Pernikahan menjadi saat-saat yang amat dinanti-nanti oleh
sepasang yang hangat bercinta. Mereka ingin merealisasikan manifestasi cinta
mereka melalui ikatan yang sah. Tarikh pernikahan ditunggu dengan penuh debaran
setiap saat, setiap ketika, siang dan malam. Pernikahan ini juga meributkan
mereka disekeliling samada mereka
ibubapa, adik beradik, anggota keluarga, sahabat handai mahupun jiran sekampung
dan sekerja.

Dalam kekalutan kita berusaha mencari pasangan yang beriman
dan bertaqwa, yang boleh memimpin keluarga menuju redha Allah, pernahkah kita
bertanya pada diri, seriuskah kita memilih pemimpin masyarakat dan Negara yang
terserlah cirri-ciri pasangan yang ideal, pasangan yang akan membawa kita dan
keluarga menuju redha Allah?
Kenapa masih kita menyanjung pemimpin yang terlibat dengan
dosa besar seperti pecah amanah, rasuah, kaki botol, tahi judi, kaki betina? Sanggupkah
kita bersuamikan suami yang pencuri yang menjadi bualan sekampung? Tentu tidak.
Tapi kenapa sanggup bertuankan pemimpin yang mengambil hak rakyat? Sanggupkah
kita bersuamikan seorang lelaki yang gagal memimpin keluarganya sehingga anak
isterinya hidup tungganglangan, solat entah dimana, aurat tanpa batasnya?
Suami dalam pernikahan diharapkan dapat membimbing keluarga,
membentuk keluarga soleh. Adakah boleh diharapkan terbinanya keluarga sakinah
sedangkan suami hanya pandai berkareoke, mengaji jauh sekali,kekawannya kaki
pemalas, kaki kelentong.

Justeru itu, memilih kepimpinan Negara lebih besar daripada
memilih pemimpin keluarga. Ini kerana tersalah memilih pemimpin keluarga boleh
diceraikan, difasakh, dikhuluq, dizihar dan li’ankan. Cuma barangkali anak
perempuan akan menjadi janda, cucu terpisah dengan ayahnya. Tempias kesusahan
keluarga itu, barangkali berkitar dalam keluarga dan sekitar sahaja. Akan tetapi
tersalah memilih dan melantik pemimpin Negara. Rakyat bukan setakat menjadi
janda dan terpisah daripada keluarga tetapi jauh lebih sengsara daripada itu.
Ianya melibatkan kelompok yang besar, jutaan manusia, masa yang panjang dan
melibatkan kerugian yang amat besar. Kesengsaraa ini bukan hanya itu 10 tahun dua tetapi berdekat
lamanya dan akan terpahat dalam titipan sejarah.
Marilah bermuhasabah. Letaklah kepentingan orang ramai
melebihi kepentingan diri sendiri kerana itulah tanda tingginya nilai peribadi
kita. Pilihlah pemimpin secara teliti, lebih teliti daripada memilih calon
suami atau isteri, ipar dan mertua.. sekali anda diberi peluang…gunalah
sebaiknya..