Sunday, June 28, 2009

ABDULLAH BIN AL-MUBARAK

Abu Abdurrahman Abdullah bin al-Mubarak al-Hanzhali al-Marwazi lahir pada tahun 118 H/736 M. Ayahnya seorang Turki dan ibunya seorang Persia. Ia adalah seorang ahli Hadits yang terkemuka dan seorang zahid termasyhur. Abdullah bin Mubarak telah belajar di bawah bimbingan beberapa orang guru, baik yang berada di Merv mahupun di tempat-tempat lainnya, dan ia sangat ahli di dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan, antara lain di dalam gramatika dan kesusasteraan. Ia adalah seorang saudagar kaya yang banyak memberi bantuan kepada orang-orang miskin. Ia meninggal dunia di kota Hit yang terletak di tepi sungai Euphrat pada tahun 181 H/797 M. Banyak karya-karyanya mengenai Hadits, salah satu di antaranya dengan tema "Zuhud masih dapat kita jumpai hingga waktu sekarang ini."

PERTAUBATAN ABDULLAH BlN MUBARAK


Abdullah bin Mubarak pernah tergila-gila kepada seorang gadis dan membuat dia terus-menerus dalam kesedihan. Suatu malam di musim sejuk dia berdiri di bawah jendela kamar kekasihnya sampai pagi hari hanya kerana ingin melihat kekasihnya itu walau untuk sekilas saja. Salju turun sepanjang malam itu. Ketika adzan Subuh terdengar, ia masih menyangka bahawa itu adalah adzan untuk shalat 'Isya.


Sewaktu fajar menyingsing, barulah ia sedar betapa ia sebenarnya terlena dalam merindukan kekasihnya itu. "Wahai putera Mubarak yang tak tahu malu!". Katanya kepada dirinya sendiri. "Di malam yang indah seperti ini engkau dapat tegak terpaku sampai pagi hari kerana kehendak peribadimu. Tetapi apabila seorang imam shalat membaca surah yang panjang engkau menjadi sangat gelisah."


Sejak saat itu hatinya sangat sedih. Kemudian ia bertaubat dan menyibukkan diri dengan beribadah kepada Allah. Begitulah sempurna baktinya kepada Allah sehingga pada suatu hari ketika ibunya memasuki taman, dia lihat anaknya tertidur di bawah rumpun mawar sementara seekor ular dengan bunga narkisus di mulutnya mengusir lalat yang hendak mengusiknya.


Setelah bertaubat, Abdullah bin Mubarak meninggalkan Kota Merv untuk beberapa lama menetap di Baghdad. Di kota inilah dia bergaul dengan tokoh-tokoh sufi. Dari Baghdad dia pergi ke Mekkah kemudian ke Merv. Penduduk Merv menyambut kedatangannya dengan gembira. Mereka kemudian mengurus kelas-kelas dan kelompok-kelompok pengajian. Pada masa itu sebahagian penduduk beraliran Sunnah sedang sebagiannya lagi beraliran fiqh. Itulah sebabnya mengapa Abdullah disebut sebagai tokoh yang dapat diterima oleh kedua aliran itu. Ia mempunyai hubungan baik dengan kedua aliran tersebut dan masing-masing aliran itu mengakuinya sebagai anggota sendiri. Di kota Merv, Abdullah mendirikan dua buah sekolah tinggi, yang satu untuk golongan Sunnah dan satu lagi untuk golongan Fiqh. Kemudian ia berangkat ke Hijaz dan untuk kedua kalinya menetap di Mekkah.


Di kota ini dia mengisi tahun-tahun kehidupannya secara berselang-seli. Tahun pertama ia menunaikan ibadah haji dan pada tahun kedua ia pergi berperang, tahun ketiga ia berdagang. Keuntungan dari perdagangannya itu dibahagikannya kepada para pengikutnya. la biasa membahagi-bahagikan kurma kepada orang-orang miskin kemudian menghitung biji buah kurma yang mereka makan, dan memberikan hadiah satu dirham untuk setiap biji kepada siapa di antara mereka yang paling banyak memakannya.


Abdullah sangat teliti dalam kesalehannya. Suatu ketika ia tiba di sebuah warung kemudian pergi shalat. Sementara itu kudanya yang berharga mahal menerobos ke dalam sebuah ladang gandum. Kuda itu lalu ditinggalkannya dan meneruskan perjalanan-nya dengan berjalan kaki. Mengenai hal ini Abdullah berkata: "Kudaku itu telah mengganyang gandum-gandum yang ada pemiliknya".


Pada peristiwa lain, Abdullah melakukan perjalanan dari Merv ke Damaskus untuk mengembalikan sebuah pena yang dipinjamnya dan lupa mengembalikannya.


Suatu hari Abdullah melalui suatu tempat. Orang-orang mengatakan kepada seorang buta yang ada di situ bahawa Abdullah sedang melewati tempat itu. "Mintalah kepadanya segala sesuatu yang engkau perlukan!" "Abdullah berhentilah!", orang buta itu berseru. Abdullah lalu berhenti. " Doakanlah kepada Allah untuk mengembalikan penglihatanku ini!", ia memohon kepada Abdullah. Abdullah menundukkan kepala lalu berdoa. Seketika itu juga orang buta itu dapat melihat kembali.

Saturday, June 27, 2009

Suka Duka JUN

Cuti sekolah 2 minggu banyak meninggalkan kesan suka duka bagi kami anak perantau yang bermastautin di bumi Sabah. Permulaan semester kedua ini telah menyaksikan insan-insan yang bergembira dan berduka. Itulah fitrah alam. Tiada suatu pun yang kekal pada manusia. Mutlak kekal hanya Allah SWT. Namun sebagai insan yang lemah, titipan persahabatan dan persaudaraan yang kami tautkan sekian lama di bumi bertuah Kinabatangan ini cukup memberi kesan pada jiwa-jiwa kami. Sekalipun yang datang dan pergi agak lali dalam kehidupan kami sebagai anak
perantau, sesekali tertusuk jiwa angin rindu dan nostalgia yang sama-sama diharungi dan menyelusuri arus tenang tapi bergelodak perut sungai Kinabatangan.

Agak terlewat penulis memaparkan catatan ini atas komitmen dengan kerja dan amanah ummah. Namun dikesempatan ini, penulis cuba memaparkan detik-detik indah bagi majlis perpisahan yang sahabat yang berpindah dan sahabat yang baru melangsungkan perkahwinan. Tiga orang sahabat yang didekatkan jarak perpisahan dengan pasangan masing-masing. Ust Fadzhil Izham dapat bertukar ke Shah Alam mengikut isterinya yang bertugas sebagai guru Jabatan Agama Islam Selangor, Ust Shukri dapat berpindah ke Segambut mengikut isterinya yang bertugas di Terengganu dan Ust Sallahuddin Sidi yang isterinya bertugas di Kelantan berpindah ke Sungai Anib, Sandakan.

Senyum ust Sollehuddin, menerima sumbangan ingatan dari PGPIK
pelukan perpisahan: Tak PASTI bila dapat bersama kembali
BoldSuasana suka dalam duka, senyum dalam tangisan

Sekalipun perpindah ini seperti belum dapat menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi tetapi diharapkan dapat mengurangkan bebanan keluarga dan tekanan perasaan kerana berjauhan dengan anak dan isteri. Ust Shukri umpamanya terpaksa berulang alik setiap kali cuti dari Terengganu ke Sandakan. Bayangkan dari Sandakan beliau terpaksa menaiki kenderaan darat lebih kurang sejauh 80 kilometer untuk tiba di Kinabatangan. Selepas itu beliau terpaksa menaiki bot menyelusuri sungai Kinabatangan sekurang-kurangnya 5 jam untuk sampai di SK Kuamut. Itupun jika ada bot dan arus sungai tidak cetek. Jika kedua-dua perkara tadi bermasalah, beliau terpaksa kembali 10 kilometer ke pekan Kinabatangan untuk bermalam di kawasan kediaman kami. Ini dengan tidak mengambil kira risiko dalam perjalanan khususnya ketika menaiki bot. Kadang-kadang terpaksa berdayung menggunakan selipar sekiranya minyak bot habis. Penulis juga pernah melalui detik cemas ini. Bukan persoalan letih atau lengguh berdayung menggunakan selipar tetapi teringat dan terbayangkan ratusan buaya-buaya di dalam sungai Kinabatangan itu.Itulah rutin dan cabaran mereka yag bertugas di pendalaman.

Kehilangan Ust Fadzil turut menjejaskan gerakan dakwah disini kerana beliau banyak menyumbang dan tidak lokek tenaga dan kewangan untuk menyumbang dan setiasa siap siaga bila dipanggil untuk membantu gerak kerja dakwah. Beliau menasihatkan para sahabat yang masih ada supaya tidak menjadikan alasan tidak pandai berceramah bukan alasan untuk tidak terlibat dalam gerakan dakwah kerana dakwah itu bukanlah berkitar dengan ceramah sahaja. Beliau juga seperti tidak percaya dan belum bersedia untuk berpindah dan merasakan dirinya terperangkap di antara cintakan keluarga dan perjuangan di medan dakwah di Kinabatangan yang belum selesai.

Bagi Ust Sallehuddin yang menggerakkan dakwah di pendalaman Kinabatangan, tidak terasa sangat perpindahan ini kerana beliau hanya bertukar posisi sahaja bagi merasai suasana bandar dan memudahkan beliau untuk menghabiskan pengajian ijazahnya. Beliau menyatakan akan terus memberi komitmen terhadap dakwah di Kinabatangan, hatta bersedia untuk terus hadir dalam usrah-usrah yang akan datang. Kita mengharapkan kata-kata ini menjadi perangsang untuk kita semua.

Begitu berat kami melepaskan mereka pergi, tetapi kami bangga kerana mereka telah menyumbang keringat demi kelangsungan dakwah di sini. Mereka juga sudah bersama keluarga tersayang untuk melahirkan dan membina insan-insan soleh sebagai pewaris perjuangan pada masa yang akan datang. Harapan kami juga semoga mereka menjadi duta kami untuk membantu perjuangan dakwah di Sabah.
Raja Hasyim menerima hadiah perkahwinan dari Usrah (ust Nuriman)
Pengantin Baru; Wan Khairul Izwan semoga berbahagia
persaudaraan yang ditautkan di PASTI
Jamuan ringkas penyegar minda
Kami berkeyakinan dan mengharapkan dua insan yang baru melangsungkan perkahwinan tidak akan berpindah mengikut isteri tetapi membawa isteri-isteri mereka ke sini. Raja Hasyim Raja Abdullah telah memeterai ikatan perkahwinan dengan buah hatinya dari Pulau Pinang berjanji akan membawa isterinya ke sini. Insyallah lama di sabah nanti. Begitu juga Wan Khairul Izwan yang juga telah menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hatinya. Setakat ini mereka masih dihambat rindu kerana isteri mereka masih di sebarang laut Cina Selatan. Itulah dugaan perantau dan sunnah orang berjuang.

Kita masih menerima ujian yang tidak seberapa jika dibandingkan dengan pejuang-pejuang agama. Kita tidak diuji sehebat Keluarga Ammar bin Yasir dalam kerja agama. Kita tidak korbankan harta dan nyawa sebanyak Abu Bakar yang menyerahkan semua hartanya untuk perjuangan Islam dengan mengharapkan Allah dan Rasul sebagai galang ganti. Kita tidak seberani dan seikhlas Mus'ab bin Umair dan Saad bin Abi Waqas yang meninggalkan segala kebangsawan untuk Islam. Kita belum mengorbankan anak dan isteri/ suami seperti Masyitah kerana pertahankan aqidah Islam.

Ya... ujian kita masih rendah. Betulkan niat. Ikhlaskan hati. Kita terus berbakti. Terima kasih PASTI. Gelangang bervisi yang menautkan hati........

Friday, June 19, 2009

Kerajaan Perpaduan atau Pecah Perpaduan

Jarang sekali saya mengulas perkembangan atau isu politik melalui blog. Sebagai seorang yang berminat dengan politik dan peka terhadap isu semasa terutama yang melibatkan soal ketuanan Islam dan Melayu, saya rasa terpanggil untuk turut sama memberi pandangan terhadap Isu Kerajaan Perpaduan yang hangat di media sekarang.

Isu perpaduan sepatutnya menjadi antara agenda utama dalam satu-satu perjuangan untuk memartabatkan agama dan bangsa.Perpaduan yang terbaik adalah perpaduan yang diasaskan oleh baginda Nabi SAW. Hasil kejayaan baginda Rasulullah membina perpaduan di antara Aus dan Khazraj, Muhajirin dan Ansor serta Islam dan bukan Islam, telah berjaya membina Negara Islam Madinah. Perpaduanlah agenda awal yang Rasulullah lakukan setelah tiba di Madinah. Ini memperlihatkan, perpaduan adalah perkara pokok dalam pembinaan sesebuah kerajaan.

Persoalannya, apakah konsep dan asas Unity Goverment yang dihebahkan media perdana hari ini sama dengan Kerajaan Perpaduan yang ditegakkan oleh Rasulullah. Rasulullah memperkenalkan Piagam Madinah sebagai perlembangaan Negara Islam Madinah, yakni kerajaan yang berteraskan aqidah dan pelaksanaan syariat Islam. Penganut Yahudi yang anti Islam juga mesti menerima pakai perlembangaan ini. Persoalannya, Adakah Kerajaan Perpaduan agenda Media UMNO ini bersedia membangkulsampahkan perlembangaan Persekutuan yang digubal oleh guru dan tuan kepada golongan sekular? Apakah begitu mudah mereka meninggalkan perlembangaan yang digunakan Lord Reid dan Lord Corbold yang menjadi anutan sekian lama bersedia dipinggirkan atas dasar untuk menyempurnakan Kerajaan Perpaduan?

Mungkin Ya, kerana menyedari kepentingan Umat Melayu dan Islam mesti diselamatkan. Orang Melayu sekarang berpecah belah. Timbul juga persoalan, siapa yang memecahbelahkan orang Melayu? Mereka yang memecahbelahkan orang Melayu ialah

1. Mereka yang menganggap Undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di zaman ini dengan berpegang politik suku, agama suku.
2. Mereka yang beranggapan mereka yang berpegang kepada Islam adalah melampau dan tidak boleh dipercayai, jauh sekali untuk memimpin.
3. Di kampung-kampung mereka yang berkuasa
3.1 Mengugut mereka yang menyokong pembangkang tidak layak atau disusahkan untuk mendapat baja, subsidi Kerajaan, baucer tuisyen, guru KAFA, biasiswa, buku teks dan bermacam lagi kemudahan kerajaan yang sepatutnya sampai kepada rakyat tanpa mengira latar belakang politik.

4. Bagi kakitangan Kerajaan, mereka yang cenderung kepada non BN, disukarkan untuk naik pangkat dan sering diainaya sedangkan pro BN diberikan kedudukan selesa sekalipun kemampuan berkerja lemah.

Malah berbagai-bagai lagi penindasan yang berlaku yang menyebabkan dendam dan penderitaan warisan yang memecahbelahkan Melayu. Syukurlah kalau sudah bertaubat dan sedar kesilapan itu. Kita tidak perlu resah dan bimbang taubat dan penyesalan kezaliman tidak akan diterima umat Melayu kerana Melayu Mudah Lupa.....

Tuesday, June 16, 2009

Sehari Di Legehiyyah, Kereta Terjual

Alhamdulillah, hasrat cikgu Azli untuk menjual proton Wiranya telah tercapai. Setelah sehari diiklan dalam blog legehiyyah, seorang pembeli telah bersetuju untuk membeli kereta tersebut. Menurutnya kereta itu akan diserah akhir bulan ini.

Syukurlah.... nampaknya iklan melalui alam maya ini juga berkesan untuk jual beli terutama bagi orang yang pemalu dan tak suka buka mulut seperti cikgu Azli. Tahniah.

Monday, June 15, 2009

Kereta Hendak Di Jual

Kereta Wira 1.6 berharga RM13,500.00

Kereta tahun 1998 dan baru di cat. Warna silver.Kepada yang berminat sila hubungi Cikgu Azli Mat Deris di 019-9561945 atau hubungi penulis blog di Simpang Bukit Garam, Kota Kinabatangan.

Saturday, June 13, 2009

SELATAN THAI; AGENDA SIAPA?

Selatan Thai khususnya wilayah Pattani merupakan kawasan majoriti umat Islam Melayu dan pernah membina tamadun umat Melayu suatu ketika dulu. Namun demikian, kini bumi Pattani menjadi medan sembelihan. Penghapusan etnik secara ketara berlaku bermula daripada peristiwa Takbai merebak luas keseluruhan selatan Thai.

Kejadian terbaru berlaku pada 9 Jun lalu bila 11 jemaah ditembak ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, Sungai Golok kira-kira pukul 8.50 malam (waktu Malaysia).

Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.


Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan sejak 2004 di wilayah bergolak itu.


Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah Pattani bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.


Ketika peristiwa ini berlaku, penulis berada di kampong. Kampung penulis berdekatan dengan Thailand dan hamper separuh penduduk adalah imigran dan penoreh-penoreh getah yang berasal dari wilayah bergolak itu. Penulis juga mempunyai 2 orang bapa saudara yang berada di wilayah berdarah ini. Keselamatan mereka turut menjadi kebimbangan kami ahli keluarga.


Menurut sumber dari penduduk kampong sekitar, sebelum, ini telah berlaku terhadap 2 orang guru (kru) Budha yang dilakukan oleh lelaki yang memakai seluar celoreng seolah-olah tentera. Peliknya, mereka menyuruh semua yang menaiki hilux tersebut bersyahadah. Kru (guru) itu tidak bersyahadah, maka dibunuh.


Anehnya, kru atau guru samaada guru-guru agama atau pondok, malah guru-guru Budha selalu menjadi sasaran bunuh. Apa kelebihan atau apa salah guru-guru ini sehingga mereka menjadi target atau sasaran untuk dibunuh? Pernah berlaku sebelum ini, pembakaran sekolah dan pembunuhan yang berlaku di sekolah. Bahkan seorang jiran saya pernah bercerita bahawa abangnya pernah menjadi mangsa cubaan bunuh dan beliau luka parah dalam serangan tersebut.


Pokok persoalannya tetap sama. Siapakah lelaki yang bertopeng yang membuat serangan ini? Serangan mereka begitu terancang dan cekap. Kerajaan Thai sering menunding jari kepada puak pemisah atau mudahnya PULO.


Pada hemat penulis, mana mungkin mereka yang ingin membebaskan tanahair mereka sanggup melakukan pembunuhan kejam terhadap warga yang juga sanak saudara mereka? Mereka pejuang Islam, Islam tidak pernah mengajar membunuh orang awam apa lagi ahli jemaah masjid yang sedang bersembahyang? Apakah guru yang mendidik anak bangsa mereka mesti menjadi sasaran mereka? Mana mungkin pejuang Islam sanggup membunuh berpuluh-puluh umat Islam dalam satu-satu serangan tetapi seorang dua nyawa Budha sebagai galang gantinya. Tidak masuk akal.


Pelik juga, bila berlaku sahaja pembunuhan dan korban nyawa.Kerajaan Thai terus menuduh puak pemisah sedangkan siasatan belum dibuat. Lebih pelik sudah bertahun pembunuhan kejam berlaku, kerajaan Thai masih gagal mengenalpasti malah menangkap dalang disebalik serangan ini. Lemah betul risikan Kerajaan Thailand kalau beginilah keadaannya. Apa yang boleh Tok Menel dan pukong-pukong lakukan untuk menjaga keselamatan rakyat dalam cawat mereka? Apakah pembunuhan dibiarkan begitu sahaja yang akhirnya kita dapat saksikan satu demi satu nyawa ustaz-ustaz, pelajar-pelajar pondok dan kru-kru melayang hilang dengan penuh tragis.


Sekiranya situasi begini berterusan, tidak pelik sekiranya rakyat tidak lagi percaya kepada pihak keselamatan Thailand dan akan bertindak sendiri untuk menuntut keADILan. Sayangnya umat Melayu Islam Thai adalah mereka yang miskin. Kemiskinan ini kesan ketidakadilan social Thai terhadap wilayah Selatan Thai.

Kita mengharapkan pembelaan terhadap saudara dan ahli keluarga kita di Pattani. Keselamatan dan kebebasan beragama mereka perlu dikembalikan. Mereka adalah sebahagian daripada kita. Persaudaraan Islam melangkau sempadan. Apa lagi mereka adalah sebangsa dengan kita. Kalau kita boleh menyumbang jutaan ringgit dan melancarkan derma besar-besaran untuk membantu saudara kita di Palestin yang berada jutaan batu, kenapa kita pejamkan mata untuk membantu saudara kita yang menderita di depan mata kita khususnya di Patani dan di Mindano?


Kita mengharapkan kenyataan-kenyataan berani Kerajaan Malaysia yang mendesak siasatan menyeluruh dengan kadar segera di atas tragedy-tragedi yang berlaku dan keADILan diberikan kepada umat Islam Pattani. Selain dari itu marilah kita sama-sama berdoa supaya Allah member pertolongan kepada saudara-saudara kita di Pattani dan tidak lupa untuk mendoakan supaya Allah memberi hidayah dan petunjuk kepada pemimpin mereka yang cuai dalam menjaga amanah kepimpinan. Kita juga mengharapkan musuh-musuh Allah itu diberi petunjuk atau dibinasakan. Marilah kita lafazkan qunut Nazliah dalam solat-solat kita. Sumbanglah apa yang terdaya.

Al-Fatihah Untuk Dr Fathi Yakan

Berita yang cukup mengharukan bagi kader-kader jemaah yang mengenal jemaah dan Islam melalui karangan " Ma Za Ya' ni atau Apa Ertinya Saya menganut Islam". Buku yang telah banyak membina fikrah perjuangan Islam. Buku ini menjadi bacaan asas bagi mengenal Islam secara syumul.

IkhwanJo.com mengkhabarkan berita yang cukup meruntun jiwa -- pulangnya Dr. Fathi Yakan ke pangkuan Allah Azawajalla pada awal hari ini. Beliau meninggal pada usia 76 tahun lantaran sakit. Dr Fathi Yakan yang telah dilahirkan pada tahun 1933. Pernah datang ke Malaysia.




Siapa yang tidak kenal Dr. Fathi Yakan. Kitab karangannya yang tersohor Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan grup-grup usrah pelbagai wadah. Sewaktu di bangku sekolah, inilah antara kitab terawal yang aku beli. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim.

Dipetik dan diterjemah dari IslamonLine.net;
Dr. Fathi Yakan ialah ulama' dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950. Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996.

Baru saja kami mengupas kitab Bahtera Penyelamat di dalam Mukhayyam Dakhili yang lepas. Karangannya benar-benar sarat motivasi dan petunjuk. Cukup berkualiti sebagai rujukan oleh aktivis dakwah.

Kini beliau sudah pergi meninggalkan kita. Permata dakwah ini sudah tiada. Moga-moga akan lahir lebih ramai tokoh dakwah sehebat Dr. Fathi Yakan. Ulama' agung yang mampu menjulang martabat Islam setinggi-tingginya.


Semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan dgn para syuhada....... . Untuk mendapat maklumat yang soheh, sila rujuk www.IkhwanJo.com

www.IslamonLine.net

Thursday, June 11, 2009

Unit Amal Memang Hebat

Pasukan berseragam merah atau tentera merah memang mengkagumkan. Setelah khidmat cemerlang membantu mangsa banjir sebelum pilihanraya ke 12 pada 8 Mac lalu, telah menghasilkan 2 kerusi DUN sulung secara "anak jantan" kepada PAS kerana khidmat cemerlang tentera merah.

Pada tahun ini sekali lagi tentera merah muncul mencurahkan khidmat mereka. Kali ini ,mereka menguasai ibu negeri Selangor, Shah Alam sempena Muktamar Tahunan PAS ke 55. Mereka telah memberi khidmat yang amat baik dalam mengawal parking, keselamatan gerai dan kebajikan tetamu samaada sebagai perwakilan, pemerhati atau pengunjung-pengunjung program jemaah. Kelibat mereka sentiasa dapat dilihat di Taman Melewar dan juga Stadium Malawati. Sentiasa siap siaga menjalankan amanah jemaah, senyum dan mesra walaupun terpaksa berkerja lebih masa tanpa sebarang elaun dan claim perjalanan.

Kawalan trafik di Taman Melewar dan Stadium Malawati amat baik sekali. Mereka tidak dibantu oleh polis trafik seperti program-program parti-parti politik lain. Mudahnya PAS tidak menghabiskan wang rakyat untuk mengendalikan mesyurat Agong Tahunan. Pasukan sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan taraf pendidikan sentiasa berbangga untuk berkhidmat kepada jemaah dengan mengharapkan imbalan pahala daripada Allah SWT.

Tahniah Unit Amal, Tahniah Jabatan Amal........ Teruskan beramal kerana Allah

Monday, June 1, 2009

Manisnya berjemaah: Catatan perjalanan

Ujian menjadi sinonim dengan perjuangan. Lantaran itu, perjuangan adalah pengorbanan dan pergorbanan tidak semestinya terkorban tetapi mungkin juga terkorban. Pastinya keikhlasan hendaklah digandingan dengan pengorbanan melalui perjuangan dan mujahadah. Sebab itu Al-Quran mengingatkan kita bahawa tidak beriman seseorang itu selagimana dia belum melepasi ujian. Antara ujian yang paling besar adalah harta dan anak pinak.

Ujian awal

Pagi hari ingin bertolak , adik ulang alik ke tandas. Sakit perut. Nampak keletihan dia, tersandar didinding.

Sebelum barang dikemas, anak bongsu, puteri sulung, muntah-muntah. Entah apa sebab sukar dikesan. Tidak pasti pulak takut tersalah makan atau sakit budak ini.

Barang sudah kemas. Siap untuk turun. Terdengar jeritan budak-budak ditepi rumah. Ngah berdarah. jatuh atas kereta! yea... leher bajunya bersimbahan darah. Bila diperiksa 3 tempat luka dikepalanya terkena batu bila dia jatuh dari kereta Hilux tuan rumah. 2 lubang mengeluarkan darah. Luka dibersihkan. Diubati. Darahnya berhenti. Dipujuk untuk tidur. Ngah patuh.Semoga Allah memelihara kalian kerana Allahlah penjaga yang paling berhak dan paling wajar. Janji Allah, sekiranya engkau menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu.

Manisnya berjemaah

Agak lewat turun dari rumah. Bimbang takut terlepas kapal terbang. Memandu agak laju tetapi dihalang oleh 3 truck tentera yang bersusun-susun. Masa untuk bersabar. Singgah di masjid Sandakan. Minta kawan hantar ke airpot dan minta hantar ke rumah kawan di Taman Fajar. Rumahnya selalu terbuka untuk tetamu bernyawa(orang) atau tidak bernyawa(kenderaan). Ust Mahathir banyak jasanya kepada jemaah.

Di Kuala Lumpur, disambut oleh saudara yang ditaut ukhwah sejak di universiti. Bermalam di rumahnya. Di jamu. hari ini dibawa berjalan di sekitar lembah Kelang. Macam pelacong asing. Sempat berjumpa beberapa orang sahabat. Masing-masing ajak ke rumah dan mau jumpa. Malam ini ada lagi pertemuan untuk ukhwah di samping mencari atau jejak kasih sahabat-sahabat yang terputus gelombang. yea.... ,manisnya berjemaah.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008