Wednesday, December 3, 2008

Balik Kampung

Malam terakhir 2008 di bumi Sabah. Itulah yang kurasakan, bilamana, Insyallah pagi esok,kami sekeluarga akan kembali ke bumi kelahiran, Kelantan Darul Naim. Hanya untuk seketika menjenguk keluarga dan tanah air tempat bermain. Esok pagi kami sekeluarga akan berangkat. Anak-anak seperti tidak sabar untuk jumpa atuk, nenek dan pakcik mak cik mereka. Dari tadi ikut aje, mana aku pergi. Takut ditinggalkan.

Nak naik kapal kebang
.....suara yang selalu kudengar dari anak keduaku sejak dari bulan November lagi.Mungkin saat mereka semakin dekat,lama menunggu aku dan isteri mengemas, mereka tertidur. Aku pula mengambil kesempatan untuk mencorek sesuatu di laman ini sebelum berangkat ke kampung. Maklumlah, dikampung tak de streamxy. Sudah dipotong, tak de hardcore yang mengurus. >Osama menerima sijil Tamat Transisi

Mewakili kumpulan menerima hadiah sukaneka transisiMenerima anugerah Tokoh Transisi Lelaki 2008 daripada Guru Besar En Sabril Ludin
Bersama Tokoh Transisi Perempuan 2008 [Siti Shafikah Jibrah]

Tiada apa yang nak dikongsi. Hanya perturunkan gambar awal tahun anak sulungku Osama Laden di awal persekolahan Tahun Satu atau Transisi.

Pada kawan-kawan,Insyaallah,panjang umur kita jumpa 2009 untuk meneruskan perjuangan. Selamat Hari Raya Aidil Adha dan Selamat berbahagia bersama keluarga.

Kepada sahabatku Ust mujahideen,Ishar, sahar,Ust Mahathir, Wahid, Abg Ramlan, Mustaman dan pejuang-pejuang kental.Teruskan perjuangan kalian. Sesungguhnya, aku berbangga dengan semangat dan keupayaan Kalian. Teruskan.

Tuesday, December 2, 2008

Mandi Wiladah dan nifas

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.

Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.

Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.

Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing

Tahniah Imam Jalpah

Kami mengucapkan tahniah kepada Imam daerah Kinabatangan Tuan Hj Jalpah Sani kerana telah mencipta rekod Kinabatangan. Kelmarin, Tuan Hj Jalpah telah dikurniakan 3 orang puteri kembar di Hospital Likas, Kota Kinabalu. Ketiga-tiga puteri kembar beliau dikhabarkan sihat dan masih ditahan di hospital.

Kelahiran bayi ke 8,9 dan sepuluh ini menjadikan tuan haji mempunyai sepuluh orang anak. 5 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Sebelum ini, 2 orang anak perempuannya adalah yang sulung dan yang bongsu.

Syukur juga kepada Allah kerana memberi kesihatan kepada bayi-bayi dan Puan Sabturiah.

Saturday, November 29, 2008

Legeh: Negatif yang Harum

Legeh kampungku sering menjadi trademark kepada pendalaman Kelantan. Bila sebut sahaja asal atau tinggal di kampung Legeh, rakyat Kelantan akan menggambarkan ulunya tempat ini. Bahkan ada yang mengatakan ianya berada terperusuk pendalaman Kelantan. Gua Musang, jauh.... sakit taun dan bermacam perkara yang negatif.

Pengalaman aku secara peribadi juga cukup melukakan. Bila sahaja aku memasuki alam menengah dengan bersekolah di SMU(A) Al-Sabirin, Ayer Lanas.Budak-budak Ayer Lanas mengutuk aku....budak Legeh darat (ketinggalan zaman), pejabat pos tiada ada, sekolah menengah tidak ada, ada klinik pun klinik bidan je....mandi sungai dan bermacam cercaan yang menghina kampung kelahiran ku. Namun anak Legeh buktikan, 2 tahun aku menjadi Ketua Murid di sana.Itu yang berlaku antara tahun 1987 hingga 1994
Biasanya aku balik kampung nenek saudara ku di Wakaf Bharu.Bila berjumpa dengan orang-orang tua di sana, mereka tanya ibuku atau kami. Pertanyaan yang menimbulkan tanda tanya. Eehhh... oghe bukit kelik bila...?(dengan pelat Siam). Kenapa mereka panggil kami orang bukit.Bukit apa? Macam orang utan kami ini.

Bila aku masuk ke universiti,ku ingat kampungku akan menjadi asing ataupun orang tidak kisah sangat tentang nama kampungku. Ketika tahun 2 di Universiti, aku bersama pimpinan Mahasiswa Kelantan (PMKUM) melakukan ziarah dari kolej ke kolej untuk bertemu mata dengan anak Kelantan disetiap kolej. Sebelum kami masuk ke bilik pertemuan itu... terdengar mahasiswa baru... budak Kelantan berebut selipar... maka akan yang menegur... ” Jangan buat perangai darat supo oghe Legeh gak”. Tersentak aku mendengarnya. Kutuk aku ke? Bila budak ni kenal aku? Aku cuba mencari budak mana yang bersuara tadi. Yea... aku cam tapi aku tidak pernah kenal dia. Dalam bilik pertemuan itu, aku selalu memerhatikan budak itu...sah aku tak kenal. Selepas majlis tersebut aku dekati pelajar itu. Berkenalan. Aku ingin dapat kepastian, berapa kali dia pergi Legeh. Sah tidak pernah pergi. Dengar cerita orang sahaja.

Pernah semasa aku Tahun 4 di Universiti, aku menemani sepupuku menerima kakitangan JAKIM yang baru dipostingkan. Kami berkenalan. Bila aku beritahu aku berasal dari kampung Legeh. Dia mula buka cerita. Dia selalu pergi kampung Legeh. Pergi ambil atap cucuh, eeii...bukit tinggi. Pernah lori yang dia naiki tersangkut dan terkubur di dalam tanah. Jalan masih tanah merah. Jauh naik lori baru sampai. Atas lagi dari Gua Musang. Aku cuba membetulkan fakta bahawa semua itu tidak ada dikampung ku. Eeih... kawe gi sokmo, buke sekali dua kawe gi. Hatiku mula panas.. bohong... atap cucuh mana ada kampungku. Orang kampung Legeh pun tak kenal atap cucuh. Jalan kampung kami ditar sampai ke kebun getah. Bukan area Gua Musang. Sah.... salah sangka dan gambaran buruk tanpa bertunjungkan fakta.

Itulah antara peristiwa yang ku alami kerana nama kampung ku. Penghinaan ini menyebabkan aku meminati sejarah. Perasaan ingin tahu menyebabkan aku sering bertanya dan mencari bahan terutama yang berkaitan kampungku. Mungkin ini antara hikmat Allah jadikan ini semua.

Beberapa penjelasan dari orang-orang lama kampungkusejarah)
Orang darat (tidak bertamadun) dan orang bukit
Kampung ku ini dikelilingi oleh dua bukit besar, iaitu bukit Kemahang dan bukit Susun. Kampungku berada ditengah-tengah. Sempadan dengan Air Lanas, Air Satan, Air Canal, Air Naga dan Kg Gemang di seberang bukit.
Kedudukannya agak tertutup dan terputus dengan kampung-kampung lain. Ancaman gajah memang diakui. Tidak salahlah kalau dikatakan tempat gajah tendang”. Gajah memang selesa tinggal ditempat yang dikelilingi air. Gajah-gajah ini akan mengganggu dan memakan tanaman-tanaman orang kampung.Hanya mereka yang tahan diuji sahaja yang boleh tinggal di kampung Legeh ini. Ancaman gajah ini turut melibat Ayer Lanas pada awal pembukaan tanah. Ayer lanas merupakan Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) yang pertama dalam negara. Ianya dilancarkan oleh Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Al-Haj. Penanaman getah sering diganggu gajah.
(gambar)
Raja Ibrahim Raja Ismail

Legeh mempunyai kisah tersendiri. Pada zaman Allahyarham Ayah Mat menjadi penghulu, kampung ini menjadi tempat perlindungan orang-orang yang terainaya dan penduduknya yang sepakat. Allahyarham Ayah Mat mempunyai kelebihan tersendiri bila dia boleh memanggil bintang hutan terutama gajah bila diperlukan. Justeru itu, sekiranya orang datang untuk mendapat perlindungan di Legeh, nescaya tidak akan ada yang berani yang datang mengacaunya. Ini termasuk yang kahwin lari dan sebagainya. Mungkin dendam orang-orang yang penakut tadi,mereka membalas dendam dengan memburuk-burukkan Legeh.
Selepas Ayah Mat, anak saudaranya Ayah Him mengambil alih pentadbiran. Beliau pernah mengadap Sultan Kelantan meminta Al-Sultan mengawal samseng yang terkenal ketika itu dari masuk ke kampung Legeh. Jika tidak, penduduk Legeh akan tembak samseng-samseng itu.

Pada zaman komunis mengamuk,ramai antara mereka yang lari dan berlindung di Legeh. Mereka ini kembali ke kampung asal setelah tamat ancaman komunis.(Yang ada sekarang bukan keturunan pengecut).

Itu kisah dulu-dulu. Kisah yang dikutip dari mulut ke mulut dari orang-orang tua. Mungkin itulah sebabnya Legeh begitu terkenal. Aku tidak kisah. Pastinya antara punca rezeki aku kerana nama kampung aku. Semasa temuduga KPLI, penemuduga melihat kad pengenalan aku. Minta aku ceritakan asal kampungku. Tambah soalan-soalan lain yang mudah. Aku lepas dengan mudah. Itulah nikmat Allah. Lagi banyak hinaan, cercaan lagi banyak rahmat yang Allah tambah.

Apa gunanya kemodenan, kalau semuanya kita meniru orang. Apa gunanya pembangunan kalau kita hanya pencuci tahi pembangunan sedangkan yang menghisap manis pembangunan orang asing. Apa gunanya tinggal di kampung ternama, kalau kita hanya menyewa stor barang di tepi longkang. Apa gunanya hidup, kalau hanya mengejar fotomargana.....

Posting tentang kampungku akan menyusul kemudian... dengan lebih menarik.Legeh Tunggu kepulanganku

Thursday, November 27, 2008

Disember Bulan Bermadu Kasih

Alhamdulillah…cuti sekolah masih berjalan. Pastinya bermacam aktiviti yang dilakukan oleh pelajar dan mereka yang turut bercuti sempena cuti sekolah. Acara yang paling popular dimusim tengkujuh ialah majlis perkahwinan. Sana sini kita menerima untuk hadir ke majlis walimah kawan, keluarga,jiran dan mereka yang bakal menautkan kasih sayang. Tengkujuh yang sejuk inilah paling laris. Sesejuk hati pasangan yang ditaut hatinya, sesenyum ibubapa yang menerima menantu. Seseronok adik-adik yang mendapat abang atau kakak baru dalam hidup mereka.

Pastinya, ikatan yang terpatri kukuh melalui lafaz ijab qabul ini,menyelamatkan pasangan dua sejoli dari godaan syaitan,iblis dan manusia yang khianat. Bersyukurlah.... sekurang-kurangnya anda ada juga yang sayang dan sanggup diikat secara rasmi. Ibubapa tidak lagi perlu berfikir untuk menjaga anak gadisnya, terhindar fitnah,maruahnya meningkat. Tanggungjawab taklif mencari jodoh untuk anak perempuannya sudah selesai. Beruntung lagi kiranya mendapat menantu yang soleh. Menantu yang bukan setakat menjaga anak gadisnya tetapi boleh membawa anak gadisnya hidup ke arah maridhatullah dan bakal menghadiahkan cucu-cucu yang comel serta soleh.

Alhamdulillah, perkahwinan November Disember ini menyelamatkan hamba-hamba Allah daripada terjerumus ke kancah maksiat. Amat menakutkan kita dengan statistik yang dikeluarkan apabila sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan rupa-rupanya tanpa dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai lalu. Maksudnya itu adalah anak luar nikah.
Perkara itu didedahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR-Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat, semalam.

Menurutnya, data itu dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ekoran anak-anak yang dilahirkan itu tidak mempunyai sah taraf atau anak luar nikah.
"Pendaftar tidak boleh mencatat nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf atau luar nikah kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa."Ini selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 229," katanya.
Tambah Syed Hamid, di bawah peruntukan Seksyen 28 Akta 299, pendaftar berhak untuk mendapatkan maklumat sebaik mungkin berkenaan ibu dan bapa yang sah bagi setiap kelahiran yang hendak didaftarkan.

Dengan jumlah yang begitu besar, mungkin ada dari kalangan jiran,sahabat dan keluarga kita yang terlibat. Semoga Allah jauhkan kita daripada bala bencana ini. Jangan biarkan zina berleluasa,celaka kita nanti.
Oleh sebab itu, mudahkanlah perkahwinan, cepatlah nikah, susahkanlah maksiat, kedekutlah dalam pergaulan lelaki perempuan. Buatlah yang ikut syariat,bukan kehendak orang. Jauhilah niat untuk tunjuk lebih hebat.

Carilah keberkatan dalam musim tengkujuh. Jadikan tengkujuh bulan bermadu kasih. Sama ada yang sudah berkahwin atau baru berkahwin .Selamat berbahagia kepada pasangan-pasangan yang kesampaian hajat. Semoga bakal memproses anak-anak yang soleh, yang bakal menjadi pejuang-pejuang Islam yang akan mendaulatkan agama Allah.Bagi mereka yang belum kesampaian hajat. Sabar...jaga iman. Kalau ada jodoh tak ke mana.November Disember 2009 masih sejuk.Masih subur yang mendirikan masjid iman,kilang taqwa.
• Kepada Sahabatku Azlin dan Rozlin-
Selamat Pengantin Baru
Selamat Berbulan Madu
Semoga kalian berbahagia

Tuesday, November 25, 2008

Rindukan Kampung bah!!!!!!

Musim cuti sekolah sudah lama bermula. Kampung aku sekarang(di Sabah) menjadi sunyi sepi. Hanya kedengaran suaran cengkerik, katak dan sesekali suara anjing yang bercekarama. Jiran-jiran sekitar aku sudah lama meninggalkan penempatan sementara ini. Sunni sungguh. Tiada lagi suara senda gurau, suara tangisan anak-anak kecuali anak-anak aku, tiada lagi cadangan rancangan program, tiada usaha korban raya haji, tiada...tiada... yang adanya aku. Komputer dan anak-anaklah teman aku.

Yea... kadang-kadang sunyi itu indah. banyak masa untuk diri.Apa pun kampung halaman tetap dalam ingatanku. InsyaAllah, balik juga aku. banyak perkara yang hendak debereskan di kampung nanti. Itu perancangan bermain dikepalaku sekarang.jumpa keluarga, keluarga mertua,kenduri kahwin, aqiqah anak, urus sikit harta dunia,ziarah sahabat handai, jumpa kawan-kawan....eh... macam banyak. Sejauhmana dapat ku laksanakan. Dengar kabar, kampung hujan je sekarang..

Biarlah... asalkan berada di kampung.....




Setakat ini biasanya bila balik cuti,hujan lebat. Maklumlah dah kerap kali aku balik bercuti dalambulan 12.Musim tengkujuh. Jadi tak banyak aktiviti yang dapat dijalankan.Banyak tergendala. tambahan pula,banyak juga masa dihabiskan untuk ulangalik rumahku-ke rumah mertua walaupun biasanya masa banyak ku habiskan di kampung halaman sendiri.Hajat tahun ni banyak masaku untuk menziarahi kawan-kawan. Sudah 8 tahun di sabah ini sedikit sebanyak menjarakkan aku dengan kawan-kawan terutama kawan-kawan sepermainan. Apa lagi,bila masing-masing sudah berkeluarga, disibukkan lagi dengan permasalan kekeluargaan.

Tahun ini dan sebelum ini biasanya akhi Rafie mengatur untuk bertemu dan berbincang dengan kader- kader baru yang dibinanya. Tahun lepas aku terpaksa menolak kerana ada masalah yang tak dapat kuatasi. Pertemuan ini sedikit sebanyak dapat berkongsi peranan dan tanggungjawab terhadap Islam. Harapannya, dapatlah aku menyumbang walaupun sedikit disamping meningkatkan motivasi perjuanganku.

Semoga cuti aku kali ini lebih bermunafaat agama,keluarga, kampung dan diriku juga. Semoga Allah permudahkan segala urusan..Amin ya Allah...

Sunday, November 23, 2008

Pengebom Senyum, Syahid Senyum

Misteri Tanda Syahid

Tiada kata yang terucap melainkan kalimat takbir, Allahu Akbar, atas kondisi jenasah ketiga syuhada Bali. Betapa tidak, ketiga syuhada tersebut sangat jelas menampakkan tanda-tanda sebagai syahid seperti yang biasa ditemui di kancah peperangan, meski mereka 'tidak sedang berperang' melawan musuh Islam.

Setelah beberapa lama menunggu, akhirnya Kantor Berita Islam Muslimdaily.net mendapat ijin dari pihak keluarga, yang diwakili oleh Bp. Ali Fauzi, untuk mempublikasikan photo dua mujahid Bali yakni Amrozi dan Ust. Mukhlas. Bp Ali Fauzi berpesan agar photo ini disebarluaskan untuk memberikan bukti nyata atas misteri dan polemik yang terjadi ke atas Mujahid Bali, terutama Syuhada Tenggulun, terkait status mereka, apakah mati syahid atau tidak. Disamping itu memberikan hikmah nyata kepada seluruh kaum Muslimin bahwa perjuangan Islam yang mereka lakukan benar-benar ikhlas untuk tingginya kalimat Allah, dan bukan sekedar untuk aksi pamer.

Sebagaimana syuhada yang gugur dalam medan jihad, photo kedua syuhada Tenggulun terlihat tersenyum dengan barisan gigi yang terlihat rapi. Apalagi yang terjadi dengan Amrozi. Senyuman khas "The Smiling Bomber" yang seiring dengan kedua mata yang terbuka, terlihat seakan-akan bertemu dengan sesuatu yang membuat kagum. Mungkin sepasang bidadari yang menyambut ramah.
Kondisi tak jauh berbeda terjadi dengan jenasah Ust. Mukhlas. Ulama yang jago berorasi ini memperlihatkan senyuman dengan mata yang juga terbuka. Wajah bersih pun menjadi pertanda yang lain. Wajah bersih yang juga dimiliki oleh sang "Mujahid Hacker," Imam Samudera alias Abdul Azis. Imam memperlihatkan wajah tampan dan bersih, persis dengan kondisi Ust. Mukhlas.

Di samping analisis photo ketiga Mujahid Bali tersebut, keterangan dari lapangan makin memperkuat bukti bahwa ketiga pelaku aksi jihad tersebut adalah para Mujahidin, mereka telah memiliki niat yang tulus dan menemui kematian sebagai seorang syuhada. Berikut adalah bukti dan persaksian dari lapangan.

Salah satu pelayat yang kebetulan ikut hadir di kediaman Hj. Tariyem adalah Ust. Abdul Rachim Ba'asyir. Menyaksikan bahwa ketika keranda jenasah masuk dan kain penutup keranda dibuka, sontak tercium bau wangi yang menyebar ke seluruh ruangan. Kejadian ini sempat membuat keheranan para pelayat, karena didalam ruangan yang sempit tersebut udara sangat pengap dan pengunjung berjubel dalam satu ruangan. Bila merupakan wangi dari minyak wangi, tak akan mampu mengalahkan bau badan para pengunjung dan tidak akan dapat memberikan aroma dengan kadar wangi yang sama." Allahu Akbar. Itu bukan bau minyak wangi. Bukan. Tapi bau wangi dari asy syahid," kata beliau.

Selain itu, masih menurut Ust, Abdul Rachim, ketika kain penutup wajah dari Ust. Mukhlas di buka, terlihat jelas bulir-bulir keringat menempel di bagian muka. Kondisi yang sama yang terjadi dengan mereka yang masih hidup dan dalam kondisi kegerahan. Seakan Ust. Mukhlas merasakan kegerahan yang sama yang dengan kegerahan yang dialami oleh para pelayat beliau.

Sebagaimana dilansir oleh beberapa media nasional, seperti detik.com, nampak jelas terlihat fenomena datangnya tiga burung hitam di atas kediaman syuhada. Ketiga burung ini jelas bukan burung Gagak seperti yang banyak diberitakan di media, karena memiliki leher yang panjang. Mereka datang begitu saja berputar-putar selama kurang lebih tujuh menit, dan kemudian pergi berpencar. Dua burung hitam terbang ke arah Timur, mereka merepresentasikan diterimanya amalan jihad Ust Mukhlas dan Amrozi, dan satu burung hitam terbang ke Barat, sebagai pertanda syahid atas diri 'Mujahid Hacker' Imam Samudera. Fenomena datangnya burung hitam ini sempat membuat suasana haru dengan teriakan takbir para pelayat.

Seperti penuturan adik kandung Imam Samudera, Lulu Jamaludin, kakaknya menampakkan keanehan ketika akan dimasukkan dalam liang lahat. Bau wangi juga tercium dari jenasah Imam. Selain itu luka bekas tembakan peluru tajam terus menerus mengalirkan darah segar. Aliran darah ini keluar seperti yang terjadi dengan seseorang yang masih hidup ketika terluka. Masih menurut Lulu juga, wajah kakaknya lebih bersih dan tampan dari biasanya.

Kabar terakhir baru saja diterima oleh salah satu kru muslimdaily.net. Beberapa hari yang lalu, tepatnya tiga hari setelah pemakaman Amrozi dan Ust. Mukhlas, keluarga Hj. Tariyem meminta beberapa orang untuk menjaga makam. Hal ini dilakukan untuk menghindari dan menjaga hal-hal yang tidak diinginkan. Beberapa diantara mereka yang ikut jaga adalah Sumarno, Baror, Rosyidin, Mashudi dan beberapa santri pondok Al Islam Tenggulun Lamongan. Mereka mengatakan mencium bau wangi keluar dari dalam kubur (makam). Bau wangi yang sama saat mereka pertama kali membuka kain penutup jenasah syuhada. Namun, bau wangi ini bukan seperti bau dari minyak wangi yang biasa mereka pakai atau dipakai oleh orang kebanyakan.

Jelas sudah keterangan yang diberikan Allah s.w.t. lewat kebesaran-Nya. Meski banyak pihak yang membantah, memberikan suara sumbang, dan menggalang opini massa untuk memojokkan status para Mujahid Bali, serta membuat makar melalui kaki tangan aparat pemerintah, namun Allah berkehendak lain. Dan siapakah sebaik-baik pembuat makar ? (far/MD)http://www.muslimdaily.net/2231/Misteri-Tanda-Syahid-Amrozi-Cs-Terkuak.

Saturday, November 22, 2008

Udang Kg Bilit, Kinabatangan bersama Ust Abdul Ghani Al-Biliti

Kg Bilit memang masyhur sebagai antara pusat pelancongan di negeri Sabah.Kg Bilit menjadi tumpuan pelancong terutama pelancong asing kerana kg Bilit memang asing dari kampung-kampung lain. Ianya terletak dipinggir sungai Kinabatangan yang menghala ke laut.Jalan Sukau yang masih dalam proses penurapan (aspal) menjadi laluan utama. Dari Jalan Sukau, kita akan melalui jalan sukar kerana jalannya dikelilingi dengan hutan asli. Mungkin juga hutan simpan bagi memastikan keaslian kampung yang terkenal dengan monyet Belanda dan mata buaya.Kampung ini juga telah melahirkan seorang tokoh politik tanah air yang juga ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokthar Radin.
Anak-anak menghantar kami ke pengkalan

Aku masuk kampung Bilit atas undangan kawanku, Ust Abdul Ghani Al-Biliti. Seorang Warga pendidik yang hampir 5 tahun bermukim di Kg Bilit.Inilah pertama kali aku masuk ke Kg Bilit untuk melihat sendiri sahabatku yang pada mulanya merayu untuk dipindahkan di sekolah di luar atau di pekan atas alasan keselamatan dan kesihatan anak-anaknya, tetapi akhirnya menolak untuk pindah dan dipindahkan. Aku pelik dengan Ust Abdul Ghani ini.Apalah faktor yang menyebabkan beliau begitu sayang dengan kampung Bilit ini.Kalau hendak kata baik sangat kg Bilit ni ada mat Salleh, line telefon terpaksa digantung di dinding sekolah baru dapat sms.

Ust Abdul Ghani sedang mengangkat bubunya

Aku mengambil keputusan untuk pergi melihat sendiri keadaan beliau dan kampung kesayangannya.Aku bawa sekali keluargaku.Perjalanan sejam lebih (jalan belum bagus betul ketika itu)membolehkan aku sampai sebelum jumaat di situ. Solat jumaat di sana. Jemaah tidak cukup 40 orang. Orang kampung sikit.Terpaksa aku, cover dengan solat zohor pulak.Lepas solat zohor,kami bersembang dengan penduduk setempat.

Arus sungai Kinabatangan yang kami redah

Selepas makan tengahari, Aku di bawa oleh Ust Ghani ke sungai untuk menangkap udang. kami ke sungai dan menaiki bot yang dipandu oleh Ust Abdul Ghani. Mahir betul dia mengendalikan bot. seperti tidak percaya yang memandu itu Ust Abdul Ghani yang kukenali dulu. Macam orang sungai pula kurasakan dia.Kami terus mengangkat bubu demi bubu.Kalau tak silap dalam 30 lebih bubunya.

Sepanjang sungai Kinabatangan, banyak terdapat macam penempatan sementara, pondok atau chelet yang dihuni oleh pelancong-pelancong asing. Kesian betul aku tengok pelancong-pelancong itu. Jauh mereka datang mencari ketenangan. Tinggal di dalam hutan berpaya,berkawankan buaya, di bawah pokok seraya,yang biasanya dihuni oleh hantu raya. Mahalnya ketenangan bagi mereka.

Pada mulanya seram juga aku untuk mengangkat bubu.Maklumlah tempat yang digantung bubu itu macam lubuk buaya je.Namun demikian, bila bubu demi bubu yang diangkat, aku mula yakin diri. Mulalah aku angkat sendiri bubu dan menangkap undang-udang yang terdapat dalam bubu. Ust Abdul Ghani hanya membimbing aku cara memasang kembali bubu-bubu itu. lama juga,kami di atas bot. Petang baru kami sampai di pengkalan kg Bilit.Macam jauh juga perjalanan.

Aku...mengutip udang dalam bubu

Aku sampai dirumah agak malam.Di rumah aku buat resolusi sendiri,itulah antara sebabnya Ust Abdul Ghani tidak mahu keluar di pekan. Hobinya mencari udang dan menyelusuri sungai Kinabatangan.Dia membeli bot dan engine sendiri.Apa yang menariknya, ada juga orang kampung yang datang membeli udang di rumahnya.Itulah hebatnya sahabatku Ust Abdul Ghani Al-Biliti. Semoga terus tabah dan sebarkan dakwah di bumi Bilit.Target pertama ustaz...biar cukup 40 orang solat jumaat. InsyaAllah.... yakinlah, Allah bersama-sama orang yang berusaha.

Thursday, November 20, 2008

Budaya Menyimpan Kuku

Islam adalah agama fitrah yang menitipberatkan persoalan kebersihan di dalam kehidupan seharian manusia.Kebersihan dalam Islam meliputi kebersihan dari segi zahir dan batin. Kebersihan zahir ialah kebersihan dari segi pakaian, makanan, fizikal dan seumpamanya. Manakala kebersihan batin pula melibatkan kebersihan dan pengabdian hati yang suci dan tulus ikhlas kerana Allah SWT. Lahiriah dan batiniah hendaklah selalu dibersihkan dan beruntunglah orang yang membersihkan dirinya sebagaimana Firman Allah dalam surah Al-A’la:14-17
                  

14. Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman),
15. Dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia sembahyang.
16. Tetapi kamu (orang-orang kafir) memilih kehidupan duniawi.
17. Sedang kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal.

Perkara yang ingin saya bincangkan disini adalah berkaitan kebersihan kuku yang seringkali diabaikan oleh umat Islam hari ini. Semacam menjadi trend kepada remaja kini bahkan golongan dewasa menyimpan kuku yang panjang. Hari ini dimana sahaja kita akan dapati mereka yang berkuku panjang, bahkan kuku mereka penuh dengan warna warni, bersalut dan sebagainya.Ianya seakan menjadi budaya baru dalam masyarakat kita. Apakah ini menepati kehendak Islam?? Atau persoalan kuku ini begitu remeh pada pandangan Islam? Tidak tuan-tuan. Islam adalah agama yang syumul dan waqie’yah. Persoalan kuku ini adalah persoalan yang perlu diberi penekanan kerana ianya melibatkan kebersihan zahir dan kesucian batin. Apa lagi kuku ini hanya tumbuh di tangan dan kaki. Anggota badan manusia yang menjadi penentu dan penyalur rezeki kepada manusia. Allah SWT menjelaskan dalam surah Ayat 29 berkaitan kebersiahan kuku ini:
        
29. Kemudian, hendaklah mereka menghilangkan kotoran[987] yang ada pada badan mereka dan hendaklah mereka menyempurnakan nazar-nazar mereka[988] dan hendaklah mereka melakukan melakukan thawaf sekeliling rumah yang tua itu (Baitullah).

Apa yang dimaksud dengan menghilangkan kotoran di sini ialah memotong rambut, mengerat kuku, dan sebagainya. Manakala yang dimaksud dengan Nazar di sini ialah nazar-nazar yang baik yang akan dilakukan selama ibadah haji.

Apapun alasan yang diberikan oleh mereka. Menyimpan kuku panjang adalah bertentangan dengan sunnah baginda Nabi SAW dan fitrah manusia itu sendiri. Ini kerana baginda Nabi SAW telah mengingatkan kita dalam sabdanya yang diriwayat oleh Abu Hurairah ra.: Dari Nabi saw.,
Baginda bersabda: Fitrah itu ada lima, atau ada lima perkara yang termasuk fitrah; berkhitan; mencukur rambut (bulu) kemaluan; memotong kuku; mencabut bulu ketiak dan menggunting kumis (misai). (Shahih Muslim No.377)

Daripada 5 fitrah yang disebut oleh baginda nabi itu, persoalan kuku dan misai sering diabaikan oleh umat Islam hari ini. Misai digalakkan untuk digunting tetapi disimpan panjang dan tebal, kuku disuruh potong, dibiarkan panjang. Sedang hadis yang diriwayat Ibnu Umar ra.: Dari Nabi saw.,
baginda bersabda: Potonglah kumis (misai)dan panjangkanlah janggut. (Shahih Muslim No.380)

Membiarkan atau menyimpan kuku panjang mendedahkan seseorang itu kepada kotoran dan najis. Apa lagi, jika yang menyimpan kuku panjang itu adalah mereka yang mengurus dan memproses makanan. Terutama warga dapur iaitu isteri dan anak-anak perawan, penyediakan makanan di restoran-restoran dan sebagainya. Kajian sains telah membuktikan bahawa kuman yang terdapat pada kuku bernama ecoli tidak dapat dimatikan dengan hanya menggunakan air panas atau sabun. Cuba kita bayangkankan kuman najis ini turun dan melekat dalam makanan kita setiap kali disediakan oleh mereka yang menyimpan kuku. Makanan itu adalah makanan yang kotor dan najis. Makanan kotor dan najis boleh membawa kepada haram. Memakan makanan yang kotor ini juga akan menyebabkan hati kita menjadi gelap dan bodoh serta termasuk antara sebab, doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah SWT, sebagaimana sabda nabi SAW :

Sidang Muslimin yang dikasihi Allah;
Menyimpan kuku panjang atau membelanya memakan masa untuk kita membersihkannya (belum tentu bersih) sedangkan kita mempunyai masa yang cukup terhad untuk melaksanakan amanah Allah terhadap diri dan orang lain. Banyak lagi urusan lain yang perlu kita beri keutamaan terutama berkaitan dengan perkara Fardu Ain yang wajib disempurnakan. As-Syahid Syeikh Hassan Al-Banna menyebut الوجبات اكثر من الاوقات , kewajipan, tanggjungjawab kita lebih banyak daripada masa yang kita ada. Membazir masa amat ditegah dalam Islam dan menyebabkan kita di dalam kerugian. Tegahan ini diperingatkan oleh Allah dalam surah Al-asr

  •              
Tugas kita adalah untuk beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran. Menyimpan kuku adalah kerja membuang masa dan menyusahkan.

Apabila kita melakukan kerja yang sia-sia dan membuang masa akan mendorong kita untuk melakukan perkara-perkara yang haram. Ini dapat dibuktikan, bila mana mereka yang menyimpan kuku panjang, biasanya mereka akan mewarnakan kukunya. Mewarnakan kuku akan menyebabkan 2 perkara. Pertama, ibadatnya tidak akan diterima, kedua;membazir masa dan wang dihabiskan untuk mengurusnya. Kenapa ibadat orang yang mewarna kuku tidak akan diterima? Ini ditegaskan dalam kaedah fiqh ; ما لا يتيم الواجب الا فهو به واجب iaitu tidak akan sempurna sesuatu yang wajib kecuali dengan yang wajib juga. Kuku berwarna akan menghalang untuk meratakan air sembahyang, menghalang untuk mandi janabah dan sebagainya. Bila tidak berwuduk, mana mungkin untuk kita mendirikan solat? Maka tidak keterlaluan untuk kita mengkategorikan bahawa mereka yang berkuku panjang dan berwarna adalah ahli maksiat.

Sidang Muslimin yang dikasihi Allah;

Amalan berkuku panjang adalah amalan ahli sihir dan orang yang berkuku panjang juga mudah terkena sihir. Ini ditegaskan melalui peringatan Rasululullah SAW kepada Abu Hurairah.
”Wahai Abu Hurairah, potonglah (perpendek) kuku-kukumu. Sesungguhnya syaitan mengikat (melalui) kuku-kuku yang panjang.” (HR. Ahmad)

Seperti yang disebut diawal tadi, kuku panjang adalah kotor. Tempat yang kotor akan didiami oleh jin yang jahat. Sudah menjadi tabiat jin yang tidak boleh duduk diam dan suka menganggu, orang yang kotor dan berkuku panjanglah antara mangsanya kebuasan sihir dan jin ini.

Kita tidak boleh memandang mudah kepada sunnah baginda nabi SAW kerana setiap apa yang disebut oleh Sunnah itu adalah mempunyai hikmat yang cukup besar kepada kehidupan manusia. As-sunnah adalah pembimbing manusia. Manusia yang melepaskan ikatannya daripada sunnah, bererti telah melepaskan dirinya daripada ikatan keimanan kepada Allah SWT. Ini kerana apa yang disampaikan oleh baginda nabi adalah daripada Allah SWT sebagaimana firmanNya:
•     •               
1. Demi bintang ketika terbenam.
2. Kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula keliru.
3. Dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quran) menurut kemauan hawa nafsunya.
4. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).

Secara kesimpulannya, marilah kita memilih jalan hidup Islam. Jalan hidup yang berpandukan iman dan taqwa. Bukannya kita meniru budaya hidup mereka yang kufur kepada Allah, memperlekehkan ajaran Islam yang diturunkan untuk menyelamat manusia dari kehancuran. Yakinlah kehancuran dan kerosakan ini menimpa kita, adalah kerana perbuatan tangan-tangan manusia sendiri sebagaimana firmanNya dalam surah Ar-Ruum ayat 30

        ••       
41. Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan Karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

Tuesday, November 18, 2008

Pertukaran No Telefon

Assalammualaikum kepada para sahabat dan sahabiah(tak ramai sahabiah aku)

Ana telah menamatkan no telefon yang berdaftar. Pakai prepaid pulak. kalau dapat jimat.Kalau dapatlah.... kalau tak jimat pun sekurang-kurangnya ana tidak terkejar masa untuk membayar bil dan tidak berhutang. Bayar dulu baru guna. Semoga ianya memberi kebaikan kepada ana.cELcom tetap celcom

Nombor-nombor yang ditamatkan dan ditukarkan kepada;

013- 9822070 ditukar kepada 019-5850151 [ana]
013- 8800545 ditukar kepada 019-5885348 [zauji]
019- 9122070 ditukar kepada 0135482072 [ibuku]

segala kesulitan sahabat dan sahabiah sekelian amat dikesali

Monday, November 17, 2008

Osama Laden Berkhatan

Musim sekarang adalah musim kanak-kanak menuju alam dewasa. Iaitu majlis berkhatan beramai-ramai. Namun demikian suasana itu tidak dapat dikongsi oleh anak sulungku, Osama Laden. Osama dikhatankan dihospital hanya ditemani oleh abuyyanya. Tiada majlis, tiada pulut kuning,tiada naik gajah atau usungan.

Dalam usia 7 tahun, Osama dikhatankan bagi menyempurnakan fitrah manusia itu sendiri sebagai Sabda Baginda Nabi Muhammad SAW .Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Dari Nabi saw., beliau bersabda: Fitrah itu ada lima, atau ada lima perkara yang termasuk fitrah; berkhitan; mencukur rambut kemaluan; memotong kuku; mencabut bulu ketiak dan menggunting kumis. (Shahih Muslim No.377)

Sepanjang sesi berkhatan terutama ketika sakit (suntikan bius memang sakit) Osama beristigfar dan ketika sakit sangat ku ajar dia supaya bertakbir. Takbir!!! Allahuakbar!!!! Takbir!!! Allahuakbar!!!! Takbir!!! Allahuakbar!!!! Itulah ucapan dia sambil mengengam tangan aku. Suara takbirnya memecah kesunyian hospital Kinabatangan yang agak sunyi kerana hari Cuti.

Alhamdulillah, walaupun selepas suntikan bius dan koyakan dia minta diberhentikan kerana sakit sangat katanya. Setelah dipujuk bahawa berkhatan ini adalah fitrah dan dianjurkan oleh baginda Nabi. Nabi lahir dalam keadaan berkhatan. Kalau nak dikira sakit, bayangkanlah kesakitan Saidina Abu Bakar, Saidina Uthman dan Saidina Umar yang memeluk Islam dalam usia dewasa dan disunatkan. Osama terdiam sekejap.

Tapi dia minta supaya ditangguhkan pada tahun hadapan. Nanti sekolah di tahun 2. Apalah jawapan yang hendak aku berikan....??? Ku bertanya, mahukah disuntik bius ini kali kedua? Suntikan inilah yang paling sakit. Dia termenung seterusnya.... minta diteruskan... Alhamdulillah akhirnya selesai.

Mudah-mudahan, dia dapat matang dengan cepat dan paling penting ibadatnya dapat dilakukan dengan sempurna dan dalam keadaan bersih.Mudah-mudahan semangat perjuangan, zuhud dan wara' Osama Ben Laden turut meresap dalam jiwa Osama Laden anakku.

Friday, November 14, 2008

MuridKu: Selamat Menghadapi SPM dan STPM

Calon SPM sudah memulakan detik-detik penentu dan cemas dalam kehidupan mereka pada 11 November lalu. Sementara itu,calon-calon STPM akan memulakan pada Isnin ini iaitu pada 17 November 2008. Detik penentuan ini diharapkan dihadapi dengan bersungguh-sungguh dan persiapan yang lengkap dan rapi setelah kalian bergelumang di medan ilmu hampir 12 tahun

Kami bagi pihak pendidik telah berusaha sedaya upaya bagi membantu para pelajar untuk mereka mencipta dan meraih kemanisan hidup melalui liku-liku medan menuntut ilmu. Terpulang kepada kalian untuk memunafaatkan apa yang telah diberikan.Kami tidak dapat membantu kalian di dalam dewan peperiksaan.

Seringkalikuingatkan kepada kalian sebagai persiapan menghadapi peperiksaan, anggaplah seperti kalian akan melalui alam kubur.(nanti jadi isu besar pulak ni.)Tiada siapa yang dapat membantu dan menolong diri anda kecuali ilmu yang dituntut sebelum menghadapi peperiksaan.Alam kubur pun begitu,hanya amalan di dunia yang akan menyelamatkan kita daripada siksaan kubur. Oleh sebab itu semasa hidup ini, beramallah sebanyak mungkin agar di alam kubur kita tidak terpingga-pingga seterusnya disiksa oleh penjaga kubur. Dan yang lebih malang adalah penderitaan berpanjangan di alam akhirat yang bakal di lalui peringkat-demi peringkat. Gagal di alam kubur bermakna kegagalan berterusan untuk seterusnya.

Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah mengadakan solat hajat berramai-ramai di Surau Sekolah sebagai usaha terakhir daripada pelajar,guru dan ibubapa untuk bermunajat kepada Allah supaya dilapangkan dada ditenangkan fikiran dan dimudahkan untuk para pelajar menjawab soalan demi soalan dengan baik dan tepat.Cuma...maaflah ingin sebut disini,kami cukup berdukacita dengan sambutan ibubapa Kinabatangan ini terhadap anjuran solat hajat. Sambutan amat menyedihkan.Baik diperingkat PMR mahupun SPM.Di peringkat PMR, hanya sepasang suami Isteri dari Kg Batu putih sahaja yang hadir.Kita patut malu kepada pengetua yang bukan Islam yang meminta di adakan solat hajat untuk kejayaan Pelajar.Beliau memberi komitmen yang cukup baik.Hampir setiap kali solat hajat beliau hadir dan memberi sumbangan pen dan pensil untuk setiap calon. Malu kita umat Islam seolah-olah kita sendiri tidak yakin dengan usaha ini.Mungkin sekadar budaya.


Kita harapkan sikap ini dapat berubah dari hari ke sehari.Ingatlah....yang memberi kejayaan dan kegagalan itu adalah iradah Allah,bukan semata-mata bergantung kepada usaha anak-anak kita.

Kepada para muridku,
Teruskan perjuangan. Doa guru-guru kalian mengiringi setiap usaha baik kalian. Jadilah manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. seandainya ada yang gagal,yakinlah bahawasanya pertolongan Allah itu akan datang bagi sesiapa yang berusaha...berusahalah untuk menjadi manusia yang berguna.Rezeki,jodoh dan maut adalah rahsia Allah.Tugas Kita adalah berusaha.Bagi yang berjaya..tidak mestinya berjaya itu rezeki tetapi dalam masa yang sama ianya adalah ujian Allah. Amanah Allah. Buatlah segalanya kerana Allah dan menepati aturan Allah SWT

Tuesday, November 11, 2008

Sekadar coretan

Assalammualaikum kepada para sahabat pengunjung setia Legehiyyah.

Sehari dua ini, ana mempunyai masa yang cukup terhad untuk mencari isu untuk dicoretkan dan dikongsi bersama sahabat-sahabat sekelian. Kelmarin sehari suntuk masa dihabiskan untuk kursus ICT dan mesyuarat Agong Persatuan Guru Agama dan hari ini mula menjalani tugasan sebagai pengawas SPM.

Mesyuarat PGPIK kelmarin, berjalan agak hambar dan memerlukan suntukan semangat dan iman bagi membina kembali kekuatan PGPIK. semestinya,sebagai pengerusi yang baru diamanahkan,ana memikul tugas yang agak berat tanpa sokongan para sahabat dalam keadaan jumlah ahli yang semakin meningkat dan tugas yang semakin mencabar.

Tugasan ini adalah amanah seperti yang disebut oleh Ust Zulkarnain dalam blognya.Jauh sekali kebanggaan tetapi bebanan yang akan dipersoalkan oleh Allah dan manusia. Justeru itulah harapan ana, tugas yang sahabat berikan bukan setakat disokong tetapi didokong. Adalah menjadi berdosa kepada kita melantik pimpinan selepas itu kita membiarkan ia melakukan tugas tanpa dokongan dan bimbingan. Ini kerana peranan jundi dan qiadi haruslah seiring agar matlamat jemaah dapat dicapai.

Itulah sebabnya,ana menyebut dalam ucapan akhir kelmarin,kita tidak hanya melihat kebajikan mereka yang lemah dari segi kewangan tetapi lihat juga kepada mereka yang terpaksa membuat dan menyiapkan kerja yang ditinggalkan oleh mereka yang cuai dengan tugas.Jadikan budaya tegur menegur sebagai budaya kita.

Sekadar itu, coretan untuk malam ini. Sekadar coretan biasa. Kepada sahabat yang bertugas di sekolah... selamat bercuti. Guru semenanjung...Selamat bercuti dikampung. Doakan juga kepada mereka yang masih menanti tiket agar impiannya menjadi nyata

Saturday, November 8, 2008

Pelaburan lagi......

Assalammualaikum....

Ini artikel yang dicopypaste dari web Tranungkite.Tujuannya untuk kita lihat hujah dan ulasan ibnuhasyim ini.Mungkin ada di kalangan kita pernah terlibat dalam program seumpama ini. Kita terima sebagai muhasabah dan sebagai pengajaran agar kita tidak mudah ditipu seterusnya jadi penipu juga. (Skim begini memerlukan kita mencari downline, memujuk dan menjelaskan perkara tidak benar bererti penipu). Kita bimbang,kita akan terlibat lagi pada masa yang akan datang. Yang berlalu,biarkan berlaku. Semoga Allah mengampunkan dosa kita, downline memaafkan kita sebab kita lakukan dalam keadaan kita juga tertipu. Cuma harapan kita,janganlah kerana kita telah 'terkena'kita bermati-matian mempertahankan yang tidak jelas ini kerana ingin memberitahu bahawa kita tidak silap. Kononnya difitnah, dengki, musuh berasa bangga dan sebagainya. Kita terima dengan hati yang terbuka. Usah kita lumuri lagi diri kita dengan najis pada diri kita yang sudah berbau. Kita bersihkan. Kita bina yang baru. Yang lebih jelas. Yang bertepatan dengan syarak. Kita berdiri di atas kaki sendiri.Bukan dari poket orang lain tanpa pulangan sesuatu yang tidak berbaloi.

Biarlah lambat kaya....biarlah susah. Asalkan kita tidak menyusahkan diri dan keluarga kita. Asalkan kita tidak menjadi mangsa umpatan dan cercaan orang.Kerana HALAL itu jelas,HARAM itupun jelas. kenapa kita begitu yakin dan bersungguh-sungguh dalam perkara syubhat dan dah banyak yang menjerumus kepada HARAM.

Tertipu Dengan Skim Cepat Kaya... Apa Patut Buat?
Dilulus terbit pada Saturday, November 08 @ 20:40:39 MYT oleh TokPenghulu

"Ibnu Hasyim CATATAN SANTAI:

"APA dah jadi dengan 'Buluhmas Enterprise Sdn Bhd’ yang pernah mempelawa anda sama-sama bergabung berurus niaga dengannya?” Tanya seorang kawan kepada saya.

Mungkin dia tanya kerana kira-kira setahun lepas, seorang kawan saya dari Tanjung Karang berkunjung ke tempat saya membawa seorang temannya, bekas seorang guru yang pernah jatuh dalam perniagaan. Dia ingin naik semula dengan menubuh sebuah syarikat seperti nama di atas.

“Saya pilih tuan untuk sama-sama bergabung membangunkan syarikat ini… Sekaligus dapat membantu sahabat-sahabat kita yang kurang pendapatan atau dhaif di bidang ekonomi. Tuan adalah orang pertama di Wilayah Persekutuan. Syarikat ini adalah syarikat pengiklanan. Tuan cuma cari ahli yang ingin sumbangkan iklan ‘Buluhmas’, iaitu hanya dengan tampal pelekat iklan Buluhmas dikeretanya saja.


Tiap satu ahli masuk melalui tuan, tuan akan dapat komisyen RM1 seorang. (Bayaran masuk kalau tak silap saya ialah RM15 seorang). Contohnya kalau masuk melalui tuan 10 orang, tuan dapat RM10. Orang itu pula mencari 10 orang melaluinya, bererti 10x10, tuan dapat RM100. Kalau 100 orang itu mencari 10 orang melaluinya, bererti 100x10, tuan dapat RM1,000. Begitulah sehingga pendapatan tuan boleh dapat jutaan RM tiap bulan. (Saya tak ingat boleh dapat komisyen sehingga berapa tingkat atau level..)” Begitu taklimatnya pada saya.

Soalnya, apakah perniagaan khidmat ‘iklan’nya yang menguntungkan atau ‘system berangkai’nya? Perniagaan berangkai dan bertingkat-tingkat inilah yang membuat saya ragu, terutama ‘sah’nya dari sudut agama dan terdapat unsur-unsur penindasan di dalamnya. Saya pernah menulis mengenai skim begini dalam blog ini di bawah judul ‘Bantu Anda Bebas Dari Hutang...’ pada Januari4, 2008 lepas.

Rumusan saya dalam tulisan itu ialah…
Pertama: Dalam suasana sekarang (sebelum harga minyak turun) di mana pemimpim kerajaan yang buminya ada minyak, tidak mampu atau tak larat fikir lagi untuk tahan kenaikan harga tersebut, telah menyebabkan semua barang dan khidmat lain naik. Rakyat miskin dan papa kedana semakin gelisah. Yang cukup-cukup makan pun bajetnya lari, terpaksa menyahut model-model cari wang begini. Apalagi yang sudah karam dan lemas dalam laut hutang, kalau bangkai khinsir busuk hanyut terapung dekat mereka sempat dicapai, mereka mungkin terpaksa berpaut juga!

Kedua: Mengapa masih biarkan (seruan ini kepada pihak berkuasa kerajaan BN) api model niaga begini membesar, sehingga berbilion-bilion diangkut keluar negara baru nak bertindak? Mengapa tidak padamkan api itu waktu kecil, tapi nak tunggu padam bila sudah besar membakar bangunan? Atau sengaja nak membuncitkan perut beberapa kerat korperat keparat, di atas belakang ramai orang awam yang tertipu menderita. Mengapa perlu dipagut ular berpuluh-puluh kali dari lubang yang sama? Terlalu bodoh sangat kalau ada yang berfikir pihak kerajaan tidak tahu betapa pesatnya perkembangan perniagaan begini.

Ketiga: Kalau Allahyarham Pak Man Telo boleh ditangkap dan dibuang daerah, mengapa syarikat sebangsa Swiss Cash tidak boleh diambil tindakan ke akar umbi dan masih ada yang terlepas? Masih belum ada pembentangan maklumat terperinci mengenainya… Jangan sampai rakyat ragu mengenai ketelusan pemimpin-pemimpinnya!

Keempat: Golongan-golongan agama dalam kerajaan perlu jelas dan tegaskan tentang hukum perniagaan berantai yang menguntungkan golongan paling kecil di atas kebinasaan golongan paling besar dan ramai. Keluarkan fatwa untuk membela keadilan dan menolak kemungkaran supaya kerajaan (BN) boleh bertindak tegas.

Tiba-tiba pada Oktober13 baru lalu keluar berita ‘BNM serbu 4 syarikat’. Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu empat buah syarikat skim cepat kaya melalui internet yang mempunyai rangkaian beratus-ratus ribu pelabur dengan nilai pelaburan dipercayai mencecah ratusan juta ringgit. Serbuan dilakukan di beberapa lokasi di Lembah Klang, setelah disyaki menjalankan kegiatan mengambil deposit tanpa lesen dan membuat pelaburan haram di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

Syarikat terlibat ialah Buluhmas Enterprise Sdn. Bhd., Jazmeen (M) Sdn. Bhd., Noradz Travel & Services Sdn. Bhd. dan Eastana Farm Industries Sdn. Bhd. Buluhmas yang beribu pejabat di Tanjung Karang, Selangor dalam laman webnya mendakwa ia memiliki 700,000 ahli sebagai pembayar deposit di seluruh negara. Kaedah perniagaannya menggunakan promoter untuk mengiklankan aktiviti syarikat dengan menampal pelekat yang tertera logo syarikat atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pendeposit.

Aktiviti syarikat-syarikat itu disiasat mengikut Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang melarang mana-mana individu yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit. Syarikat-syarikat itu juga disiasat di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001) yang melarang mana-mana individu daripada terlibat atau cuba untuk membabitkan diri atau bersubahat melakukan kegiatan penggubahan wang haram. Orang ramai boleh mengetahui senarai syarikat dan institusi berlesen yang menerima deposit dengan melawat laman web BNM di http://www.bnm.gov.my/.

Oleh itu saya jawab pertanyaan kawan saya itu, “Maaf! Saya tak terlibat. Saya pun tak tahu apa dah jadi kepada mereka sekarang..”

“Bagaimana dengan mangsa-mangsanya?” Dia tanya lagi.

“Pada saya 3 perkara perlu mereka yang tertipu itu amalkan…

Pertama;

a… Mereka kena kembali kepada Islam. Amalkan Islam secara keseluruhan, termasuk ekonomi Islam. Mengamalkan ekonomi Islam ada peraturan-paraturannya, ada halal-haramnya. Ikut peraturan Islam insya Allah selamat. Apa-apa masalah mengenai ekonomi, sila lawati http://www.zaharuddin.net/

b… Mereka kena amalkan doa murah rezeki dan sembahyang sunat dhuha sekurang-kurangnya.

Kedua: Setelah berdoa, hendaklah berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakallah kepada Allah. Berusahalah menurut bidang dan kepakaran masing-masing, bahkan perlu gandakan mengikut kemampuan.

Ketika
: Dalam pilihan raya akan datang, perlu tolak BN, kerana mereka masih belum peka terhadap kesusahan dan penderitaan rakyat, terutamanya dalam kes penipuan melalui skim cepat kaya. Pemimpin-pemimpin negara ini tidak bersungguh-sungguh menghapus atau mengatasinya, kerana mereka masih tidak mahu peka tetapi sentiasa pekak!

Tuesday, November 4, 2008

Rintihan Penanti Tiket Subsidi


Tiket oh tiket
kenapa kau belum datang lagi
sudah lama ku menanti
Tak sabar nak balik bercuti
bukan selalu hanya setahun sekali

Tiket oh Tiket
Bukan sekali tapi sudah dua kali
macamlah kau tak pernah reti
perasaan anak perantau yang teringatkan negeri
Setelah hampir setahun menabur bakti
ingin berjumpa keluarga,men'cas'kan diri

Tiket Oh Tiket
Sekarang diatur 2 tahun sekali
Untuk musafir balik negeri
Sudah kelam kabut, aku pun tak reti
Apa akan jadi kalau setahun sekali
seperti dijanji perdana menteri
Tiada budget kenapa dijanji?
Jangan marah pada kami
Kami hanya tuntut hak diri

Tiket Oh Tiket
Kelulusan balik ada, katanya sudah pasti
Tidak tahun ini,tahun nanti
Itu jawab kerani informasi
Kadang-kadang dengar sakit hati
Ada surat tiada erti
Antara realiti atau fantasi
Ingin balik dalam cuti berbaki
Banyak masa, seronok sekali
bersama sanak saudara telah lama ditinggali
Bukan terpersona nak tengok pramugari

Tiket Oh Tiket
kalau padi katakan padi
agar aku tidak tertapi-tapi
kalau jadi ,katakan jadi
Agar aku tidak terus menanti
Tapi... jawapan sekarang apalah erti
Airasia sudah menjauh diri
Harga tiket sudah melambung tinggi
Ok juga kalau seorang diri
Kalau anak 6 tak termasuk suami isteri
mana duit mahuku cari
Mau minta sponsor, kita ni pegi makan gaji
sepatutnya bukan meminta tapi memberi
Itulah pegawai yang ada harga diri

Tiket Oh Tiket
Cepat....cepatlah mari
Tak sabar sudah aku bah ini
dipohon sejak jun lagi
dengan harapan,tahun ni akan bererti
nampaknya...pisang sudah berbuah 2 kali
apalah malangnya..nasib ku ini
Inilah rintihan..Penanti tiket subsidi

Friday, October 31, 2008

Kahwin....Nasi kunyit Berlaukkan Najis

Cuti persekolahan kian menghampiri kita. Musim banjir bakal menjelang tiba. Dua musim ini amat sesuai untuk menyatukan dua insan yang bercinta melalui ikatan perkahwinan. Majlis perkahwinan biasanya tidak sunyi daripada melalukan perkara-perkara adat yang bertentangan dengan kehendak Islam walaupun sudah jelaskan hukum oleh para ulama. Tapi nampaknya usaha ini kurang mendapat sambutan daripada masyarakat.

Mungkin kita leka bahawa tujuan perkahwinan adalah untuk menjauhkan seseorang daripada maksiat. Persoalannya kenapa majlis-majlis yang kita jalankan,kita sulami dengan maksiat?

Bersanding dan persoalan lain yang tidak mendapat keberkatan Allah
Antara perkara yang dilakukan jelas bertentangan dengan ajaran Islam ialah majlis persandingan, ia merupakan cetusan daripada ajaran agama Hindu yang masih berkekalan dalam adat istiadat Melayu sampai ke hari ini, menurut De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah daripada pengaruh Hindu. Malah persandingan adalah adat yang diimport dari India yang tiada kena mengena dengan ajaran agama Islam yang suci.

Terdapat unsur lain yang menyebabkan majlis walimatul urus tidak diberkati Allah seperti yang dijelaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w kerana tidak mengundang golongan miskin untuk turut bersama, ia berdasarkan hadis Nabi s.a.w. maksudnya : �Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: �Makanan yang paling buruk adalah makanan walimah apabila orang yang perlu makan (si miskin) tidak diundang malah orang yang tidak perlu (orang kaya) diundang.� Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.

Ia tetap perlu dilakukan walau hanya dengan seekor kambing sahaja, ia bertujuan untuk memaklumkan kepada umum bahawa anak seseorang itu telah pun berkahwin bagi mengelak sebarang yang mungkin akan timbul pada masa akan datang, Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : �Buatlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.�
Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:
(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi. Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik.
(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.
c. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)
d. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33).
e. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi).
f. Majlis diselangi dengan nyanyian wanita atau tarian joget lambak, dangdut dan sebagainya, ia amat bertentangan dengan Islam, kaedah Usul Fiqh ada menegaskan bahawa �matlamat tidak menghalalkan cara�.

.Bagi yang masih jahil dan bersungguh-sungguh ingin meneruskan ajaran Hindu ini, kita hendaklah terus menerus menjelaskan dengan hikmah. Walimatul urus bukanlah suatu majlis untuk berpesta dan bersukaria tidak menentu, malah ia adalah satu bentuk ibadat diperintah Allah yang perlu diadakan dengan sebaik-baiknya mengikut anjuran agama.

.Apabila mengadakan majlis kenduri kahwin jangan sampai berhutang sebaliknya buat mengikut kemampuan.
Tetapi bagi orang berada, tiada masalah untuk mengadakan walimah besar-besaran dengan syarat menepati dengan anjuran Islam, menjemput semua orang termasuk orang miskin supaya matlamat walimah tercapai, memupuk persefahaman dan perkenalan.
Alangkah sayangnya, jika majlis walimatul urus yang dirancang bukan sehari dua, malah berbulan-bulan dan mungkin juga bertahun-tahun, dengan para besan, penmgantin lelaki dan juga tetamu mengeluarkan wang yang bukan kecil jumlahnya, terpaksa meredah sungai dan lebuh raya bertujuan untuk menjemput sanak-saudara agar memeriahkan majlis berkenaan, tetapi ianya dianggap tidak mendapat pahala di sisi Allah SWT, kerana penganjurannya diselit dengan perkara-perkara yang tidak disukai dan dimurkai Allah.

Hujah inilah menyebabkan saya meletakkantajuk artikel ini, Kahwin...Nasi Kunyit berlaukkan najis. Nasi kunyit itu halal,murni,dimuliakan tetapi ianya dikotori dengan amalan-amalan yang bertentangan syariat.Itulah najis. Sanggupkah kita memakannya??Kenapa amalan khurafat dan haram ini diteruskan???

Thursday, October 30, 2008

Pak Yazid, Remaja 56 Tahun

Terlebih dahulu,maafku pohon kepada Pak Yazid atau Nama sebenarnya Mat Yazid kerana menulis artikel berkaitan dirinya tanpa meminta kebenaran. Namun coretan ini tanpa niat untuk memuji apalagi mengeji. Tetapi sebagai seorang yang selalu turun ke program, terutama program amal dan gerak kerja jemaah, sudah lama aku mengkagumi insan yang popular dengan nama Pak Yazid ini.


Apabila sahaja melihat semangat dan komitmen beliau di dalam setiap program, teringat juga aku kepada Allayarham Pak Din Hancur yang menjual akhbar di masjid Ar-Rahman,lembah Pantai pada suatu ketika dahulu. Bukan usia yang dibandingkan tetapi semangat dan pengorbanan.

Aku mula mengenali Pak Yazid semasa dia singgah sembahyang di Masjid tempat kami. Aku tertanya-tanya siapa orang tua cakap Terengganu ini. Naik jeep hijau. Tengok macam lasak je. Selepas sembahyang,beliau bertanya aku siapa penerima derma untuk bina PASTI di sini kerana beliau ingin menyampaikan derma.Itulah detik perkenalan aku bersama Pak Yazid.

Bapa kepada 3 orang anak lelaki ini, dahulunya tinggal di Kundasang sebelum berpindah ke Sandakan. Perpindahan beliau ke sandakan memudahkan aku berkenalan dan banyak bersama Pak Yazid sekalipun beliau sibuk sebagai seorang kontraktor.

Kerjaya sebagai kontraktor tidak menghalang Pak Yazid untuk turun ke setiap program sekiranya beliau berkelapangan. Beliaulah yang paling senior tetapi sedia menerima arahan daripada mereka yang boleh dipanggil anak kepada beliau. Itulah sikap rendah diri dan wala' beliau kepada pimpinan. Beliau juga tidak untuk bergurau dengan kami ataupun remaja-remaja.

Pak Yazid pernah menceritakan dalam usia pemudanya, beliau pernah berenang menyeberang sungai Terengganu semata-mata kerana ingin mendengar ceramah ust Awang Jidin. Beliau sampai ke tempat ceramah dalam keadaan basah kuyup. Itulah semangat dan kesungguhan beliau yang patut kita contohi. Inilah ciri jundi yang dikehendaki jemaah. Berapa ramai hari ini qiadi yang gugur dari medan dakwah kerana tidak memiliki sikap jundi seperti Pak Yazid.
Kita patut malu kepada Pak Yazid yang boleh istiqamah dalam perjuangan sehingga sekarang. Beliau tetap relevan. Tidak dimakan zaman. Berapa ramai sudah jundi sezamannya yang telah meletakkan senjata dan simpan di celah ketika keraguan. Bahkan ada yang akhir 20-an juga sudah monopous dalam perjuangan. Apa pun alasan yang kita berikan, kami baru diuji dengan kesenangan,belum lagi nyawa menjadi taruhan.
Pak Yazid bersama anak lelakinya

Malulah kita kepada Pak Yazid.Beliau masih gagah melangkah ke medan dakwah. Segak imannya.

Pak Yazid,kami masih butuh bimbanganmu, teguranmu memperelokkan kami, suaramu lambang kesatriaan anak-anak Sandakan.Kepakaranmu generator malam kami. Terima kasih atas pengorbananmu....

Tuesday, October 28, 2008

Catatan Ekspidisi Dakwah Ke Pulau Pamaguan

Pulau Pamaguan terletak lebih kurang 20 minit perjalanan dengan menggunakan bot daripada jeti Pasir Puteh Sandakan. Kalau perjalanan dari Sandakan, kita akan melewati Istana Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj Aman , Sri Libaran. Istana yang tersergam indah itu,mungkin juga mercu tanda kemajuan Kg Sungai Kayu, Kg Batu Puteh dan Pulau-pulau sekitar.

Rombongan Yayasan Amal seramai 37 orang, pimpinan Sdr Sahar Abdul Majid tiba di pengkalan Pulau Pamaguan tepat jam 12.35 tengahari. Kami menyewa kapal kecil untuk membawa 37 anggota dan barang-barang keperluan program serta sumbangan-sumbangan yang akan disampaikan kepada penduduk pulau Pamaguan. Kapal kecil yang kami naiki tidak boleh melalui pengkalan biasa terpaksa melalui jalan paya bakau. Ini menyukarkan kami. Kami terpaksa meredah hutan paya bakau yang becak. Jalan yang telah dirintis oleh penduduk kampung bagi memudahkan perjalanan kami.

Perjalanan dengan mengangkut barang-barang mengambil masa lebih kurang 20 minit perjalanan dari pengkalan ke tapak program.Kami terpaksa ulang- alik mengangkut barang-barang tersebut. 3 tong gas, 2 generator, peralatan memasak,600 kilo beras, gula , minyak masak dan berguni-guni pakaian terpakai cukup untuk mencabar ketahanan fizikal dan mental kami. Nasib baik juga,sebahagian besar daripada kami adalah tenaga muda.

Setiba kami di sana, solat jemaah zohor ditunaikan dibawah pokok kelapa. Kawasan sekitar SK Pamaguan menjadi tapak projek kami. Rumah Guru dikhaskan untuk lokasi masak-memasak.Ust Mahadir turut menggunakan khidmat anak dan isterinya bagi menyediakan makanan kepada para peserta.Makanan tengahari bergantung kepada bekal yang masing-masing bawa. Aku yang tidak sempat membawa makanan,mendapat syafaat rezeki Pak Yazid dan Ust Mujahideen.

Aktiviti hari pertama, hanya menyediakan khemah dan memberikan kawasan sekolah.Khidmat diri diutamakan kerana kebanyakkan peserta keletihan. Apa lagi bau busuk anjing mati di bawah rumah guru turut mencucuk hidung kami.Malam diisikan dengan kuliah maghrib, sesi taaruf dan mesyuarat untuk persiapan hari esok.

Pelangan kami yang pertama adalah kanak-kanak. Pagi-pagi lagi mereka datang ke tempat kami dengan pakaian sukan. Kelmarin mereka turut membantu memunggah barang-barang kecil. Sikap pemurah ahli-ahli Yayasan Amal yang menyumbang upah yang lumayan menambah minat mereka mendekati kami. Selepas bersarapan,motivasi pelajar dimulakan. Aku ditugaskan untuk menyampaikan ceramah keibubapaan. Kekok juga berceramah di hadapan orang-orang yang jauh lebih lama menjadi ibubapa. Tapi apa boleh buat..dah tugas ustaz macam tu. Alhamdulillah,ceramah dan kritikan yang disampaikan dalam keadaan merendah diri dapat diterima dengan baik oleh mereka. Sehingga tamat ceramah masih ada-ada persoalan-persoalan yang lontarkan.Sementara itu, yang lain menjalankan gotong royong membersih dan mengecat masjid serta membersihkan kuburan. Aku dan Ust Mujahideen berkesempatan ke Pantai Paramaguan dengan dipandu oleh penduduk kampung

Selepas solat jemaah zohor,kami dibahagikan kepada kumpulan untuk menjalankan ziarah Muhibbah dari rumah ke rumah.Pengisian ziarah ini termasuklah soal selidik penghayatan Islam dan penyampaian beras dan barang dapur kepada setiap isi rumah yang berjumlah 50 keluarga di 23 buah rumah.Kami sempat menziarahi rumah Ketua kampung panglima Koboi Tandiku. Selain itu, Aku,PakYazid,Ust Kamarudin dan Ust Farihan ditugaskan menziarahi seorang penduduk kampung yang sudah hampir 2 tahun terlantar sakit.Dia sudah tidak bangun, pergerakannya diatur oleh isterinya. Bekas pekerja balak ini hanya bergantung harap kepada isterinya yang juga seorang nelayan disamping wang kebajikan masyarakat RM130 sebulan. Kami turut mendengar rintihan bapa kepada 3 orang anak ini.2 orang sedang belajar di sekolah menengah di tanah besar Sandakan.Bebanan biayai lampin pakai buang memakan sebahagian besar kos sara hidup mereka. Apalah yang boleh kami bantu...hanya doa dan rasa simpati yang kami berikan.Aku ditugaskan menghulur sedikit sumbangan daripada peserta-peserta Yayasan Amal. Semoga kehadiran kami dapat memberi semangat kepada pesakit,bahawa masih ada yang sayang.

Petangnya diadakan sukaneka untuk kanak-kanak dan perlawanan bola sepak dengan penduduk kampung. Bola sepak kami telah memenangkan penduduk tempat dengan jaringan 6-1. Aku dan para peserta senior melayan penduduk kampung. Lokasi longgokan pakaian –pakaian terpakai yang disumbangkan turut mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Bergambar kenangan bersama masyarakat kampung dan warga sekolah Rendah Pamaguan

Cuti Depavali,digunakan untuk mempergunakan doktor hospital Sandakan (Dr Aslam) dan 3 orang pembantunya yang dipimpin En Ramlan untuk menjalankan rawatan perubatan percuma. Dewan sekolah dipenuhi penduduk kampung yang datang untuk mendapat rawatan. Selepas majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah, Jamuan Rakyat diadakan. Jamuan akhir ini agak istimewa.Gulai ayam. Sedangkan sepanjang program kami makan ikan basong goreng je.

Jam 11. 45 pagi, kami mula mengangkut barang-barang ke kapal. Punggah memunggah ini mengambil masa. Kami terpaksa makan tengahari di atas kapal. Makanannya adalah lebihan dari jamuan rakyat tadi. Kami utamakan orang kampung dahulu walaupun kami juga dalam keadaan perut bercakap Tamil. Biskut kering turut menjadi lazat dalam keadaan begini. Tidak sabar rasanya untuk sampai ke darat.

Kami tiba di jeti Kg Batu Puteh dalam jam 2.30 petang. Aku sampai di rumah jam 5.30 petang. Lewat sedikit kerana singgah di kedai untuk membeli saguhati anak-anak. Semestinya mereka ternanti-nanti kepulanganku setelah 3 hari meninggalkan mereka. Itulah indahnya perpisahan walapun sekejap.

Semoga usaha dan khidmat yang kerdil dari insan-insan kerdil ini memberi munafaat untuk diri kami dan masyarakat. Setidak-tidaknya dapatlah kami merasai sedikit kesusahan masyarakat desa atau pulau.Tidur bertemankan rengit (agas-agas) yang membaluti betis di samping kesejukkan malam kerana 2 malam kami di sini, kami disirami hujan. Aktiviti kadang-kadang terganggu.

InsyaAllah, dapatan yang kami dapat sepanjang program akan menyusul dalam posting-posting yang akan datang. Terima kasih sahabat, atas kemurahan jiwa dan keluhuran hati kalian dalam memastikan Program Khidmat Masyarakat Pulau Pamaguan berjalan mengikut Perancangan. Tahniah untuk saudara Sahar dan Mustaman.Takbirrrrrrr!!!!

Sdr Sahar selaku Pengarah program kelihatan agak keletihan dan biskut kering menjadi santapanya.



Monday, October 27, 2008

Lepaskan Rindu

Assalammualikum kepada semua para pembaca,

Beberapa hari meninggalkan alam blog rasa macam rindu-rinduan pulak.3 hari meninggalkan rumah untuk menyertai khidmat masyarakat di Pulau Pamaguan cukup terasa. Apa lagi sepanjang program,kerap kali diingatkan oleh kawan-kawan terutama adik Mustaman supaya selalu ambil gambar untuk dimasukkan dalam Legehiyyah. Tambahan pulak selalu bersembang tentang blog dengan ustaz kamaruddin (perenunglangit) dan Ustaz Farihan serta Ustaz Muhajididin( Mujahidinsandakan). Macam tidak sabar rasanya untuk menulis. Walaupun menyedari destopku masih di rumah sakit. Masih dirawat oleh ust Fauzi. Sudah seminggu lebih tetapi sakitnya belum dapat dikenalpasti. Teruk ni.Habislah baki bonusku....nasib baik ada laptop tua ini yang masih boleh berjasa.

Tadi dalam jam 5.30 baru aku sampai dirumah. Kawan panggil ambil daging binatang buruannya. terpaksa berkejar ke pengkalan. Esoklah untuk mengisahkan tentang khidmat masyarakat di Pulau Pamaguan. Ada fakta menarik yang boleh dikongsi bersama terutama untuk rakyat kelantan dan PERAKAN. Rehat dulu, malam ini untuk persiapan tugasan esok. Kepada pengunjung blog, terima kasih atas kunjungan dan pandangan. Semoga Allah mencucuri rahmatNya kepada kita. Bagi mereka dimedan juang,gengam bara api biar sampai jadi arang.kalau bukan kita siapa?Kalau bukan sekarang Bila?

Friday, October 24, 2008

Program Mesra Desa Amal

Kg Nunuk Ragang adalah nama besar dalam sejarah negeri Sabah kerana ianya telah mencatat

sejarah bilamana seramai 3,000 orang telah mengistiharkan memeluk Islam. Peristiwa ini berlaku pada zaman pemerintahan Datuk Haris Salleh.
Apapun demikian, sejarah hanya tinggal sejarah. Kampung ini kini kembali kepangkuan jahiliah, cuma mungkin sedikit berbeza. Jika dahulu mereka beragama pagan, mereka memeluk Islam secara beramai-ramai. Kini dari Islam, mereka memeluk agama kritian dalam pelbagai mazhab.

Kenapa kita harus berdiam diri melihat keadaan ini? Kenapa sanggup kita biarkan mereka sedemikian? Bersediakah kita untuk menjawab soalan demi soalan daripada malaikat Allah di akhirat kelak? Sejauhmana usaha dakwah yang kita lakukan untuk mengembalikan mereka kepada Islam? Semua persoalan itu untuk dijawab oleh diri sendiri. Tepuk dada,tanya iman.

Usaha yang dilakukan oleh Yayasan Amal Malaysia dengan kerjasama JAKIM cawangan Sabah terjun ke dalam masyarakat kampung Nunuk Ragang dan Tampios sungguh memberi erti kepada para sukerelawan dan masyarakat kampung tersebut. Mereka menyambut kedatangan kami dengan penuh kegembiraan walaupun hanya tinggal beberapa kerat sahaja saki baki Muslim yang masih ada.

Kami berikan kawasan masjid( kalau semenanjung taraf surau) dan dewan orang ramai untuk tempat tinggal dan kawasan operasi. Kami mendirikan khemah-khemah sebagai tempat untuk
menutup tirai malam dan embon.
Gotong royong membersih dan menyimen kawasan masjid,kami lakukan dengan kadar kepandaian kami yang tidak bertauliah ini. Harapan menjadilah simen itu. Penduduk kampung turut membantu. Semasa kami membersihkan dewan, Allah Ya Rabbi...banyaknya botol-botol arak. Baru dan lama. Kami kumpulkan di suatu tempat.

Seekor lembu telah ditumbangkan bagi mengadakan kenduri bersama penduduk kampung. Kami memasak secara bergotong royong. Chif Cook kami ustaz Mahathir memang mahir dalam bab mengurus daging lembu ini. Masakan dapat disiapkan dalam masa yang diperlukan. Sepanjang program itu juga, kami makan nasi berlaukan sapi sahaja. Cuma menu masakan sahaja berbeza.
Sekumpulan dari kalangan kami ditugaskan untuk menziarah dari rumah ke rumah untuk bertanya khabar masyarakat disamping menghulurkan sedikit sumbangan dari pihak penganjur.
Agak mendukacitakan sedikit, usaha ziarah kami kurang berjaya kerana kebanyakkan rumah yang kami pergi tidak berpenghuni. Ada yang hanya ada anak-anak kecil yang tak mengerti apa-apa. Ada juga rumah yang kami ziarah, hanya ada penghuni warga emas yang tidak difaham langsung bahasa yang dicakap. Cuma mungkin melihat kami yang berkopiah ini,ada yang menyebut SIB, khatolik dan kristian. Maksudnya mereka bukan beragama Islam. Ada rumah yang ana ziarahi itu adalah bekas sister kristian.Jiran sebelah rumah adalah father gereja khatolik. katanya bekas Islam, isterinya bekas pelajar sekolah agama. Macam tidak percaya pulak....tapi,itulah realiti yang berlaku.
Menyedari kekangan bertemu dengan penduduk kampung ini agak susah,kami mengambil keputusan untuk pergi ke kebun-kebun huma mereka. Di sana, kami dapat bertemu dengan ramai penduduk kampung. Namun kedatangan kami hanya sekadar berkenalan dan menyampaikan sumbangan. Tidak manis juga untuk kami panjangkan kalam , dalam keadaan mereka sedang berkerja. Layanan baik mereka terhadap kedatangan kami itupun sudah kira bertuah.
Program pemeriksaan kesihatan dan kempen derma darah turut dijalankan bagi membantu mereka yang memerlukan. Kalau perjuangan para sahabat dan para soleheen,mereka menumpahkan darah kerana berhadapan dengan musuh Allah.kita ini hanya derma darah.Itupun takut. Macammana kita mahu terjun ke medan jihad sebenar,jihad kital.

Kalau dimuhasabah,betapa kerdilnya diri kita dalam menjalankan tugasan dakwah. Program sekerdil inipun,kita rasa seperti kita sudah berjasa kepada agama. Padahal kita belum layak untuk merasa puas atau bangga dengan usaha yang sekadar ini. Mereka yang berjuang mendaulatkan kalimah Allah jauh lebih perit, derita, sengsara dalam dalam menahan asakan mehnah dan tribulasi perjuangan untuk meninggikan agama Allah.

Bergambar di hadapan Nunuk Ragang, mitos masyarakat Dusun bahawa banir kayu ini adalah rumah mereka.
Esok ana akan sekali lagi, Insyallah akan menyertai ekspidisi Dakwah Yayasan Amal dan JAKIM Sabah di Pulau Pamaguan.Sekali lagi ana diuji dengan kesihatan disamping susahnya untuk mendapat kawan hendak ke sana. Ramai juga kawan yang diajak, semuanya menolak dengan pelbagai alasan. Bagi yang berkeluarga,biasalah...isteri takut, anak kurang sihat. Bagi yang bujang, urusan bank, persiapan balik kampung dan aneka alasan yang memang direkacipta untuk membela diri. Memang ianya menjejaskan semangat dan iman nipisku untuk ikut serta menyertai program ini. Kalau zaman remaja dulu, memang seronok sangat,kalau bab berkhemah,bakti masyarakat dan kerja amal seumpama ini.
Kalau diingatkan balik zaman di Universiti dulu, selama 4 tahun dikampus, tidak pernah sekalipun ana tertinggal Baktisiswa. Sehingga ke Sabah,datang berbakti. Kem motivasi serata negeri datang menabur bakti. Tidak ada cuti. Tiada bergaji. Apalagi elaun sara diri. Tidak cukup duit poket,cari sponsor. Sekarang rezeki Allah bagi, kenderaan ada sendiri, badan kuat lagi, isteri izin pergi,kenapa jadi berat hati? Allah Ya Rabbi.....Aku hambaMu yang lemah hati, kenapa suara majoriti aku ambil peduli, sedangkan nabi ada yang digergaji, Dakwah nabi Nuh siang malam,juga diingakari. Ya Allah...Ya Rabbi..berilah kekuatan kepada hambaMu ini. Aku tidak mampu untuk menipu malaikatMu nanti....kenapa perintahMu, ku Ingkari. Suatu hari nanti aku juga akan sendiri....

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008