Thursday, September 13, 2012

Rawatan Kencing manis, Darah Tinggi dan Lemah Jantung

Sumber :


Kekuatan doa seringkali dianggap remeh dan juga sering diletakkan sebagai pilihan terakhir adalah suatu kefahaman yang salah. Usaha dan doa semestinya beriringan kerana kesakitan dan kesembuhan adalah daripada Allah.

Doa sepatutnya dijadikan senjata mukmin dalam apa jua keadaan dan kita lakukanlah dalam keadaan penuh yakin dan pengharapan kepada Allah. Lebih daripada kita yakin kepada rawatan doktor yang juga manusia biasa, yang juga sakit seperti kita.

Dalam program rancangan TV “Tanya Ustaz” iaitu “Indah Perubatan Islam”oleh Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie. Yang sempat dicatatkan kali ini berkaitan“Doa Rawatan” untuk penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis dan Sakit Jantung.
Marilah kita kongsi bersama ilmu ini yang diajarkan oleh beliau. Kata ustaz kalau tak silap dengar . Jika sudah berusaha secara moden masih tidak sembuh juga. Cubalah rawatan secara Islam dengan menggunakan ayat-ayat suci Al Quran kalamullah. Bolehlah membeli buku beliau yang baru berada di pasaran bertajuk “Indah Perubatan Islam”.
Cara-caranya:
Letak tangan kanan pada dada disebelah kiri dan bacalah kedua-dua doa ini. Amalkan selalu, insyaAllah mendapat kesembuhan dari Allah SWT.
DOA 1.
Maksudnya:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu dan juga menjadi hidayat petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman.”
DOA 2.
Maksudnya:
“Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab? Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (Al-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar) dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata).” (Surah Fushillat: Ayat 44)

Saturday, September 8, 2012

Presiden PAS Mohon Maaf Kepada Orang Sabah


Beuford : Presiden PAS, Datuk Seri Abdul hadi Awang memohon maaf kepada seluruh rakyat Sabah di atas kesilapan dan salahtadbir yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang datang dari semenanjung sehingga menyebabkan rakyat Sabah merasakan seperti dijajah oleh pemimpin semenanjung.

Menurut beliau, pemimpin UMNO telah menunjukkan contoh yang buruk, tidak amanah dan menipu rakyat kerana hendak berkuasa selama-lamanya walapun melakukan kesalahan

Ust Abdul Hadi berucap dihadapan hampir 5000 orang ketika merasmikan Himpunan Hijau peringkat Negeri Sabah di pekarangan Rumah Datuk Lajim Ukin juga menjelaskan konsep fideralisasi yang diamalkan oleh pemimpin UMNO BN  bersifat menindas dan tidak bertepatan dengan Islam .

“Konsep zakat yang diperkenalkan Islam tidak membenarkan kutipan zakat dipindahkan ke negeri lain sehinggalah rakyat negeri tersebut dapat menikmati kekayaan tersebut sehingga dapat   menyelesaikan masalah kemiskinan dalam negeri tersebut. Hanya jika mempunyai lebihan sahaja, barulah dipindahkan kepada negeri lain. Begitulah konsep hasil negeri yang tidak sepatutnya di punggah ke Putrajaya sedangkan rakyat Sabah bergelombang dengan kemiskinan”. Jelas Ust Abdul Hadi.

Selain dari itu, Ust Hadi juga berharap rakyat Sabah memilih pemimpin yang amanah untuk mengurus harta negeri  bagi memastikan rakyat mendapat hak yang sepatutnya. Hasil negeri yang banyak mesti digunakan untuk membangun jiwa dan kemudahan rakyat bukan untuk memperkayakan golongan tertentu sahaja. Beliau turut melahirkan kekesalan kerana mengikut laporan audit, Sabah antara negeri yang paling tinggi pengeluaran hasilnya tetapi tergolong di antara negeri termiskin di Malaysia.

Presiden PAS juga turut menjelaskan sebab PAS mengheret agama dalam politik kerana Islam itu sendiri bersifat syumul dan politik termasuk dalam rangka kehidupan Islam yang meletakkan soal dosa dan pahala. Tiada yang terlepas daripada dosa dan pahala dalam setiap perlakuan manusia termasuk berpolitik. Ini juga menunjukkan Islam berbeza dengan agama-agama yang lain. Oleh itu juga, masyarakat bukan Islam tidak perlu takut dengan PAS yang berlandaskan Islam kerana Islam menjamin hak  untuk semua. Hak untuk beragama, bersosial, bekerja, berilmu, berpolitik dan sebagainya.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008