Tuesday, July 22, 2014

Isu Lamkabong: Umat Islam Perlu Pikul Tangungjawab

Lamkabong, sebuah kampung di pendalam Sabah yang terletak di daerah Telupid mencuri perhatian umat Islam setelah pendedahan  isu murtad di media alternatif. Pekan Telupid yang berada di tengah-tengah perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke Sandakan dan ke Tawau. Jarak Pekan telupid ke Kota Kinabalu dianggarkan sejauh 200 KM. Ianya berada di antara Ranau (94km) dan Sandakan (150KM).  Kampung yang sebenar tidak jauh dari pekan Telupid ini sebenarnya telah lama dibiarkan sendirian.

Pengislaman yang berlaku pada zaman pemerintahan Parti berjaya pimpinan Datuk Hariss Salleh seakan dilupakan dan dibiarkan begitu sahaja. Apa lagi, parti yang memerintah bersalih ganti dari PBS kepada UPKO. Masyarakat Limkabong tidak mendapat perhatian sewajarnya dari segi dakwah. Setelah pengerak dakwah daripada Indonesia dan semenanjung meninggalkan bumi Telupid, sama ada meninggal dunia atau meninggalkan Limkabong, dakwahnya semakin suram dan seakan terbiar.



 Jalan yang dalam proses pembinaan menuju ke Lamkabong

Dari Entilibon menuju kampung seterusnya

 Warga Pakistan yang gigih
 Sekolah Kebangsaan Limkabong
 Jalan baru yang berturap. Jauh lebih cantik dari lebuhraya Telupid-Sandakan
Pra Sekolah SK Lamkabong

Saya difahamkan, suatu ketika adanya penggerak Dakwah dari JAKIM di Telupid dan Tongod tetapi mereka hilang nama dan khabar. Bertambah parah bila guru agama di SK Limkabong juga tidak juga tidak ada. Umat Islam hilang tempat berpaut sedangkan Kristian sekalipun mempunyai 3 kumpulan agama yang berbeza tetapi pendakwah mereka dari luar negara sangggup hidup bersama masyarakat, merasai payah perih kepayahan penduduk Telupid. Hasilnya,perkembangan kristian di Telupid berkembang maju. Gereja mereka sehingga menyediakan asrama dan kemudahan kenderaan untuk pelajar yang belajar di SMK Telupid. dan beberapa kebajikan lain. Hari minggu mereka dipenuhi dengan umat Krisitian  melakukan ibadah di gereja- gereja mereka. Tiada permusuhan sekalipun mereka berbeza mazhab.

Masjid di sekitar pekan Telupid hanya ada tiga masjid yang menjalankan aktiviti sehingga solat jumaat. Itupun, kerap tidak kedengaran azan terutama di waktu subuh. Suara umat Islam seakan tenggelam dalam mengayuh bahtera dakwah sekalipun mempunyai pekerja dakwah yang gigih dari kalangan anak tempatan khususnya di JHEAINS dan ustaz-ustaz dari kerajaan persekutuan.

Dalam pengamatan saya, sosial ekonomi Telupid dan Lamkabong sendiri tidaklah seteruk kawasan-kawasan pantai dan Pulau-pulau yang telah saya pergi. Penempatan perumahan yang agak baik di Entelibon, Linkayuhan dan sebagainya. Jalan yang baru berturap dan jalan yang menuju ke Limkabong juga sedang dalam proses berturap. Mudahnya, bukan alasan besar lagi kepada pengerak dakwah kita untuk berkerja. SMK Entelibon yang baru dan cantik juga bakal diduduki oleh warga Entilibon dan sekitarnya termasuk warga kampung Limkabong sendiri. 

Alhamdulillah, masjid Entelibon sedikit bernafas dengan kerjasama mantap penduduk kampung dan guru-guru sekolah. Bolehlah jumaat dilaksanakan sekalipun kekadang tidak mencukupi syarat. Penduduk kampung sekitar akan berkunjung ke sana untuk menunaikan solat jumaat terutama dari mereka yang berasal dari Indonesia yang bekerja di estet dan yang berkahwin dengan penduduk tempatan. kredit juga harus diberikan kepada  warga Pakistan yang gigih  menerokai perniagaan mereka sehingga ke ceruk dan pelosok pendalaman Sabah dan berhadapan dengan penganut kristian. Motosikal Pakistan tetap membelah kesunyian dan alpaan umat Islam terhadap gerak kerja dakwah di pendalaman Sabah. 

 Dalam keghairahan umat Islam, mengimarahkan Ramadhan, usah kita lupakan saudara kita yang sedang bergelut mempertahankan aqidah dan kerja dakwah yang dianggap asing.Marilah bersama kita semarakan gerak kerja ini dengan segenap keupayaan yang ada sebagaimana Firman Allah :

bantulah gerak kerja ini dengan sadaqah dan infak supaya gerak kerja ini dapat berjalan dengan lebih baik kerana janji Allah kepada kita
"Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keredaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.". Al-Baqarah :265

Anak Legeh Di Perantauan | Template by - Abdul Munir - 2008