Tuesday, June 29, 2010

Peragut Layak di Hukum Bunuh

Minggu lalu, keluarga kami dikejutkan dengan berita adik ipar dan anak saudaraku jatuh daripada motor setelah motor yang dipandu adik iparku disentap oleh peragut. Peragut yang cuba merampas beg tangan dalam raga motor yang dipandu adik iparku hanya berjaya menyentap tali beg itu sahaja tanpa mendapat apa-apa. Akan tetapi ipar dan anak saudaraku jatuh di atas motor setelah terbabas angkara rentapan tersebut. Akibatnya, anak saudaraku dibawa dan ditahan dihospital kerana luka dan bengkak-bengkak di leher dan kepalanya.

Sekalipun tanpa sebarang kehilangan atau kerugian wang ringgit, musibahnya hampir membawa maut kepada dua beranak ini. Peragut lebih teruk daripada pencuri kerana mereka bukan sahaja merampas harta benda bahkan boleh membunuh. Sekalipun mereka tidak berniat untuk membunuh tetapi tindakan mereka boleh membawa kepada kehilangan nyawa ataupun penderitaan hidup orang lain.

Apalah nilai harta tersebut jika dibandingkan dengan nyawa atau kecelakaan yang bakal mereka terima. Sudah banyak paparan akhbar yang membuktikan ragut boleh membawa kepada kehilangan nyawa dan penderitaan hidup mangsa.

adik Raihan yang cuba ditenteramkan oleh ibunya di hospital

Kita mereka dihakimi menurut hukum Islam sekalipun, mereka tidak akan dikenakan hukum potong tangan akan tetapi hukuman yang lebih teruk iaitu hukuman yang menyamai hukuman yang ditentukan kepada perompak atau penyamun yang membahayakan nyawa orang lain. mereka adalah pengkhianat negara. Mereka meletakkan pemandu dan pembonceng motor dalam bahaya.

Pihak berkuasa dan semua pihak yang berwajib terutama kita sendiri wajib mengambil langkah yang proaktif dalam membasmi kegiatan ragut yang semakin berbahaya dari hari ke sehari. ragut wajib dihapuskan dan dikenakan hukuman yang berat. Nyawa tidak sepatutnya tidak menjadi taruhan untuk beberapa kerat individu bersenang lenang atas darah dan air mata orang lain.

Friday, June 4, 2010

Demostrasi Anti Isreail


Pemuda UMNO dan Pemuda Barisan Nasional mengadakan bantahan secara aman terhadap kekejaman Israel menyerbu kapal menghantar bantuan kemanusiaan di Gaza selepas solat Jumaat di Masjid Negara, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 4 Jun - Ribuan umat Islam di negara ini bangkit menyatakan bantahan keras mereka terhadap kekejaman komando Israel kepada aktivis yang menaiki kapal misi kemanusiaan ke Gaza, Isnin lalu.


Selain majlis solat hajat selepas solat Jumaat, kecaman terhadap Israel turut berkumandang dengan lantang dari mimbar-mimbar masjid di seluruh negara.


Di Masjid Sultan Ahmad Shah 1, Kuantan, lebih 2,000 jemaah menyertai solat hajat mendoakan kesejahteraan dan keselamatan umat Islam di Palestin yang kini berdepan dengan kekejaman tentera Israel.


Solat hajat itu turut diadakan bagi memohon kesejahteraan umat Islam di seluruh dunia termasuk sukarelawan yang menyertai misi bantuan kemanusiaan.


Sebelum itu, Khatib, Mohd. Fadzli Ishak dalam khutbahnya turut mengutuk kekejaman Israel menyerang konvoi kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza.


Sejurus selepas solat Jumaat pula, lebih 100 jemaah berhimpun bagi mengadakan bantahan mengecam kekejaman yang dilakukan oleh Israel itu.


Sementara itu di Johor Bahru, hujan lebat tidak menghalang lebih 100 jemaah berhimpun di Masjid Sultan Abu Bakar untuk meneruskan bantahan.


Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat bukan sahaja membawa sepanduk dan kain rentang mengecam Israel malah membakar bendera rejim zionis berkenaan.


Penasihat Yayasan Amal Malaysia Cawangan Johor yang juga AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memainkan peranannya dengan mengambil tindakan tegas ke atas Israel.

Di Pulau Pinang, kira-kira 300 wakil daripada 40 NGO Islam berhimpun bagi menyuarakan bantahan yang sama.


Mereka yang menggelarkan diri sebagai Gabungan Bebaskan Gaza berhimpun secara aman hampir setengah jam di depan Masjid Kapitan Keling selepas solat Jumaat.


Sambil membawa sepanduk-sepanduk yang mengutuk serangan tersebut, mereka turut membakar bendera Amerika Syarikat (AS) dan Israel.


Sementara itu, rakyat Sabah turut menzahirkan kebencian terhadap rejim zionis itu dengan mengadakan demonstrasi aman selepas solat Jumaat di Masjid Bandaran, Kota Kinabalu.


Lebih 100 jemaah yang menunaikan solat Jumaat berkumpul di pintu pagar masjid dan melaungkan slogan anti-Israel sambil memegang kain rentang bertulis 'Zionis Yahudi Pengganas' dan 'Hancur Zionis'.


Demonstrasi yang berlangsung kira-kira 30 minit itu turut menyaksikan orang ramai membakar dan memijak bendera Israel.


Menurut ketua penganjur demonstrasi itu, Lahirul Latigu yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS, Sabah, demonstrasi bantahan seumpamanya turut diadakan di Tawau hari ini.

Anti Isreal; Melangkau Agama

KUALA LUMPUR, 4 Jun: Lebih 50 ribu menyertai perarakan dari Kampung Baru ke Keduataan Amerika siang tadi bagi membantah kekejaman tentera Zionis Israel menyerang konvoi kemanusian antarabangsa ke Gaza awal minggu ini.

Himpunan anjuran Pakatan Rakyat bersama NGO itu diketuai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

___________

3.48 petang: Perhimpunan disudahi dengan bacaan doa oleh Ustaz Nasharudin Mat Isa dan bersurai secara aman.

3.38 petang:
Ustaz Nasarudin Mat Isa dalam sidang medianya berkata, perhimpunan ini melangkaui agama dan kaum bagi menyatakan bantahan kepada Washington berhubung tindakan kejam Israel Zionis.

Perhimpunan ini juga katanya menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin yang tidak pernah rela di atas pengainayaan zionis Israel.



3.32 petang:
Penyerahan memorandum selesai dan delegasi keluar dari bangunan kedutaan.

Anwar dalam sidang media memberitahu, dalam pertemuan bersama Duta Besar Amerika Syarikat itu, Pakatan Rakyat dan NGO memohon untuk disampaikan memorandum tersebut secara terus kepada Presiden US, Barack Obama.

Dalam responnya, Duta Amerika itu kata Anwar berjanji akan menyerahkan sendiri memorandum tersebut kepada Obama minggu hadapan.

Pakatan Rakyat juga menjelaskan kepada duta besar tersebut bahawa tindakan kejam Israel terhadap konvoi kemanusiaan itu adalah disebabkan Amerika terlalu lembut menasihati israel.

3.30 petang: Turut berucap adalah Mohamad Sabu, Dr. Mahfodz Mohamad, Ustaz Azlee Musa dan Mustafa Akmil Ayub di hadapan menara See Hoy Chan berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat.

3.25 petang: Sementara menunggu delegasi serah memorandum selesai, pimpinan pakatan rakyat yang lain sedang memberi ucapan di hadapan lebih 50 ribu peserta himpunan. Antara yang berucap adalah Salahuddin Ayub dan Dr. Hatta Ramli.

3.10 petang:
Polis membenarkan lima pimpinan utama iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Lim Kit Siang, Azmin Ali dan Syed Husin Ali untuk masuk ke bangunan kedutaan menyampaikan memorandum kepada pihak kedutaan US.

3.00 petang:
Perarakan tiba berada di hadapan kedutaan. Kumpulan perarakan ditahan pihak polis kira-kira 20 meter sebelum tiba di hadapan kedutaan. Pimpinan yang mengepalai perarakan kini sedang berbincang dengan pihak polis. Turut serta Timbalan Presiden PAS, Ust Nasharudin Mat Isa dan Lim Kit Siang.

2.55 petang: Perarakan bersambung semula dan hampir tiba di hadapan bangunan Kedutaan.

2.51 petang: Dr. rani dari Yayasan Amal berucap menyatakan bukan sahaja orang Islam malah orang Kristian juga turut membela Palestin dan tidak boleh menerima tindakan kejam Israel.

2.50 petang: Perarakan sudah berada di hadapan menara Tabung Haji. Peserta barisan hadapan berhenti menunggu peserta barisan belakang tiba untuk sama-sama bergerak ke kedutaan US.

2.47 petang: Perarakan tiba di simpang menara Tabung Haji. Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan Pengerusi Teras, Cikgu Azmi Abdul Hamid turut serta menaiki kenderaan pacuan empat roda mengepalai perarakan bersama pimpinan PAS.

2.38 petang: Peserta himpunan kini sudah berarak melepasi bangunan KLCC menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat.

2.35 petang: Dianggarkan lebih 50 ribu orang sedang berarak menuju ke Kedutaan US dan akan bergabung dengan sebahagian besar peserta himpunan yang sedang menunggu di sana.



2.30 petang:
Terdapat empat buah trak ditempatkan di hadapan bangunan kedutaan. Wakil Aqsa Syarif Selangor sedang menyampaikan ucapan di hadapan kedutaan dan melaungkan 'Zionis Terrorist'. FRU mula memperketat kawalan.

Timbalan Presiden JIM, Syed Ibrahim Syed Noh berkata mereka berkumpul untuk mengutuk tindakan Israel dan menghargai usaha Turki memberikan kapal untuk misi kemanusiaan.

2.28 petang:
Perarakan kini berada di hadapan Hotel Renaissance menuju ke Jalan Tun Razak. Kira-kira 3km untuk sampai ke Kedutaan Amerika Syarikat. Perarakan turut diiringi pihak Polis. Sekurang-kurangnya 7 buah trak FRU ditempatkan di Jalan Sultan Ismail.

2.20 petang: Sekumpulan NGO sudah menghampiri Keduataan Amerika dan melaungkan 'hancur Yahudi'.

2.10 petang: Lebih 1,000 orang terdiri daripada NGO berkumpul di Masjid Tabung Haji dan sedia bergerak ke Kedutaan Amerika. Sebuah trak polis berada di hadapan kedutaan. Sebuah helikopter berlegar-legar di ruang udara sekitar Masjid Tabung Haji dan Kedutaan Amerika.

2.05 petang: Perarakan dimulakan, pimpinan yang berada dibarisan hadapan termasuklah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Kamarudin Jaafar, Dr. Lo'lo' Ghazali, Khalid Samad, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dan Ketua Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh.



1.55 petang: Kg. Baru- Peserta mula berkumpul di hadapan masjid selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi.

Pasukan Unit Amal mula mengawal keadaan. Poster bantah Israel mula diedar kepada peserta di hadapan pagar masjid.

Perarakan akan bermula bila-bila masa sebentar lagi. Pasukan anggota polis mula berkawal.

Sumber : Harakahdaily.net

Bapa Ibu Yang Dimuliakan

Oleh:Joy Runner,

Selalunya apabila kita membaca perihal sejarah Syeikh Al Syahid Hassan al Banna;maka kita menjadikan beliau sebagai tokoh dakwah yang hebat,pemimpin islah yang mujahid,genius, cerdas dan murabbi.Maka banyaklah penulisan beliau yang kita baca dengan harapan kita dapat mengikuti tarbiyah dan dakwah kotemparari yang di bawa oleh beliau dan jamaah Ikhwan Muslimin. Namun dalam keghairahan kita mengutip ilmu -ilmu yang ditinggalkan beliau pada umat Islam,jarang sekali kita membaca perihal Syeikh Hassan al Banna sebagai model dan contoh ketua keluarga.

Kebetulan saya terbaca dalam salah satu buku yang bertajuk "Cinta Di Rumah Hassan al Banna" yang ingin saya kongsikan dengan bapa ibu betapa hebatnya seorang tokoh yang mendapat taufik dan hidayah daripada Allah SWT dalam membentuk rumahtangga yang pendakwah yang berjaya.Tajuk ini juga pernah saya bicarakan bersama dengan rakan-rakan perbincangan kami.Fokus catatan saya melihat bagaimana Hassan al Banna dalam mendidik anak-anak beliau seramai 6 orang (Yang sempat bersama beliau ialah seramai 4 orang)

Kita semua sedia maklum akan kesibukkan Syeikh Hassan apatah lagi beliau ketika itu adalah pemimpin kepada gerakkan Ikhwan Muslimin. Masanya banyak digunakan untuk Dakwah dan beliau banyak bergerak dari satu tempat ke satu tempat dalam menggerakkan ummah ketika itu.

Percaya atau tidak, bapa ibu yang dimuliakan- antara kelebihan Syeikh Hassan dalam mendidik anak-anak beliau ialah:-

i) Sesibuk mana beliau,Sheikh Hassan akan memastikan untuk makan bersama dengan keluarga dan akan menggunakan kesempatan tersebut dalam memberi hak beliau terhadap keluarganya.

ii) Tidak pernah meninggikan suara samada pada anak atau bininya walaupun ada tikanya beliau berada dalam keadaan tertekan.

iii) Mengambil berat tentang hal-hal anaknya.Beliau menyimpan data dan carta setiap anaknya yang antaranya ialah tarikh kelahiran,no kelahiran, sejarah penyakit anak,pelajaran anak-anak,disiplin anak-anak dan sebagainya.

iv)Menyediakan keperluan rumah- beliau akan memastikan keperluan rumah mencukupi dan mencatatkan keperluan tersebut samada mencukupi atau tidak.

v) Dalam kesibukan ,beliau masih sempat mengikuti perkembangan pelajaran anak-anak nya dan memastikan anak-anaknya tidak ketingalan dalam pelajaran. Beliau sendiri akan menghubungi guru-guru jika anak-anaknya lemah dalam mata pelajaran tersebut.

vi) Beliau mengambil berat mengenai disiplin anak-anak dan mengambil berat tentang bahan bacaan yang dibaca oleh anak-anaknya. Jika anak-anaknya didapati membaca bahan bacaan yg tidak manafaat maka beliau akan memberi buku dan menasihatkan anaknya dengan cara terbaik.

v) Memastikan anak-anaknya mendapat belanja persekolah dan mendidik anak-anak membuat tabungan.

vi)Tidak menyusahkan isterinya. Pernah ketika mana beliau balik membawa sahabatnya di waktu malam dan isterinya telah tidur. Syeikh Hassan tidak mengejutkan isterinya malah beliau sendiri menyediakan minuman dan makanan untuk tetamunya itu.

vii)Amat teliti ketika balik rumah di waktu malam. Beliau akan membuka pintu dengan kunci secara perlahan dan tidak menggangu isteri serta anak-anaknya.

viii)Bermain bersama-sama anaknya ketika alapang.

Sebenarnya banyak lagi contoh yang diceritakan oleh anaknya dalam buku tersebut, Alangkah jauhnya perwatakkan beliau dengan diri ini. Ketika mana saya menceritakan perkara ini pada rakan-rakan saya,maka kami akui betapa lemahnya kita berbanding dengan beliau . Saya memberitahu antara kesilapan besar saya sebelum ini adalah dengan menyerahkan hal pendidikan pada isteri saya dan ternyata kudrat dan keupayaan merka mempunyai batasan.

Alhamdulill ah Allah SWT masih menyayangi kami ketika itu kerana memberi kesedaran betapa si bapa harus berperanan besar dalam menentukan arah dan halatuju anak-anak ini.

Memang benar kata salah seorang rakan kami-jika nak tahu samada kita berjaya atau tidak dalam pendidikan anak-anak ialah bilamana dia menjadi kita sebagai idola dalam kehidupannya, kalau nak cari jodoh maka si anak akan katakan yang dia ingin kan pasangannya sepertimana bapa atau ibunya!!!!!. Jika dalam berdakwah dialah yang menjadi penyambung pada warisan ibu bapanya.

Semoga sedikit catatan ini dapat menyedarkan kita khususnya kaum bapa bahawa peranan mendidik anak-anak harus dipikul sepenuhnya oleh sibapa dan siibu menjadi pelengkap kepada terbinanya generasi anak-anak soleh dan solehah.Ibarat matahari dan bulan yang lengkap menlengkapi antara satu sama lain.

Sesibuk mana atau sehebat mana si bapa dalam berdakwah;luangkanl ah masa untuk memberi hak pada anak-anak dan pada isteri anda kerana kegagalan kita mendidik-mendidik anak-anak dan isteri akan menyebabkan fitnah pada gerakan Islam.

Wednesday, June 2, 2010

BN Sudah Nazak, PR Mesti Diberi Peluang

Kalau rakyat Malaysia tidak sanggup menghadapi pengurangan subsidi dimana antaranya minyak, tenaga elektrik dan tol perlu dinaikan bagi membantu menjimatkan wang kerajaan, negara ini boleh jatuh bangkrap menjelang 2019.

Mesej ini disampaikan secara terbuka oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala Khamis lalu. Mesej ini jelas menunjukkan Kerajaan Pimpinan Barisan Nasisonal sudah hilang arah dalam mendapatkan hasil untuk mengurus negara kecuali dengan cara membebankan rakyat. Malah, rakyat sering dimangsakan oleh Barisan Nasional, UMNO bila negara menghadapi krisis kewangan. Sedangkan gaya hidup dan cara perbelanjaan pimpinan BN masih dalam keadaan mewah.Demikian luahan Datuk Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS ketika berceramah di Tawau, sabtu.

Beliau melahirkan keyakinan, kata-kata Datuk Seri Idris Jala itu akan menjadi kenyataan jika BN terus diberi kuasa memerintah. Pimpinan BN mendabik dada bahawa mereka bijak mengurus tetapi hakikatnya mereka terlalu lemah dan naif dalam mengurus harta negara. BN sanggup menghalalkan judi bolasepak demi mengaut keuntungan sekalipun terpaksa mengorbankan keruntuhan akhlak dan bercambahnya jenayah dalam negara.

"Penyerahan dua telaga minyak yang bernilai 360 bilion kepada Brunei dan tanah KTMB kepada Singapura juga merupakan bukti yang kukuh bahawa BN sudah tidak ketahuan dalam mentadbir negara.Segalanya sanggup dikorbankan asalkan mereka boleh terus berkuasa". Tambah beliau lagi.

Daya juang pimpinan BN untuk mengurus negara juga lemah. Sikap ini diperlihatkan ketika PAS mengambilalih kepimpinan Kelantan pada tahun 1990. BN mengatakan Kerajaan PAS Kelantan akan tumbang selepas enam bulan kerana hasil negeri Kelantan yang sedikit. BN juga melalui media mereka cuba mengambarkan Kelantan negeri yang miskin dan dhaif sehingga ramai rakyat Kelantan yang terpaksa berhijrah mencari kehidupan di luar Kelantan. Propaganda dan sikap lemah semangat BN ini telah mempengaruhi rakyat luar Kelantan sehingga ada yang membawa beras dan maggie ke kelantan sebagai bekalan.

Hakikatnya, hari ini PAS sudah 20 tahun memerintah Kelantan dan Kerajaan Kelantan berjaya membangunkan dan membayar hutang-hutang yang ditinggalkan oleh Kerajaan BN. Datuk Mahfuz menyeru pengundi-pengundi Tawau khususnya, dan Sabah amnya memberi peluang dan bangkit bersama Pakatan Rakyat pada pilihanraya ke 13 bagi memastikan negara tidak muflis pada tahun 2019.

Tuesday, June 1, 2010

Subsidi Dihapuskan Bersama BN..

Keghairahan Kerajaan BN untuk menarik balik subsidi terhadap barang-barang kawalan seperti gula, tepung dan minyak masak dan akan dimansuhkan secara berperingkat mendapat sambutan baik daripada Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dengan syarat BN juga dimansuhkan dan ditarik turun dari kerusi kekuasaan.

Beliau mengaitkan usaha untuk menarik subsidi ini ada kaitan dengan kegagalan kerajaan BN untuk membayar hutang negara yang semakin bertambah. Jumlah hutang yang banyak ini berhubungkait dengan kelemahan BN mengurus harta negara sehingga berlakunya ketirisan sehingga 28 bilion pada belanjawan 2008.

[Gambar]: Sdr Darman, Naib Ketua Pemuda PAS Sabah, pengerusi majlis yang berjaya membakar semangat penonton

Hj Mahfuz berkata demikian ketika mengulas ucapan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) bahawa hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara kasar menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi berterusan.

Idris berkata demikian pada hari terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi yang berlangsung selama dua hari bermula Khamis di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang antara lain mencadangkan supaya subsidi terhadap barang-barang kawalan seperti gula, tepung dan minyak masak dimansuhkan secara berperingkat.


Untuk mengalih isu kelemahan mereka, BN cuba mengadudomba dan mengacau kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat seperti Kedah dan Selangor. Sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat masih dalam keadaan mencuci "taik" yang kering dan melekat pada kerajaan Kedah dan Selangor sejak merdeka dan kekuasaan rakus BN. Mereka cuba bandingkan dua tahun pemerintahan Pakatan Rakyat dengan 50 tahun kekuasaan BN dari segi pembangunan.

Mahfuz berkata demikian ketika ceramah beliau bersama pimpinan Pakatan Rakyat di Pusat Tarbiyyah PAS Tawau.
Turut memberi ucapan Pesuruhjaya PAS Sabah, Tuan Hj Muhammad Abdullah, Jimmy Wong,ADUN DAP Sri Tanjung,Ketua Pemuda PAS Sabah, Sdr Lahirul Latigu dan Wakil penduduk Merotai yang tanah mereka di rampas kerajaan.

Kehadiran ceramah Pakatan Rakyat di Tawau semakin bertambah termasuk penglibatan kaum Cina, Iban dan penduduk tempatan. Mood rakyat cukup memberangsangkan untuk melonjak Pakatan rakyat di Sabah.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008