Thursday, December 24, 2015

KENANGAN LEBIH 20 TAHUN KEMBALI MENGAMIT

JELI- Setelah terpisah membawa haluan masing masing lebih daripada 20 tahun, peluang dapat bertemu dan bermesra kembali dengan rakan-rakan sekelas merupakan suatu saat yang sungguh manis dan amat berharga.


Reunion Maahad Al Sabirin  , Ayer Lanas Generasi Perintis 72-74  Siri II telah berjaya mengumpul lebih 150 orang ahli di Lapangan Rumah Idie di Kg Ayer Chanal dengan bertemakan "Kepala Tak Tutup..Sapo Ada Tanda?"  Telah berlangsung dengan jayanya.

Keluarga Besar Generasi Al Sabirin 72-74
Inilah Keluarga Besar Generasi 72-74 Al-Sabirin

Program yang bertujuan mengukuhkan kembali tali persahabatan dan mengembalikan nostalgia lama ini turut diselitkan dengan aktiviti sukaneka kanak-kanak, pertukaran hadiah, penyampaian sumbangan, taaruf semula dan jamuan. Segala perbelanjaan program ini dibiayai sepenuhnya oleh ahli Generasi Perintis samada yang dapat hadir atau tidak dapat menghadirkan diri.

                                                                Komitmen yang ditunjukkan oleh ahli Group Whatsap Generis Perintis Al Sabirin ini sungguh mantap. Ini berikutan kerinduan untuk berjumpa kembali dengan rakan rakan sekolah yang telah lama terpisah dan menceburi bidang yang pelbagai dalam kehidupan masing- masing.

Majlis juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Guru Disiplin Generasi Perintis, Cikgu Wan Ramli Wan Jusoh yang telah memilih bersara  awal kerana komitmen keluarga.

Sukaneka untuk anak anak
Bagi Nawawi Omar, 41 Tahun, seorang tukang jahit " saya amat teruja dengan kehadiran diluar jangka rakan rakan segenerasi ini , kita harapkan perjumpaan kali ini menjadi titik tolak untuk melakukan program yang lebih besar dan meriah pada masa yang akan datang".



Cikgu Wan Ramli Wan Jusoh menyempurnakan penyampaian hadiah
Sementara itu, Arini Ismail yang bertugas sebagai seorang guru di Gombak berkata " saya batalkan semua program saya di Gombak dan berkejar balik ke Kelantan semata-mata untuk berjumpa dengan rakan-rakan"..

Pataf Muketar melihat majlis ini dari sudut kesinambungan hubungan persahabatan akan menjadi lebih mantap dengan penglibatan suami isteri dan anak-anak.

Jamuan kasih sayang daripada ahli
" saya seronok melihat anak-anak kita dapat berkenalan antara satu sama lain walaupun mereka tidak pernah berjumpa sebelum ini, kita juga harapkan anak anak kita ini akan menyambung tali persahabatan kita" . Luah Pataf Muketar, seorang guru yang bertugas sudah 17 tahun di Sabah yang juga pengendali sukaneka untuk anak anak

"Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan- rakan yang sudimenjadikan rumah saya sebagai tempat perjumpaan dan saya bangga dengan semangat rakan rakan untuk bertemu muka serta sanggup menghulurkan pelbagai  sumbangan bagi menjayakan majlis ini. Saya juga terharu dengan pengorbanan rakan rakan yang sanggup ambil cuti dan balik demi sebuah persahabatan" ujur Zaidi Mustafa, yang juga bertugas di Sabah dengan nada sebak.

Ahli teras yang menghadirkan diri pada sesi II 2015

Anak Legeh Di Perantauan | Template by - Abdul Munir - 2008