Wednesday, August 31, 2011

PAS ucap takziah kepada keluarga Hasan Ahmad

KUALA LUMPUR, 31 Ogos: PAS mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Hasan Ahmad yang meninggal dunia petang tadi.

“Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pimpinan dan ahli-ahli seluruhnya, saya mengucapkan takziah terhadap keluarga Almarhum Datuk Dr Hasan Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah petang tadi,” ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, pemergian beliau sangat dirasai oleh PAS khususnya yang terlibat secara langsung dalam memperjuangkan bahasa Melayu untuk didaulatkan sebagai bahasa kebangsaan yang sebenar-benarnya.

Tambahnya, kesediaan beliau menanggung risiko yang besar apabila memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI merupakan satu jasa besar yang sentiasa diingati oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Beliau sanggup turun sendiri ke lapangan rakyat, bersuara, berhimpun dan disiasat pihak berkuasa, semata-mata untuk memastikan tidak matinya bahasa ibunda yang diperjuangkan sejak sekian lama.

“Mengenangkan jasa inilah PAS telah menganugerahkan kepada beliau sebagai 'Tokoh Pejuang Bahasa' dalam muktamar PAS beberapa tahun lalu di Putik Kelantan,” ujarnya yang juga ahli Parlimen Marang.

Sememangnya, kata Ustaz Abdul Hadi sukar untuk dihitung jasa beliau yang sangat besar dan semestinya perjuangan beliau akan diteruskan oleh generasi seterusnya.

“Kita mengharapkan akan tampil lebih ramai lagi tokoh akedemik dan masyarakat seumpama al-marhum yang sedia korbankan masa dan tenaga untuk bersama masyarakat.

“Semoga Allah menempatkan roh beliau bersama orang-orang yang soleh yang mendapat keampunan dan kasih sayang Allah SWT.

“Begitu juga buat keluarga beliau, sahabat handai dan seluruh pendokong perjuangan bahasa ibunda ini, kami doakan diberi kesabaran oleh Allah SWT,” ujarnya lagi.

Tuesday, August 30, 2011

Mat Indera

Sumber :http://muor76.blogspot.com/search/label/sejarah


Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlaan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.


Mat Indera duduk di depan budak yg senyum







Seorang hafiz al-quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiayi Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Beliau dilahirkan pada 1920 di kampung Gombak, Peserai, Batu pahat.

Beliau telah menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar. Setelah itu, beliau melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan Inggeris. Menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad, dikenali sebagai angkatan pemuda insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh Inggeris oleh golongan pemuda fanatik

Mat Indera telah masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Indonesia menentang Belanda, dan bergerak di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. satu2nya gerila di hutan ialah kumpulan orang2 cina dikenali sebagai bintang tiga. Mat Indera terpaksa membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza, lalu Mat Indera dicop sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama.Mat Indera menjadi ketua komunis melayu bagi daerah Muar,Batu pahat dan Melaka.


Beliau telah dikaitkan dengan peristiwa serangan balai polis Bukit Kepong. sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam serangan, Mat Indera tidak menyerang, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis. Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam tahun baru cina, sebaliknya orang2 cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

Inggeris ambil kesempatan untuk mengukuhkan dakwaan keganasan Mat Indera, lalu menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. mat indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan. namun salah seorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap inggeris dan dipujuk utk menangkap mat indera. Mat Tukyo berunding dengan 2 org lagi bernama Beladang dan Misban. bersetuju menerima tawaran setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.

pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera diajak ke sebuah perjumpaan di kampung seri medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, menyebabkan rasa ngantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut dan beliau ditewaskan. tangan diikat dgn lalang dan dibawa ke balai polis Seri Medan. dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebal.

Mat Indera dipamerkan. ada yang suka, ada yang sedih. Beliau dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. dalam penjara didera. Akhirnya hukuman gantung sampai mati dilaksanakan pada jam 11 malam 30 januari 1953 di penjara Taiping. Keesokan hari, dikebumikan di kampung Jambu Air, Taiping.

antara cerita lain tentang Mat Indera menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis Chin Peng mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai melayu yang menyertai komunis akan mengikut jejaknya jugak.

adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai serangan balai polis Bukit Kepong cerita orang kali pertama kene tangkap, dia cakap nak semayang, mase amek air semayang dia ghaib dan kali kedua, dia mintak nak sentuh rumput sebelum kene hukum bunuh, mase dia sentuh jer, dia terus ghaib kali ketiga kene ngan buah kecubung

Mat Indera Di Perangkap Rakan

Sumbangan dan keberani Mat Indera sememangnya diakui oleh kawan dan lawan. Akan tetapi perjuangan beliau yang melawan arus ,terpaksa melalui jalan yang getir di dalam kesusahan orang Melayu yang dinaungi Inggeris. Inggeris yang berkuasa terhadap orang Melayu ketika itu, terpaksa akur kepada kehendak Inggeris dengan harapan mereka mendapat imbalan sekalipunj terpaksa mengkhinati rakan sendiri. Itulah hakikat, susahnya berjuang menentang arus. Itu juga barangkali, terlalu ramai dari kalangan kita lebih suka menjadi mereka yang dengar dan taat serta bersyukur dengan apa yang ada, sekalipun menyedari kecelaruan dalam fahaman yang dianuti.



Jauh sekali mendewakan komunis, akan tetapi sumbangan Mat Indera perlu diteliti dalam keadaan negara dijajah oleh Inggeris. Beliau bangkit menentang dan dibantu oleh orang kampung yang menyediakan bantuan makanan. Namun akhirnya tewas kerana dikhianati oleh rakan sendiri yang telah diugut dan diikat janji oleh Inggeris.

Cuba kita renung kisah yang dicatatkan dalam Berita Harian seketika dulu.

NAMA Jawa Ponorogo pernah terkenal dengan berita penangkapan anggota komunis, Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak.

Meskipun Mat Indera dikaitkan sebagai pengganas oleh sesetengah orang kerana pembabitannya dalam komunis dan dilabelkan sebagai petualang oleh kerajaan Inggeris, ramai masyarakat Jawa Ponorogo menganggapnya pejuang dalam menuntut kemerdekaan, cuma memilih jalan yang salah.

Pemuda kelahiran Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat itu mempunyai peribadi tinggi dan dikatakan kuat beribadat serta tinggi pengetahuan agamanya. Justeru, dia disenangi penduduk di Sri Medan yang kerap membantunya membekalkan makanan ketika dia dalam parti komunis.

Namun, tekanan yang diberikan Inggeris terutama kepada rakan karibnya, Mat Tukyo supaya menangkap Mat Indera atau tindakan tegas dikenakan terhadap penduduk Sri Medan menyebabkan mereka tiada pilihan selain memastikannya ditangkap.

Namun, bukan kerja mudah menangkapnya kerana kehebatan dan ketinggian ilmu Mat Indera.

Ugutan Inggeris terus menjadi tekanan kepada penduduk Sri Medan termasuk untuk memindahkan mereka dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membantu membekalkan makanan kepada Mat Indera.

Penangkapan Mat Tukyo oleh Inggeris sebelum ditawarkan beberapa ganjaran selain hidup bebas di Sri Medan menjadi kemuncak tindakan nekad penduduk Jawa Ponorogo, namun perlu melalui kaedah terancang kerana semua mengetahui kesaktian Mat Indera.

Pada 14 Oktober 1952, lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera.

Ia bermula dengan jemputan Mat Tukyo dan Misban untuk mengadakan perbincangan mengenai pelan bantuan orang kampung kepada Mat Indera. Dalam perbincangan itu, dia dijamu dengan tempe dan kopi yang dicampur kecubung. Akibat itu Mat Indera mabuk dan mengantuk.

Kesempatan itu digunakan untuk menanggalkan semua tangkal serta mengikat tangannya dengan lalang. Dikatakan, kerana itulah ilmu ghaib dan kehebatan Mat Indera tidak lagi dapat digunakan.

Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri menjadi saksi bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang. Peristiwa itu sebenarnya menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat Jawa Ponorogo. Ada yang gembira dan ada yang sebak.

Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.

“Cuma apa yang kerap diceritakannya ialah tindakan mereka ketika itu adalah disebabkan tekanan yang dihadapi akibat ugutan Inggeris. Mungkin ada melabelkannya sebagai petualang tetapi saya merasakan dia seorang pejuang tetapi memilih jalan yang salah.

“Tidak adil terus melabel Mat Indera sebagai pengkhianat kerana dia juga berjuang untuk menuntut kemerdekaan. Cuma kumpulan yang disertainya itu tidak sesuai, itupun disebabkan tiada kumpulan lain ketika itu. Kumpulan Melayu lain terlalu lambat bertindak” katanya.

Sunday, August 28, 2011

Mat Sabu Menokah Arus

Orang lapar dihidangkan nasi dagang. Itulah perumpamaan yang boleh kita buat terhadap serangan yang bertalu-talu kepada Mat Sabu berhubung isu pengiktirafan kepada komunis. Berbagai ulasan diberikan kepada kenyataan Hj Muhamad Sabu yang penulis lihat cuba menokah arus sejarah yang telah dialunkan sekian lama dan sudah menjadi sebati dalam masyarakat Malaysia yang memahami sejarah kemerdekaan.


Penulis juga semacam bersetuju dengan pandangan Mat Sabu seperti yang dituduh oleh UMNO dan Utusan Malaysia. Penulis yang agak naif sejarah ini sering tertanya-tanya beberapa fakta sejarah yang penulis keliru :-

1. Pemimpin UMNO adalah pegawai dan begitu rapat dengan Inggeris yang menjajah negara kita, kenapa kita anggap mereka pejuang kita?

2. Awal merintis kemerdekaan terdiri dari puak kononnya berhaluan kiri seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestaman dikejar Inggeris tetapi mana pemimpin UMNO yang ditahan dan dihukum oleh Inggeris?

3. Mereka seperti Ibrahim Yaakob dan Syamsiah Fakeh yang berjuang melalui Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) menentang penjajah terpaksa keluar negara untuk menyelamatkan diri. Syamsiah Fakeh yang Fakeh agamanya dipalit dengan tuduhan Komunis. Sejauhmana kebenaran dan kewajarannya?

4. Kemerdekaan Tanah Melayu dimerdekakan dengan hanya rundingan, sedang Indonesia terpaksa melalui pertumpahan darah. Persoalan sekarang, apakah isi rundingan yang hebat sangat sehingga Inggeris begitu mudah menyerahkan kemerdekaan Tanah Melayu. Apakah pemimpin Indonesia yang dipimpin Sukarno tidak cukup bijak untuk memerdekakan tanah air mereka secara rundingan dengan Belanda?

5. Penulis tidak jelas, sumbangan awal perundingan kemerdekaan dalam perjuangan menentang penjajahan. Bukankah mereka dididik oleh Inggeris di negara mereka?

6. Kalau UMNO sebagaio parti ulung orang Melayu bukan parti yang berimejkan penjajah, kenapa parti itu sampai sekarang masih mengekalkan nama Inggerisnya?

Penulis tidak berniat mempertikaikan fakta sejarah tetapi perkara itu adalah antara keraguan penulis tentang sejarah yang dihidangkan kepada kita. Ianya memperlihatkan UMNO sebagai hero kemerdekaan dan meletakkan tokoh-tokoh awal kemerdekaan seperti kurang nilainya sedangkan mereka terpaksa melalui penderitaan yang perit. Jauh lebih perit dari pemimpin UMNO yang umpama berak di atas pusu..

Monday, August 22, 2011

Padah Telefon Bimbit

Sumber : Harian Metro

TANAH MERAH: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas sebahagian badannya dari telinga hingga ke punggung hangus terkena panahan petir di sebuah bangsal berdekatan rumahnya di Batu Tiga, Kampung Belimbing, dekat sini, kelmarin.


Kejadian pada jam 9 malam itu disedari ibunya, Rosnah Dollah, 49, selepas mangsa, Siti Munirah Nordin, tidak pulang ke rumah untuk berbuka puasa menyebabkan usaha menjejakinya dilakukan sekitar kampung, termasuk rumah rakan.


Ibu tunggal terbabit akhirnya mendapati anaknya meninggal dunia dalam keadaan terlentang di sebuah bangsal 50 meter dari rumah dengan telefon bimbit masih di sisinya.

Menceritakan kejadian itu, Rosnah berkata, sebelum kejadian, dia menegur anaknya kerana bergayut dengan telefon sepanjang hari.


“Saya tegur dia (arwah anak), dengan siapa dia bergayut kerana sepanjang hari dilihat tidak renggang dengan telefon bimbit.


“Mungkin bosan dengan teguran saya, dia kemudian keluar rumah dan sangkaan saya ketika itu mungkin dia ke rumah rakan.

“Selepas teguran itu, saya ingatkan dia masih di rumah rakannya dan berbuka di sana. Bagaimanapun, perasaan saya bercampur curiga berikutan dia masih tidak pulang selepas Maghrib, menyebabkan usaha mencarinya dilakukan di kawasan sekitar,” katanya ketika ditemui di rumah bapanya di Jalan Manal, di sini, semalam.


Rosnah berkata, dia terkejut mendapati rakan anaknya pulang ke kampung mereka di Salor, menyebabkan usaha mencarinya dilakukan di sekeliling rumah.

“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu. Saya bimbang berlaku kejadian tidak diingini dan terus mencarinya meskipun keadaan sekeliling mulai gelap.


“Bagaikan tidak percaya apa yang saya saksikan apabila menemui anak dalam keadaan separuh tubuhnya hangus, dipercayai terkena panahan petir berdekatan kawasan bangsal semak dan terlindung dari pandangan umum,” katanya.


Katanya, ketika itu Siti Munirah dalam keadaan terlentang, manakala baju T hitam dan seluar pendek merah jambu yang dipakainya turut terkena panahan petir dan hangus sebahagiannya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abdul Aziz Mahmud berkata, mangsa ditemui 50 meter dari rumah dalam keadaan terlentang dengan sebahagian badan hangus.

Penulis :

Takziah kepada keluarga adik Siti Munirah semoga rohnya tenang di akhirat sana. Ada beberapa perkara yang perlu diambil pengajaran oleh kita semua sebagai pengiktibaran disebalik musibah yang berlaku..

Anak Legeh Di Perantauan | Template by - Abdul Munir - 2008