Monday, March 28, 2011

Jauhi Fitnah dalam Berpolitik

KENINGAU : PAS sebagai parti pembangkang tertua di Malaysia yang masih bertahan sehingga kini kerana memiliki pendokong yang amanah, istiqamah disamping karisma kepimpinan yang menjadikan agama sebagai panduan dan tunjung dalam perjuangan. Ahli PAS diikat dengan soal dosa dan pahala serta balasan syurga dan neraka. Itulah yang selalu disebut dan diingatkan dalam muktamar PAS, ceramah PAS dan kuliah-kuliah ustaz-ustaz PAS.

Kerja-kerja menfitnah ini adalah kerana yang bertentang dengan dasar dan matlamat perjuangan PAS. Apa lagi mencapai kuasa dengan cara yang salah dan bertentangan dengan prinsip kemanusiaan. Malah PAS lebih rela kalah dalam pilihanraya daripada daripada memenangi atau mendapat kuasa melalui kaedah yang tidak sah seperti menggunakan senjata fitnah, rasuah pengundi, memperbodoh dan menutup maklumat sebenar kepada rakyat.

Dakwaan PBRS bahawa PAS memfitnah mereka dalam kes Sook disebabkan salah memahami PBRS terhadap apa yang diperkatakan dan diperjuangkan oleh pimpinan PAS Sabah.

“ Kita merasa kecewa dengan sikap Kurup yang tidak turun ke medan untuk memahami rakyat terbanyak. Masalah tanah adalah masalah yang kronik kerana ianya melibatkan masa depan bahkan boleh dikatakan tanah adalah nyawa rakyat”. Jelas Hisyamuddin, YDP PAS Kawasan Keningau.

“ Kurup menutup ruang untuk rakyat mendapat pencerahan hak daripada PAS. Malah menggunakan pihak keselamatan untuk untuk menyekat penduduk kampong daripada mendengar penjelasan hak yang dibawa oleh PAS”. Tambah Hisyamuddin merujuk kepada peristiwa kehadiran polis ke kampong-kampung yang dihadiri oleh rombongan Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat Sdr Mazlan Aliman baru-baru ini.

“Tuduhan PAS mengekplotasi penduduk Sook untuk menuntut hak, menggambarkan kepada kita bahawa Kurup menganggap penduduk atau pengundi Sook hak mereka dan hanya perlu mendengar kata Kurup sahaja. Sebab itu, kami mempersoalkan hak demokrasi dan parti berdaftar untuk bersuara dan membela penduduk Sook”. Kata Hisyamuddin dengan nada kesal.

Menjawab penyelesaian terhadap masalah tanah di kawasan Sook melalui pembuburan hutan simpan kawasan Sook Plain Reserve dan Mandalom, Hisyamuddin menjelaskan bahawa sekali lagi Kurup bermain silap mata dengan penduduk Sook.Penduduk Sook diberi panadol untuk meredakan deman, pada hakikatnya, telunjuk lurus kelingking berkait.

Wednesday, March 23, 2011

JANGAN UGUT PENDUDUK SOOK

Share

PAS sebagai sebuah parti politik yang sah di sisi perlembagaan mengharapkan pemimpin politik Barisan Nasional khususnya, Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Seri Joseph Kurup tidak menggunakan pasukan keselamatan untuk menakut-nakutkan penduduk-penduduk Sook kerana menerima bantuan pemimpin PAS dalam menuntut hak mereka.


Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Muhammad Abdullah melahirkan rasa terkilan atas tindakan Ahli Parlimen Persiangan, Datuk Seri Joseph Kurup yang memperalatkan pasukan keselamatan untuk masuk dan menyoal penduduk kampong di Sook tentang hubungan mereka dengan PAS, baru-baru ini.


“Tindakan seumpama ini mengambarkan seolah-olah mereka yang bersama pemimpin PAS dan PAS itu sendiri menyalahi undang-undang,” kata Hj Muhammad dengan nada kesal.


“Sebagai veteran politik, Kurup sepatutnya berhadapan secara professional dengan seteru politiknya dan tidak menggunakan jentera kerajaan untuk mengekalkan kuasa. Hadapilah kami (PAS) secara berhemah sesuai dengan kedudukan beliau. Kalau beliau bimbang dengan pengaruh PAS, sebaiknya beliau turun untuk menyantuni rakyat bukan mengugut mereka,” tambah Hj Muhammad lagi.


Hj Muhammad turut mengharapkan kehormonian dalam dalam menjalankan kerja politik. Ini kerana PAS berpolitik untuk menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat. Bukan untuk memecahbelah dan menyusahkan rakyat seperti dakwaan dan tindakan pemimpin BN.


“Hormatilah kami (PAS) sebagai sebuah parti politik berdaftar, multi kaum dan kami tetap relevan untuk rakyat Sabah. Kita berpolitiklah di atas padang yang rata. Sama-sama kita buktikan pembelaan kepada rakyat dan kita mengutamakan rakyat dalam setiap tindakan kita. Barulah rakyat akan merasai nikmat memiliki pemimpin politik,” seru Hj Muhamamad

Sumber : sabahkini.net

Tuesday, March 22, 2011

Mana Datuk T dan ahli Kumpulannya?

Tuduhan yang dibuat terhadap Anwar Ibrahim dikira terlalu melampaui dan diluar kemanusiaan apabila ianya dibesarkan oleh media massa perdana dan diulas sokongan oleh manusia-manusia elit di mata masyarakat termasuk seorang pejuang agamabangsa yang berkopiah.

Dalam Islam penuduh mesti tampil menyatakan tuduhan dengan buktinya sekali. Sekarang di mana Datuk T dan kumpulannya? Kenapa mereka menyorok sambil tonggeng punggung begitu? Kenapa begitu lantang bersuara supaya Anwar dan Azizah letak jawatan tetapi takut untuk menzahirkan diri mereka? Ya... barangkali mereka bimbang dengan keselamatan mereka... sedangkan tayangan itu adalah tayangan dan isu perdana. Mereka lakukan secara berkumpulan dan mendapat sokongan ahli politik (difahami daripada ulusan ahli politik mesra BN di TV).

Persoalannya sekarang, siapa Datuk T dan ahli kumpulannya? Mereka ramai dan pastinya ada pakatan untuk mengaibkan Datuk Seri Anwar berdasarkan cerita bagaimana video itu ditemui,


Datuk T patut ditangkap dan disoalsiasat terlebih dahulu kerana beberapa perkara :-

i. Beliau tertinggal jam di hotel yang menawarkan perkhidmatan pelacuran. Adakah mungkin beliau juga melanggan pelacur di hotel yang sama?

ii. Menyelongkar dan mengambil perakan hotel tanpa kebenaran. Itu anggapan saya. Jika dengan kebenaran pasti ada isu lain disebalik itu.

iii. Kenapa Datuk T tertarik dan bimbang dengan CCTV hotel sehingga sanggup mengambil dan membawa keluar perakan tersebut? adakah ingin menyelidik, kalau-kalau ada aksi buruk beliau ada di situ.

Iv. Kenapa beliau tidak mahu menyerahkan rakaman itu kepada pihak polis sedangkan beliau telah menayangkan dan mengaibkan Anwar sebegitu rupa.

v. Datuk T mesti didakwa kerana memiliki video lucah

Mudahnya sekarang, apakah Datuk T dan ahli kumpulannya dibiarkan bebas seperti sekarang dan didokong serta disokong oleh Menteri dan melaun-melaun politik sekiranya yang dituduh dalam video itu adalah Datuk Seri Najib, Datuk Seri Hisyamuddin ataupun YB UMNO -BN?
Link

Monday, March 14, 2011

TABAH Dilancar Untuk Tanah Rakyat Sabah

KOTA KINABALU : PAS membuktikan keikhlasan dan kesungguhan dalam membantu menyelesaikan masalah tanah rakyat Sabah dengan menubuhkan satu badan NGO yang dinamakan Pembela Tanah Rakyat Sabah (TABAH). TABAH akan berperanan untuk menerima aduan dan membuat pembelaan terhadap isu-isu tanah terutama tanah NCR yang menghimpit rakyat Sabah.

Majlis pelancaran TABAH telah disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub. Turut hadir Naib Presiden 1, Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi ANAK, Mazlan Aliman, Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Muhammad Abdullah dan presiden TABAH, Hisyamuddin Sulaiman.


Hisyamuddin mengharapkan dengan pelancaran TABAH ini, akan dapat mengelak rakyat Sabah tertindas di bumi sendiri dan memiliki tanah sendiri untuk mencari rezeki.Kes aduan tanah sabah adalah yang tertinggi diadukan kepada SUHAKAN. Sebanyak 977 kes tanah cukup menggambarkan betapa kroniknya masalah tanah di Sabah.


[gambar : Wakil penduduk yang menunjukkan bukti rampasan tanah mereka]


Sementara itu, Mazlan Aliman dalam ucapan alu-aluan beliau, beliau menegaskan PAS serius turun ke lapangan masyarakat dan sanggup susah bersama rakyat untuk memastikan penindasan BN terhadap tanah rakyat dapat dihentikan. PAS telah menubuhkan beberapa NGO yang khusus untuk membela tanah rakyat secara tersusun seperti penubuhan ANAK bagi membela peneroka Felda, BAPA untuk membela peserta FELCRA, Alumni kakitangan FELDA juga dengan hasrat untuk membantu generasi ke dua dan ketiga FELDA.


PAS juga telah mengadakan Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah (HEMPAS) DI Sandakan tahun lalu bagi menjelaskan dan mendapat maklum balas rakyat Sabah berkenaan isu tanah yang banyak diserahkan kepada kroni pemimpin BN.


Pimpinan tertinggi PAS turut hadir

Wakil-wakil daerah yang hadir turut diberi peluang untuk berucap dan menyatakan masalah mereka dalam majlis tersebut. Nada kecewa, kesal dan marah yang dilontarkan oleh perwakilan menghangatkan lagi majlis pelancaran TABAH pada kali ini.


“ Rakyat Sabah perlu diberi kesedaran tentang pentingnya tanah dan hak mereka supaya mereka tidak ditipu oleh pihak-pihak yang berkepentingan dengan mengadai tanah-tanah rakyat dan diberikan kepada taukeh-taukeh besar” Seru Salahuddin dalam ucapan perasmian tersebut.Beliau juga berharap, rakyat Sabah tetap tabah bersama TABAH memperjuangkan hak pemilikan tanah demi masa depan anak cucu mereka.

sumber : Sabahkita.net

Lahirul Kesal Kurup mainkan Isu Perkauman Sempit

Sumber : sabahkita.net

Api perkauman, persempadanan tempat dan taraf social rakyat semakin kerap dijadikan senjata oleh pimpinan BN untuk mempertahankan kuasa mereka yang semakin terhakis dan dipertikaikan oleh rakyat.Ketegasan yang dibuat oleh Ke bawah Duli Yang Dipertuan Agong dalam merasmikan sidang parlimen baru-baru ini jelas melarang menggunakan isu perkauman yang boleh menimbulkan ketegangan dan pergeseran antara rakyat. Mengingkari titah YDP Agong bererti derhaka.


Tindakan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup mengencam Hisyammudin (Presiden TABAH) yang kononnya pemimpin semenanjung adalah jelas bertentangan dengan konsep persekutuan yang diamalkan dan konsep 1 Malaysia yang dilaungkan oleh Pengerusi BN, Najib Razak. Sedangkan Kurup adalah seorang presiden parti komponen BN yang ditunjang oleh UMNO juga dari semenanjung.


“Sepatutnya Kurup sebagai seorang veteran politik dan lama dalam kerajaan Persekutuan cuba merapatkan jurang perbezaan kefahaman, sosioal-ekonomi dan politik di antara rakyat Malaysia. Sikap menganggap bukan Sabahan sebagai orang luar sepatutnya dikikis di fikiran rakyat Sabah apatah lagi pada pemimpin politik yang berjawatan Timbalan Menteri diperingkat kerajaan Persekutuan”. Jelas Lahirul Latigu, Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah.


“Budaya pecah perintah antara kaum di Negara ini menjadi senjata ampuh parti pemerintah BN Sabah sekalipun mereka sendiri melutut di kaki UMNO untuk mendapat kerusi. Sedangkan Pakatan Rakyat dilihat lebih bersikap terbuka dalam membela hak-hak kaum dan pemimpin selalu menanam sikap berbaik sangka di antara kaum sesuai dengan hasrat Pakatan Rakyat untuk menubuhkan Negara berkebajikan dan berbaik sangka antara kaum tetapi dalam masa yang sama tetap mempertahankan hak dan kepentingan kaum masing-masing”.tambah Lahirul lagi.

Sunday, March 13, 2011

Jalan Beluran- Telupid Berbahaya

TELUPID : Jalan yang licin dan pecah berlubang membahayakan pemandu yang melalui jalan Beluran - Telupid. Terlalu banyak jalan yang berlubang akibat hujan yang turun sejak awal tahun lagi. Hujan juga menyebabkan jalan menjadi licin dan boleh menyebabkan kemalangan.

Malam kelmarin telah berlaku satu kemalangan di Bukit Mas antara sebuah Van dan sebuah kereta Toyota Ninja. Sekalipun tidak berlaku sebarang kehilangan nyawa namun kedua-dua kereta remuk teruk.

Kemalangan yang berlaku pada jam 11.30 malam itu berpunca dari jalan yang licin menyebabkan sebuah van dari Beluran terbabas dan dilanggar oleh Toyota Ninja.

Van yang dipandu Muliadi remuk begitu juga Toyota Ninja. Mualiadi terselamat dengan hanya luka-luka kecil sekalipun keretanya teruk sekali.

Apa pandangan anda, jika melihat kemalangan seumpama ini?Jalan yang berlopak, basah dan licin

sebelum ini, penulis turut pecah tayar dua tayar dalam perjalanan Beluran-Telupid ketika menuju Kota Kinabalu.

Saturday, March 12, 2011

Awas! Jari Jemari Anak Muda Bisa Meruntuhkan Kezaliman

KOTA KINABALU :Tiada sebuah kerajaan pun di dunia ini yang kekal memerintah sehingga kiamat. Sejarah juga membuktikan bahawa banyak kerajaan runtuh oleh faktor-faktor yang remeh tetapi digerakkan secara kolektif , tersusun dan izin Allah.

Kenyataan tersebut dikeluarkan Naib Presiden PAS Sallehudin Ayub ketika menyangkal dakwaan BN akan terus berkuasa di Sabah. Keruntuhan kerajaan Namrud hanya kerana serangan nyamuk, Firaun oleh anak yang dibesarkan di istananya.
Salahudin disambut oleh wakil anak Muda Dusun

"Sekiranya BN Sabah terus menindas dan merampas tanah rakyat marhain Sabah, saya cukup yakin anak muda Sabah akan bangkit menukar kekuasaan BN sekalipun ianya dilihat kukuh dan tidak mungkin ditumbangkan tetapi anak muda mesir dan Tunisia telah membuktikan mereka berupaya menjatuhkan diktator tersebut". ujur beliau disambut tepukan gemuruh wakil anak muda yang hadir.

Beliau menjelaskan, bagaimana ketakutan pemimpin zalim menghadapi kebangkitan anak muda zaman demi zaman. Zaman ini menyaksikan anak muda hanya perlu menggunakan jari jemari untuk menghadapi kezaliman dan penindasan. Lihat bagaimana Obama seorang warga kulit hitam berupaya mengalahkan Haliry Clinton, seorang wanita kulit putih, wanita berpengaruh dan seorang diplomat yang hebat kerana keupayaan mengheret anak muda melalui penguasaan IT dengan mottonya" change Now".

Jiwa anak muda mesti disuburkan dengan roh perjuangan. Kembalikan semangat dan roh perjuangan Rosli Dhobi, Mat Salleh, Antanom dan sebagainya dalam jiwa anak muda Bornea. pengobanan mereka mempertahankan tanah air mereka telah memberi isyarat kepada penjajah bahawa tanah adalah nadi rakyat. Jangan ada penjajahan tanah air dalam bentuk baru.

Pun begitu, Sallehudin menegaskan, PAS masih berpegang kepada demokrasi dan mahukan peralihan kuasa melalui sistem demokrasi yang matang. Dalam masa yang sama mengharapkan hak rakyat didahulukan tidak menjadi retorik untuk penguasa BN terus menipu rakyat.

Thursday, March 3, 2011

KANSER

Apakah kanser ? Ia merupakan keadaan dimana sel-sel sihat dalam badan kami telah berubah kerana diserang oleh asid yang mengandungi kimia yang membolehkan sel-sel kanser menambah dan merebak dalam badan kami. Untuk mengelakkan darah kami menjadi asidik perlu jaga makanan. Kurangkan makan daging dan amalkan lebih memakan sayur dan buah-buahan.


PENGETAHUAN AM

Gigi manusia menunjukkan bahawa kami sebenarnya perlu makan sayur dan buah-buahan kerana hanya mengandungi
4 batang gigi tajam ( gigi kanine ) daripada 32. Ini bermaksud 28 batang untuk mengunyah makanan berbentuk buah dan sayur. Binatang liar seperti harimau dan singa yang makan daging mempunyai gigi yang tajam untuk mengoyak daging.Kitab agama Al-Quran pun beri petunjuk bahawa kami perlu makan sedikit daging sahaja.


PENYEBAB KANSER

Penyebab utama adalah merokok. Ia membunuh manusia secara perlahan-lahan tanpa kesan-kesan awal dan menghabiskan duit kami dengan senyap sahaja. Setiap batang rokok mempunyai 4,000 jenis kimia yang merbahaya ( dalam sukatan amaun kecil ). Menghisap sekali lebih 600 kali merbahaya daripada bernafas asap daripada kenderaan awam.


MAKANAN YANG MENYEBABKAN KANSER :

a) Makanan yang di BBQ

b) Makanan yang di goreng dengan lebih minyak seperti goreng pisang, keledek, kentang fries & wedges , kerepek.

c) Daging yang dimasak dengan api atau suhu yang sangat tinggi.

d) Makanan yang diawet , berlebihan garam atau nitrate. Contoh : makanan tin, telor & sayur masin, sausage, daging salai.

e) Nasi yang disimpan hingga pagi esok ( mengandungi aflatoksin )

g) Makanan yang berkurangan serat. Contoh : roti putih. Badan kami memerlukan 25gm serat yang boleh cair dan diserap dan serat biasa setiap hari. Kami perlu minum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter atau 8 gelas air kosong sehari .

h) Jangan makan roti yang telah berkulat dan roti yang disimpan lebih 2 hari dalam cuaca panas untuk mengelakkan kanser hati .


UBAT KANSER SEMULAJADI

Sayur-sayuran dan buah-buahan berwarna hijau, merah, unggu dan oren sangat mengandungi bahan-bahan anti-kanser seperti antioksiden dan Vitamin A, E dan C yang mencegah dan melawan sel-sel kanser. Segala jenis kanser boleh diubati dengan jus buah dan sayur. Buah durian belanda agak berkesan. Berikan kepada pesakit dan buat ujian darah kemudian. Pasti nampak sel-sel kanser akan berkurangan dalam darah kami dan lama-lama akan sembuh. Boleh cuba kalau tak percaya. Ada kes dimana doktor telah kata kanser dalam tahap ke 4 dan tidak boleh diubati lagi.......tetapi oleh kerana tiada pilihan lain ( lebih baik cuba daripada menunggu dan menderita ) dan keyakinan diri pesakit minum jus buah-buahan dan sayuran bercampur ( termasuk carrot, durian belanda, strawberry, blueberry, kobis, broccoli dan anggur merah ).


Selepas beberapa hari pesakit nampak lebih bertenaga dan sihat. Ujian darah dibuat dan doktor-doktor pun terkejut dan hairan bahawa sel-sel kanser makin berkurangan. Lama-lama pesakit makin sembuh dan akhirnya hidup seperti biasa.

Anak Legeh Di Perantauan | Template by - Abdul Munir - 2008