Thursday, December 31, 2009

Krisis Gula Berakhir!!!!!!???

Setelah sekian lama, kita terpaksa berhadapan dengan krisis gula sehingga menimbulkan banyak persoalan keadaan sebenar yan g berlaku dan bakal berlaku. Kini persoalan itu sedikit terlerai dan tertonjol apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilogram di Semenanjung, serta RM1.75 sekilogram di Sabah dan Sarawak berkuat kuasa 12 tengah malam ini.

Sebelum ini, pengguna terpaksa berasak-asak dikedai dan juga pasaraya untuk mendapat bekalan 2 kilo gula seperti mana yang termaktub dalam syeksyen 12 ,akta pembekalan dan kawalan 161 yang menghadkan 2 kilo gula untuk setiap orang. Had ini pasti menyukarkan pengguna. Banyangkan pengguna dari jauh dari bandar hanya mampu mendapatkan 2 kilo gula sahaja sekaliun mereka datang dari jauh. Nasib kalau gula itu masih ada.

Tinjauan di Sandakan, dua hari sebelum kenaikkan 0.20 gula mendapati penjual-penjual meletakkan gula dikaunter-kaunter bayaran bagi memastikan hanya 2 kilo gula sahaja untuk setiap pelanggannya. Biasanya pengguna akan menyerbu memburu gula dalam jam 11.00 pagi kerana gula dijangka masuk kedai pada waktu tersebut. Sekejap sahaja gula akan habis. Ramai juga yang kelihatan kecewa kerana gagal mendapatkan gula. Majoriti yang membeli hanya membeli gula sahaja.

antara pengguna yang berbaris mendapatkan gula sebelum berita kenaikan harga gula

Bagi pasarraya yang tidak meletakkan gula di kaunter, ada pengguna yang mengejar troli yang membawa gula dan mengambil HAKnya. Keadaan ini menyebabkan banyak plastik-plastik gula koyak dan gula berhambur dilantai.

Kenaikan harga gula ini sempena Tahun Baru bagaikan hadiah kepada rakyat bagi menyelesaikan masalah gula yang membeliti rakyat selama ini. Peniaga bagaikan sudah mengetahui jalan penyelesaian ini, bertindak mengawal penjualan gula pada tahun 2009 . Timbul persoalan dibenak kita. Selesaikah masalah pengguna dengan kenaikkan 0.20 ini? Pastinya segala penyelesaian yang dilakukan menjadikan pengguna sebagai mereka yang memikul beban. Seiring dengan kenaikan harga gula, barang makanan berasaskan gula juga akan naik.

Wednesday, December 30, 2009

Indonesia Kehilangan Gus Dur

JAKARTA: Bekas Presiden Indonesia Abdurrahman Wahid, 69,yang lebih dikenali sebagai Gus Dur meninggal dunia di Rumah Sakit CiptoMangunkusumo (RSCM) di Jakarta pada kira-kira pukul 6.45 petang waktu IndonesiaBarat, ahli politik Partai Kebangkitan Bangsa (PKB) Ali Masykur Musa mengesahkankepada Bernama hari ini.

Gus Dur, yang merupakan Presiden Indonesia keempat, ialah pengasas parti PKB, sebuah parti politik yang berasaskan Islam. BERNAMA

Gus Dur atau Abdul Rahman Wahid yang juga seorang pemimpin jemaah Nahdatul Ulama telah menjadi kebanggaan Indonesia kerana kepintaran dan kebijaksanaan dalam menangani kemelut masyarakat sekalipun cacat anggota. Beliau pernah belajar bersama dan menjadi rakan bekas Timbalan Presiden PAS, Datuk Ustaz Hassan Shukri.

Bersama kita sedakahkan Al-Fatihah kepada Roh Gus Dus semoga rohnya bersemadi bersama para solehiin dan mujahideen. InsyaAllah.... Al-Fatihah

Monday, December 28, 2009

Tips berurusan dengan lelaki

Oleh: nasya

"Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...

1. Elakkan berurusan dengan lelaki -
Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan kadar kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki,
Gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon, kalau belum betul-betul terdesak. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara!

يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا (٣٢)
Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik."

Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih, kan ???

3. Tundukkan hati.

Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan.

Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya sesuai sesuai kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :
وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ ٣)
"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…".

Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik_____, tundukkanlah pandangan.." .

5. Cepatkan urusan.

Perkara ini mungkin sesuai kepada students atau orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. Jadi, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.

Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam."

Sunday, December 27, 2009

Nisa' Yang Quratul A'yun

1. SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yang terpikat pd wanita yg bersikap keibuan,lembut , mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress,cemas, gelisah dan senang.

2 . KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki.Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati.Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalny­a kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki,wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3 . PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya.Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat utk berbincang masalah dan sebagainya.

4 . MENGHARGAI
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dgn wanita yang suka di perlakukan dengan lembut,lelaki suka dihargai ,dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg­aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5 . MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik,bersih, kemas dan menarik.Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6 . PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dengan wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.Walau walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif,tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik,serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yg lebih menarik.

7 . PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki.Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda.Apabila berhadapan dengan suasan yang baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri.Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8 . MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka wanita yg menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika.Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9 . SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yg murah hati,mengambil berat,simpati pada nasib yang susah.Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu.Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia.Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.

Monday, December 21, 2009

Suraqah Bin Malik : Tokoh Maal Hijrah


Ketika dia mengejar Rasulullah, tiba-tiba kaki kudanya tidak boleh bergerak. Dia sendiri terlempar dari punggung kudanya.

Ketika mendengar berita bahawa petmbesar Quraisy menyediakan hadiah seratus ekor unta betina muda yang hampir beranak bagi yang dapat menangkap Muhammad bin Abdullah hidup atau mati, Suraqah bin Malik, dari Desa Madlaji, teruja. Betapa tidak, untuk memiliki unta sebanyak itu dalam waktu singkat, uh, mimpilah adanya. Kini, orang dapat mendapatkannya hanya dengan menyerahkan Muhammad. “Apa susahnya?” pikir Suraqah.

Apalagi, baru saja ada orang yang mengaku melihat Nabi Muhammad bersama Abu Bakar dan seorang pemandu di tengah jalan. “Tidak mungkin,” bantah Suraqah. “Mungkin itu orang yang sedang mencari ternaknya.”

Saat itu, pencarian terhadap Nabi Muhammad memang sedang digalakkan oleh Abu Jahal dan para pembesar Quraisy. Bahkan serombongan pemburu telah sampai di pintu Gua Tsur, tempat persembunyian Nabi bersama Abu Bakar. Tapi karena di pintu gua terbentang sarang laba-laba, mereka menjadi ragu. “Tidak mungkin tempat ini telah dilalui manusia,” fikir mereka.

Di dalam gua, Abu Bakar telah ciut nyalinya. Para pencari itu berada di gua tepat di atas kepala Abu Bakar, dan ia merasakan pijakan kaki mereka mondar-mandir mencari sasarannya. Air mata Abu Bakar meleleh di pipi menahan ketakutan.

“Mengapa engaku menangis, Abu Bakar?” tanya Nabi berbisik di telinga sahabatnya itu.

“Demi Allah, aku menangis bukan mengkhawatirkan tentang keselamatanku, melainkan cemas bila terjadi sesuatu menimpa diri Tuan, ya Rasulullah,” jawab Abu Bakar.

“Jangan takut,” jawab Rasulullah membesarkan hati sahabatnya itu.. “Sesungguhnya Allah beserta kita.”

“Seandainya mereka melihat ke tempatnya berpijak, pasti akan melihat kita,” kata Abu Bakar, masih dengan nada khawatir.

“Apakah engkau masih ragu, Abu Bakar?” tanya Rasulullah. “Kalau kita ini berdua, Allah-lah yang ketiga.”

Ya, saat itu Nabi Muhammad sudah dalam kondisi terpepet. Semua akses jalan keluar Makkah telah diblokir kaum Quraisy, sehingga Gua Tsur itulah satu-satunya tempat yang bisa digunakan untuk bersembunyi. Abu Jahal, yang berada dalam rombongan itu, menyatakan keyakinannya bahwa Nabi Muhammad tidak berada jauh dari tempat itu. “Muhammad pasti mendengar ucapan kita dan melihat apa yang kita lakukan. Tapi sihir Muhammad menutup penglihatan kita,” katanya.

Akhirnya para pembesar Quraisy putus asa dan menghentikan pencariannya terhadap Rasulullah dan Abu Bakar. Lalu mereka menyebar sayembara untuk menangkap Nabi Muhammad.

Walaupun membantah informasi yang dikatakan salah seorang yang melihat Nabi Muhammad, Suraqah menggunakan ucapan orang tadi sebagai sumber info. Demi mendapat seratus ekor unta, dipacunya kudanya sekuat tenaga menuju ke sasaran yaitu lembah yang ditunjuk orang itu.

Dan terbukti, di sana ia melihat buruannya, Nabi Muhammad dan Abu Bakar. Namun ketika berusaha mendekati Nabi, tiba-tiba kudanya tersandung sehingga Suraqah terpelanting dari pelana. “Kuda sialan!” bentak Suraqah.

Tanpa mempedulikan rasa sakit, ia kembali ke punggung kuda dan memacunya. Namun untuk kedua kalinya kuda itu tersandung dan lagi-lagi Suraqah terpelanting.

Hatinya kesal dan merasa dirinya sial. Karena itu ia mengurungkan niatnya dan berencana akan pulang ke rumah. Tapi karena tamak, ingin mendapatkan seratus ekor unta betina itu, diteruskannya perburuan tersebut.

Belum begitu jauh Suraqah memacu kudanya, dilihatnya Nabi Muhammad dan Abu Bakar tengah melaju meninggalkan Makkah. Secara refleks tangannya mencoba meraih busur panah di punggungnya. Namun, apa daya….tangan itu tiba-tiba kaku, tak bisa digerakkan. Dan kaki kudanya terbenam ke dalam pasir serta menyebarkan debu yang menyebabkan matanya kelilipan. Ketika berusaha menyentakkan kakinya, sang kuda tidak bisa bergerak satu inci pun, dan kakinya itu malah semakin terbenam ke bumi.

Dia lalu berpaling kepada Rasulullah dan berteriak dengan memelas, “Hai kalian berdua, berdoalah kepada Tuhanmu, supaya kaki kudaku lepas. Aku berjanji tak akan menggangu kalian berdua.”

Rasulullah menengadahkan kedua tangannya dan berdoa, maka bebaslah kaki kuda Suraqah. Tapi, karena tamaknya, setelah bebas, dia lupa akan janjinya dan berusaha melabrak Rasulullah dengan kudanya. Namun, niat itu tidak terlaksana, karena kaki kuda itu kembali terbenam ke bumi, bahkan lebih dalam lagi.

Suraqah memohon belas kasihan kepada Rasulullah.”Ambillah perbekalanku, harta, dan senjataku. Aku berjanji atas nama Allah kepada kalian berdua, akan menyuruh kembali setiap orang yang berusaha melacak kalian,” katanya.

“Aku tidak butuh hartamu,” jawab Rasulullah. “Cukup kalau kamu suruh kembali orang-orang yang berusah membuntuti aku.” Kemudian Rasulullah berdoa, dan bebaslah kaki kuda Suraqah.

“Demi Allah, aku tidak akan mengganggumu lagi,” kata Suraqah setelah kaki kudanya lepas. Setalah itu ia bahkan menyatakan keyakinannya, “Agama yang Tuan bawa akan menang dan pemerintahan Tuan jaya. Aku mohon apabila kelak aku datang kepada Tuan, Tuan akan bermurah hati kepadaku. Tuliskanlah hal itu untukku.”

Rasulullah meminta Abu Bakar menulis pada sekerat tulang dan menyerahkannya kepada Suraqah sambil berkata, “Bagaimana jika pada suatu saat kamu memakai gelang kebesaran raja Persia?”

“Gelang kebesaran raja Persia?” tanya Suraqah terkejut.

“Ya, gelang kebesaran Kisra bin Hurmuz!” jawab Rasulullah meyakinkan.

Setelah itu Suraqah kembali ke Makkah dengan hati lega. Kepada orang-orang Quraisy yang ditemuinya sepanjang jalan, ia meyakinkan bahwa usaha pencarian mereka terhadap Nabi Muhammad akan sia-sia. “Telah kuperiksa seluruh tempat dan jalan yang mungkin dilaluinya, namun aku tidak menemukan Muhammad,” katanya. “Bukankah kalian tidak sepandai aku dalam hal melacak jejak?”

Beberapa saat kemudian, ketika ia merasa Rasulullah telah selamat sampai di Madinah dan aman dari jangkauan orang-orang Quraisy, barulah ia mengatakan yang sebenarnya.

Begitu Abu Jahal mendengar pengakuan itu, dia mencela Suraqah dan menghinanya sebagai pengecut yang tak tahu malu, dan bodoh, karena menyia-nyiakan kesempatan emas.

Namun Suraqah tak mau dihina seperti itu. “Demi Alah, kalau engkau melihat dan mengalami peristiwa yang aku alami ketika kaki kudaku amblas ke dalam pasir, engkau pasti yakin dan tak ‘kan ragu sedikit pun bahwa Muhammad itu jelas Rasulullah! Siapa yang sanggup menantangnya, silahkan!”

Waktu terus berlalu. Nabi Muhammad yang tadinya hijrah meninggalkan Makkah dengan sembunyi-sembunyi di malam gelap, kembali sebagai panglima, memimpin puluhan ribu prajurit yang berbaris rapi menyandang busur. Para pembesar Quraisy yang selama itu angkuh, sombong, dan sok kuasa, semua datang kepadanya dengan kepala tunduk, ketakutan, dan cemas. Mereka memelas minta dikasihani. “Hukuman apakah yang akan Tuan berikan kepada kami?”

Dengan nada lembut, Nabi menjawab, “Pulanglah, Tuan-tuan bebas!”

Suraqah juga ingin menggunakan kesempatan itu untuk menghadap Rasulullah, hendak menyatakan imannya dan tak lupa membawa tulang yang bertulis janji Rasul kepadanya sepuluh tahun lalu. “Saya menghadap beliau ketika berada di perkemahan pasukan berkuda orang-orang Anshar. Mereka menghalangiku dan memukulku dengan tombak,” kenangnya.

“Berhenti, berhenti… Mau ke mana kamu?” mereka mencegah.

“Tetapi saya tidak peduli, dan terus menyeruak, hingga berdiri di depan beliau, yang sedang duduk di atas pelana unta. Lalu kuangkat tulang bertulis janji beliau. ‘Ya Rasulullah, saya suraqah bin Malik’.”

“Mendekatlah kepadaku,” jawab Rasul. “Hari ini adalah hari menepati janji dan hari perdamaian!”

“Setelah berhadapan dengan beliau, saya menyatakan iman dan Islam kepadanya.”

Peristiwa itu hanya berjarak sembilan bulan dari wafatnya Baginda Rasul. Betapa sedihnya Suraqah. Wafatnya Rasulullah itu mengingatkan dirinya pada masa lalunya yang kelam. Tanpa sadar ia mengatakan ucapan Rasulullah kepadanya – “Bagaimana jika kamu memakai gelang kebesaran Kisra?” – yang ia yakini pasti akan terjadi.

Suraqah diberi umur panjang dan menyaksikan kemenangan pasukan Islam di bawah kepemimpinan Khalifah Abu Bakar dan Umar bin Khathtab.

Pada suatu hari menjelang akhir pemerintahan Khalifah Umar, Panglima Sa’ad bin Abi Waqqash tiba di Madinah. Mereka melaporkan kemenangan yang dicapai tentara muslimin dan menyerahkan kepada khalifah harta rampasan yang diperoleh dalam perang di jalan Allah, sabilillah.

Ternyata harta rampasan itu berupa barang-barang emas, seperti mahkota yang bertatahkan intan dan mutiara, pakaian kebesaran kerajaan yang bersulam benang emas bertabur intan permata, gelang, kalung, anting, dan segala macam perhiasan raja dan pangeran yang sangat mahal, sehingga Khalifah Umar tampak kebingungan. “Alangkah jujurnya orang-orang yang menyerahkan semua ini,” ujar Khalifah sambil membolak-balik harta itu dengan tongkatnya.

Ali bin Abi Thalib, yang mendengar ucapan itu, menimpali, “Itu semua karena Anda bersih, sehingga jamaah Anda juga bersih. Tapi bila Anda curang, mereka akan turut curang.”

Dan entah kenapa, Khalifah kemudian memanggil Suraqah bin Malik. Kepadanya, Khalifah memakaikan busana kebesaran Kisra itu lengkap dari mulai celana, sepatu, pedang, gelang, pakaian kebesaran, dan mahkota, dan Khalifah sendiri kemudian memujinya. Alangkah hebatnya anak Desa Madlaji ini.”

Dengan demikian, terbuktilah ucapan Baginda Nabi kepada Suraqah sepuluh tahun sebelumnya – “Bagaimana jika suatu waktu kamu memakai gelang kebesaran Kisra?”

Khalifah kemudian menengadahkan tangan sambil berdoa, “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari pemberian-Mu ini, agar semua ini tidak mencelakakan aku dan umat ini.” Setelah itu semua harta rampasan itu dibagikan kepada kaum muslimin

Tokoh Maal Hijrah : Mus'ab Bin Umair

“Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya)”

Al Ahzab : 23

Ketika mana jasadnya hendak disemadikan, tiada kain kafan yang mencukupi untuk menutup tubuhnya, ditutup kepala, kakinya akan terdedah, ditutup kaki, kepalanya pula akan terdedah. Akhirnya ditutup kepalanya dan kakinya ditutupi dengan rumput-rumput kering. Itulah pengakhiran kehidupan dunia buat Mus’ab Bin Umair, belia contoh sepanjang zaman. Allah akan menepati janjinya pada mereka yang berkorban untuk agama seperti ini, bagi mereka, syurga yang tertinggi.

Sebelum menerima cahaya kebenaran, Mus’ab bin Umair adalah seorang pemuda tampan yang digilai oleh wanita-wanita di Makkah. Beliau terkenal dengan pakaian dan minyak wangi yang terbaik ketika itu, hinggakan setiap kali dia lalu di satu jalan, setiap mata pasti akan memandang dengan kekaguman manakala haruman minyak wanginya semerbak menyegarkan dan menyenangkan.

Diserikan pula dengan ketampanan wajah dan keturunan yang baik disamping kekayaan keluarganya, setiap wanita pasti akan bermimpi untuk berkahwin dengan Mus’ab.

Rasulullah juga mengiktiraf hal ini dengan sabdanya “Tiada siapa yang lebih tampan di Makkah daripada Mus’ab, tiada yang berpakaian sebaiknya dan hidup sebaiknya”.

Takdir menentukan bahawa Mus’ab menerima Islam ketika mana zaman penuh cabaran di Makkah. Zaman dimana umat Islam diseksa dengan pelbagai seksaan untuk mengeluarkan mereka dari Islam, bahkan ada yang dibunuh seperti keluarga Yassir. Ketika keluarganya mengetahui akan keislamannya, ibu dan bapanya sangat marah dan memaksa Mus’ab untuk keluar dari Islam dengan pelbagai cara. Mus’ab dikurung dalam penjara yang gelap oleh ibu bapanya namun itu sedikitpun tidak menggugat keimanannya.

Mus’ab akhirnya dapat melepaskan diri dari penjara keluarganya, dan beliau turut sama sama semasa penghijrahan pertama ke Habsyah. Setelah kembali semula ke Makkah, segala kilauan dan gemerlapan keduniaan Mus’ab sebelumnya telah lenyap, digantikan dengan gemerlapan dan kilauan iman. Beliau telah menukarkan segala kemewahan hidupnya dengan iman, hidupnya diabadikan untuk Islam semata-mata. Ketika ibunya melihat Mus’ab yang telah berubah sepenuhnya, ibunya dengan penuh simpati mengajak Mus’ab untuk kembali menikmati kehidupannya seperti dahulu dengan syarat dia menukar agamanya. Apabila Mus’ab enggan menurut kemahuan ibunya, ibunya menjadi marah dan mengancam untuk membunuh diri.

Iman Mus’ab sedikitpun tidak terusik bahkan beliau menjawab dengan penuh keteguhan “Ibu, jika ibu mempunyai sepuluh nyawa sekalipun, dan ianya keluar satu persatu, saya akan tetap tidak akan meninggalkan agama ini”

Melihat keteguhan Mus’ab, ibunya berputus asa dan akhirnya tidak mampu untuk berbuat apa-apa lagi untuk memujuk Mus’ab.

Masa berlalu dan Mus’ab semakin matang dan menjadi seorang pemuda yang bijaksana, hatinya penuh dengan keimanan dan ketaqwaan, jiwanya cerah dengan cahaya hasil didikan dari tangan nabi sendiri.

Selepas dari perjanjian Aqabah, Rasulullah menghantar Mus’ab bin Umair untuk menjadi ejen pendakwah di Madinah. Sesuai dengan kesungguhan, kepintaran dan kehebatan peribadi Mus’ab, ramai penduduk Madinah menerima Islam di tangannya. Beliau bekerja keras, hingga tiada suatu pintu pun yang tidak disinggahinya untuk menyampaikan Islam.

Mus’ab adalah pendakwah yang hebat, penuh kesungguhan dan kebijaksanaan, antara kisah yang masyhur dan telah diriwayatkan dalam kitab muktabar seperti Hayatus Sahabah karangan Sheikh Yusuf Al Kandahlawi dan Raheeq Makhtum, karangan Safiyyur Rahman Al Mubarakfuri berkenaan pengembaraan dakwah Mus’ab di Madinah adalah kisah pengislaman Saad Bin Muadz dan Usaid Bin Hudair, dua tokoh pemimpin dan golongan elit Madinah.

Driwayatkan bahawa suatu hari telah keluar bersama As’ad Bin Zurarah ke sebuah perkampungan Bani Zafar. Mereka duduk di tepi perigi Marq dan Mus’ab mengajarkan tentang Islam kepada golongan yang baru memeluk Islam.

Kelibat mereka telah dilihat oleh Saad Bin Muadz dan Usaid Bin Hadhir, lantas Saad mengarahkan Usaid agar menghalau Mus’ab dan halaqahnya dari situ. Saad membentak Usaid dengan berkata :

“Lihatlah dua pemuda itu yang telah memperbodohkan golongan-golongan kita, ayuh kau halaukan mereka dari sini, kalaulah bukan kerana As’ad Bin Zurarah itu anak saudaraku, nescaya aku sendiri yang akan menghalaunya”

Usaid lalu mengambil tombaknya lalu menuju kea rah perkumpulan Mus’ab dan As’ad, sebaik As’ad terlihat kelibat Usaid sedang menuju kearah mereka, As’ad terlihat satu potensi besar dan terus berkata kepada Mus’ab :

“Usaid itu adalah ketua kabilah dan itu dia sedang menuju ke sini, ku harap kau dapat jelaskan tentang kebesaran Allah kepadanya”

Usaid tiba di depan mereka sambil dengan marah membentak keras dan memberi amaran kepada mereka berdua agar segera beredar.

Mus’ab dengan tenang menjawab “Sudikah tuan duduk sebentar dan dengar dahulu apa yang ingin kami sampaikan, sekiranya kau senang dengan kata-kata kami, teruslah mendengarnya dan jika tuan tidak menyukainya, kami akan berhenti dan beredar dari sini”

Usaid lalu berkata “Itu adalah baik dan seadil-adilnya”, lalu Usaid memacakkan tombaknya ke tanah dan memberi perhatian terhadap apa yang ingin disampaikan oleh Mus’ab.

Mus’ab lalu membaca beberapa potong dari ayat Al Quran dan menerangkan tentang Islam kepadanya. Ternyata kalimah kebenaran yang diungkapkan oleh jiwa suci Mus’ab Bin Umair pantas menusuk masuk ke dada Usaid, akhirnya Usaid bertanya

“Alangkah indahnya kalimah yang kau ungkapkan, bagaimana aku hendak memeluk agama ini?”

Mus’ab lalu berkata “Pertamanya, kamu harus bersuci kemudian membersihkan pakaian dan seterusnya mengucap dua kalimah syahadah dan akhirnya hendaklah kau tunaikan solat dua rakaat.

Usaid kemudiannya melaksanakan tuntutan-tuntutan tersebut dan kemudian mencadangkan pula agar mereka mendakwahi Saad Bin Muadz pula, kata Usaid :

“Dibelakangku ada seorang lelaki yang mana jika beliau memeluk Islam, maka tidak seorang pun dari kaumnya yang tidak akan menurutinya”

Usaid kemudian menyusun pertemuan antara Saad dengan Mus’ab dan akhirnya dengan kebijaksanaan dakwah Mus’ab Saad masuk Islam hari itu juga dan seluruh kaumnya juga turut bersamanya memeluk agama kebenaran.

Itulah secebis kisah dari pengembaraan dakwah Mus’ab Bin Umair di Madinah, tiada pintu yang tidak diketuknya, Madinah bercahaya dengan Islam atas usaha dakwahnya.

Berita ini disampaikan kepada Rasulullah dimana Rasulullah ternyata amat gembira dan setelah itulah perintah untuk berhijrah mula dilaksanakan.

Mus’ab Bin Umair juga terlibat secara aktif dan memegang peranan penting dalam aspek pertahanan negara Madinah, beliau telah diberi kepercayaan untuk memegang panji-panji Islam ketika perang Badar dan perang Uhud. Ini membuktikan Mus’ab bukan sahaja pintar malah juga berani dan berkebolehan dalam peperangan.

Kisah keberanian Mus’ab ini terserlah dengan begitu jelas dalam peperangan Uhud, perang di mana taqdir Allah telah menetapkan kesyahidan bagi dirinya.

Bukit Uhud Menjadi Saksi Kepahlawanan Mus'ab

Bukit Uhud Menjadi Saksi Kepahlawanan Mus'ab

Mus’ab bin Umair dalam peperangan Uhud telah menunjukkan kecekalan yang luar biasa. Ketika keadaan menjadi genting dan berkecamuk bagi tentera-tentera Islam, tentera Musyrikin telah mengambil peluang ini untuk memporakperandakan barisan tentera Islam, dan cuba untuk menjatuhkan panji Islam yang dibawa oleh Mus’ab.

Dalam serangan hebat itu, tangan kanannya telah dicantas akan tetapi Mus’ab terus memegang panji itu dengan tangan kirinya pula, serangan demi serangan dilakukan terhadap Mus’ab dan tangan kirinya pula terputus, setelah itu beliau dengan sisa-sisa tenaga yang ada mengepit panji itu di antara dada dan lehernya hingga akhirnya beliau terbunuh syahid dibunuh oleh Ibnu Qami’ah.

Itulah pengakhiran kehidupan Mus’ab bin Umair di dunia ini, beliau tidak mati bahkan hidup disisi tuhannya dengan mendapat rezeki. Namanya harum mekar sepanjang zaman menjadi contoh belia terbaik. Semasa pengebumiannya, tiada kain yang cukup untuk menutup jasadnya, tetapi rohnya terbang tinggi bergembira memperoleh janji yang benar dari tuhannya. Mus’ab Bin Umair telah memilih kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia yang sebentar, masa mudanya dihabiskan untuk dakwah dan perjuangan. Sewajarnyalah kisah Mus’ab Bin Umair ini menjadi inspirasi kepada setiap pemuda Islam hari ini

Sunday, December 20, 2009

PASTI Sasarkan 100,00 Pelajar Menjelang 2011

Batu Cave : Sambutan yang semakin menggalakkan daripada masyarakat kepada pendidikan Islam turut membantu memacu perkembangan PASTI ke arah membina generasi berteraskan Al-Quran dengan sasaran pelajar 100,000 orang menjelang tahun 2011. Demikian tegas Timbalan Pengarah PASTI Malaysia, En Abdul Kader Dewa semasa merasmikan Majlis Penutupan Kursus dan Taklimat Pengurusan Terkini Jabatan PASTI Malaysia di Bilik Seminar PASTI Malaysia. Hampir semua wakil negeri hadir termasuk dari Sabah.
Abdul Kader dan para peserta Kursus sedang berdialog

Setakat ini 64,000 pelajar sedang menuntut di PASTI seluruh Malaysia dan sasaran 100,00 menjelang 2011 akan tercapai. Dalam usaha memastikan sasaran 100,00 pelajar tercapai, pihak PASTI Malaysia telah merangka dan melaksanakan beberapa perancangan dan program yang boleh menambah bilangan pelajar ke PASTI. Antara program yang sedang berjalan dan akan menarik minat ibubapa untuk menghantar anak –anak ke PASTI ialah program Pra Tahfiz PASTI sepertimana yang telah diaplikasikan di PASTI Permata, Gombak. Setakat ini sudah ada pelajar yang Berjaya menghafaz surah-surah pendek seperti surah Al-Waqiah, Yaasin, Sajadah dan sebagainya.

Selain itu, Kelas Kaffah yang akan diadakan pada hujung minggu bagi kesinambungan pelajar lepas PASTI dijangkan akan membantu mencapai sasaran 100,00 pelajar. Kelas Kaffah yang telah dilaksanakan di Sembilan buah PASTI sebagai percubaan telah melibatkan lapan mata pelajaran. Empat matapelajaran akedemik dan empat mata pelajaran agama. Ianya dijangka akan berkembangan pada awal tahun ini.

Program K4T untuk pelajar empat tahun merupakan dimensi baru dalam pendidikan Pra sekolah. K4T yang lengkap dengan buku teks dijangkan menjadi pilihan tunggal ibubapa untuk menghantar anak-anak ke PASTI kerana rendahnya persaingan dengan pusat-pusat pendidikan Pra sekolah lain. Menurut, Abdul Kadir juga, mulai tahun depan peperiksaan K4T tidak lagi melibatkan ujian bertulis dan hanya berfokus kepada ujian personality sesuai dengan tema K4T yang menekankan konsep “belajar sambil bermain dan bermain sambil belajar”.

“PASTI menerima pertambahan pelajar yang amat menggalakkan terutama dari negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat seperti Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Selain itu, ada beberapa orang bekas pemimpin UMNO yang menyertai PAS telah menyatakan janji dan keazaman untuk membuka beberapa buah PASTI dalam kawasan mereka” . Maklum Abdul Kader kepada semua peserta.

Saturday, December 19, 2009

Tokoh Maal Hijrah : Asma' Abu Bakar

Asma binti Abu Bakar, turut dikenali sebagai wanita besi yang berumur panjang. Nama wanita ini pendek sahaja, tetapi, perjalanan hidupnya tidak pendek seperti namanya.
Allah memberinya umur panjang dan kecerdasan berfikir, hingga dia dapat mewarnai perjalanan hidup generasi tabiin (pengikut Rasulullah) dengan perjalanan kehidupan pada zaman Rasulullah.

Asma’, termasuk kelompok wanita yang pertama masuk Islam. Permulaan Asma’ tidak boleh dipisahkan dengan peristiwa hijrah Rasulullah dan ayahnya Abu Bakar.
Dialah yang mengirimkan bekalan makanan dan minuman kepada mereka. Lantaran peristiwa inilah, Asma’ digelar sebagai “dzatun nithaqain” yang membawa maksud wanita yang mempunyai dua ikat pinggang.

Gelaran ini diberikan ketika Asma’ hendak mengikat karung makanan dan tempat minuman yang akan dikirim kepada Rasulullah dan Abu Bakar. Pada waktu itu, Asma’ tidak memiliki tali untuk mengikatnya, maka dia memotong ikat pinggangnya menjadi dua,satu untuk mengikat karung makanan dan satu lagi untuk mengikat tempat air minum.

Ketika Rasulullah mengetahui hal ini, baginda berdoa semoga Allah akan menggantikan ikat piinggang Asma’ dengan dua ikat pinggang yang lebih baik dan indah di syurga.
Asma’ berkahwin dengan Zubir bin Awwam, seorang pemuda dari golongan biasa yang tidak memiliki harta, kecuali seekor kuda. Namun demikian, Asma’ tidak kecewa. Dia tetap setia melayan suaminya. Sekiranya suaminya sibuk menyebarkan tugas daripada Rasulullah, Asma’ tidak segan merawat dan menumbuk biji kurma untuk makanan kuda suaminya. Hasil perkahwinannya, Allah menganugerahi mereka seorang anak yang cerdas yang diberi nama Abdullah bin Zubir. Asma’ memiliki beberapa sifat istimewa. Selain cantik, dia mempunyai sifat yang hampir sama dengan dengan saudaranya Aisyah, cerdas, pantas dan lincah. Sifatnya yang pemurah menjadi teladan kepada ramai orang.

Waktu terus berlalu, anaknya Abdullah bin Zubir diangkat menjadi Khalifah menggantikan Yazid bin Mu’awwiyah yang wafat. Bani Umaiyah tidak rela dengan kepemimpinan Abdullah bin Zubir. Mereka menyiapkan tentera yang besar dalam pimpinan Panglima Hajjaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi untuk menggulingkan Khalifah Abdullah bin Zubir.

Perang di antara dua kekuatan itu tidak dapat dihindari.Lalu, Abdullah bin Zubir turun ke medan perang untuk memimpin pasukannya.

Tetapi, tenteranya belot dan pergi kepada pihak Bani Umaiyah. Akhirnya, dengan jumlah tentera yang sedikit, pasukan Abdullah bin Zubir undur ke Baitul Laham, bersembunyi di bawah Kaabah. Beberapa saat sebelum kekalahannya, Abdullah bin Zubir menemui ibunya.
Ibunya bertanya,”Mengapa engkau datang ke sini, padahal batu besar yang dilontarkan pasukan Hajjaj kepada pasukanmu menggetarkan seluruh kota Makkah?”

“Aku datang hendak meminta nasihat daripada ibu,” jawab Abdullah dengan rasa hormat.
“Mengenai apa?” tanya Asma’ lagi. “Tentera aku banyak yang belot. Mungkin kerana takut kepada Hajjaj atau mungkin juga mereka menginginkan sesuatu yang dijanjikan. Tentera yang ada sekarang nampaknya tidak akan sabar bertahan lebih lama bersama aku.

“Sementara itu, utusan Bani Umaiyah menawarkan kepadaku apa saja yang aku minta berupa kemewahan dunia, asal aku bersedia meletakkan senjata dan bersumpah setia mengangkat Abdul Malik bin Marwan sebagai Khalifah. Bagaimana pendapat ibu?”tanya Abdullah. Asma’ menjawab dengan suara tinggi,”Terserah engkau, wahai Abdullah! Bukankah engkau sendiri yang lebih tahu tentang dirimu.”

“Apabila engkau yakin dalam kebenaran, maka teguhkan hatimu seperti tentera engkau yang gugur. Tetapi apabila engkau menginginkan kemewahan dunia, tentu engkau seorang lelaki yang pengecut. Bererti engkau mencelakakan diri sendiri, menjual murah sebuah kepahlawanan.”
Abdullah bin Zubir, menundukkan kepala di depan ibunya yang kecewa. Ibunya, walaupun tua dan buta, namun Abdullah seorang khalifah dan panglima yang gagah berani tidak sanggup melihat wajah ibunya kerana rasa hormat dan kasih kepadanya.

“Tetapi aku akan terbunuh hari ini, ibu,”kata Abdullah lembut.
“Itu lebih baik bagimu, daripada engkau menyerahkan diri kepada Hajjaj. Akhirnya kepala kamu akan dipijak-pijak oleh Bani Umaiyah dengan memberikan janji mereka yang sukar untuk dipercayai,”kata ibunya tegas.

“Aku tidak takut mati, ibu! Tetapi aku khuatir mereka akan mencincang dan merobek-robek jenazah aku dengan kejam,” ujar Abdullah lagi.

“Tidak ada apa yang perlu ditakuti dengan perbuatan orang hidup terhadap orang mati. Bukankah kambing yang disembelih tidak merasa sakit lagi ketika disiat?” jawab Asma’.
“Yang ibu khuatir kalau engkau mati di jalan yang sesat,” sambung Asma’ lagi. “Percayalah ibu, aku tidak memiliki fikiran sesat untuk melakukan perbuatan keji. Aku tidak akan melanggar hukum Allah. Aku bukan pengecut dan aku lebih mengutamakan keredhaan Allah dan keredhaan ibu,” ucap Abdullah bersemangat.

Nasihat Asma’ memberi semangat kepada Abdullah untuk mempertahankan dan membela kebenaran. Sebelum matahari terbenam, Abdullah mati syahid menemui Allah.

Hijrah Menuju Puncak

Marilah kita merafakkan kesyukuran kepada allah SWT kerana kita masih diberi peluang untuk terus bernafas dibumi anygerahNya ini. Tahun baru datang lagi, umur kita semakin meningkat, kita semakin segar dan bertenaga, kemudahan hidup makin bertambah dan kematian semakin dekat. terlalu dekat...

Biarpun masa semakin singkat, suntuk, kita mesti terus berkejaran..... berlari mengejar masa, mengelak tergelincir ke jurang kehinaan di dunia. Jurang kehinaan di dunia bakal terjun ke dalam bakaran neraka Allah yang menjulang tingginya.

Hijrah menuju puncak secara berlari mengejar masa dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk merubah untung diri, agama, bangsa dan negara. Dalam keadaan kita berlari menuju puncak, kita terpaksa merempuk onak dan duri kehidupan. Biar tercalar betis, luka berdarah kulit-kulit kehidupan..... kita mesti berlari... berhijrah.... usah diam membisu, sedangkan masa berarak pantas.

Apa yang kejar ini adalah hidup mulia dan mati mulia. Mulia kita, biar hadirnya terasa nikmat.Nimatnya bukan sekadar meleleh di dunia fana ini. Nikmatnya hingga terpercik ke syurga Allah. Jalan yang benar, bimbangan nurani dan hati yang telus merupakan resipi kemuliaan hidup sebenar.

Mohon dijauhkan kehidupan yang rosak dan merosakan. Rosak hidup dan mengheret orang lain menuju jurang sama , menjadi seburuk-buruk kehidupan di sini dan di sana.Benarlah madah muda mudi " seandainya anda tidak berupaya menjadi garam yang menahan ikan daripada busuk, janganlah pula menjadi lalat yang merosakkan ikan". Jangan jadi ulat. Giuk.... (bilang orang Sabah) dalam kehidupan.

Asma' Abu Bakar memberi amaran kepada Hajaj Bin Yusuf Al-Saqafi yang menyeksa dan membunuh anaknya Abdullah bin Zubair " Kamu telah merosakan kehidupan dunianya (Abdullah bin Zubair) tetapi dia telah merosakkan akhiratMu".

Ungkapan Asma ini mengingatkan kepada kita supaya tidak menjadi musuh pejuang Islam kerana bakal membawa ke neraka sedangkan akhirat adalah tempat tinggal yang abadi.

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah

Friday, December 18, 2009

Selamat Pengantin Baru Bunyamin

Syukur dan tahniah kepada Al-Akh Bunyamin Bakri kerana telah diijabkabulkan dengan pasangan impiannya Suhaida pada pagi Jumaat 18 Disember bersamaan 1 Muharam 1431H. Beliau diijabkabulkan di Masjid Daerah Pasir Mas, Kubang Bemban, Kelantan pada jam 10.00 pagi.


Kita doakan semoga Bunyamin bahagian dengan pasangan pilihannya dan meningkatkan sumbangan beliau kepada gerak kerja Islam dan memarakkan perjalan dakwah di Sabah. Bunyamin yang juga seorang guru di Sekolah Swasta As-Salam merupakan tenaga penting dalam mengerakkan PASTI di Sandakan.


Selamat Pengantin Baru dan Selamat meneruskan perjuangan. Semoga Anak dan isteri bukan menjadi halangan kepada perjuangan tetapi menjadi pemangkin kecekalan dalam menempuh badai kehidupan. Bersama kita memperkukuhkan ukhwah, memperkasakan ummah.

Wednesday, December 16, 2009

PASTI Malaysia: 25 Tahun Memimpin Perubahan

Matlamat yang jelas, Pengurusan yang kemas dan pendokong yang ikhlas menjadi ramuan yang mujarab dalam merencana PASTI memimpin perubahan setelah 25 tahun PASTI berakar umbi di Malaysia. Pelajar PASTI sudah melebar diserata tanahair dan berupaya memimpin perubahan paradigma masyarakat dalam menjadi Islam sebagai satu cara hidup.

“PASTI Malaysia yang telah mempunyai bangunan sendiri sejak dua tahun lalu telah melakukan beberapa anjakan dalam mengangkat martabat Pendidikan Islam. Selain berfungsi sebagai pusat pentadbiran PASTI, bangunan empat tingkat yang mempunyai asrama ini turut mengadakan kelas pengajian AlQuran sebagai model kepada PASTI-PASTI lain selain matlamat utamanya mengharapkan keberkatan Allah pada bangunan yang dibeli dengan sumbangan dan usaha gigih pejuang-pejuang Islam”. Jelas Abdul Kader Dewa, Timbalan Pengarah PASTI Malaysia yang ditemui di Bangunan PASTI Malaysia.

Abdul Kadir yang membentangkan kertas kerja “25 Tahun PASTI memimpin Perubahan” kepada 30 wakil-wakil PASTI seluruh Malaysia turut menyakini sekiranya pengurusan yang sistematik diperingkat cawangan hingga ke pusat dapat dilaksanakan sepertimana yang dirancang, PASTI pasti akan menjadi pusat pendidikan Ulung di Malaysia.
Kurikulum PASTI yang selalu bergerak mengikut keperluan semasa bakal melonjakkan PASTI dan memimpin perubahan pendidikan. PASTI juga tetap berkeyakinan bersaing dengan Pra Sekolah yang dilaksanakan oleh Pihak Kementerian Pelajaran sekalipun pihak Kementerian mempunyai banyak kelebihan terutama latihan guru, facilities, dana dan sebaran. Keimanan, keikhlasan,kekayaan budi dan acuan Al-Quran adalah senjata ampuh PASTI untuk tersu bersaing dengan tadika-tadika lain.

Selain itu, pihak pengurusan PASTI telah menganjurkan program-program diperingkat kebangsaan seperti Ijtimak dan Hari Guru Peringkat Kebangsaan( Terengganu),Sukan Kebangsaan PASTI (Pulau Pinang), Intifal Kebangsaan dan beberapa program lain yang bersifat kebangsaan.

Tahun depan juga, pelajar PASTI akan bertukar wajah bila PASTI akan menggunakan pakaian baru PASTI. Kuatkuasa pakaian seluruh Malaysia akan bermula 2011. Pakaian baru ini menandakan anjakan baru kepada kemajuan PASTI menuju perubahan yang dicitakan.

Thursday, December 3, 2009

Bergambar Bogel: Nasihat Syaitan!

RIHANNA nampaknya mempunyai 'nasihat' yang seksi untuk golongan wanita. Penyanyi itu berkata, semua wanita seharusnya mempunyai gambar bogel masing-masing
"Semua wanita perlu ambil gambar bogel. Dalam tempoh lima tahun, badan saya mungkin tidak akan kelihatan seperti ini lagi," kata Rihanna seperti yang dilaporkan di dalam sebuah laman web.

Penyanyi berusia 21 tahun itu juga mendedahkan bagaimana dirinya mempunyai keyakinan untuk berbuat demikian.

"Bila gambar bogel yang saya hantar kepada teman lelaki saya telah 'bocor' dan tersebar tahun ini, saya amat risau dan malu jika ibu saya melihatnya.
"Tetapi dia memberikan reaksi yang berbeza. Dia menghantar mesej kepada saya dengan berkata, 'kamu sudah dewasa'. Katanya, saya adalah seorang wanita sekarang dan perlu menguruskan perkara seperti orang dewasa", kata Rihanna

Beginilah pemikiran yang sesat dan menyesatkan yang diperbesarkan media. Apa pentingnya berita ini yang tidak patut dilayan. Islam atau bukan Islam yang bermaruah tidak akan melakukan perbuatan terkutuk ini. Rihanna sendiri pun sudah tersasar dan dimalukan mengajak orang lain untuk terjun bersama-samanya. Inilah dasar syaitan

Tuesday, December 1, 2009

Mahar Mertuaku

Tengkujuh yang melanda Pantai Timur bagaikan rahmat kepada yang sering mengunjungi anak muda yang bakal menamatkan zaman bujang mereka. Janji dan ikatan setia sering dipaterikan antara Uda dan dara pada musim begini. Suasana sejuk disulami gerimis yang kadang kala membawa banjir terus menyaksikan penyatuan antara anak Adam yang menjanjikan bertambah biak manusia. Semuanya bagi menyahut tugasan yang ditaklifkan dijiwa insan untuk memakmurkan muka bumi. Perkahwinan demi perkahwinan, kenduri demi kenduri terus berlangsung tanpa mempedulikan cuaca yang menimpa... demikianlah hebat dan nikmatnya sebuah perkahwinan.

Tidak dapat dinafikan mahar atau maskahwin merupakan perkara pokok dalam membincang atau mengatur sesebuah perkahwinan. Perbahasan terus berlaku dikalangan anggota masyarakat tentang nilai maskahwin. kalangan masyarakat berbangga dengan maskahwin yang tinggi kerana melambangkan maruah dan kedudukan keluarga di tempat yang tinggi. Majlis diserikan dengan pelbagai acara dan hidangan yang membanggakann keluarga. Sanak saudara jauh dan dekat dikerah bersama. Urusan menjemput (ma'doh) bagaikan suatu kebanggaan untuk keluarga. Ke hulu ke hilir membawa hajat. Bukan sokmo kenduri kendara, sekali sekala biar keno semua sanak keluarga, sahabat handai, rakan taulan. Sibuknya berbulan, maklumlah makan besar.......

bersambung.................................

Tuesday, November 24, 2009

Yuran PASTI Itu Sadaqah Jariah

Melentur buluh biar dari rebunnya, itulah pepatah yang paling layak untuk ibubapa yang mengharapkan anak-anak mereka menjadi anak yang soleh, anak yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Semestinya, pendidikan yang berteraskan aqidah merupakan acuan yang terbaik bagi mencapai hasrat tersebut. Pendidikan PASTI yang meletakan Aqidah sebagai teras pengajaran dan pembelajaran patut menjadi pilihan utama bagi ibubapa.

PASTI ditubuhkan dengan matlamat melahirkan insan yang faham matlamat hidup dan telah terbukti pelajar PASTI mampu dijadikan contoh oleh pelajar -pelajar lain. Ibubapa yang menghantar anak-anak mereka ke PASTI sebenarnya telah melakukan sadaqah jariah melalui sumbangan yuran PASTI. Ini kerana dengan sumbangan itu menyebabkan pendidikan Islam dapat diadakan dan amalan doa serta amal Islami pelajar PASTI dapat memberkati sesebuah keluarga.Demikian tegas Hj Hamzah Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah di Sandakan.

Ibubapa sepatutnya menjauhi pendidikan yang mengajar menyanyi, menari dan mengutamakan hiburan kerana pendidikan seumpama ini bakal melahirkan benih-benih gejala sosial yang merosakan masa depan negara. PASTI bercadang meluaskan sesi pengajian hingga ke peringkat sekolah Rendah dan sekolah Menengah bagi memastikan kesinambungan Pendidikan Islam. Hasrat ini akan lebih cepat tercapai sekiranya PAS dan Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah negara. Tambah Hj Hamzah lagi.

Sekalipun PASTI berjalan dalam keadaan serba kekurangan dan kekangan, namun PASTI telah membuktikan keupayaan dalam pengurusan tanpa penyelewengan dan bukan bermatlamat perniagaan. Mereka yang berkhidmat dengan PASTI secara sukarela dan melakukan dengan mengorbankan kudrat, wang ringgit dan masa demi mencapai hasrat untuk melahirkan qenerasi Al-Quran yang bakal memimpin ummah.

Sunday, November 22, 2009

Al-Quran dan Kematian


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir
, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,

"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari Nabi atau Malaikat

Saturday, November 21, 2009

Ust Al-Yamin: Hilang Sukar Dicari Ganti

Pejuang agama hanya pinjaman Allah kepada ummah. Allah akan menariknya bila masa dia kehendaki. Begitulah nasib yang menimpa masyarakat Kinabatangan. Ust Al-Yamin Abdul Rahman, 51, seorang pendakwah yang gigih, bermotivasi dan hikmah dalam menjalankan dakwah telah menghembuskan nafas yang terakhir di hospital Kinabatangan setelah mengadu sakit dada.

Ust Al-Yamin, bekas Pembantu Tadbir Agama Kinabatangan (PTA) yang ditukarkan ke Tongod dan Sandakan telah meninggal dunia jam 9.00 malam, 19 NOV 2009 kerana disyaki komplikasi jantung (semasa berita ini ditulis, penulis belum mendapat punca sebenar kematian Allayarham). Pada siangnya, Allahyarham masih dapat menjalankan tugas di Sandakan seperti biasa. Allahyarham meninggalkan lapan orang anak dan seorang isteri.

Kehilangan Ust Al-Yamin amat dirasakan oleh pencinta-pencinta dan pengerak dakwah kerana sumbangan besar beliau dalam perkembangan dakwah Kinabatangan khususnya. Beliau aktif dalam ceramah dan mengatur program keagamaan melalui Usrah, kursus dan sebagainya. Allahyarham juga mengepalai kumpulan Usrah Kg Nusa Jaya. Turut hadir mengiringi jenazah beliau, Ust Mohd Zaidi Mustafa , pengerusi Guru Agama Kinabatangan dan Ust Ahmad Syufaie Wagiran, pengawai ceramah JHEAINS bahagian Sandakan yang turut mengimami solat jenazah.

Allahyarham juga seorang mualaf telah berjaya mengIslamkan ramai suku kaum Sungai dan melatih mereka ini menjadi pendakwah. Ramai kakitangan JHEAINS dan imam Kinabatangan sekarang ini dikalangan hasil didikan beliau. Muridnya bertebaran dimana-mana. Semoga apa yang diusahakan selama ini dikira Allah sebagai sadakah jariah yang mengiringi roh beliau.Pastinya, kehilangan beliau merupakan kehilangan yang amat besar terhadap pejuang dan pengerak dakwah dan masyarakat. Patah tumbuh hilang berganti tetapi pasti, ia sukar disaingi penganti. Semoga rohnya tenang di alam abadi.

Buat keluarga Allahyarham,
Semoga bersabar menghadapi ujian ini,tabah mendaki hari-hari berbaki. Munafaat segala ilmu dan bekal yang beliau cucuri, semoga nanti, ada anak beliau yang menjejaki tanggungjawab sebagai dai’e.

Buat para pembaca,
Bersama kita sadaqahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham setaip kali membaca tulisan ini.

Friday, November 20, 2009

Kota Siputeh Bakal Di Hitamkan??

Tindakan Bekas ADUN Kota Siputeh dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membuat rayuan ke mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar amat membimbangkan akan menambah parah penghormatan rakyat dan dunia terhadap institusi kehakiman Malaysia. Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar telah mengesahkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong berikutan ADUNnya, Abu Hasan Sharif hilang kelayakan sebagai ADUN setelah gagal hadir ke ersidangan DUN dua kali bertutur-turut tanpa memaklumkan dan kebenaran speaker.

Memperdebatkan perkara berkaitan keputusan speaker DUN dan Parlimen di mahkamah adalah tindakan yang mencabul demokrasi berparlimen ala westen Master dan boleh menggugat kepercayaan awam terhadap mahkamah. Ini kerana mahkamah sebagai badan kehakiman tidak boleh mencampuri urusan badan eksekutif, begitulah sebaliknya. Kedua badan ini dalam kuasa berbeza. Demikian ditegaskan oleh Ahli MPT KeADILan juga bekas Ketua Perhubungan KeADILan Sabah, Tuan Hj Ansori Abdullah yang telah 30 tahun lebih terlibat sebagai pengamal undang-undang.

Menurut Hj Ansori, apabila badan eksekutif seperti DUN atau Parlimen membuat keputusan, maka SPR kena akur dan hormati keputusan yang telah dibuat oleh Speaker Dewan yang melaksana kuasa di bawah arahan tetap standing order. Beliau kecewa bilamana melihat Speaker DUN Perak dan Kedah terpaksa turun naik mahkamah untuk mempertahankan keputusan mereka. Sepatutnya perkara ini tidak akan berlaku sekiranya semua pihak terutama SPR menghormati bidang kuasa masing-masing.

Namun demikian, beliau menganggap keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar tepat kerana mengembalikan kuasa pemutus kepada speaker DUN dan mengikut undang-undang sedia ada. Hj Ansori juga menyokong penuh kenyataan YAM Tengku Razaleigh Hamzah berhubung tindakan-tindakan yang mencemar institusi kehakiman.

Institusi kehakiman kita terus merudum semenjak pemecatan Tun Salleh Abas pada tahun 1988 dan telah mendapat teguran pedas Bapa kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra yang menyatakan tahun 1988 merupakan tahun terburuk dalam institusi kehakiman semenjak merdeka. Keputusan-keputusan mutakhir ini juga menunjukan bagaikan ada campurtangan
dalam membuat keputusan. Kes Video Linggam, Menteri Besar Perak, ADUN katak Perak dan Persiangan memperlihatkan keputusan akan menyebelahi BN sekiranya kes dibawa ke mahkamah Rayuan. Tidak mustahil kes Kota Siputeh akan menjadi seperti kes Persiangan dan akan menambah hitamkan lagi institusi kehakiman.

Sunday, November 15, 2009

Bai'ah Talak Tiga, Isu Murahan

Tindakan media massa pro UBN memainkan isu bai'ah talak 3 yang kononnya dijalankan oleh pimpinan PAS bagi menyekat wakil Rakyat PAS melompat parti disifatkan sebagai isu murahan dan tindakan terdesak pimpinan UBN setelah melihat istiqamahnya ADUN dan MP PAS dalam memperjuangkan hasrat parti. Telah terbukti, UBN gagal mempengaruhi dan membeli ADUN dan MP PAS sekalipun dengan habuan jutaan ringgit. Demikian tegas, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah semasa merasmikan Konvokesyen PASTI ke 20 Zon Sandakan.

Hj Hamzah juga menyifatkan isu Bai'ah ini sebagai usaha fitnah mereka yang tidak suka kepada perjuangan Islam dan Islam tegak di muka bumi ini. Banyak persoalan pokok Islam dibiarkan dan diperlekehkan oleh pemimpin UMNO tetapi sibuk menimbulkan isu-isu yang syubhat dan mengelirukan masyarakat. Beliau hairan bagaimana manusia boleh patuh kepada hukum solat, haji dan sebagainya akan tetapi menolak undang-undang Allah yang hendak ditegakkan oleh perjuangan Islam. "Tindakan manusia menolak hukum Allah seperti hudud dan pemerintahan Islam seolah-olah manusia beranggapan Allah tidak faham akan keperluan hakiki manusia. Bukankah fahaman ini boleh merosakan aqidah seorang muslim?" Soal beliau.

Beliau mengakui, perjuangan menegakkan agama Allah pasti terpaksa merintis jalan kepayahan. Kalaulah Rasulullah yang terkenal dengan "Al-Amin"nya ditolak dakwahnya oleh bapa saudara dan keluarganya. Apalah sangat kita yang tidak sempurna ini. Lagikan Rasullullah pernah disihir, dituduh gila, sukakan perempuan dan segala macam tohmahan yang tidak masuk akal. Kita pejuang biasa yang rendah iman dan serba kekurangan mesti tabah melalui rintangan dan halangan dalam perjuangan menegakkan syiar Islam.

2009 Tahun Gemilang PASTI Sandakan

SANDAKAN ; Setelah 20 tahun PASTI bertapak di bumi Sandakan, Tahun 2009 merupakan tahun yang gemilang bagi PASTI Zon Sandakan. Ulang tahun ke 20 PASTI Zon Sandakan disambut dengan pertambahan empat buah PASTI baru. Pertambahan ini merupakan pertambahan yang paling banyak semenjak PASTI mula beroperasi di Sandakan pada tahun 1989. PASTI Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang menjadi PASTI tapak pemula beroperasi di Bangunan Cosy, Jalan Chi Hwa, Batu 1 1/2 , Sandakan. Sepuluh tahun kemudian, iaitu 1999 berdirinya PASTI Umar Al-Khatab di Taman Indah Jaya.


PASTI Sandakan terus berkembang pada tahun 2000, 2002,2003 dan 2005. Pada tahun 2008, dua buah PASTI mula beroperasi dan tahun 2009 empat buah PASTI tumbuh. Empat buah PASTI tersebut ialah PASTI Zaid Bin Harithah di Kg Lupak Meluas, Batu Sapi, PASTI Bilal Bin Rabah di Karamunting, PASTI Abdul Rahman bin Auf di Taman Kenari dan PASTI Darul Hikmah di Kg Sentosa Jaya, Kinabatangan. Dalam tempoh 20 tahun PASTI Sandakan beroperasi, sudah wujud 12 buah PASTI yang menabur bakti dan mendidik kanak-kanak Pra sekolah. Tema "membina Generasi Al-Quran" cukup sinonim dengan perjuangan Dewan Pemuda PAS melalui wadahnya PASTI untuk berdakwah bermula daripada rebun. Rebun inilah diharapkan akan menyemarakan perjuangan Islam dan amal Islami di kalangan marsyarakat Sabah. Demikian tegas Izhar Hamka, Pengerusi PASTI Zon Sandakan.


Izhar yang ditemui di Majlis Konvokesyen PASTI Kali ke 20 di SM Yu Yuan disini melahirkan keyakinan PASTI akan terus berkembang sekalipun terpaksa bersaing sengit dengan Pra Sekolah dan Kemas yang percuma. Permintaan masyarakat kepada pendidikan agama semakin tinggi kerana masyarakat semakin sedar bahawa pendidikan Islam sahajalah yang dapat menyelamat anak mereka daripada anasir-ansir buruk yang disebarkan oleh media-media dan juga individu yang berkrisis minda. Ibubapa bersedia mengorbankan wang ringgit demi pendidikan Islam anak-anak mereka.


Konvokesyen ke 20 PASTI Sandakan yang dipimpin Haris Bahar melibatkan 184 orang pelajar PASTI dari kawasan Sandakan, Kinabatangan, Libaran dan Batu Sapi. Tuan Hj Hamzah Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah telah merasmikan dan menyampaikan sijil Konvokesyen kepada para graduan PASTI.

Friday, November 13, 2009

Rumah Pelajar PASTI Dijilat Api

KINABATANGAN: Hasrat Siti Nurhanifah Abdul Rahman, 6 Tahun untuk meraikan Konvokasyen PASTI dengan suasana ceria terencat bila rumahnya hangus dijilat api pada 08 November, jam 2.00 pagi di sini.Siti Nurhanifah , anak kepada Abdul Rahman Hj Salleh merupakan pelajar Tahap II, PASTI Darul Ulum, Kinabatangan bakal menerima sijil Konvokasyen pada 15 November di Dewan SMK Yu Yuan, Sandakan.

Kebakaran yang hampir mengubah hidup keluarga adik Siti Nurhanifah berlaku ketika mereka berada di Kota Kinabalu tidak dapat diselamatkan oleh jiran-jiran. Hanya tinggal rangka tangga rumah dan selainnya musnah dijilat api. Menurut Abdul Rahman, anggaran kerugian berjumlah RM500,000. Dua lori tiga tan dan satu tan setengah yang digunakan untuk mencari rezeki turut hangus beserta 3 mesin penebang.Selain itu, 1000 anak benih sawit disekeliling rumahnya turut hangus dan mati.

Abdul Rahman yang agak terkejut dengan apa yang berlaku, menganggap kejadian ini adalah ujian Allah kepada diri dan keluarganya.Beliau yang turut dicalonkan untuk menerima anugerah Ibubapa Prihatin PASTI Kinabatangan 2009, reda dengan ketentuan Ilahi dan akan terus berusaha.

Pihak pengurusan PASTI Kawasan Kinabatangan yang dipimpin oleh Ust Naim Noh telah menziarahi keluarga Adik Siti Nurhanifah dan menyampaikan sumbangan PASTI kawasan Kinabatangan. Pihak PASTI juga difahamkan setakat ini, keluarga Siti Nurhanifah belum menerima apa-apa sumbangan daripada mana-mana pihak sekalipun rumah beliau berada dalam pekan Kinabatangan.Buat setakat ini, adik Siti Nurhanifah sekeluarga menumpang di rumah datuknya yang tinggal disebelah rumahnya yang terbakar.Tahun depan adik Siti Nurhanifah yang mempunyai 5 orang adik beradik akan menyambung pelajarannya di sekolah rendah.Semestinya, beliau dan keluarga akan melalui saat-saat sukar di awal musibah sebegini.

Sehubungan dengan itu, bagi meringankan bebanan keluarga adik Siti Nurhanifah, pihak Kebajikan dan Prihatin Masyarakat, Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah memohon jasa baik semua pihak untuk menyumbang sebarang sumbangan untuk meringankan keluarga Adik Siti Nurhanifah. Sumbangan boleh disampaikan melalui akan Maybank Ust Zaidi Mustafa 114348082551[Sila SMS ke 019-5850151 setelah memasukkan sumbangan] atau terus kepada Abdul Rahman Hj Salleh. Harapan kita dengan sumbangan yang tuan puan berikan dapat `membantu meringan bebanan dan meneruskan pengajian adik Siti Nurhanifah.

Rombongan PASTI Kawasan KinabatanganLori Sumber rezeki turut hangusSedikit sumbangan PASTI tanda kebersamaan

Tangga tanpa rumah
Semoga Abdul Rahman kuat menerima ujian ini

Empat punca hidup manusia tidak tenteram

SEKUMPULAN bekas pelajar sebuah universiti berkumpul menziarahi bekas pensyarah mereka.. Pensyarah itu amat gembira menerima kedatangan bekas pelajar yang berjaya dalam jurusan dan kehidupan masing-masing. Mereka bertanya khabar dengan penuh mesra dan terus terang. Perbincangan berlanjutan sehingga menyangkut kepada permasalahan berbentuk peribadi. Ada yang mengeluh, mengadu dan meluahkan perasaan yang tertekan dengan pelbagai permasalahan, tekanan hidup berkeluarga, dengan rakan di tempat kerja serta masyarakat sekeliling.


Pensyarah itu hanya tersenyum dan terus menuju ke dapur untuk mengambil cawan pelbagai bentuk dan warna. Ada yang dibuat daripada tembikar, kaca dan plastik. Ada yang cantik, penuh hiasan, kelihatan mahal dan ada yang biasa saja dan murah. Pensyarah itu menjemput semua bekas anak murid itu minum menggunakan cawan pilihan mereka.

Apabila semua bekas pelajar itu mengambil cawan yang terisi air, dia pun berkata: "
Jika kamu perhatikan, semua cawan yang cantik dan mahal itu diambil, yang tinggal hanya cawan yang biasa-biasa dan murah! "Begitulah lumrahnya kita hanya akan memilih yang terbaik (menurut pandangan luaran), sebenarnya itulah punca masalah dan tekanan hidup yang kita semua hadapi!"

Apa yang kita perlukan sebenarnya adalah
air, bukan cawan itu, tetapi kita secara tidak sedar memilih cawan yang cantik saja! Demikianlah kehidupan ini ibarat air. Kerjaya, wang ringgit dan kedudukan dalam masyarakat semuanya umpama cawan yang beraneka warna itu. Semua itu adalah alat atau pemudah cara untuk meneruskan hidup tetapi kualiti hidup tidak berubah. Jika kita hanya menumpukan perhatian kepada cawan, kita tidak ada masa untuk menghargai, merasakan dan menikmati air itu!

Apa yang pensyarah itu katakan bertepatan dengan apa yang al- Quran bentangkan mengenai jiwa manusia yang selalu berkeluh kesah dan tidak pernah rasa cukup. Pelbagai permasalahan kita berpunca daripada empat perkara:


#
Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain.. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan 'keseronokan' atau terasa nikmat dengan pemberian itu.

#
Kita terlalu banyak 'komplen' dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.

#
Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.

#
Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah 'kematian' itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.

Oleh itu, dari sekarang kita hentikan perangai suka komplen, komen dan berkeluh kesah. Kita hargailah kehidupan ini. Kita jalani kehidupan sebagai khalifah Allah, melakukan yang makruf, melarang perkara yang mungkar. Kita syukuri nikmat yang ada dan panjangkan nikmat ini kepada orang lain dengan memberikan khidmat menolong dan memudahkan kehidupan orang lain.

Pernah suatu ketika Saidina Ali ditanya oleh seorang lelaki: "Jika diberikan pilihan, mana satukah yang kamu pilih?, kehidupan di dunia atau mati? Ja wapan baginda memeranjatkan lelaki itu: "
Saya akan pilih kehidupan di dunia, melalui perjuangan dalam kehidupan ini, saya mendapat bekalan untuk mencapai keredaan Allah di akhirat kelak."

Moga seluruh perjalanan hidup kita diredhai dan dirahmati oleh Allah.
Apa guna hidup seorang hamba tanpa keredhaan penciptaNYA.

Panduan Poligami

Hiduplah di alam realiti yang mampu merealisasikan kesyumulan Islam dan keadilan Islam yang meletakkan tanggungjawab menjaga agama adalah terpikul dibahu mukalaf. Menjaga agama ini termasuk dalam dharurah khamsah yang wajib dijaga. Tugas menjaga agama tidak semestinya dengan berjuang di medan perang dan mengorbankan harta untuk menegakkan kalimah Allah. Dalam keadaan negara yang aman damai ini semestinya cara menegak syiar Islam adalah berbeza dengan negara yang kucar kacir yang terpaksa mengangkat senjata.

Warga Palestin yang dihimpit dengan peperangan dan kebuluran juga telah mengambil pendekatan jihad yang cukup bijak demi menjaga maruah diri, agama dan negara mereka. Pendekatan ini ialah dengan cara meramaikan anak-anak mereka sebagai persediaan untuk menjadi pejuang. Salah satu cara untuk meramaikan anak termasuklah dengan cara berpoligami. Sekalipun cadangan ini dipandang sinis oleh wanita tetapi itulah hakikatnya. Pejuang dan mereka yang faham tentang pentingnya perjuangan dan benih-benih pejuang bagi kesinambungan perjuangan tidak dapat menolak perkara ini.

Kenapa dibiarkan 2000 gadis melayu terjebak dengan skandal bersama" Pak Hitam'? Kenapa sanggup mengorbankan diri sehingga dipenjara dipenjara-penjara dunia kerana menurut kasih kepada lelaki asing? Berapa ramai lelaki yang jahat dan fasik membenih dan membiakkan umat manusia secara haram dan terlarang? Lelaki hidung belang berhati jalang meragut keperibadian insan dengan tanggungjawab songsang.

Mengapa para ugamawan dan ilmuan berdiam diri? Syurga Allah bukan untuk dihuni seorang diri. Tidak cukup alasan takut berdosa atau kasihankan isteri. Kita mesti melihat kepada prioriti. Antara kepentingan umat atau diri. Salahkan menebuk dinding atau menendang pintu yang terkunci demi menyelamatkan seisi keluarga yang terkepung? Atau awal-awal membuka pintu atau membuka jendela bagi memudahkan keluar masuk udara nyaman. Ugamawan dan ilmuan patut ke depan dan memulakan langkah ini, menghakis persepsi buruk yang telah yang telah dipatri musuh Islam. Lainlah kalau kita beranggapan tidak berdosa membiarkan umat lemas dalam kemaksiatan. Membiarkan bukan ahlinya mengambil tanggungjawab menyebabkan kekalutan dan persepsi buruk itu menjelma kebenarannya.

Sanggupkah kita melihat generasi kita yang akan datang, tumbuh sebagai generasi yang sudah hilang jati diri, membuang pedoman agama, menerus kebejatan dan kesengsaraan akhlak dan moral? Kerja ugamawan dan ilmuan bukan hanya memulih masyarakat yang sudah rosak tetapi memelihara masyarakat daripada rosak. Poligami salah satu jalannya. Tepuk dada tanya iman kerana tanya nafsu akan bawa pada celaka.

Sebagai panduan.


Tulisan ini tiada kena mengena dengan penulis. Ia hanya lontar minda untuk direnung bersama. Takbir!!!!!!!!

Tuesday, November 10, 2009

Cubaan kaitkan Keganasan Penyokong dengan PAS

Biarpun perlawanan akhir bolasepak Piala Malaysia yang menemukan Kelantan dengan Negeri Sembilan sudah berakhir, bisanya masih terasa dan kudisnya dikoyak rabak supaya darah dan lendir keganasan itu terpercik atau meleleh di muka pimpinan Kelantan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, kerugian yang paling besar akibat keganasan penyokong Kelantan. "Kerusi sahaja 224 buah rosak, ada yang terbakar, rosak terus dan 'tumbang', nilai satu kerusi ialah RM500 dan untuk kerusi sahaja nilainya sebanyak RM112,000."Pintu pagar untuk orang kurang upaya (OKU) rosak, pagar merah dan kuning juga rosak, tandas dalam stadium dan tempat letak kereta juga rosak dan jumlah kerosakan pada malam itu sahaja bernilai RM214,000,"

Kalau benar begini, ganas betul penyokong Kelantan. Apa sudah hilang akal ke orang Kelantan kerana bolasepak? Kemaruk kemenangan sangat ke? Jahat sangat ke orang Kelantan? Pada mulanya, penulis seakan menerima keganasan penyokong yang digambarkan media walaupun dilubuk hati tidak mempercayai kerosakan sebegitu besar angkara penyokong Kelantan.

Cuma bila membaca kenyataan Ahmad Shabery, penulis mula yakin. Yakin ada cubaan untuk mencemarkan dan mensabotaj Kelantan. Beliau, tidak menolak kemungkinan kelakuan ganas pada malam itu mungkin disebabkan kerana ada penyokong yang mencampuradukkan politik dan sukan. "Saya lihat penyokong banyak bawa lambang parti politik. Saya rasa pelik kerana ini merupakan sukan yang melibatkan orang ramai dengan semangat kesukanan yang salah satu cirinya ialah menghormati lawan. "Tetapi apabila dikaitkan lambang kelab dengan lambang politik tertentu, itu mungkin sebabkan keghairahan dan kegilaan mereka untuk berbuat demikian seolah-olah kalau menang (perlawanan), menang parti itu," katanya.

Persoalannya, Apa kaitan lambang politik dengan rosakan stadium? Atau menteri menuduh mereka yang membawa bendera itu yang membakar kerusi dan rosakkan stadium? Apakah dengan adanya sentimen politik mereka hilang kawalan dan menjadi penjahat yang merosakkan harta awam? Kita sekian maklum, mereka yang mempunyai kesedaran politik ialah mereka yang bertanggungjawab, apa parti sekalipun. Ini kerana penglibatan dalam politik adalah atas dasar tanggungjawab membela agama,bangsa dan negara. Kenapa penyokong politik pula dipersalahkan. Atau hanya kerana Kelantan di perintah PAS, penjahatnya dari PAS?

Bolasepak Kelantan disokong dan didokong oleh PAS dan UMNO. Sekalipun pimpinan KAFA dikemudi UMNO tetapi Kerajaan PAS Kelantan memberi sokongan penuh. Hampir kesemua exco Kelantan termasuk Timbalan Menteri Besar hadir ke Stadium. Pimpinan Teringgi UMNO Kelantan juga hadir. Datuk Mustapa dan Awang Adek siap berposing di sebelah Tengku Mahkota Kelantan lagi. Usah pukul anak sindir menantu. Nanti anak derhaka, menantu kahwin lagi.

Persoalan kedua, Dimana kawalan keselamatan oleh pihak keselamatan? Kalau ceramah politik Pakatan Rakyat, polis beribu. Stadium yang mana penyokongnya telah mencatat sejarah keganasan (konon) yang memenuhi hampir keseluruhan stadium, kenapa tidak dikawal rapi? Adakah pihak keselamatan yakin dengan keselamatan yang sedia ada? Sikap liar penyokong dan sikap bias pemimpin tidak akan menguntungkan mutu bolasepak kita. Sikap profesional pengurusan dan peminat bolasepak semestinya digabungjalinkan demi membangunkan bola sepak tanah air.

Saturday, November 7, 2009

Bai'ah Talak isteri bertentangan Dengan Islam?

Kaedah Fiqh yang mendahului hak umat atau jemaah dari hak individu telah dipertegaskan oleh Imam Ghazali dan orang selainnya mengharuskan menyerang orang-orang Islam jika mereka dijadikan perisai oleh musuh dengan syarat-syarat tertentu, walaupun sudah merupakan satu ketetapan bahawa memelihara darah seorang muslim adalah wajib. Tidak dibenarkan menumpah darah orang Islam tanpa hak. Lalu, bagaimana Al-Ghazali mengharuskan memerangi orang-Orang Islam yang menjadi perisai musuh yang kafir?

Sesungguhnya Al-Ghazali dan orang yang sependapat dengannya berani mengharuskan yang demikian adalah untuk memelihara umat dari kebinasaan. Seorang individu boleh diganti, tetapi suatu umat tidak ada tukar ganti.

Syarak mengutamakan jemaah dari individu. Menjaga umat Islam lebih utama dari menjaga seorang muslim. Ini adalah maksud syarak yang sudah muktamad.Al-Ghazali memberi dalil:
" Tentu kita tahu bahawa jika bertemu dua keburukan (mudarat) maka syarak menyuruh supaya menolak mudarat yang lebih besar".

Isu Bai'ah Talak isteri telah dipolitik dan ditafsirkan secara salah. Allah telah menjelaskan tentang perkara yang halal tetapi dibenci oleh Allah ialah talak. Hadis Abu Daud dan Ibnu Majah menyebut:

Ini bermakna talak bukanlah haram secara qati'. Akan tetapi mengkhianati jemaah Islam seum pama lari dari medan perang. Ia adalah dosa besar. Ianya akan memberi implikasi yang besar kepada ummah. Ummah lebih besar daripada keluarga. Ummah perlu didahulukan berbanding dengan keluarga. Tercerai itu hanya ikatan suami isteri yang tidak semestinya rosak segala institusi rumahtangga itu kecuali bagi mereka yang tidak beriman dan berpedomankan cara hidup Islam.

Jemaah mesti diberi keutamaan sebagaimana ditegaskan oleh Rasulullah melalui Riwayat Ahmad menyebut :
قال النبي -صلى الله عليه وسلم- : ((الجماعة رحمة والفرقة عذاب))
"Jemaah itu adalah rahmat dan perpecahan itu adalah azab"

Hadis Riwayat Abu Dawud juga menegaskan :" tetaplah dalam jemaah dan hindarilah perpecahan, maka sesungguhnya syaitan bersama yang bersendirian, dan jauh dari yang berduaan. Siapa yang ingin masuk syurga maka hendaklah ia tetap dalam jemaah".

Bia'ah talak isteri hanya untuk mereka yang memimpin (kalau tidak sanggup jangan jadi pemimpin) bagi mengelak mudarat yang lebih besar seperti lompat parti yang menyebabkan masalah besar kepada negeri dan jemaah Islam. Meninggalkan jemaah Islam menyebabkan syariat Islam tidak dapat ditegakkan. Kegagalan menegakkan syariat Islam kerana belot seseorang pemimpin daripada jemaah Islam menyebabkan individu itu akan menanggung dosa rakyat seluruh negeri atau negara. Rakyat juga diletakkan dalam keadaan ketidaktentuandan rasa dikhianati. Ketika itu apalah nilai seorang pemimpin dan seorang isteri?

Kita boleh saksikan di negeri Perak, akibat pecah amanah 3 orang ADUN, seluruh negeri Perak diletakkan dalam keadaan ketidaktentuan. Pemimpin nyamuk seperti ini tidak boleh dibiarkan wujud dalam kepimpinan Islam. Mencegah lebih baik daripada mengubat.

Kecewa!

Kecewa...... Barangkali tidak keterlaluan bagi penulis dan teman-teman yang mengharapkan pasukan Kelantan menjulang Piala Malaysia buat kali pertama. Penulis bukan keseorangan yang meletak harapan tinggi kepada para pemain untuk menjulang Piala Malaysia. Seluruh warga Kelantan mempunyai impian yang sama.Buktinya, Stadium Bukit Jalil hampir dipenuhi penyokong Kelantan. Penyokong Kelantan yang berjumlah 60.000 memberi sokongan padu kepada pasukan Kelantan pada awal bertukar sunyi dan letupan demi letupan berbunyi.

Sebahagian penyokong Kelantan di perantuan yanmg kecewa dengan mutu permainan dan kekalahan pasukan Kelantan.

Pertahanan yang lemah, hantaran yang tidak tepat dan kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh pemain Kelantan telah mendatangkan kecelakaan kepada pasukan Kelantan setelah tewas kepada negeri Sembilan 3-1. Mungkin sekiranya, rangkaian serangan awal diletakkan di atas bahu Khalid Jamlus dan Che Hisamuddin keadaan akan berubah. Itu hanya andaian penulis yang melihat bola banyak berlegar ditengah padang.

Dalam debaran mengharapkan gol Kelantan tiba, penulis turut berdebar menyaksikan aksi penonton. Bermula dengan lontaran objek di tengah padang, disusuli dengan letupan mercun, ditambah lontaran yang menitiskan darah juru kamera RTM merebak kepada jatuhan kain rentang dan membakarnya. Selain itu, kerusi penonton turut dibakar. Aksi ini sungguh mengecewakan sekalipun menyedari harapan peminat Kelantan amat tinggi.

Pada dasarnya, di atas kertas, Kelantan sudah kalah kerana rekod pertemuan Kelantan-Negeri Sembilan sebelum ini menyebelahi Negeri Sembilan. Selain itu, dari segi pemain, Negeri sembilan memiliki sebahagian besar pemain skuad Kebangsaan dan bekas pemain kebangsaan.Era melinium ini juga menyaksikan Negeri Sembila sudah 2 kali ke perlawanan Akhir. Kalah kepada perak dan Perlis. Berbanding dengan Kelantan yang menuju ke perlawanan akhir setelah 39 tahun. Namun media telah memberi harapan tinggi kepada pasukan Kelantan untuk menjulang Piala Malaysia buat kali pertama.

Apapun syabas dan tahniah. Masa masih ada. Ada hikmah disebalik semua ketentuan ini. Kepada peminat Kelantan, hati-hati dalam perjalanan semoga anda sekelian selamat pulang bertemu sanak keluarga dan memulakan tugas.

Friday, November 6, 2009

Setahun Berblog

Genap setahun berblog. Suatu masa yang cukup bererti dalam melayari liku-liku hidup. Rakaman peristiwa dan analisis isu telah menjadi penulis agak sibuk dan lebih prihatin terhadap apa yang berlaku disekitar penulis. Hasrat dan cita-cita untuk menjadi daie dan mata rantai perjuangan agama dan kebenaran sedikit sebanyak dapat dicapai melalui ruang ini.

Kita diajar untuk hidup dengan memberi munafaat kepada orang lain dan turut prihatin terhadap apa yang berlaku disekitar kita supaya kita dapat membantu atau paling tidak merasa insaf dengan apa yang Allah telah takdirkan kepada kita. Sabda Rasulullah :

خير الناس أنفعهم للناس

Maksudnya: Sebaik-baik manusia, ialah manusia yang memberi munafaat kepada orang lain.

Blog juga menjadikan penulis lebih rajin memutalaah buku-buku untuk mencari bahan tulisan dan menjawab isu-isu yang diutarakan ataupun berlaku sekitar. Selain itu, kerajinan untuk melakukan aktiviti turut teransang demi untuk mendapatkan bahan.

Namun demikian, penulis sedar dan insaf, kekadang apa yang tulis tidak disenangi oleh mereka tertentu. Sekiranya itu, kesilapan penulis, jutaan kemaafan dipohon dan insyaallah akan diperbaiki. Akan tetapi, jika disitu ada kebenaran, sama-samalah kita kutip kebenaran itu untuk dijadikan bekalan hidup kita. Semoga Allah meredhai usaha kita yang sedikit ini.

Capaian pembaca 6,992, masih terlalu kerdil dan masih bersifat local. Sekalipun kekadang beberapa tulisan penulis telah disiarkan dalam sabahkini, Tkodaily, Sabahdaily dan beberapa web dan blog lain. Penulis mesti memuhasabah kelemahan dan kekurangan tulisan supaya tulisan ini lebih berkesan dan mutunya dapat memberi munafaat kepada Islam dan kerja dakwah.

Mampukah Sejarah Terukir

Malam ini pasukan Kelantan akan turun bertarung di Stadium Bukit Jalil untuk mencipta sejarah baru dalam kancah Bola Sepak Piala Malaysia dan Kelantan sendiri. Pasukan Red Warriors akan turun menentang pasukan yang telah dikalahkan dalam separuh Akhir Piala FA, tahun ini, Negeri Sembilan.

Pasukan Negeri Sembilan dilihat lebih mantap kerana mempunyai pemain-pemain yang ternama dan lebih berpengalaman seperti Hairudin Omar, Rizal Zambery, Idris Karim, kembar zakuan dan Shukur Adam serta bakat-bakat muda yang boleh diharapkan. Apatah lagi mereka belum pernah kalah dalam perlawanan piala Malaysia. Pasukan Kelantan dilihat lebih bersemangat untuk mencipta sejarah untuk peminat-peminat negeri Kelantan.

Kejayaan Kelantan ke perlawanan Akhir piala Malaysia bagaikan hadiah besar kepada peminat-peminat bolasepak Kelantan. Hampir 60,000 warga Kelantan akan membanjiri Stadium Bukit Jalil. Mereka sanggup menghabiskan duit dan mengambil cuti untuk memberi sokongan moral kepada pasukan Kelantan yang kali ke 2 mara ke perlawanan akhir sejak diperkenalkan piala Malaysia dan Piala Malaya.

Sokongan ini bukan hanya daripada rakyat Kelantan, bahkan Kerajaan Negeri Kelantan yang turun berbangga dengan pancapaian ini. Cuti hari Ahad 7 November telah diberikan bagi melegakan perjalanan penyokong-penyokong Kelantan pulang daripada memberi sokongan kepada Pasukan kelantan di Stadium Bukit Jalil. Selain itu, hadiah 300,000 telah dijanjikan untuk para pemain dan pegawai KAFA menunaikan umrah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Skrin besar akan turut dipaparkan oleh Exco belia untuk memberi kemudahan kepada penyokong yang tidak berpeluang ke Stadium Bukit Jalil menyaksikan pasukan mereka beraksi di peringkat final Piala Malaysia. Tajaan tiket oleh ADUN dan individu-individu turut menyemarakan sokongan.

Segalanya bagaikan sudah bersama Red Warriors ini. Cuma tergalas di bahu pemain untuk merealisasikan harapan peminat dan rakyat kelantan untuk pertama kalinya membawa pulang Piala Malaysia ke negeri Kelantan. nama-nama pemain dan pegawai KAFA sekarang akan dikenang dalam lipatan sejarah Kelantan kerana jasa ini. Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz telah menyatakan kesediaannya untuk menjadikan tahun 2010 sebagai tahun bolasepak Kelantan. Sentimen Politik yang selalu menjadi pertikaian antara Tuan Guru dan Datuk Anuar Musa telah dibuang jauh-jauh demi memartabatkan mutu Bolasepak Kelantan dan kejayaan Pasukan Kelantan.

Kepada peminat dan penyokong Kelantan,

Contohilah sikap pemimpin kita yang boleh berkompromi untuk kemajuan dan maruah negeri. jauhilah daripada membawa bendera parti, membakar mercun, mengeluarkan kata-kata kesat dan anasir-anasir buruk. Banyakkan doa supaya segalanya berjalan lancar dan berkesudahan dengan harmoni sesuai dengan semangat kesukanan. Orang Kelantan terkenal dengan budi pekerti dan wara'nya. Buktikan saudara.... selamat berjuang dan selamat maju jaya.

Anak Legeh Di Perantauan | Template by - Abdul Munir - 2008