murabbi pengasas pusat pendidikan

Sudah menegur aku jadikan rujukan

Pelajar bermasalah tidak sekali dibuang

Amanah guru memberi didikan

Bukan hakim yang menjatuhkan hukuman

Itulah prinsip murabbi yang jadi sanjungan

Hasilnya,lahir ramai cendikiawan

Walhal Masa sekolah perangai macam setan

SELAMAT HARI GURU : iNGATAN tulus Ikhlas daripada warga pendidik

SMK Bukit GaramTahun 2009


Cikgu Wan Ramli Wan Jusoh

Puluhan tahun berkhidmat, semangatnya tidak lusoh

Guru yang menukar watak aku yang kecoh

Tidur di kelas mengantuk lengguh

Arahan Cikgu Wan aku patuh

Pikul peta meleleh peluh

Malu dan bangga sering bergaduh

A1 geografi bukti singkat yang kuraih


Ustazah Rahmah

Guru aku ditingkatan Satu 1987

Soalan pertama adakah aku sudah sembahyang suboh

Ringkas mengajar mudah boleh

Lepas belajar hafalan dipilih

Mudah melekat diamal terus


Guru-guruku..

Masih banyak yang mahu kucoretkan disini

Namun masa,ruang seperti disakiti

Siang malam dicerita belum pasti boleh berhenti

Jasa masa pengorbanan usah dihisabi

Hanya mampu disemat dipasak jiwa


Selamat Hari Guru…..

Semoga guru terus senyum

Puas dalam mendidik kami

Salah silap kami mohon guru-guru abaikan

Kalian guru tetap bersemi kukuh dijiwa nurani

Doakan kami Berjaya pendidik juga murabbi

Syukran ustaz,syukran ustazah

Terima kasih cikgu, terima kasih permata pertiwi

Thank You teacher, I love you sir

Monday, May 18, 2009

Awas! Hati-hati Derma Anda

Sejak akhir-akhir ini, kita kerap didatangi agen-agen membuat kutipan derma bulanan. Mereka berselindung disebalik badan atau sumbangan kebajikan untuk membantu mereka yang kepayahan. Berbagai nama badan kebajikan yang mereka wakili. Biasanya untuk membantu pesakit buah pinggang, kanak-kanak sindron down, anak yatim dan sebagainya.

Sekolah-sekolah dan pejabat-pejabat menjadi sasaran mereka. Ini kerana sumbangan penderma diurus melalui potongan kad kredit, potongan bank secara bulanan atau apa jua sumbangan yang memastikan sumbangan masuk kepada akaun mereka. Penderma yang menjadi sasaran mereka pastinya pegawai baru bertugas atau mereka yang nampak senang diatur terutama perempuan. Mereka yang dilihat agak alim seperti ustaz-ustaz, berjangut, berkopiah atau mereka yang terlibat dengan jemaah Islam jarang didekati. Ini bagi mengelak mereka dipersoalkan.

Apa yang agak memeranjatkan, mereka telah melakukan survey dan mempunyai maklumat yang terperinci tentang pentadbir dan kakitangan pejabat. Ini memudahkan mereka berurusan dan membuat kutipan. Tidak dinafikan, kerja mereka mudah diterima termasuk orang yang agak kedekut sebelum ini juga turut dipengaruhi.

Bila diteliti kepada pamplet yang mereka bawa, sumbangan mereka diberikan kepada sekolah-sekolah dan tadika kristian. Namun demikian, turut diselit juga beberapa badan kebajikan Islam yang kononnya turut menerima sumbangan mereka. Ini bertujuan untuk mengelirukan umat Islam supaya turut menderma kepada mereka. Sekiranya dibeli sekalipun, pastinya badan kebajikan Kristian ini yang mendapat nama.

Malang juga, kebanyakkan petugas-petugas ini terdiri daripada remaja-remaja Islam. Bahkan gambar-gambar ahli lembaga pengarah pertubuhan mereka terdiri daripada beberapa individu muslim yang berpangkat. Tidak peliklah kalau sebelum ini kita dihebohkan dengan penglibatan muslim berjawatan dalam badan-badan freemeson dan pertubuhan kristian yang berperancangan.Usaha mereka banyak mengelirukan umat Islam. Hasil temubual penulis dengan beberapa orang agen mereka, mereka tidak mengetahui bahawa mereka berkerja untuk misionary Kristian. Apa yang mereka tahu, mereka lakukan kerja kebajikan ini untuk membantu insan-insan yang kepayahan disamping mengisi masa kosong mereka. mereka hanya diberikan elaun dan tambang untuk bergerak ke tempat-tempat sasaran. Sebelum itu, mereka turut ditraning sebelum dilepaskan ke merata pelosok.

Peliknya, mereka sanggup mengutip derma ini sehingga waktu malam. Tengoklah di tepi bank-bank Sandakan, Kota Kinabalu, Tawau dan Lahad Datu. Ini seperti ada sesuatu yang tidak kena pada kumpulan ini. Mereka bebas bergerak. Ini berlainan pulak dengan pengutip derma Islam khususnya Al-Mansur yang menjual sambil menderma Taqwim sembahyang dipandang serong dan ditegur oleh masyarakat. Sedangkan derma sambil membeli hanya RM10 untuk setahun. Ia, ini mungkin ada kaitan dengan prosidur kerja misionary lebih sistematik.

Mudahnya, penulis menyeru para penderma, mendermalah kepada badan amal yang kita kenal dan lebih rapat dengan kita. Dan itulah sadaqah yang ajra (lebih baik). Kenapa bersungguh-sungguh sangat ingin menginfa' bulanan sehingga RM38.00 sebelum kepada badan Amal yang kita sendiri tidak pasti. Kita ada JHEAINS, Yayasan Amal Malaysia, orang miskin keliling kita. Jangan jadi kera dihutan disusukan, anak mati kelaparan. Susukan kera pun lebih baik daripada melepaskan anjing tersepit atau menyalakan api dalam tong minyak yang kita berada di dalam tong tersebut. Maknanya kita menderma kepada musuh Allah yang hujungnya kemusnahan kepada Islam dan diri kita sendiri

Kepada ketua jabatan atau mereka yang berpengaruh,tolong pastikan perkara ini tidak dibiarkan berleluasa. Jangan bagi masuk pejabat dan permis kita. Pastikan mereka dibawah seliaan kita tidak terlibat. Kita tidak mahu memikul dosa orang.Dosa kita sudah tidak terpikul.Celakalah kita terhumban ke neraka Allah dek dosa orang lain.

Tuesday, May 12, 2009

Gua Gomantong Sumber Kekayaan

Sudah hampir 10 tahun penulis bermastautin di bumi Sabah ini. Inilah kali pertama, penulis berkesempatan melawat Gua Gomantong yang terkenal dengan sumber aslinya. Sumber kekayaan yang melahirkan beberapa jutawan Sabah. Kehadiran inipun bukanlah atas kehendak peribadi penulis tetapi sekadar menjadi jurupandu tetamu dari Kelantan.

[Pintu Gua Si Hitam Goamantong]

Sekalipun tempat hanya lebih kurang 40 kilometer dengan rumah penulis tetapi penulis merasakan tiada kepentingan untuk ke sana hanyalah sekadar untuk melihat sarang burung layang-layang dan menonton aksi monyet Belanda yang mancung hidungnya.

Gua Goamantong memang tidak asing dalam peta Sabah dan menjadi salah satu tempat pelancongan. Mat dan Mek Toleh tidak pernah putus datang disini dan bermalam di kg.Bilit . Kampung asal Ahli Parlimen Kinabatangan dan Timbalan BBC Datuk Bung Mokthar Radin. Mungkin, hidung mancung monyet menjadi tarikan kepada pelancong berhidung mancung.....

Gambar atas menunjukkan pondok-pondok kecil dibina dengan bambu bagi menjaga keselamatan sarang Burung. Mahal bah itu.... mesti dijaga betoi..betoi

Hasil maklumat yang kami terima, harga sarang burung layang-layang ini amat mahal dan mengikut kategori. Harga sarang burung layang-layang berwarna hitam RM2000 sekilo, Warna putih RM6000 sekila dan warna merah lebih mahal daripada itu. Biasanya pemborang datangnya daripada Negara China dan Hong Kong. Maksudnya, kempunan sampai matilah kita nak merasa sup Sarang burung layang-layang. Itulah itu.... siapa kata orang Kinabatangan miskin bah??? Belum lagi dikira sawit bah itu...

Rumah penunggu-penunggu Gua berharta. Sarat dengan peralatan mendaki. Macam orang Sungai dan Suluk yang kami jumpa
Pelancong dari Kelantan, Kota Kinabalu dan Semporna yang penulis pandu.

Kami tidak berkempatan untuk melihat dan melawat Gua buatan yang berada berhampiran Kg. Sukau. InsyaAllah, dilain kali, kiranya ada kesempatan. Sahabat-sahabat, jemputlah datang ke Kinabatangan. Pastinya anda tidak menyesal.

Monday, May 4, 2009

DOA UNTUK MENGASIHI DAN DIKASIHI SUAMI

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada

terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan


Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus
bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan
membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala
perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di
Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan
segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di
DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari
menyakiti perasaannya

Sekiranya...
suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah
dan ragamnya

Tetapi Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku
seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku
harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang
melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan
keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya
keluar dari terus terlena

Ya Allah...
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan
ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai
isteri..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka, Berikanlah aku
petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..


Sunday, May 3, 2009

Kerbau Dan Lembu Sambut Tuan

Segala persiapan sudah diatur oleh kami bagi menyambut kedatangan pemuda Islam seluruh Sabah ke Kinabatangan. Buat pertama kali dalam sejarah Sabah dan Kinabatangan menjadi tuan rumah kepada Himpunan Pemuda Islam Sabah. Dalam keadaan kami menyedari kekurangan dan keterbatasan kemampuan kami dalam menerima kunjungan ratusan pemuda Islam Sabah, kami tetap menyahut amanah pemuda Islam Sabah bagi memastikan dakwah Islamiah dan agenda mendaulatkan Islam berjalan lancar.

Kerbau Aqiqah dari Kota Kinabalu ke Tawau

Sudah hampir dua bulan lebih ahli jemaah berusaha menyediakan dan menyiapkan tempat dengan cara bergotong royong. Kekangan dan amanah kerja tidak menghalang kami untuk bergotong royong, kadang-kadang hingga lewat malam. Alhamdulillah, usaha sebegini dapat mengeratkan lagi semangat persaudaraan dan mendidik jiwa pengorbanan.
Guru Silat (Ust Termezi) mengetuai acara merebah Kerbau

Hari program sudah tiba. Kami menyempurnakan aqiqah sahabat-sahabat pemuda Islam dengan menyembelih seekor kerbau dan seekor lembu untuk lauk kepada semua tetamu.
Pasukan tukang masak sudah bersiap sedia untuk menghidangkan masakan ala Kinabatangani. Selamat datang dan selamat berbakti pemuda Islam Sabah

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008