Friday, January 29, 2010

Bersangka Baik Sesama Kita

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Saturday, January 23, 2010

Bukan Islam Cadang Poligami

Bukan Islam juga melihat kaedah Islam sebagai penyelesaian masalah rumahtangga dan negara. Poligami dicadangkan untuk menambahkan penduduk Rusia. Sepatutnya umat Islam lebih kedepan dalam usaha meramaikan jumlah umat Islam yang bakal memakmurkan bumi dengan tanggungjawab " mendirikan agama dan mentadbir dunia".

MOSCOW: Ahli politik ultra nasionalis, Vladimir Zhirinovsky mencadangkan pelaksanaan poligami bagi menambah penduduk Russia selepas kejatuhan Soviet Union.

Bercakap di Parlimen, Zhirinovsky, pemimpin Parti Liberal Demokratik, mencadangkan kerajaan memberi 100,000 rubel (RM11,423.42) bagi setiap kelahiran pertama.

“Dengan bayaran seperti itu, saya jamin separuh daripada wanita yang merancang pengguguran akan ubah fikiran,” katanya.

Ketika ini, Russia membayar 7,000 euro (RM33,619.13) untuk setiap kelahiran kedua. Zhirinovsky juga berkata lelaki perlu diberi kebenaran untuk berkahwin kali kedua. - Agensi

Sumber :Berita Harian

Thursday, January 21, 2010

Ayuh... Bersiap Merencana Kemenangan

KOTA KINABALU :Kemenangan Rakyat dalam menghadapi kebobrakan politik semakin hampir. Ini dapat dilihat melalui keputusan pilihanraya-pilihanraya kecil dan sambutan rakyat terhadap program-program anjuran Pakatan rakyat. Justeru itu, wasilah kemenangan mesti diperkasakan sebagai persediaan memikul tanggungjawab ummah. Wasilah ini pastinya dengan menjadikan pemuda dakwah sebagai Ansorullah. Demikian tegas Ust Nasaruddin Hassan Tantowi ketika merasmikan Konvensyen Pemuda PAS Sabah di Kota Kinabalu.

Bersama sebahagian peserta

PAS sebagai harakatul Tarbiyyah, harakatul dakwah dan juga harakatul siasah memerlukan pemuda atau pendokong yang sahih aqidahnya, fikrah yang lengkap dan sahsiah yang soleh. Pakej ini penting dalam memastikan pemuda pendokong jemaah terdiri daripada mereka yang sedia turun ke medan jihad dengan bersedia mengorbankan segala kepentingan dunia seterusnya mampu memikul amanah pemerintahan dengan lunas-lunas Islam yang adil dan saksama.

Kita tidak mahu, pentadbiran Pakatan Rakyat suatu ketika nanti dipenuhi oleh mereka yang berkepentingan, yang dikitar dan dijenamakan semula daripada parti politik yang sudah busuk. Kita mahukan pemimpin yang baru, pemimpin yang segar dan tumbuh melalui tarbiyyah supaya hak rakyat dapat dipulangkan dan ditadbir urus dengan sebaik mungkin.

Beliau mengariskan mengariskan dua nadi penting dalam pemerkasaan wasilah Tarbiyyah yang melibatkan aktiviti tradisi dan juga aktiviti penemuan baru. Aktiviti tradisi seperti usrah, liqa', muqayyam, rehlah, tamrin, khitabbah dan berbagai lagi program tarbiyyah mesti diberi keutamaan dalam membina ahli, kerana disinilah terletaknya kekuatan dalam membina Ansorullah.

Dalam konvesyen tersebut, Ust Nasaruddin turut mendapat beberapa maklum balas daripada pemuda PAS Sabah, melalui sesi soal jawab. Saudara Kamaruzzaman Mohamed, Setiausaha Dewan Pemuda PAS dan Hisyamuddin Sulaiman, Ketua penerangan PAS Sabah dan Lahirul Latigu, Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah turut hadir dalam majlis tersebut.

Tuesday, January 19, 2010

Pemuda Pakatan Mesti Kuasai Isu

KOTA KINABALU : Longgokan isu yang memudaratkan akan terus membelenggu rakyat sekiranya tidak ditangani secara hikmah kebijaksanaan oleh pemimpin dan rakyat khususnya pemuda.

Penguasaan isu amat penting bagi pimpinan pemuda kerana orang muda hari ini tidak mempunyai pendirian yang tetap terhadap sesebuah parti politik. Mereka lebih melihat parti mana yang mampu menjaga kebajikan mereka dan telus dalam melaksanakan amanah rakyat. Demikian tegas Ust Azman Sapawi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat ketika membentangkan kertas kerja bertajuk "Lonjakan Politik" di Kota Kinabalu.

Masyarakat yang semakin celik dan mengharapkan ketelusan dalam kepimpinan sering diberi maklumat dan gambaran yang salah terhadap sesuatu isu. Baik isu yang menyentuh kepimpinan parti pemerintah dan juga Pakatan rakyat. Penguasaan isu oleh media parti pemerintah menyebabkan mereka dapat bertahan begitu lama di persada pemerintahan sekalipun pemerintahan mereka dicemari rasuah dan penyelewengan.

Sekiranya rakyat benar-benar memahami isu seumpama isu keselamatan yang melibatkan bekas menteri Pertahanan yang kini Perdana menteri, sudah cukup untuk rakyat merasa gusar dan bertekad menukar kepimpinan. Bolosnya ratusan senjata api dari kem tentera di Saouk oleh Al-Maunah, penggunaan Bom C4 yang menghancurkan Altantunya dan kehilangan dua engine jet pejuang bukanlah isu kecil tetapi isu yang boleh menghancurkan negara. Malangnya, rakyat bagaikan tidak terkesan.

Ust Azman juga berpandangan, penguasaan itu juga penting untuk menangkis serangan lawan. Kewujudan empat buah Kerajaan Pakatan Rakyat lebih membuka laluan serangan UBN kepada Pakatan Rakyat. Pemuda yang gagal menguasai isu akan lemas dalam serangan ini dan mungkin bakal mengiakan tuduhan tersebut.

Kewujudan media baru menjadi medan terbaik untuk menguasai golongan muda yang lebih terbuka dan objektif dalam pemikiran. Pastinya, pemuda mesti kuatkan tekad, lengkapkan ilmu dan menyemarak perjuangan sebagai persiapan untuk mengambilalih tapuk kepimpinan daripada UBN yang kian rapuh dan reput.

Monday, January 18, 2010

Himpunan Sambutan Kepulangan Pemangku Raja Kelantan

JAM 2:00 petang ini dijangka ribuan rakyat Kelantan dari segenap lapisan akan membajir lapangan terbang Sultan Islam Petra di Pengkalan Chepa untuk menyambut keberangkatan pulang Pemangku Raja, Tengku Mohamad Faris Petra dari Kuala Lumpur.

Himpunan yang dianjurkan oleh satu jawatankuasa khas itu bagi menyatakan taat setia kepada Tengku Mohammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja.. Acara itu difahamkan diadakan untuk menafikan mengenai usaha oleh pihak tertentu yang cuba menganggu tugas dan fungsi Tengku Faris Petra sebagai Pemangku Raja Kelantan yang sah.

Tengku Faris dilantik menjadi Pemangku Raja bagi menjalankan tugas-tugas raja atau sultan apabila ayahanda baginda Tengku Ismail Petra yang juga Sultan Kelantan kini dalam keadaan gering dan sedang dirawat di Singapura.

Turut sama akan membanjiri lapangan terbang itu petang ini ialah para pegawai kerajaan, Menteri Besar, ahli Exco dan wakil rakyat. Inilah himpunan seumpama itu pertama diadakan sejak meletusnya pergeseran antara pihak tertentu yang cuba mempersoalkan kedudukan Tengku Mohamad Faris Putera sebagai Pemangku Raja.

Semalam di Balai Islam telah berlangsung majlis penerangan berhubung perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan dan juga peranan serta fungsi Pemangku Raja. Lebih 3,000 terdiri dari pegawai kerajaan, pegawai lantikan politik, imam, pengawa dan penghulu hadir.

Sementara itu Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru orang ramai supaya memberi ketaatan tidak berbelah bagi kepada Tengku Mohammad Faris Putra sebagai Pemangku Raja.

Majlis semalam dan himpunan sambutan keberangkatan Tengku Faris petang ini adalah simbolik kepada sokongan dan taat setia kepada baginda untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pemangku Raja.

Pada sebelah mamnya juga akan diadakan solat hajat perdana di stadium Sultan Mohamad ke-IV untuk memohon kesejahtraan Sultan Kelantan dan juga keamanan negeri Kelantan. Solat hajat itu dijangka akan diimamkan sendiri oleh Tengku Mohamad Faris.

Sambutan hangat dan sokongan rakyat dengan menghadiri kedua-dua majlis itu menjelaskan bahawa rakyat Kelantan sepadu dan seiya dan sekata dalam memberi ketaatan kepada Pemangku Raja. Apa juga yang menjadi rahsia rakyat Kelantan menyanyangi dan sedia mentaati Pemangku Raja ialah kerana syakisah dan juga sifat baginda yang mengambil berat terhadap rakyat dan suka merendah diri.

Baginda juga seorang raja yang prihatin dan tidak mementingkan protokol di mana rakyat boleh berjumpa dengan baginda pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.

Wednesday, January 13, 2010

Setiausaha PASTI Sandakan Patah Paha

Malang tidak berbau dan hidup sentiasa berhadapan dengan ujian. Mungkin itulah ungkapan yang sesuai diungkapkan terhadap nasib yang menimpa Setiausaha PASTI Sandakan, sdr Mustaman Mustain, 23 tahun yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Karamuting, Sandakan khamis lepas.

Mustaman yang juga seorang penulis blog bersama seorang sahabatnya, Kamal merempuh lori tangker membawa minyak dengan motosikal yang dipandunya. Ini menyebabkan beliau luka-luka dan pahanya patah dan terpaksa dibedah. Sementara itu, sahabatnya Kamal telah keluar daripada hospital untuk mendapat rawatan tradisional.

Sehingga berita ini ditulis, Mustaman masih mendapat rawatan di hospital Dushes of Kent, Sandakan dan bakal dibedah.

Kami mendoakan semoga Sdr Mustaman selamat menjalani rawatan dan bersabar menghadapi ujian yang menimpa. Semoga cepat sembuh dan kembali bertugas mengerakkan jemaah dan PASTI.

Tuesday, January 12, 2010

Pakatan Rakyat Gempur Kinabalu

Dalam kekalutan pelbagai isu yang melanda negara kini, Pakatan Rakyat terus memperkukuhkan tapak perjuangan dengan menghayun langkah 2010 ke negeri Sabah, untuk jelajah penerangan isu semasa dan menguatkan pakatan.

Dewan Pemuda PAS Pusat yang diketuai sendiri oleh Ust Nasaruddin Tantawi dan Timbalannya Ust Azman Sapawi akan bertemu warga dibawah bayu dengan beberapa siri pertemuan yang telah siap diatur oleh Pakatan Rakyat Negeri Sabah. Program ini selaras dengan keputusan muktamar Dewan Pemuda PAS tahun lalu yang bertekad akan memberi perhatian serius kepada perkembangan dakwah dan perjuangan di negeri Sabah.

Sabah yang sekarang ini menjadi benteng terakhir UMNO untuk terus bertahan memerintah bakal berhadapan laluan sukar pada pilihanraya ke 13 sekiranya pengundi Sabah mendapat maklumat yang tepat dan sebenar daripada Pakatan Rakyat. UMNO Sabah yang disifatkan UMNO jadian akan dapat dilumpuhkan jika strategi yang digunakan Pakatan Rakyat mengena. Ini kerana rakyat Sabah telah membuktikan mereka berani dan berupaya menukar Kerajaan yang korup. Rakyat Sabah telah menjatuhkan Kerajaan USNO, Berjaya dan juga PBS.

Dua siri Ceramah Pakatan Rakyat dijangka akan diadakan serentak pada 15 Januari (jumaat) pada jam 8.30 malam. Ust Nasaruddin Tantawi bersama Tuan Hj Ansari (PKR) dan Yb Dr Hiew (DAP) akan berceramah di Pejabat KeADILan Bahagian Tuaran, Kg Batangan. Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust Azman Sapawi bersama wakil PKR dan DAP akan berceramah di Pusat Penerangan PAS dan PKR Sepanggar.

Penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat dijemput hadir untuk mendapat maklumat terus dan sebenar daripada pimpinan Pakatan rakyat

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008