Thursday, November 21, 2019

HADIS RASULULLAH SEBAGAI QUDWAH

1. Apakah nabi diutuskan kepada umat manusia sahaja?


Daripada Abu Soleh RA, beliau berkata: "Adalah Nabi SAW (pada suatu hari) menyeru para sahabat: "Wahai sekalian manusia! (Ketahuilah) Bahawa sesungguhnya daku ini adalah rahmat yang dihadiahkan (oleh Allah SWT kepada seluruh alam)." (Hadith riwayat Ad-Darimi, No: 15, Al-Hakim dalam Al-Mustadrak, No: 98, beliau berkata: " Hadith ini adalah sahih dengan mengikuti syarat-syarat yang telah digariskan oleh Imam al-Bukhari & Muslim.

Matan Hadith:

عَنْ أَبِي صَالِحٍ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُنَادِيهِمْ: يَا أَيُّهَا النَّاسُإِنَّمَا أَنَا رَحْمَةٌ مُهْدَاةٌ.
]التخريجسنن الدارمي المقدمة باب كيف كان أول شأن النبي صلى الله عليه وسلم ، حديث رقم 15 ، عن أبي صالح رضي الله عنه[
Pengajaran Hadith :
  1. Allah SWT telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Anbiya', ayat 107. Alam bermaksud seluruh makhluk ciptaan Allah SWT. Dinamakan sebagai Alam kerana ia adalah alamat atau tanda kewujudan, keagungan dan kekuasaan Allah SWT, Tuhan Sekalian Alam.

  1. Rahmat adalah kasih sayang. Nabi SAW diutuskan semata-mata untuk membawa risalah ketauhidan, iaitu dengan mengeluarkan manusia daripada lembah penghambaan sesama manusia kepada semata-mata menyembah Allah SWT, Tuhan Yang Esa. Risalah tauhid ini disampaikan dengan penuh rahmat melalui jalan dakwah iaitu mengajak manusia beriman kepada Allah SWT. Tatkala manusia itu beriman maka alam pun akan mendapat manfaat diatas keimanan tersebut. Itulah rahmat dan hadiah yang besar daripada Allah SWT kepada seluruh alam.

  1. Rahmat yang dibawa oleh Nabi SAW mengatasi segala pemikiran dan sempadan berpandukan wahyu dan hidayah Allah SWT, bukan mengikut hawa nafsu dan logik akal. Hanya dengan wahyu dan petunjuk Allah SWT sahajalah yang akan membawa manusia kepada jalan kebenaran dan kejayaan. Oleh itu, setiap Muslim hendaklah beramal dengan sunnah sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi SAW, para sahabat baginda dan para salafusoleh yang telah mendapat petunjuk daripada Allah SWT
2. Hukum melakukan perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah


Daripada Anas RA, beliau berkata: “Tidak ada orang yang lebih dicintai oleh para sahabat selain daripada Rasulullah SAW. Jika mereka melihat baginda (datang), mereka tidak akan bangun kerana mereka tahu bahawa baginda membenci perbuatan tersebut.” (Hadith riwayat at-Tirmizi, No.2754 dan Ahmad, No. 11895, 13132, berkata at-Tirmizi: “Hadith ini hasan sahih gharib.”)

Matan Hadith:

عَنْ أَنَسٍ قَالَلَمْ يَكُنْ شَخْصٌ أَحَبَّ إِلَيْهِمْ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَوَكَانُوا إِذَا رَأَوْهُ لَمْ يَقُومُوا لِمَا يَعْلَمُونَ مِنْ كَرَاهِيَتِهِ لِذَلِكَ .قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ
]التخريجسنن الترمذي كتاب الأدب باب ما جاء في كراهية قيام الرجل للرجل حديث رقم 2754 , عن أنس بن مالك رضي الله عنه.[
Pengajaran Hadith :
  1. Para sahabat RA adalah ikutan terbaik dalam mencintai dan menyanjungi Nabi SAW. Mereka merupakan teladan yang terbaik dalam mengenal dan beramal dengan sunnah baginda SAW. Para sahabat RA akan mempraktikkan semua amalan yang disukai oleh Nabi SAW dan meninggalkan semua amalan yang dibenci oleh baginda SAW walaupun amalan tersebut bercanggah dengan kesukaan atau kebencian mereka

  1. Sebagai seorang pemimpin, Nabi SAW telah menunjukkan suri teladan yang terbaik. Contohnya, para sahabat RA meninggalkan perbuatan berdiri untuk menghormati baginda SAW kerana mereka mengetahui bahawa baginda SAW membenci perbuatan tersebut. Jika baginda tidak membenci perbuatan tersebut pasti mereka akan berdiri untuk baginda. Perlu difahami bahawa baginda SAW membenci perbuatan tersebut kerana sifat tawadhu‘ baginda, bukan kerana perbuatan tersebut haram. Menurut Imam An-Nawawi di dalam kitabnya 'Syarah Sahih Muslim' (6/313): “Dianjurkan memuliakan seseorang yang memiliki kelebihan dan menyambut mereka dengan cara berdiri ketika mereka tiba. Inilah yang dijadikan hujah oleh jumhur ulama untuk menyatakan sunat berdiri bagi memuliakan seseorang. Al-Qadhi berkata: “Ia bukanlah termasuk dalam kategori berdiri yang ditegah, tetapi tegahan adalah ditujukan kepada mereka yang mengarahkan orang lain berdiri untuknya sedangkan dia dalam keadaan duduk dan keadaan berdiri itu sepanjang masa dia duduk." Saya (An Nawawi) berpendapat, bangun berdiri untuk menyambut kedatangan seorang yang memiliki kelebihan adalah mustahab (sunat). Bahkan anjuran tersebut turut dinyatakan dalam beberapa hadith, manakala larangan mengenainya tidak dinyatakan dengan jelas."

  1. Justeru, kita tidak boleh memahami maksud hadith daripada zahirnya sahaja atau hanya daripada satu hadith untuk beramal atau meninggalkan sesuatu perkara bahkan setiap Muslim hendaklah meneladani serta menerima tunjuk ajar para ulama yang muktabar kerana mereka lebih banyak memahami hadith sama ada ianya sunnah ataupun tidak, dan apakah hukum disebaliknya

Saturday, June 22, 2019

KEISTIMEWAAN PUASA RAMADHAN

Kefarduan puasa diregaskan oleh Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ (١٨٣)

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (183)
Puasa Ramadhan mempunyai banyak keistimewaan dan ganjaran kepada hamba Allah yang bertaqwa

a. Turunnya al-Quran
turunnya al-Quran sebagai pedoman hidup manusia yang menjadi rujukan sepanjang zaman
شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ (
١٨٥)
b. Ganjaran yang berganda dan besar
وهذا لفظ روايةِ الْبُخَارِي . وفي رواية له : « يتْرُكُ طَعامَهُ ، وَشَرابَهُ ، وشَهْوتَهُ ، مِنْ أَجْلي ، الصِّيامُ لي وأَنا أَجْزِي بِهِ ، والحسنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا » .
Dalam riwayat al-Bukhari: Nabi saw bersabda: (orang yang berpuasa) meninggalkan makanannya, minumannya dan syahwatnya kerana Ku. Puasa adalah milik Ku dan Aku lah yang akan memberi ganjarannya. Setiap kebaikan akan digandakan dengan sepuluh kali ganda kebaikan.
c. Bau mulut yang wangi

Sabda rasulullah SAW:
 فَمِ الصَّائمِ أَطْيبُ عِنْد اللَّهِ مِنْ رِيحِ المِسْكِ

d. Kegembiraan

Orang yang berpuasa akan diberi kegembiraan iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu tuhannya sebagaimana sabda rasulullah SAW:
لِلصَّائم فَرْحتَانِ :فرحة عند فطره ، فَرْحةٌ عِنْدَ لقَاء رَبِّهِ . ولَخُلُوفُ فيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ ريحِ المِسْكِ» .


e. Allah sendiri yang akan membalas ganjarannya sebagaimana Sabda rasulullah :
 « قال اللَّه عَزَّ وجلَّ : كُلُّ عملِ ابْنِ آدم لهُ إِلاَّ الصِّيام ، فَإِنَّهُ لي وأَنَا أَجْزِي بِهِ .
 
f. Allah akan Mengampunkan dosa bagi orang yang berpuasa atas dasar iman dan kesungguhan
 وعنْ أَبي هُرَيرةَ رضيَ اللَّه عنهُ ، عن النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قالَ :
 « مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَاناً واحْتِساباً ، غُفِرَ لَهُ ما تَقَدَّمَ مِنْ ذنْبِهِ » متفقٌ عليه 

g. Akan dipanggil oleh Allah melalui pintu Ar-Rayyan
ومَنْ كَانَ مِنْ أَهْل الصِّيامِ دُعِيَ مِنْ باب الرَّيَّانِ

h. Dipalingkan wajahnya daripada api neraka selama 70 tahun

وعَنْ أَبي سَعيدٍ الخُدْريِّ رَضيَ اللَّه عنهُ قال : قالَ رسولُ اللَّهِ : « مَا مِنْ عبْدٍ يصُومُ يَوماً في 
سبِيلِ اللَّه إِلاَّ باعَدَ اللَّه بِذلك اليَومِ وجهَهُ عَن النَّارِ سبعينَ خرِيفاً » متفقٌ عليه 
.
i. Dibuka pintu syura, ditutup pintu neraka dan syaitan diikat :
وعنهُ رضيَ اللَّهُ عنهُ ، أَنَّ رسولَ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قالَ : 
« إِذا جَاءَ رَمَضَانُ ، فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الجنَّةِ ، وغُلِّقَت أَبْوَابُ النَّارِ ، وصُفِّدتِ الشياطِينُ » متفقٌ عليه .

j. Puasa perisai dan Tidak bercakap kotor serta meninggi suara.

Sabda Rasulullah :
والصِّيام جُنَّةٌ فَإِذا كَانَ يوْمُ صوْمِ أَحدِكُمْ فلا يرْفُثْ ولا يَصْخَبْ

k. Sekiranya dicela atau diajak bergaduh...
Nabi SAW mengajar kepada kita supaya memberitahu bahawa aku berpuasa..
فَإِنْ سابَّهُ أَحدٌ أَوْ قاتَلَهُ ، فَلْيقُلْ : إِنِّي صَائمٌ .

Tuesday, June 11, 2019

JANGAN BERBOHONG

Luqmanul Hakim berpesan kepada anaknya ;

"Wahai anakku!

Jauhilah bersifat dusta,
sebab berbohong itu mudah dilakukan,
bagaikan memakan daging burung,
padahal sedikit sahaja berdusta itu
telah memberi akibat yang berbahaya

"Wahai anakku!

Sesiapa yang berbohong,
hilanglah air mukanya dan
sesiapa yang buruk akhlaknya,
banyaklah dukacitanya

Monday, June 10, 2019

Hakikat Poligami

Poligami sering menjadi bahan gurauan dan bahan jenaka dikalangan lelaki. Akan tetapi ianya cukup sensitif kepada sesetengah wanita. Fonemena tidak boleh dibiarkan begitu kerana jika diselusuri hikmah poligami amat besar kepada ummah dan mendapat tentangan daripada musyirikin yang sentiasa bimbang dengan kebangkitan Islam.

Di sini saya kutip hakikat poligami yang telah diviralkan melalui media massa sebagai pedoman untuk kita bersama.

1. Ramai orang menuduh bahawa poligami itu merampas suami orang.


HAKIKATNYA :
Poligami itu memiliki suami secara bersama-sama yang sah menurut syariat agama. Jika merampas maknanya isteri pertama tidak ada hak lagi seolah-olah dicerai. Jika begitu , tidak terjadilah poligami tetapi monogami.

2. Ramai orang mempertahankan bahawa poligami itu mesti diizinkan oleh isteri tua.

HAKIKATNYA :
Poligami itu tidak perlu minta izin kepada isteri.

Ketika Rasulullah menikahi wanita Yahudi cantik bernama Shafiyyah binti Al-Akhtab , Rasulullah memberitahu Aisyah bahawa beliau menikah dengan Shafiyyah. Ini membuat Aisyah cemburu sekali dan mengatakan. Dia seorang wanita Yahudi. Dan dijawab oleh Rasulullah bersabda " Janganlah engkau berkata seperti itu kerana dia telah masuk Islam dan baik pula keIslamannya ".

3. Ramai orang menyangka bahawa poligami berdosa karena menyakiti perasaan wanita ( membuatnya cemburu ).

HAKIKATNYA :
Poligami itu suami menggunakan haknya , cuma terkadang isteri iri hati ( bukan salah orang yang menggunakan hak tetapi salah orang yang iri hati ). Cemburu wujud sebagai tanda cinta isteri kepada suami bukan kerana perlakuan suami menyakiti hati isteri.

Poligami menguji keikhlasan dan keredhaan wanita terhadap ketentuan Allah. Semakin ikhlas pasti semakin banyak pahala. Semakin tidak ikhlas apatah lagi diwujudkan dalam bentuk kemarahan dan perbuatan protes yang semakin bertambah dosa.

Tentang masalah cemburu , isteri-isteri Rasulullah dan isteri-isteri Sahabat Rasulullah yang berpoligami juga cemburu antara satu sama lain. Akan tetapi , ini tidak bermakna Rasulullah dan para sahabat menyakiti perasaan isteri-isterinya. Kalau diertikan bahawa cemburu itu menyakiti perasaan isteri , maka tidak mungkin Rasulullah dan para sahabatnya dijamin masuk syurga oleh Allah.

4. Ramai orang yang mendakwa bahawa orang yang berpoligami zaman sekarang tidak mampu berlaku adil seperti zaman Nabi.

HAKIKATNYA :
Berlaku adil itu boleh dilakukan oleh sesiapa pun , bila dan di mana sahaja tidak dibatasi oleh zaman. Jika umat Nabi Muhammad tidak boleh berlaku adil dalam poligami , mmaka poligami akan dilarang secara mutlak. Hukum Islam dan Al-Quran sesuai sepanjang zaman termasuk ayat dibenarkan poligami.

5. Ramai orang yang berpendapat bahawa isteri pertama mestilah mendapat layanan istimewa berbanding isteri kedua , ketiga atau keempat.


HAKIKATNYA :
Perbuatan seperti itu adalah adat orang zaman Jahiliyyah. Setelah Islam datang , maka semua adat itu diubah oleh Islam. Setelah sah secara syariat menjadi isteri , maka semua isteri ( 1, 2, 3 dan 4 ) mempunyai kedudukan , hak dan kewajipan yang sama terhadap suami.

6. Ramai orang mendakwa poligami mengambil hak isteri tua.                                         

HAKIKATNYA :
Dalam poligami , suami mengambil dan menggunakan kuota serta haknya sendiri. Isteri kedua , ketiga dan keempat juga menggunakan haknya sendiri juga. Isteri pertama , isteri kedua, ketiga atau keempat jika menghalang dan mencegah suami menunaikan hak kepada isteri lain itulah orang yang menghalangi hak 4 orang dan sebaliknya.

7. Ramai orang menuduh bahawa zaman sekarang poligami hanya menuruti hawa nafsu.   

HAKIKATNYA :
Poligami itu mengawal hawa nafsu daripada perbuatan haram , tercela dan berdosa agar menjadi perbuatan halal , terpuji dan berpahala.

8. Ramai orang menyindir bahawa kalau mahu berpoligami mengikut sunnah Nabi , carilah wanita janda yang tidak laku.                           

HAKIKATNYA :                                                 
Untuk menikah , Rasulullah tidak menganjurkan memilih janda. Bahkan menganjurkan memilih gadis dahulu atau janda/balu yang sesuai dengan selera sehingga dibenarkan melihat calon isteri terlebih dulu.                                       

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008