Saturday, September 26, 2009

Berlalunya Ramadhan.......

Berlalunya Ramadhan bukan bererti kita terpisah daripada tarbiyyah Ramadhan yang telah kita lalui selama sebulan. Dalam tempoh sebulan itu telah banyak didikan rohani dan jasmani yang telah kita tempohi dengan sabar dan keimanan. Kita harapkan didikan Ramadhan masih dapat kita amalkan sekalipun dalam suasana yang berbeza. Semoga Allah terus memebri kekuatan kepada kita.

Friday, September 18, 2009

Begini Pemimpin Yang Kita Cari

Pemimpin berjiwa rakyat. Pemimpin yang tidak kekok untuk membuat kerja-kerja kebajikan. Bukan pimpin yang disambut bagaikan malaikat yang turun ke dunia. Inilah Datuk Seri Nizar Jamaludin

Berjiwa Rakyat - Dato Seri menghulur tangan untuk sama2 menolak lori yg membawa lembu yg telah terbenam tayar

ni la contoh pemimpin yang disukai ramai...

Orang Sandakan Kena Skodeng

Penulis sudah larut dengan suasana yang berlaku di sekitar Sandakan. Kekadang rasa seperti tidak kisah lagi. Hanya cegah dengan hati yang melambangkan selemah-lemah iman. Atau penulis sudah hilang iman seperti mana mereka yang tidak puasa dan makan secara terang-terangan tanpa rasa. Pasar Ramadhan dibuka seawal jam 10.00 pagi. Tidak logik untuk juadah berbuka puasa. Sibuk sangat ke penduduk Sandakan berbanding penduduk Kuala Lumpur? Padat sangat ke penduduk sehingga terpaksa membeli awal untuk berbuka bagi mengelakkan orang berasak-asak membeli?

Soal penguatkuasa agama JHEAINS, semua orang tahu.. keupayaan kuasa dan tenaga mereka cukup terbatas. Sekarang masyarakat luar menyuluh Sandakan. Tak malukah kita?

ikutilah tulisan ini, Tajuk : Sehari di Sandakan-Pemandangan Yang Tidak Pernah saya Lihat dan mungkin anda Juga


Sementara menantikan penerbangan balik ke KK jam 2.20 ptg tadi, saya sempat berjalan-jalan di sekitar bandar Sandakan yang pertama kali saya sampai ini. Seperti dimana-mana bandar samada di Sabah atau di semenanjung, keadaan hari ini begitu sesak ketika ramai yang keluar membeli belah bagi persiapan Aidilfitri. Kenderaan berasak-asak, ditambah pula dengan penutupan beberapa batang jalan disekitar bandar kecil ini.
Beberapa perkara yang menarik perhatian saya pagi tadi. Pertama, Pasar "devider". Belum pernah saya temui sebelum ini, pembahagi jalan dijadikan tempat untuk berniaga oleh peniaga-peniga kecil. Mungkin bagi penduduk tempatan perkara sebegini sudah menjadi kebiasaan, tapi bagi saya adalah sesuatu yang baru ...

Dan yang paling menarik dan agak terkejut saya dibuatnya ...., lihat saja gambar di bawah ini yang diambil sekitar jam 11.00 pagi di sebuah restoran makanan segera terkenal. Apabila ditanya dengan pekerjanya, katanya pemandangan sebegini adalah perkara biasa ... Masyaallah ... Apa sudah jadi? Nak dikatakan non-muslim kenapa ia bertudung???

Adik ini dalam lingkungan 13-14 tahun bersama mungkin kakak atau ibunya ... tapi bagaimana yang di bawah ini ???


Termasuk suaminya (tiada dalam gambar)

Kalau yer pun "tak dapat berpuasa" kenapa mesti makan di sini ... Mana Majlis Agama Islam Sabah? ...

dan ikuti komen ini:

Salam.

Saya pernah berkhidmat di Sabah selama 7 tahun.

Tahun pertama menjalani ibadah puasa di sana terasa amat sukar dan sedih lebih-lebih lagi kali pertama berjauhan dengan keluarga.

Suasana yang paling memeranjatkan adalah serupa dengan paparan oleh mimpi senja.

Ini bermakna telah berbelas tahun saya kembali ke Semenanjung nampaknya ianya masih tidak berubah.

Wahai pemimpin-pemimpin UMNO yang masih mengaku memperjuangkan kesucian agama Islam , ke mana kamu selama ini sehinggakan fenomena ini masih tidak berubah.

http://mimpi-senja.blogspot.com/2009/09/sehari-di-sandakan-pemandangan-yang-tak.html

#Marilah kita mengambil langkah terbaik untuk menjaga maruah Islam, penduduk beriman setempat dan Sandakan. Sebarkan dakwah dan bertindaklah dalam bidang kuasa dan kemampuan masing-masing

Thursday, September 17, 2009

Kita Bakal di tinggalkan Ramadhan

Mungkin sehari sahaja lagi kita akan berpuasa bersama madrasah Ramadhan Al-Mubarak. Ramadhan bakal meninggalkan kita. Pergi dengan penuh kebaktian, keberkatan, kerahmatan dan kesejahteraan. Itulah hakikat hidup dan resam dunia. Tiada suatu pun yang kekal akan kita miliki. Apa yang penting bagi kita, sejauhmana kita memunafaatkan kedatangan Ramadhan dalam kehidupan kita. Rahmat dan keberkatan ramadhan yang menyamai seribu bulan melalui Lailatul Qadar telah singgah atau tidak pada jiwa dan iman kita?

Madrasah Ramadhan yang mendidik jiwa-jiwa kita melalui tadarus Al-Quran, berpuasa dari perkara-perkara yang membatalkan puasa atau yang boleh mengurangkan pahala berpuasa, solat Teraweh, tazkirah Ramadhan, solat berjemaah, bersadaqah, zakat fitrah, iftar jamaie, sahur dan aneka lagi program-program Ramadhan bermatlamat mendidik jiwa-jiwa supaya mengabdikan diri kepada Allah.

Ganjaran yang besar kepada penderma bagi mengikis sikap bakhil seterusnya membuang sikap cintakan dunia dan pentingkan diri sendiri serta tamak haloba sehingga mengetepikan soal-soal adat dan ibadat dalam mencari rezeki.

Zakat fitrah bakal memastikan diri kita mengingati kepayahan orang lain walaupun kekadang kita merasakan kita juga layak menerima zakat. Tetapi utamakan orang lain adalah sikap para sahabat Nabi SAW. Keluarkan juga zakat walaupun dalam kepayahan. Suatu paksaan yang menjadikan manusia lebih berdikari dan berusaha untuk menyumbang bagi yang miskin. manakala bagi yang kaya, ianya merupakan suatu pembersihan dan penyuburan terhadap rezeki yang diraih selama ini. Semoga dalam kesibukan kita, kita tidak memandang remeh atau terleka dengan zakat fitrah.

Kesimpulannya, kita mengharapkan Ramadhan kami ini mencapai matlamatnya ataupun sekurang-kurangnya melonjak biarpun sedikit iman kita jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini. Sesuai dengan ayat yang mewajibkan berpuasa supaya kita bertaqwa kepada Allah SWT. Mudah-mudahan Ramadhan ini mendatangkan seribu erti dan kesan madrasah Ramadan dan kita masih dapat bersua lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

Tuesday, September 15, 2009

ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '

Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri,
jangan berkata apa-apa pun semasa azan
Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan Banyak fadhilatnya
. Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri.

Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'

semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'


Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..


Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dila ungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dila ungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dila ungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar!

Wednesday, September 9, 2009

Aku Kaya,,,,,,,,,, kalau benar??

Artikel ini kunukilkan hasil pengalaman peribadi yang sering dihidangkan dengan skim-skim,perniagaan-perniagaan dan bermacam-macam cadangan untuk menambah pendapatan. Kadang-kadang susah juga untuk memberi respon, takut kawan terasa hati. Maka, ku nukilkan untuk kalian sebuah Kisah benar........

Aku Kaya..... Kalau benar

Dalam payah lelah mencari senang
Nasihat,godaan dan pujukan aku terkenang
rezeki terbentang luas berenang-renang
menunggu aku yang masih gabra dipinang

Bukan susah, senang diatur
Pulangan Puluhan ribu, modah hanya beratus
Jutaan RM, kalau berani tak takut mampus
skim, saham bumiputera usaha bela status
Bangsa Melayu, Islam mesti dikasi bagus
Barulah...........

Aku Kaya ..... kalau benar...
Kelmarin Bank kirim cek RM3900.00
Ada kawan adikku sampai RM30,000.00
Duit Raya, bulan jatuh ke riba
kad kredit mahu dipotong segera
Biar benar....bank sudah tiada kerja
Duit diberi sebarang saja.....

Aku Kaya..... kalau benar
lemak manis suara dinda
dari Kuala Lumpur menelefon dia
jointventure Kementerian Asas Tani sudah sedia
ternak lintah, cacing dan tanam lada
modal diberi, asalkan jumpa dinda
Modal RM5,000 hasil RM20,000

Aduh!!! dinda.....
Kanda tiada tanah walaupun sekangkang kera
Kanda cikgu cabuk tidak pandai berniaga
ehh... ehhh... darimana dapat nombor telefon kanda?
Jabatan pertanian, survey dan memang itu minat kanda!!
serius dan yakin jawapan dikemuka

Aku kaya.... kalau benar...
membeli RM36 refund RM2 sebulan
sepanjang hayat ianya berjalan
besar lagi pembelian, meningkat lagi pendapatan
sekadar membeli sambil makan
10% kos iklan diberi kepada pelangan
Cuma..teruskan cari orang pujuk kawan
Bila ditanya, mana barang?
Syarikat sekarang menumpu kepada iklan
Banyak bersabar Tuhan sayang

Aku Kaya..... kalau benar...
WANG PERCUMA, cukup dengan tandatangan
Semuanya diatur, kita hanya tadah tangan
RM31,000 sumber RM40,000 pinjaman
RM3,000 kos pengurusan danRM6,000 modal pelaburan
Bank di Singapura besar keuntungan
cukup menampung bayaran bulan-bulan

Aku Kaya.... Kalau benar
7 kali simkadku kena cabutan
tawaran hadiah bukan alang-alang
masukan dulu wang dalam buku simpanan
hadiah lumayan menyusul kemudian
Cuma tinbul pula persoalan
Bila pula aku masuk peraduan??


Aku Kaya.... kalau benar,
kalau dari dulu aku menderma
akaun berantai dari penama ke penama
alasan membela bumiputera terainaya
pulangan hebat kepada penama pertama

Aku Kaya kalau benar
RM500 dipusing menjana RM50,000
Iklan tersebar di akhbar harian
dijaja dan dijadikan bukti kesahihan
ramai terpersona sebab promoternya kawan
kalau gagal pun, biasalah pelaburan
sekadar RM500, apalah nak disayang
kalau dapat menyesal tidak menyumbang
itulah anggapan

Aku juga Pelik,
Siswazah pendidikan tinggi juga terjebak
cagaran bank slip gaji berasak-asak
orang kampung bagaikan sudah mabuk
jual tanah dan terus jadi sibuk
rebah tersungkur, tidak juga serik

Kesian sungguh mangsa yang dicekik
tanpa rasa bersalah dosa melekik
merampas harta secara fasik
senyum manja berpura-pura baik
sasaran keluarga dan kawan yang rapit
andai ditolak dianggap lokek

Cukuplah.......
mencari halal ajaran nabi
mari berkerja hidup berdikari
bertimbang rasa terhadap tugas hakiki
maksimumkan halal kalau sudah bergaji
tepati janji keringkat dikerahi
biar sedikit asalkan diberkati
yakin percaya apa yang Allah janji
setiap yang lahir tersedia sudah rezeki
Tinggal berusaha...Fan tasirul fil ardi

Bagi yang membaca cetusan diri ini
Tiada berkenaan dengan yang hidup atau sudah mati
bukan niat mengherdik tetapi mengingati
kita manusia ada perasaan punyai hati
ketika lemah senang dipengaruhi
kekadang keras, ungkapan menyakiti hati
terimalah dengan redha juga buat diri sendiri
Salam ramadhan, mohon dosa diampuni
Dari Tuhan Rabbul Jalil Maha Mengasihani

Saturday, September 5, 2009

Muzakarah Perlukan Adab

Belum lagi reda dengan isu kepala lembu, Kerajaan Selangor dengan berani dan bertanggungjawab telah mengadakan sesi dialog dan penerangan bersama penduduk Seksyen 23 Shah Alam. Langkah ini penting untuk Kerajaan Negeri Selangor menjelaskan kepada penduduk seksyen 23 keadaan yang sebenar dan kewajaran tindakan mereka. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Exconya Yb Rodziah dan Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad secara serius turun berhadapan dengan rakyat. Jarang berlaku kepada kepimpinan yang sbelum ini. Apa lagi isu pemindahan kuil ini adalah tugasan kerajaan Selangor yang tidak diselesaikan oleh kerajaan sebelum ini.

Namun agak mengecewakan kita dan juga penganut agama lain. Menteri Besar, Exco dan ahli parlimen dihamburkan dengan cercaan, kata nista, ejekan dan kelakuan yang bertentangan ajaran Islam. Perbuatan pejuang Islam (kononnya mempertahankan kawasan supaya tidak terbina kuil di tempat mereka) telah menghiris perasaan masyarakat yang beragama lain dan memberi gambaran buruk kepada Islam. Ini menyebabkan ada masyarakat Hindu mula mengungkit tentang kesanggupan mereka mendengar azam 5 kali sehari selama ini. Tengok...... bunga-bunga permusuhan sudah mula terpercik. Bukan kita takutkan risiko tetapi tepatkah dari segi agama, cara kita bertindak?

Melihatkan kepada adab bermuzakarah dan kesediaan Kerajaan Selangor berbincang tetapi kekacauan yang pulak yang dibalas memperlihatkan kepada kita, mereka ini bukan pejuang agama yang berlandaskan ajaran agama. Paling tidak hormatlah kepada majlis dan hasrat perbincangan. Berilah hujah-hujah yang rasional sesuai dengan kesediaan Kerajaan berbincang dan membuka ruang kepada kita. Demonstrasi bila ruang rundingan ditutup. Isu agama juga sepatutnya diambilkira apalagi masyarakat Hindu dan agama lain turut berada disitu. Lihat aksi mereka. Apa sebenarnya yang dicari?



Penulis setuju sangat dengan isi surat terbuka Yb Khalid Samad kepada penduduk eksyen 23 Shah Alam, bahawa beliau bersedia kalah dalam Pilihan Raya yang bakal tiba oleh kerana isu ini. Baginya sekiranya itulah kehendak pengundi, apakan daya? Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada Ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu. Seperti kisah seorang raja Islam di Mysore, Bangalore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu (Tippu Sultan). Rakyatnya terdiri daripada orang Islam, Hindu dan Sikh. Hingga ke hari ini rakyat India masih menceritakan mengenai pemerintahan beliau yang berasaskan Islam sebagai sebuah pemerintahan yang adil

Friday, September 4, 2009

Iftar Ukhwah

Rutin dan amalan warga PASTI Kinabatangan setiap kali menjelang dan berlalunya Ramadhan. Iftar Jamaie untuk mengikat ukhwah akan diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun di PASTI Darul Ulum. Ramadhan kali ini tidak kurang juga sambutan daripada ahli usrah. Seramai 43 orang warga telah hadir memeriahkan iftar ukhwah pada kali ini.

Antara kegembiraan orang berpuasa ialah ketika berbuka puasa. Tengok tu! Senyum

Program bermula dengan majlis berbuka puasa dengan sama-sama menikmati hidangan kuih muih yang masing-masing dibawa oleh jemaah. Selepas itu, solat magrib berjemaah. Selepas solat magrib, baru bermulalah makan berat. Makan disediakan oleh Ust Fuad. Istimewa, udang besar, Udang sungai Segeliud, Kinabatangan. Alang-alang bah! Nasi tomato.

Selepas solat Insya', solat teraweh dan witir telah diimamkan oleh Ust Razak dan Ust Fairul.Moreh masih ada, sambung lagi sambil berbincang beberapa perkara yang belum dapat diselesaikan sebelum ini kerana kesibukan masing-masing. Inilah masa yang terbaik untuk mengumpul dan berbincang. Ini kerana sebelum ini, kami berhambur berteraweh di masjid-masjid dan surau bagi menunaikan kewajipan kepada masyarakat dan Allah SWT.

Makan sekadar ibadat, perut sendat
Kuih yang beraneka jenis; Ujian dalam beribadat

Belumpun habis bermuzakarah, Kami didatangi oleh empat orang kristian. Mereka mohon bantuan, anak mereka kerasukan, diganggun jin. ehh!jin ni bulan puasa pun buat kerja tak senonoh juga. Nama dia jin. beberapa orang sahabat berkejar ke sana. Sekadar catatan untuk ingatan warga PASTI yang masih ada dan telah kembali ke negara asal. Kenang-kenanglah kami dalam ingatan kalian.

Wednesday, September 2, 2009

H1N1: Doa Wabak Penyakit

Penyakit selsema Babi terus mengganas. Kematian angkara H1N1 terus meningkat. Sudah banyak sekolah yang ditutup. Topeng juga turut laris. Kebimbangan kita sudah sampai ke tahap gabang. Kita dicegah supaya tidak biasakan diri dengan tempat keramaian. Persoalannya bagaimana dengan pekerja-pekerja yang selalu berhadapan dengan orang ramai? bagaimana guru mahu berhadapan dengan ribuan pelajar. Bertopeng? Pengajaran dan pembelajaran akan terhalang. Halangan komunikasi. Murid pun takut melihat gurunya cuba mengelak diri dari jangkitan penyakit. Mungkin yang dibimbangi itu dari pelajar.

Bagaimana pula pekedai atau pekerja pasaraya? Sentiasa berhadapan dengan ribuan pelanggang. Macam-macam ada. Selamat ke mereka? Musim perayaan dan jualan murah mengundang puluhan ribu manusia. Berasak-asak untuk membeli persiapan hari raya. bagaimana pula, hadir ke masjid untuk solat teraweh? Tidak bimbang ke? Perlu pakai topeng juga ke? Imam macammana?

Mudahnya, jangkitan penyakit ini terdedah pada bila-bila masa, kepada sesiapa sahaja. Cuma yakinlah ajal maut, sakit sihat, tua mudah, semuanya datang daripada Allah SWT. Oleh itu marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah SWT semoga Allah menyelamatkan kita daripada bala bencananya dengan cara berdoa.Setelah kita berusaha dan berdoa, kita bertawakallah kepada Allah. Semuanya atas iradah dan inayahNya. Kita buat tugasan kita. Kalau kita ditakdirkan kita meninggal dunia kerana penyakit ini, kita redha kerana ini hanyalah sebab musababnya. Namun hakikatnya, itu semua adalah ketentuan Allah sejak azali lagi.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008