Friday, October 30, 2009

Tok Guru Larang Kibar Bendera PAS

Tindakan penyokong bolasepak Kelantan yang mengibar bendera PAS dalam perlawanan Bola Sepak separuh akhir Piala Malaysia antara Kelantan-Perlis, nyata tidak menyenangkan YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau menganggap sukan adalah milik semua dan bermatlamat untuk mewujudkan persaudaraan antara kita. Tindakan mengibar bendera parti politik tertentu boleh menguris perasaan penyokong parti politik lain. Selain itu juga, YAB Menteri Besar juga menegur sikap penonton yang membakar mercun di dalam stadium.

Pasukan Kelantan yang mara ke separuh akhir dijanjikan habuan sekiranya berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Ikuti sedutan ucapan YAB Menteri Besar:

Thursday, October 29, 2009

Al-Fatihah Untuk GuruKu : Tuan Hj Abdullah

Pagi tadi (30hb Oktober: Jumaat), penulis mendapat panggilan telefon dari kampung. Bapa penulis memaklumkan guruku dan guru Al-Quran adik-adik penulis, Tuan Hj Abdullah meninggal dunia selepas solat suboh. Allahyarham tidaklah sakit teruk, cuma sedikit sesak nafas sebelum menghembus nafas terakhirnya.

Tuan Hj Abdullah menjadi guru Al-Quran agak lama dan bertugas secara sukarela tanpa sebarang imbuhan daripada Kerajaan mahupun masyarakat. Beliau seorang guru yang gigih dan bercita-cita tinggi agar murid-muridnya menjadi pembaca Al-Quran dengan baik. Selain daripada mengajar, beliau juga seorang pelajar yang rajin dan tekun. Penulis pernah mengikuti pengajian Allahyarham. Pengajian dan pembelajaran beliau bermula selepas melaksanakan Qiammullai. Itu hebat pengajian Al-Quran beliau , biasa bermula jam 2.00 pagi.

Hampir semua adik beradik penulis belajar Al-Quran dengan Tuan Hj Abdullah dan cukup besar jasanya Tuan Hj Abdullah kepada keluarga penulis.

Penulis menjemput para sahabat dan pembaca blog penulis untuk sama-sama menyedakahkan bacaan Al-Fatihah untuk Allahyarham Tuan Hj Abdullah. Semoga roh beliau ditempatkan bersama para syuhada dan solehin. Al-Fatihah..................

Khutbah pertama di Masjid Daerah (majid Baru)

Masjid Daerah Kinabatangan yang baru digunakan untuk solat jumaat. Sekalipun masjid masih belum mempunyai air untuk mengambil wuduk dan sebagainya, namun demikian warga Kinabatangan bagai sudah tidak sabar menggunakan masjid daerah yang sekian lama dinantikan.


Hari pertama kali aku berpeluang berkhutbah di masjid ini. Jemputan khutbah dibuat ketika aku sedang bertugas. Maka persiapan Khutbah agak kelam kabut. Namun kesempatan ini tetap digunakan untuk berkongsi bersama masyarakat. Tajuk khutbah yang dipilih berkaitan "KEPERCAYAAN MISTIK DAN TAHYUL DALAM MASYARAKAT ISLAM". Tajuk ini dipilih kerana esok akan diadakan Seminar Menangkis Kejahatan Makluk Halus oleh Ust Sarhan Shafie di Kinabtangan. Ikuti khutbah ini.


إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لاشريك لـه وأشهد أن محمداً عبده ورسوله صلى الله عليه وعلى آله وأصحابه وسلم تسليماً كثيراً

أما بعد :- فاتقو الله عباد الله حق التقوى فمن اتقى ربه نجا ومن أعرض عنه تردى . أيها المسلمون :-


Sidang jumaat yang dirahmati Allah SWT sekalian,

Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah kita tanamkan dalam diri kita perasaan takut dan gerun kepada Allah SWT. Takut maksud ia yakin dan percaya bahawa tiada makluk lain yang mampu menandingi kekuasaan dan hanya Allah SWT sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan.


Sidang jumaat yang dirahmati Allah SWT,

Mimbar jumaat pada hari ini akan membicarakan mengenai " kepercayaan mistik dan tahyul dalam masyarakat islam ". Mistik menurut kamus dewan ialah keadaan ghaib yang tidak dapat diselami oleh pemikiran manusia yang mengandungi keanihan dan keajaiban. Manakala tahyul pula ialah kepercayaan yang karut dan bersifat jahil. Cerita dan minat terhadap tahyul dan mistik bukan merupakan isu baru dalam masyarakat Islam di Malaysia, sebaliknya telah berakar umbi sejak zaman nenek moyang lagi. Kisah mistik dan tahyul sentiasa menarik minat masyarakat Islam sehingga pameran jin dan alam misteri yang pernah dianjurkan suatu masa dahulu mendapat sambutan yang luar biasa. Begitu juga dokumenteri dan filem mengenai mistik dan tahyul yang ditayangkan hampir dalam setiap saluran television turut mencatat bilangan penonton yang tinggi.


Ilmu mengetahui pelesit, langsuir, puntianak, Balang-balang, pocong, toyol dan hantu raya, merupakan nama-nama hantu yang sebati dalam minda orang Melayu. Begitu juga istilah-istilah saka, susuk, santau, pelaris,Santet, puja, seru, badi mayat, orang bunian, penunggu, dan mambang yang mempunyai hubungan yang erat dengan jin dan syaitan.


Mempercayai kewujudan jin merupakan salah satu aspek kepercayaan kepada alam ghaib yang wajib diimani. Al-Quran turut merakam sejarah perhubungan manusia dengan jin semenjak dari penciptaan Adam a.s , perdebatan nabi Musa dengan ahli sihir firaun' , nabi Sulaiman dengan Ratu Balkis malah nabi Muhammad SAW juga turut berdakwah kepada kaum jin.


Sidang jumaat yang dirahmati Allah SWT sekalian,

Liputan meluas terhadap cerita mistik dan tahyul ini telah mengakibatkan sindrom takut dikalangan masyarakat terutama kanak-kanak. Takut mereka kepada apa yang dinamakan hantu dan mahluk halus mengatasi takut mereka kepada Allah SWT. Mereka sering didedahkan dengan gambaran hantu-hantu ditanah perkuburan, hantu-hantu yang gemar mencekek mangsa dan menghisap darah, hantu-hantu yang memengal kepalanya sendiri yang telah tercabut, keranda terbang, tongkat berdiri sendiri dan seumpamanya. Ketakutan ini terbawa-bawa didalam tidur mereka sehingga melemahkan semangat, tubuh badan seterusnya minda mereka.


Bukan itu sahaja, bomoh dan dukun palsu yang tidak mengikut cara dan akidah Islam pula turut menjadi tumpuan segelintir masyarakat Islam untuk merawat segala penyakit samaada penyakit zahir ataupun misteri. Anggapan sesetengah orang, rawatan dengan azimat dan tangkal dan seumpamanya lebih berkesan dan cepat sembuh berbanding rawatan secara Islam. Kadangkala bomoh dan dukun palsu ini mengelirukan masyarakat dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran disamping ramuan jampi dan serapah mereka.


Segelintir umat Islam menganggap bomoh mampu mengetahui alam ghaib dan meramalkan sesuatu perkara. Justeru tidak hairanlah bomoh dan dukun menjadi tempat tumpuan dan rujukan utama segelintir masyarakat Islam dalam menyelesaikan masaalah jenayah seperti kecurian, pencolekkan, pembunuhan dan sebagainya. Bukan itu sahaja bomoh juga turut dijemput dalam majlis perkahwinan dan kenduri-kendara sebagai benteng pertahanan daripada hasad dengki manusia melalui perantaraan jin dan syaitan.


Sidang jumaat yang dirahmati Allah SWT,

Sejarah anutan masyarakat melayu sebelum kedatangan Islam seperti kepercayaan animisma. Hindu ataupun buhda turut mempergaruhi kepercayaan masyarakat islam berhubung perkara mistik. Pegangan agama yang dihayati oleh orang melayu tidak berupaya menyingkirkan sebahagiaan amalan karut dan bertentangan dengan hukum islam. Pengetahuan yang kurang mengenai islam khususnya maklumat berkaitan jin dan syaitan menjadikan segelintir masyarakat Islam terjebak kedalam lembah kesyirikan tanpa disedari. Begitu juga akidah umat Islam yang nipis dan longgar menjerumuskan mereka kelembah kesesatan. Percayalah bahawa kepercayaan kepada kuasa lain selain Allah SWT yang boleh menyembuh dan merawat penyakit akan merosakkan akidah seseorang Islam. Kepercayaan bahawa seseorang itu mampu mengetahui perkara ghaib juga merupakan kepercayan yang sesat, berdosa dan bertentangan dengan akidah Islam.


Sidang jumaat yang dirahmati Allah SWT,

Kita seharusnya meletakkan kedudukan kita sebagai khalifah dimuka bumi lebih mulia dari jin dan syaitan. Ketakutan kita kepada mahluk jin, syaitan dan pergantungan kita kepada mereka sebenarnya merendahkan martabat kita disisi Allah SWT.

Sebagai orang Islam kita juga harus menyedari bahawa perkara-perkara mistik dan tahyul yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini adalah mainan syaitan dan sihir yang diajar oleh syaitan kepada manusia. Ingatlah firman Allah SWT dalam surah al-baqarah ayat 102 :


وَاتَّبَعُوا مَا تَتْلُو الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَكِنَّ الشَّيَاطِينَ كَفَرُوا يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ
وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلا تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ
مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُمْ بِضَارِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللَّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ
وَلا يَنفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُوا لَمَنْ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْا بِهِ أَنفُسَهُمْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
(102
)

Yang bermaksud :

" Dan mereka mengikuti ajaran-ajaran syirik yang dibacakan oleh puak-puak syaitan dalam masa pemerintahan nabi Sulaiman, pada hal nabi Sulaiman tidaklah kafir ( tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu ), akan tetapi puak-puak syaitan itulah yang kafir ( dengan amalan sihir itu ), dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir ".


Sebagai orang Islam kita juga hendaklah mempercayai bahawa hanya Allah SWT yang mengetahui alam ghaib. Kepercayaan bahawa bomoh atau orang-orang tertentu boleh mengetahui alam ghaib dan mengetahui perkara yang akan datang merupakan perkara yang sesat dan harus dijauhi. Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang terdapat dalam sahih muslim yang bermaksud :

" Sesiapa yang mendatangi tukang tilik kemudian bertanya kepadanya sesuatu tidak akan diterima solatnya selama 40 malam ".


Rasulullah SAW pernah ditanya oleh sahabatnya mengenai perkhabaran yang disampaikan oleh bomoh yang ada kalanya benar. Hadis daripada Aisyah r.a yang diriwayatkan oleh Bukhri dan Muslim yang bermaksud :

" Aisyah berkata : Sahabat bertanya kepada Rasulullah mengenai al-khuhan. Rasulullah SAW menjawab : " Mereka tidak bernilai disisiku. Sahabat bertanya lagi : "wahai Rasulullah , mereka mengkhabarkan perkara yang kadang kala benar. Rasulullah SAW menjawab : berita yang benar tersebut dicuri oleh jin lalu menyembunyikannya ditelinga tuannya seperti bunyi ayam dan mencampur-adukkan dengan lebih dari seratus penipuan.


Sidang jumaat yang dirahmati Allah SWT,

Kita sebagai ibubapa, pemimpin masyarakat, pendidik yang terlibat dalam pendidikan anak-anak, hendaklah memikirkan kemaslahatan umat dan tidak terlalu memikirkan cara mudah untuk menyekat kemahuan anak-anak dengan menakut-nakutkan mereka kepada hantu. Apa lagi dengan menggunakan bomoh atau dukun untuk menyelasaikan masalah-masalah yang timbul. Niat yang baik tetapi natijahnya melahirkan masyarakat yang penakut juga merupakan amalan yang merugikan dan sia-sia. Sekalipun usaha yang kita lakukan untuk menyekat keburukan dan mengandungi pengajaran serta tauladan, namun jika kesan buruknya lebih banyak daripada kebaikan, maka ia wajar dihentikan. Masyarakat kita tidak sewajarnya dilekakan dengan isu hantu dan jin sehingga terlupa isu yang lebih besar membabitkan agama, bangsa dan negara.

Firman Allah SWT :

قال الله عز وجل : ( وأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا ) الجن/6

" Dan bahawa sesungguhnya adalah ( amat salah perbuatan ) beberapa orang daripada manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki daripada kalangan jin, kerana jin-jin itu menambahkan mereka dosa dan kesalahan ". ( al-jin : 6 )

بارك الله لي ولكم في القرآن العظيمِ، ونفعني وإياكم بما فيه من الآيات والذّكر الحكيم، ونفعنا بهدي سيِّد المرسلين وقولِه القويم. أقول قولي هذا، وأستغفِر الله العظيمَ لي ولكم ولسائر المسلمين من كلّ ذنب، فاستغفروه إنّه هوالغفور الرحيم


Khutbah dua

الحمد لله ربِّ العالمين، الرحمن الرحيم، مالكِ يوم الدين، أحمد ربِّي وأشكره، وأشهد أن لا إلهَ إلا الله وحده لا شريكَ له الملك الحقّ المبين، وأشهد أنَّ نبيَّنا وسيِّدنا محمَّدًا عبده ورسولُه الصادقُ الوعدِ الأمين، اللّهمّ صلِّ وسلم وبارك على عبدك ورسولك محمدٍ، وعلى آله وصحبِه أجمعين.

أمّا بعد: فاتقوا الله تعالى وأطيعوه، فإنَّ طاعتَه أقومُ وأقوى وذخرٌ لكم في الآخرة والأولى.

عبادَ الله، إنَّ الصبرَ مُرُّ المذاق في ساعةِ الحالِ، حُلوُ المذاق في العاقبة والمآل، قال الله تعالى: وَلَئِن صَبَرْتُمْ لَهُوَ خَيْرٌ لِّلصَّابِرينَ وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلاَّ بِاللهِ وَلاَ تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلاَ تَكُ فِي ضَيْقٍ مِّمَّا يَمْكُرُونَ [النحل: 126،


Sidang jumaat yang berbahagia,

Hindarilah diri kita daripada terlibat dengan amalan-amalan kepercayaan kepada unsur tahyul dan mistik boleh merosakkan akidah umat islam dan membawa kepada syirik. Ini kerana kepercayaan kepada unsur tahyul dan mistik boleh mendatangkan kesan yang negatif terhadap aspek sosial, ekomoni, emosi, sikologi dan membantutkan pacuan kemajuan dan kecemerlangan umat.


Begitu juga dengan cerita-cerita seram jika tidak dikawal boleh melemahkan semangat, tubuh badan dan minda kanak-kanak. Olah itu umat Islam seharusnya berhati-hati dalam menerima rawatan secara tradisional dengan memastikan bahawa rawatan tersebut tidak bertentangan dengan akidah syarak.


Yang bermaksud :

Ya Allah SWT, engkaulah tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat Islam . Justeru kami dengan pohon kehadratmu ya Allah SWT , tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi perkerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami kejalan yang engkau redai, lindungilah kami daripad ujianmu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan bertambah makmur dan berkat

.


فمن عرف ربَّه وعرَف ما أعدَّ لأوليائه وما توعَّد به أعداءه وعرَف مقامَه في هذه الحياة استلذَّ الصبرَ في مرضاة الله، واستقلَّ ما قامَ به من طاعةِ الله، وخافَ مِن هوْل المطَّلع الذي سيقدُم عليه ولا بد وحذر من المحرَّمات.

عباد الله، إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا [الأحزاب: 56].

فصلُّوا وسلِّموا على سيّد الأولين والآخرين وإمام المرسلين.

اللّهمّ صلِّ على محمّدٍ وعلى آل محمّد كما صلّيت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنّك حميدٌ مجيد، اللّهمّ وبارِكْ على محمّدٍ وعلى آل محمّد كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنّك حميدٌ مجيد، وسلِّم تسليمًا كثيرًا.

اللهم وارضَ عنِ الصحابة أجمعين، وعن خلفاء النبيِّ : أبي بكر وعمر وعثمان وعليّ، وعن سائر الصحابة أجمعين، وعن التابعينَ ومَن تبعهم بإحسانٍ إلى يوم الدين، اللّهمّ وارْضَ عنَّا معهم بمنِّك وكرمِك ورحمتك يا أرحمَ الراحمين.

اللهم أعزَّ الإسلام والمسلمين، وأذلَّ الكفر والكافرين، ودمِّرْ أعداءَك أعداءَ الدين يا ربَّ العالمين. اللّهمّ ألِّفْ بين قلوب المسلمين، وأصلح ذات بينهم، واهدهم سُبُل السلامِ، وأخْرجهُمْ من الظلمات إلى النور، اللهم انصرهم على عدوّك وعدوّهم يا رب العالمين. اللهم انصر دينك وكتابَك وسنةّ نبيّك يا قويّ يا متين...

Diubahsuai : Khutbah JAIS

Tuesday, October 27, 2009

Separuh Akhir Piala Malaysia: Ramai Kecewa

Tindakan stesen utama TV Malaysia seperti RTM dan TV3 tidak menyiarkan siaran langsung pertandingan separuh akhir Bola Sepak Piala Malaysia telah menyebabkan ramai peminat bola sepak tanah air kecewa dan menyifatkan tidakan stesen TV terbabit sebagai tidak patriotik serta tidak menyokong perkembangan Bola sepak tanahair yang kian terpinggir.

"Kalau TV kita tidak berminat mahu siarkan piala malaysia, siapa lagi nak siarkan? Tak mungkin TV Singapura nak siarkan". Keluh Razak melepaskan kekecewaan kerana gagal menyaksikan aksi separuh akhir Piala Malaysia kali ini. " Sudahlah aksi bola sepak tempatan kurang mendapat publisiti dan sokongan, hingga peringkat tertinggi pun kita masih segan untuk tonjolkan bolasepak kita, macamamana bola sepak kita nak berkembang? Persoalan Wan Khairil yang terlepas menyaksikan aksi pasukan kesayangannya, Kelantan menentang Perlis di Kota Bharu.

"Aloh la..... Kalau Kelantan main gak, tak dok dalam TV selalu...., TV ni akan siarkan kalau Selangor beraksi." protes Azli seorang peminat setia pasukan Kelantan.

Penyokong dan peminat Kelantan yang berada diluar Kelantan dan tidak berpeluang ke Stadium Sultan Muhammad ke IV boleh dikatakan peminat yang paling kecewa. Apa tidaknya, bukan selalu pasukan dapat beraksi hingga peringkat tertinggi seperti ini. Kelantan pernah melangkah ke separuh akhir pada tahun 1992 dan dikecewakan Kedah di separuh akhir. Selepas itu, pasukan Kelantan terus merudum sehingga terpaksa beraksi dalam liga FAM sebelum muncul pasukan ketiga terbaik untuk kembali bersaing dalam Liga Super, seterusnya mara ke Separuh Akhir buat pertama kalinya di era melinium ini.


PEMAIN Kelantan, Indra Putra Mahayuddin (tengah) dikepung pertahanan Perlis dalam saingan separuh akhir pertama di Stadium Sultan Mohamad ke-IV, Kota Bharu, semalam. [gambar Berita Harian]

Separuh akhir pertama Piala Malaysia melibatkan pertemuan Kelantan menentang Perlis di stadium Sultan Muhammad ke IV dan Negeri Sembilan menerima kunjungan Terengganu di Stadium Abdul Rahman Paroi. Pasukan Kelantan malam tadi, tidak mengecewakan 25,000 peminat fanatiknya apabila berjaya membenam Perlis dengan 2-0. Gol jaringan Inda Putra Mahayuddin dan Mohd Rizal Fahmi menjadi bekalan yang baik untuk bertandang ke Stadium Utama Kangar. Peminat Kelantan amat berharap Kelantan dapat meneruskan aksinya ke perlawanan akhir setelah berjaya melangkan ke perlawanan akhir 39 tahun lalu.

Sementara itu, Negeri Sembilan menarik nafas lega berbaur bimbang apabila menang 1-0 ke atas Terengganu di Stadium Abdul Rahman, Paroi. Keempat-empat pasukan akan bertembung secara timbalbalik pada untuk menentukan pasukan yang layak ke perlawan akhir di Stadium Bukit Jalil pada 7 November nanti.

Tapau Pejuang Islam

RANAU : Mereka yang berjuang kerana menegakkan kepentingan bangsa, suku atau kelompok tertentu adalah pengkhianat kepada Allah SWT. Demikian ditegaskan oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama, Ust Abd. Ghani Syamsudin ketika menyampaikan takzirah suboh di sini.

Tugas utama seorang Muslim adalah memantapkan iman dan Islam, bukannya memperkukuhkan persoalan yang kecil seperti bangsa. Allah telah mengutuskan manusia sebagai khalifah dimuka bumi ini dan menjadi kewajipan bagi manusia untuk menegakkkan kuasa Islam. Malah berjuang menegakkan kuasa Islam merupakan bukti seseorang Muslim itu beriman kepada Allah. Natijah daripada perjuangan Islam ini bukan sekadar menyelamatkan manusia daripada kehancuran tetapi turut menyelamat makhluk-makhluk lain seperti jin, binatang dan alam semesta.

Persiapan Muslim
Perjuangan Islam menuntut pendokongnya Istiqamah dalam mempertahankan prinsip -prinsip perjuangan.Amat hina sebagai seorang pejuang yang suka lompat dan melompat demi mencari kesenangan dalam berjuang. Selain itu, tautan ukhwah antara pejuang juga menjadi resepi penting ke arah mempersiapkan pejuang agama yang hebat.

Perasaan taqarub kepada Allah dengan mengamalkan doa-doa mathurat pada waktu pagi dan petang dapat memperkukuhkan jiwa pejuang. Gunung ganang yang memasak bumi sekarang akan memerontak sekiranya manusia terus mengkhianati Allah dengan meninggalkan perjuangan menegakkan agamaNya. Kasih sayang Allah dengan nikmat yang tidak terhingga ini mesti dibalas dengan cara menegakkan agamaNya.

Monday, October 26, 2009

Perkasa dan Kuasai Media Baru

KUNDASANG, 26 OKT: Media alternatif mesti diperkasakan dan dikuasai oleh pendokong-pendokong jemaah Islam dalam menghadapi asakan maklumat yang menghakis ketuanan Islam. Penguasaan media alternatif,khususnya ICT amat penting dalam mengimarahkan medan dakwah dan siasah. Demikian tegas, AJK PAS Pusat juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Ahmad Dullah semasa merasmikan penutupan Konvosyen ICT PAS Sabah disini kelmarin.

soff kepimpinan PAS Sabah

Kejatuhan Regim Suharto di Indonesia dan pengekalan kuasa Parti Komunis di China bersangkutpaut dengan peranan yang dimainkan oleh media di negara terbabit. Kewujudan media baru atau media alternatif patut dijadikan aset oleh pendokong-pendokong jemaah dalam memperkasakan dan melebar pengaruh jemaah. Kesangsian generasi muda terhadap media sedia ada begitu terhakis kerana laporan yang berat sebelah patut ditampung oleh media baru.

Sehubungan dengan itu, Hj Ahmad berharap, hasil daripada konvesyen ini akan lahir penulis, wartawan dan blogger yang boleh memberi pandangan yang bernas dan membina anjakan paradigma kepada masyarakat. Persoalan kebajikan dan kemiskinan rakyat patut diberi keutamaan oleh para penulis sebagai satu usaha membela rakyat.

Beliau juga berharap pihak Harakah dapat melantik pemberita-pemberita disetiap daerah kerana jemaah memerlukan ramai penyalur maklumat. Faktor geografi dan keluasan negeri Sabah turut menjadi hambatan dalam menyalurkan berita sekalipun Sabah sarat dengan berita-berita kemiskinan dan kebajikan rakyat.

Turut hadir Pengarang Kanan Harakah, Taufek Yahya, Mazlan Jusoh dan Zubair Embong serta Aminuddin Aling, Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Sabah.

Sunday, October 25, 2009

Nazri Raihan Hiburkan Warga PASTI Kinabatangan

KINABATANGAN: Buat pertama kalinya, Majlis Sambutan Hari Raya PASTI Kawasan Kinabatangan dimeriahkan oleh artis ternama. Pada 22 Oktober lalu, bekas Vokalis Kumpulan Nasyid Raihan, Nazri Johani telah menjadi tetamu istimewa PASTI Kawasan Kinabatangan dan turut menghiburkan tetamu Majlis Hari Raya tersebut yang bertempat di PASTI Darul Ulum. Seramai 200 tetamu telah memenuhi dalam dan luar PASTI Darul Ulum.

Majlis ini disambut diatas semangat gotong royong antara warga PASTI Kinabatangan dan juga para ibubapa. Pihak ibubapa membawa hidangan juadah mengikut kegemaran bangsa/ suku mereka. Campuran penduduk yang terdiri dari kalangan orang Sungai, Bugis, Suluk, Bajau dan Melayu Semenanjung ini menyebabkan wujudnya kepelbagaian jenis makanan.

Majlis dimulakan dengan ucapan pengurus PASTI Kawasan, Ust Zaidi Mustapha yang mempromosi pendidikan PASTI dan menekankan tentang peripentingnya pendidikan Islam sebagai pendidikan awal kanak-kanak. Beliau juga mengharapkan para ibubapa dan tetamu yang hadir dapat menyebarluaskan keupayaan dan keberkesanan pendidikan PASTI dalam usaha membina dan membentuk generasi Al-Quran yang juga disebut sebagai generasi yang unik oleh Syed Qutb dalam bukunya " Petunjuk Sepanjang jalan".

Nazri yang diberi ruang yang luas oleh pihak penganjur telah mempromosikan Maahad Tahfiz yang dalam rangka pembinaan telah mengselangselikan ucapan dan lagu-lagu nasyid daripada albumnya yang lalu dan yang baru.

Persiapan untuk memasak Vs Persiapan tempat

Ucapan dan nyanyian


penuh sopan peminat Nasyid di dalam dewan

Suasana jamuan


Tidak cukup ruang.... duduklah mana yang patut


Makan itu teruskan...... nak bergambar senyumlah itu...........

Buras, mee kicap adalah menu tetap... sodap bah itu..........


Ust Wan Solehuddin dan Ust hamdani bersama Ust Nazree

Osama Laden dan Ust Asrul antara peminta tegal Ust Nazree

Iek nah......Sumandak-sumandak Kinabatangan tetap menjadi peminat Ust Nazree

anak dan guru PASTI join juga bah.......

Bukan Selalu juga dapat jumpa artis ni. bergambarlah kami

Mau balik sudah kami ini...... masih boleh tapau lagi..

Thursday, October 22, 2009

Surat Fatimah : Siapa Sedia Membelamu???

KISAH ini mungkin sudah lama dan ditelan masa, tapi disebabkan oleh rasa kasihan dan juga marah dengan sikap kafir laknatullah ini, aku tak dapat tahan daripada menyebarkan maklumat yang aku perolehi untuk tatapan kita semua dari kisah seorang hamba Allah di bumi anbiya’ Iraq yang disiksa, dirogol dengan kejam tanpa belas kasihan di penjara Abu Gharib.
Fatimah adalah seorang saudara perempuan seorang mujahid yang terkenal di daerah Abu Gharib, yang berasal dari sebuah keluarga yang terkenal kebaikan dan ketaqwaannya.


Suatu hari pasukan AS menyerbu rumahnya, dengan tujuan menangkap saudaranya. Namun karena mereka tidak dapat menemukannya, pasukan AS menangkap Fatimah dengan tujuan memaksa saudaranya menyerahkan diri.

Surat tulisan tangan Fatimah, baru-baru ini berhasil diseludupkan keluar dari penjara Abu Gharib. Surat ini menggambarkan penderitaan para tawanan wanita akibat perbuatan tentara AS. Segera surat ini tersebar dan menghebohkan kota Baghdad, mengirimkan gelombang yang akan terus berlanjut ke seluruh Iraq. Mafkarat al-Islam berhasil mendapatkan salinan surat tersebut.

Bismillahirrahmanirrahiim.

(Say He is God the One; God the Source [of everything]; Not has He fathered, nor has He been fathered; nor is anything comparable to Him.[ Quran, Surat 112 *al-Ikhlas*]) Saya menulis surat Al-Ikhlas ini karena mempunyai arti yang mendalam bagi saya, dan menimbulkan getaran di hati orang-orang yang beriman.

Saudaraku mujahidin di jalan Allah. Apa yang dapat kukatakan padamu? Saya katakan, rahim-rahim kami telah terisi dengan janin akibat perkosaan yang dilakukan keturunan kera dan babi itu.

Mereka telah menodai tubuh kami, meludahi muka kami, dan merobek-robek Al-Quran untuk digantungkan ke leher-leher kami . Allahu Akbar. Tidakkah kau mengerti tentang kejadian yang menimpa kami? Betulkah kau tidak tahu ini terjadi pada kami?. Kami saudaramu, dan Allah akan meminta tanggungjawabmu tentang kejadian ini kelak. Demi Allah, tidak semalam pun kami lewatkan di penjara ini kecuali mereka mendatangi salah satu dari kami untuk melampiaskan nafsu setannya.

Padahal kami selalu menjaga kehormatan kami karena takut kepada Allah. Takutlah pada Allah! Bunuhlah kami bersama mereka! Hancurkan mereka bersama kami! Jangan biarkan kami di sini agar mereka bisa bersenang-senang memperkosa kami, sesungguhnya ini adalah sebuah perbuatan dosa besar di sisi Allah. Takutlah pada Allah akan urusan kami.

Biarkan (jangan serang) tank dan pesawat mereka. Datanglah pada kami di penjara Abu Gharib. Saya saudaramu kerana Allah. Mereka memperkosa saya lebih dari sembilan kali dalam satu hari. Bolehkah kau bayangkan?

Bayangkan salah satu saudaramu diperkosa. Bersama saya ada 13 gadis, semuanya belum menikah. Semuanya telah diperkosa didepan mata kami semua. Mereka melarang kami untuk sholat. Mereka mengambil pakaian kami, dan membiarkan kami telanjang.

Saat surat ini saya tulis, seorang diantara kami telah bunuh diri setelah diperkosa beramai-ramai. Seorang tentera memukulnya di dada dan paha setelah memperkosanya, lalu menyiksanya. Gadis itu kemudian bunuh diri dengan memukulkan kepalanya ke tembok penjara, kerana dia sudah tidak sanggup menerima ini.

Meskipun bunuh diri dilarang oleh Islam, saya memaklumi perbuatannya. Saya hanya berharap, semoga Allah mengampuninya, sesungguhnya Dia Maha mengampun. Saudaraku, saya katakan padamu lagi, takutlah pada Allah. Hancurkan kami bersama para tentera itu, agarkami bisa beristirahat dalam damai. Tolonglah kami, tolonglah kami, tolonglah kami. Waa Mutasimah!.

Surat ini telah berakhir, namun penderitaan penulisnya dan para muslimah belum berakhir. Sebarkan agar semuanya bisa mengetahui keadaan ini. Wassalam.

Sumber :http://www.tkodaily.net/v2

Tuesday, October 20, 2009

Julanar Srikandi Ain Jalut

Tangan yang menghayun buaian boleh mengoncang dunia. Begitulah ungkapan yang tepat bagi menggambarkan jasa dan sumbangan Julanar, isteri kepada pemerintah Kerajaan Mamalik di Mesir, Saifuddin Qutuz.

Ketika umat Islam berada di dalam kelemasan kerana diasak dan diratah keganasan tentera Monggol pimpinan Hulagu Khan yang dibantu oleh Guo Khan dan Kitbuqa yang beragama Kristian. Kerajaan Mamalik, Mesir menjadi benteng terakhir umat Islam setelah Kerajaan Abbasiyyah pimpinan Khalifah Al-Musta'shim dijatuhkan dan bumi Baghdad bermandi darah.

Saifuddin Qutuz yang baru tiga bulan mengambil alih Kerajaan Mesir menyedari masalah dalam negaranya juga memerlukan komitmennya tetapi bernekad menentang Monggol secara berdepan. Beliau tidak sanggup membiarkan maruah umat Islam dipijak dan diinjak kafir Monggol laknatullah.

Kekuatan Saifuddin Qutuz ditunjangi isterinya tercinta Julanar. Julanar bukan sekadar peniup semangat perjuangan suami bahkan Julanar turut turun ke medan perang sebagai tentera Islam dan bertarung dengan gagah berani.

Dalam kelincahan Julanar bertarung, beliau ditetak dari belakang oleh tentera Monggol menyebabkan dia tewas dan rebah. Suaminya Saifuddin Qutuz membunuh pembunuhnya dan kemudian mendapatkan isterinya yang sedang nazak. " wahai isteriku....... wahai isteriku," rintih Saifuddin Qutuz sambil memangku kepala isterinya.

Apabila mendengar kata-kata itu, Julanar berkata. "Jangan ucapkan begitu wahai suamiku. Ucapkan wahai Islam..... Wahai Islam." Jullanar lalu menghembus nafasnya yang terakhir. Semangat jihad dan syahid Julanar berlonggok dijiwa Saifuddin Qutuz.

Saifuddin Qutuz bangkit dan terus mara memerangi tentera Monggol dengan hasrat mencari syahid sepertimana yang telah diperolehi oleh isterinya, Julanar. Tentera Islam pimpinan Saifuddin Qutuz berjaya menghalau Monggol keluar dan memberi tamparan yang cukup hebat kepada tentera Monggol pimpinan Hulagu Khan yang tidak pernah tewas sebelum ini. Bukan sekadar menang, malah panglima perang Monggol, Kitbuqa turut dipenggal kepalanya.

Begitulah hebat pengaruh srikandi Jihad, Julanar dalam membela Islam yang pada awalnya dalam keadaan terdesak sehingga kembali menguasai pentas kekuasaan di Timur Tengah. Nyawa dan maruah umat Islam dapat diselamatkan dan dipulihkan.

Masih adakah semangat, keimanan dan keberanian Julanar dalam jiwa-jiwa isteri pemimpin Islam hari ini? Srikandi yang sanggup turun ke medan jihad dan mempertaruhkan nyawanya demi maruah dan kesejahteraan umat Islam.

Monday, October 19, 2009

Andartu/ Andalusia: Bukan Hanya Salah Wanita

Golongan wanita sering dipersalahkan dalam kes lambakan wanita yang lambat berkahwin. Mereka dileparkan tuduhan seperti terlalu memilih dan sebagainya. Bahkan lebih teruk daripada itu, mereka dianggap wanita lebihan pilihan. Pemikiran sebegini sepatutnya diperbaiki dan diperbetulkan dengan neraca agama. Islam agama yang memartabatkan wanita. Lihat sahajalah wanita zaman jahiliah yang diperdagangkan sebagai barang dagangan. Ianya dipindah milik dan dipusakai. Tempatnya hanya layak sebagai mainan dan pemuas nafsu serakah lelaki. Zaman firaun, wanita hamil bani Isreail di bunuh demi mengelak lahirnya anak lelaki yang bakal membinasakan kerajaan Firaun.

Islam tampil membela dan memartabatkan wanita. Rasulullah mengangkat darjat janda-janda sebagai ummi mukminat, Aisyah sebagai ahli fekah terkenal dan Fatimah digambarkan sebagai suri teladan terbaik ummah yang menjaga kebajikan dan keperluan seorang pekerja Islam sepenuh masa Saidina Ali Karimallahuwajha.

Hari ini kita menyaksikan sikap manusia seperti kembali meninggalkan petunjuk yang dirintis Nabi SAW. Ciri-ciri memilih jodoh lebih disandarkan kepada material dan fizikal. Penulis pernah berhadapan dengan beberapa orang lelaki yang ingin berkahwin buat pertama kali dan ingin berkahwin untuk keseterusnya. Kita renungkan kata-kata mereka.

Kes Pertama:
Mad seorang ahli perniagaan. Saya belum"kahwin lagi" dan bercadang untuk melakukannya. Pilihan saya seorang wanita yang berkerjaya dan dipinang oleh isteri saya. Saya mahukan isteri saya meminangnya. Kalau dia tidak mahu terpaksalah saya menunggu sehingga dia mahu.

Kes Kedua:
Dar seorang pemandu. Umur hampir mengjangkau usia kerasulan. Masih teruna. Ustaz, tolong cari saya seorang wanita untuk dijadikan suri hati saya. Perempuan yang macammana awak mahu? Tanyaku. Perempuan cantiklah.... bodynya....saiz...... Aduh....

Kes Ketiga:
Zul sudah mempunyai 4 orang anak dan bertugas di kawasan pendalaman Sabah. Dia berhasrat berkahwin lagi dengan bersyarat. Perempuan itu seorang doktor, berbangsa Cina dan dipinang oleh isteri saya.

Kes Keempat :
Isam sudah lama berkerja dan mempunyai kedudukan ekonomi yang agak kukuh yang melayakkan dia berkahwin. Dia memberi alasan tidak berkahwin kerana belum bertemu jodoh. Ada juga yang dia suka dan disukai tetapi......... si dia orang semenanjung. Susah kahwin orang jauh.

Apa yang dapat saya rumuskan dalam keempat-empat kes di atas, semuanya tidak meletakkan ciri-ciri pasangan yang diberi keutamaan dalam agama dalam memilih jodoh sebagaimana diingatkan oleh Rasulullah SAW:

عَنِ أَبي هُريرة رضيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُ عَنِ النبيِّ صَلّى الله عَلَيْهِ وَسَلّم قال: " تُنْكحُ الْمَرْأَةُ لأرْبَعٍ: لمالها ولِحَسَبها ولِجَمَالها وَلدينها: فَاظْفَرْ بذاتِ الدِّينِ تَربَتْ يَدَاكَ " مُتّفَقٌ عَلَيْهِ

Islam menekankan soal agama yakni soal solehah dan wara' dalam kehidupan seharian. Persoalan kecantikan (termasuk saiz body), keturunan dan harta adalah persoalan yang terkebelakang. Sekiranya perempuan itu melengkapi syarat keagamaan nescaya persoalan-soalan lain dapat diselesaikan. Pelik pula sekarang ini, lelaki pula yang meletakkan syarat. Apa lagi syarat kebendaan. Apakah lelaki hari ini sudah tidak mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami ? Suami yang menyara keluarganya. Isteri yang solehah pastinya akan bersifat "Qanaah" (bercukup dengan apa yang ada. Mereka akan menerima apa yang termampu diberikan oleh pihak suami. Malah suami tidak boleh mendidik isterinya dengan kebendaan

Sebenarnya wanita tidaklah terlalu berkehendak kepada kebendaan yang ada pada lelaki kecuali wanita-wanita yang tidak terdidik dengan agama. Penulis pernah melamar beberapa orang gadis untuk kawan. Apa kata mereka.


Kes Satu:

Saya minta sedikit masa Ustaz untuk bertanyakan kedua ibuabapa saya. Cuma bagi saya jika seseorang lelaki itu layak jadi imam sembahyang, maka dia layak memimpin saya


Kes Kedua :
Bagaimana komitmen lelaki yang ustaz maksudkan itu kepada jemaah Islam? Jika dia istiqamah dan komited melakukan kerja jemaah bermakna dia orang yang tidak mementing diri sendiri. Orang seumpama ini biasanya akan menjadi suami yang baik. Itu ulasan seorang siswi di sebuah Universiti bila penulis menyatakan hasrat kawan penulis.


Kedua-dua wanita ini berjaya disatukan dalam masa yang cepat dan berjaya membina keluarga bahagia dan kerjaya yang baik sehingga sekarang.

Kes-kes ini menunjukkan kepada kita kemandulan dan rendahnya rasa pertanggungjawaban lelaki dalam memikul tanggungjawab terhadap ummah. Persoalan kahwin hanya dijadikan agenda perbualan mengisi masa lapang dan menyedapkan mulut sahaja. Hakikatnya, semakin tandus lelaki yang bersedia menjadi pembela ummah dan memimpin keluarga menuju jalan sakinah.

Syariat Islam mestilah kembali dijadikan sebagai landasan dengan meletakkan keyakinan kepada Allah SWT. Bilamana Allah memberi amanah kepada kita, Allah akan membekalkan peruntukan rezeki yang sepatutnya. Kita tidak perlu bimbang tentang rezeki kerana Allah tidak akan menyusahkan hambanya yang bekerja untukNya.

Sunday, October 18, 2009

Bagaimana Sorhgaghtani Bek Membina Penakluk Dunia?


"Tangan yang menghayun buaian boleh mengoncang dunia " . Ungkapan itu amat tepat dengan kejayaan dan keupayaan Sorgaghtani, ibu kepada Hulagu Khan dalam mendidik anaknya sehingga menjadi penakluk-penakluk yang hebat. Dengan meletakkkan bapanya Genghis Khan sebagai idolanya. Beliau tekun dan yakin mendidik anak-anaknya.

Hikmah dan kebijaksaan sering menjadi barang yang tertinggal kepada umat Islam. Justeru itu, tidak salah untuk kita mengambil pengiktibaran daripada apa yang dilakukan Sorgaghtani dalam membina Hulagu Khan

1. Menjadikan bapanya Genghis Khan Sebagai Idola anaknya
2. Kekurangan diri bukan Halangan untuk berjaya. Genghis Khan umpamanya sekalipun hidup dipadang rumput dan tertutup pada dunia luar, dia mampu menjadi penakluk yang hebat kerana keinginan yang tinggi.
3. Memilih nama yang hebat
4. Menyakinkan anaknya bahawa dia anak yang bertuah. Setiap hari Hulagu Khan dipasak mindanya oleh Sorgaghtani.
5. Sentiasa Berdoa, Hulagu menjadi pahlawan terbilang
6. Anak dilatih dengan aktiviti lasak seperti bermain pedang, memanah dan menunggang kuda. Ini bertepatan dengan pesanan Saidina Omar Al-Khatab.
7. Sentiasa memberi semangat supaya rajin dan gigih berusaha
8. Menceritakan kesusahan hidup bangsa Monggol dibawah pemerintahan Maharaja Dinasti Jin di Utara China
9. Meletakkan cita-cita yang tinggi untuk menjadi penakluk Dunia sekalipun sering diketawakan oleh adik beradiknya. Arik,Boke, Mongke dan Kublai Khan.

Kelemahan dan kekurangan itu ada pada semua manusia. Begitu juga dengan kekuatan dan keupayaan. Sehubungan dengan itu, kita mesti mengabungjalin di antara kekuatan dan kelemahan dalam membina jaringan kejayann yang berjaya kita lakar dalam detik sejarah kehidupan kita.

Saturday, October 17, 2009

Nazree Raihan Bakal Meriah Majlis Hari Raya PASTI Kinabatangan

Nazri Johani atau lebih dikenali dengan panggilan Nazri Raihan bakal memeriahkan Sambutan Majlis Hari Raya PASTI Kawasan Kinabatangan yang bakal di adakan pada 22 Oktober 2009. Program yang akan dilangsungkan di PASTI Darul Ulum, Pekan Kinabatangan itu dalam proses mempromosi PASTI dan pendaftaran pelajar untuk sesi pengajian 2010.

Program yang akan bermula pada jam 3.00 petang ini akan melibatkan pelajar PASTI, ibubapa, AJK, penduduk setempat dan beberapa tetamu jemputan di harapkan menjadi medan untuk mengukuhkan tali saliturrahim antara warga PASTI dan masyarakat setempat.

Dewan Abdul Hadi yang baru siap dimozek ini akan menjadi pentas untuk Nazri berkomunikasi dan berhibur bersama warga Kinabatangan dan anak-anak PASTI. Selain itu, jualan produk Muslim dijangkakan turut memeriahkan sambutan hari raya kali ini. Kepelbagaian hidangan juadah yang dibawa oleh ibubapa kanak-kanak PASTI akan menjadi suntikan kemeriahannya.

Mohon Bantuan Kita Semua!

Ana menerima sms daripada sdr Anwar Ali yang meminta kita semua membantu seorang pesakit Nur Sofea Hafizah Bt Zailani. Nur Sofea berusia 4 tahun, anak kepada En Zailani Mamat dan Wan Mahira Wan Omar@wan Muda yang sakit kanser kronik. Beliau hanya meminta bantuan kita untuk mendoakan kesihatan anaknya dan melakukan solat hajat samaada secara fardiah dan baiknya secara berjemaah di masjid atau ditempat pengajian kita. Guru sekolah boleh melakukannya di asrama sekolah. Bilangan yang lebih 40 afdal untuk mendoakan sembahyang hajat.

Bantulah, walaupun sekadar mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saudara kita.

Friday, October 16, 2009

ISA Berbisa dan Berjasa

Sekalipun PRK Bagan Pinang sudah seminggu berlalu dan menatijahkan UBN kembali menguasai kemenangan PRK. Kemenangan ini setelah UBN mengalami kekalahan bersiri pada 7 PRK sebelum ini. Kemenangan ini pastinya cukup manis kepada UBN dan pendokong-pendokong fanatiknya. Ianya bagaikan mati hidup semula. Kemenangan besar dan gilang-gemilang Tan Sri Isa Samad dengan majoriti 5435 mengatasi semua kemenangan PR dalam pilihanraya kecil di peringkat DUN sekalipun di DUN Permatang Pasir yang menjadi kubu kuat Pakatan Rakyat.

Isa wajar diangkat sebagai hero UBN kerana telah mengembalikan maruah Parti politik tertua itu.UMNO telah mengalami kemurungan yang cukup lama dalam siri-siri pilihanraya kecil semenjak 08 Mac 2008. Sebelum kemenangan Isa, UBN seperti sudah sah sebagai parti politik atau gabungan politik yang sudah monopous. Dalaman parti komponen Barisan Nasional dilanda Tsunami dan pimpinan saling bercakaran kerana menganggap kekalahan demi kekalahan adalah berpunca daripada pimpinan tertentu. Bermula gelora dalam kepimpinan Gerakan, berjangkit kepada PPP, menghambat Pak Lah dari kerusi Keperdanamenterian dalam UMNO. Seterusnya Makkal Sakti menghantui Samy Vellu yang diterpa bekas Timbalannya. Tidak cukup dengan itu, cakaran muka Ong Tee Kiat dan Chua Sooi Lek mengheret parti tertua orang Cina itu memecat timbalannya dan presidennya mendapat undi tidak percaya dalam EGMnya.

Biarpun badai melanda, ribut meraum, komponen BN berantakan, pantai Port Dickson menjadi saksi, Isa memang berbisa. UBN masih relevan.... UBN masih sandaran orang Melayu, One Malaysia diterima rakyat jelata. Media mencanangkan kemenangan Isa, berbisa dan berjasa. Biarpun Isa dituduh berlumuran dengan najis rasuah dan dilihat menjadi jurucakap partinya dan dirinya sendiri dalam menghadapi serangan musuh-musuh politiknya, Isa masih menang. Pengundi Bagan Pinang mengenang jasa Isa.

Pastinya, jasa Isa yang berbisa dihidangkan diperhimpunan Agung UMNO. UMNO masih kuat. Kalah sebelum ini kerana bertanding dikubu Pakatan Rakyat. Khairi antara orang yang bangga dengan kemenangan Isa. Penuh yakin dan lantang, Khairi melebelkan Anwar Ibrahim dengan macam-macam lebel. Khairi juga melaungkan sumpahnya untuk menyekat kemaraan Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri. Keberanian Khairi kerana Isa yang berbisa.

Jasa Isa tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Isa mesti dikembalikan ke tempat asalnya. Najis rasuah (politik wang) yang memalitnya mesti dicuci lembaga Disiplin UMNO. Merekalah yang mengesahkan Isa terlibat politik wang dan menghukum ISAkan Isa selama 6 tahun. Belum pun sampai 6 tahun, najis itu dijilat bersama UBN di Bagan Pinang. Isa sudah bersih tetapi masih berbau liur-liur penjilat-penjilatnya. Usaha untuk membersihkan liur-liur itu, mungkin dapat sekiranya kerusi Naib Presiden UMNO dan Menteri Besar Negeri Sembilan dinobatkan kembali kepada Tan Sri Isa. Cuma, bersediakah Mohamed Hassan menyerahkan Kerusi empuk Menteri Besar neferi Sembilan kepada Tan Sri Isa? Mohamed Hassan yang kelihatan seperti tidak ceria dengan pemilihan Isa sebagai calon UBN di Bagan Pinang. Tidak pasti pula, kalau dia amat gembira bila Isa menang besar di Bagan Pinang.

Apakah perlu antara ketiga-tiga Naib Presiden Zahid, Hishamuddin atau Shafie Afdal bersedia melepaskan jawatan 1 Naib Presiden kepada Tan Sri Isa. Ini kerana penyertaan Isa dalam pertandingan Naib Presiden sebelum ini di atas padang yang tidak sama rata. Isa masih berbau busuk lantaran palitan rasuah oleh lembaga Disiplin UMNO. UMNO mesti berubah.... mesti berubah.... Pastinya Tan Sri Isa bagaikan harimau lapar yang terlepas kandangnya. Tan Sri Isa akan terus mara. Jangan cuba dihalang. Kawan ataupun lawan...

Wednesday, October 14, 2009

Seminar Menangkis Kejahatan Makhluk Halus

[Kaedah Merawat Santau, Saka, Sihir dan Susuk]

1. Muqadimmah

Firman Allah yang bermaksudnya:

Dan mereka (orang-orang musyrik) menjadikan jin itu sekutu bagi Allah, padahal Allah-lah yang menciptakan jin-jin itu, dan mereka membohong (dengan mengatakan): "Bahwasanya Allah mempunyai anak laki-laki dan perempuan", tanpa (berdasar) ilmu pengetahuan[495]. Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari sifat-sifat yang mereka berikan.

Manusia dan jin dijadikan oleh Allah untuk mengabdikan diri kepada Allah. Namun demikian, ramai manusia yang ingkar kepada titah perintah Allah dengan cara melakukan kerosakkan. Begitu juga jin, mereka yang jahat selalu melakukan kerosakkan dan mengganggu manusia sehingga menyusahkan hidup manusia.

Akhir-akhir ini, Kinabatangan digegarkan dengan banyak kes rasukan yang berpunca daripada 4S iaitu Santau, Saka, Sihir dan Susuk. Bahkan serangan ini bukan sekadar menyerang individu tetapi juga menyerang dalam bentuk kumpulan seperti mana yang berlaku terhadap beberapa buah sekolah di daerah ini. Beberapa orang perawat daerah ini terpaksa berkerja lebih untuk membantu para pesakit sehingga rutin hidup mereka juga turut terganggu.

Gangguan jin ini mudah terkena kepada kita kerana benteng (pagar) diri yang lemah, kadang-kadang tidak ada langsung. Ianya memudahkan berlakunya gangguan. Hari ini, manusia sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk memagar rumah mereka demi menjaga keselamatan mereka tetapi jarang yang menyediakan kewangan untuk memagar diri mereka daripada gangguan makhluk halus yang sentiasa bersedia mengganggu manusia.

Sehubungan dengan itu, Persatuan Guru Pendidikan Islam Kinabatangan [PGPIK] dengan kerjasama JHEAINS Kinabatangan telah mengambil inisiatif menganjurkan KURSUS RAWATAN ISLAM [Kaedah Merawat Santau, Saka, Sihir dan Susuk] demi mewujudkan bi’ah salimat dalam kehidupan harian kita.



2. Objektif

2.1 Membantu masyarakat memahami kaedah-kaedah menangkis kejahatan makhluk halus

2.2 Melatih dan Melahirkan perawat-perawat yang mengamalkan kaedah perubatan Islam menggunakan ayat-ayat suci Al-Qur'an dan doa-doa terpilih

2.3 Menyediakan perawat Islam yang menepati Syariat Islam pada setiap kampong dan jabatan bagi menangani masalah gangguan di tempat masing-masing

2.4 Membersihkan amalan-amalan khurafat dan ajaran sesat dalam pengamalan perubatan Islam

2.5 Sebagai wasilah penerusan ilmu daripada tuan guru kepada pelatih/perawat dengan harapan ilmu perubatan yang diijazahkan kelak akan digunakan untuk membantu masyarakat

2.6 Membuka medan dakwah melalui rawatan Islam

2.7 Meringankan bebanan ahli-ahli agama dan membuktikan ajaran Islam sesuai untuk semua kelompok manusia

3. Anjuran

Persatuan Guru-Guru Islam Kinabatangan (PGPIK) dengan kerjasama JHEAINS Kinabatangan

4. Pengendali

Ust Sarhan Safie Al-Tobibi dan 3 orang pembantunya

(Perawatan Kaedah Islam Tersohor)

5. Tarikh

31 OKTOBER hingga 01 November 2009

6. Tempat

Bilik Mesyuarat Jabatan Perhutanan, Kinabatangan

7. Sasaran Peserta

Seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada;-

7.1 Wakil-wakil jabatan terutama institusi Pendidikan

7.2 Wakil-wakil masjid dan kampong

7.3 Pimpinan masyarakat

7.4 Belia dan beliawanis

8. Yuran Penyertaan

Enam Puluh Ringgit Sahaja (RM60 seorang )

[Fail, sijil dan bahan Kursus]

9. Syarat-syarat Peserta

9.1 Terbuka kepada semua yang berusia tidak kurang dari 18 tahun (lelaki & perempuan)

9.2 Boleh membaca Al-Quran dengan lancar dan baik

9.3 Tidak merokok

9.4 Tidak mengamalkan ilmu yang bercanggah dengan syariat Islam

10. Cara pendaftaran

10.1 Peserta terawal mendaftar akan diberi keutamaan sekiranya peserta melebihi target penganjur

10.2 Peserta yang sah ialah peserta yang telah membayar yuran penyertaan dan diakui oleh pihak penganjur

10.3 Peserta tidak dibenarkan menarik diri setelah membuat akuan setuju untuk menyertai seminar ini.

10.4 Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan Ust Zaidi (019-5850151) dan imam Kadir Jailani (013-8920513)

11. Penutup

Kami amat berharap program yang dirancangkan ini dapat direncanakan dengan jayanya. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Semoga munafaat kursus ini dapat ditebar luaskan demi kemaslahatan umat manusia dan juga kesejahteraan makhuk-makhluknya.

Disediakan Oleh

Ust Mohd Zaidi Mustafa

Pengerusi

Persatuan Guru Pendidikan Islam Kinabatangan (PGPIK)

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008