Lamkabong, sebuah kampung di pendalam Sabah yang terletak di daerah Telupid mencuri perhatian umat Islam setelah pendedahan isu murtad di media alternatif. Pekan Telupid yang berada di tengah-tengah perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke Sandakan dan ke Tawau. Jarak Pekan telupid ke Kota Kinabalu dianggarkan sejauh 200 KM. Ianya berada di antara Ranau (94km) dan Sandakan (150KM). Kampung yang sebenar tidak jauh dari pekan Telupid ini sebenarnya telah lama dibiarkan sendirian.
Pengislaman yang berlaku pada zaman pemerintahan Parti berjaya pimpinan Datuk Hariss Salleh seakan dilupakan dan dibiarkan begitu sahaja. Apa lagi, parti yang memerintah bersalih ganti dari PBS kepada UPKO. Masyarakat Limkabong tidak mendapat perhatian sewajarnya dari segi dakwah. Setelah pengerak dakwah daripada Indonesia dan semenanjung meninggalkan bumi Telupid, sama ada meninggal dunia atau meninggalkan Limkabong, dakwahnya semakin suram dan seakan terbiar.
IKLAN
Media Alternatif
Tetamuku Sahabatku
Rakan Blogger
-
-
BERPINDAH SEKOLAH TEMPAT BERKHIDMAT2 months ago
-
ZIARAH DAN KHUTBAH DI PULAU GAYA7 years ago
-
-
Saginaw Michigan Foreclosure9 years ago
-
Perang Huruf di Kelantan11 years ago
-
-
Terima Kasih UMNO BN12 years ago
-
Catatan12 years ago
-
-
-
KEWUJUDAN DAJJAL14 years ago
-
EPISOD TAZKIRAH FASA TERAKHIR RAMADHAN14 years ago
Blog Pilihan
Harakah Islamiyyah
Tunas Harapan Ummah
-
Bilik Sewa Melaka6 months ago
-
Rindu.....10 years ago
-
Perancangan10 years ago
-
-
-
Pelbagai Rujukan
Popular Posts
-
Jodoh, rezeki dan maut adalah ketentuan Allah yang Azali. Kita berusaha untuk mendapatkan yang terbaik, namun dalamm masa yang sama, kita me...
-
Kecekapan kita menggunakan keyboard komputer akan mempercepatkan urusan di komputer. Oleh itu, menguasai tombol komputer amatlah penting. ...
-
Ponarama Kg menggaris, Batu Puteh,Kinabatangan dari kejauhan menuju ke Lahad Datu Jalan menuju ke Feri dan perumahan penduduk ...
-
Bahagian Lelaki 1. Keutuhan Aqidah Tonggak Insan berkualiti 2. Keikhlasan beribadat pemangkin jatidiri umat 3. ...
-
Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifa...
-
Menurut Ust Sharhan Shafie, busut di bawah rumah merupakan tempat yang tidak baik bagi kita kerana menjadi tempat persinggahan jin. Tapak ru...
-
Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam. Imam Syafie - Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghad...
-
Resipi 1. Daging 2. Tulang 3. Kacang Tanah 4. Bawang Merah & bawang Putih 5. Halia 6. Lengkuas 7. Serai 8. Rempah Sup 4 Sekawan 9. Nasi ...
-
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas Ka...
-
Hanya Islam yang syumul yang merangkumi doktrin politik Islam sahaja yang digeruni dan dihormati oleh musuh Islam. Demikian ditegaskan oleh ...
Kategori Berita
Cantikkan Blog
Tuesday, July 22, 2014
Isu Lamkabong: Umat Islam Perlu Pikul Tangungjawab
Jalan yang dalam proses pembinaan menuju ke Lamkabong
Dari Entilibon menuju kampung seterusnya
Warga Pakistan yang gigih
Sekolah Kebangsaan Limkabong
Jalan baru yang berturap. Jauh lebih cantik dari lebuhraya Telupid-Sandakan
Pra Sekolah SK Lamkabong
Saya difahamkan, suatu ketika adanya penggerak Dakwah dari JAKIM di Telupid dan Tongod tetapi mereka hilang nama dan khabar. Bertambah parah bila guru agama di SK Limkabong juga tidak juga tidak ada. Umat Islam hilang tempat berpaut sedangkan Kristian sekalipun mempunyai 3 kumpulan agama yang berbeza tetapi pendakwah mereka dari luar negara sangggup hidup bersama masyarakat, merasai payah perih kepayahan penduduk Telupid. Hasilnya,perkembangan kristian di Telupid berkembang maju. Gereja mereka sehingga menyediakan asrama dan kemudahan kenderaan untuk pelajar yang belajar di SMK Telupid. dan beberapa kebajikan lain. Hari minggu mereka dipenuhi dengan umat Krisitian melakukan ibadah di gereja- gereja mereka. Tiada permusuhan sekalipun mereka berbeza mazhab.
Masjid di sekitar pekan Telupid hanya ada tiga masjid yang menjalankan aktiviti sehingga solat jumaat. Itupun, kerap tidak kedengaran azan terutama di waktu subuh. Suara umat Islam seakan tenggelam dalam mengayuh bahtera dakwah sekalipun mempunyai pekerja dakwah yang gigih dari kalangan anak tempatan khususnya di JHEAINS dan ustaz-ustaz dari kerajaan persekutuan.
Dalam pengamatan saya, sosial ekonomi Telupid dan Lamkabong sendiri tidaklah seteruk kawasan-kawasan pantai dan Pulau-pulau yang telah saya pergi. Penempatan perumahan yang agak baik di Entelibon, Linkayuhan dan sebagainya. Jalan yang baru berturap dan jalan yang menuju ke Limkabong juga sedang dalam proses berturap. Mudahnya, bukan alasan besar lagi kepada pengerak dakwah kita untuk berkerja. SMK Entelibon yang baru dan cantik juga bakal diduduki oleh warga Entilibon dan sekitarnya termasuk warga kampung Limkabong sendiri.
Alhamdulillah, masjid Entelibon sedikit bernafas dengan kerjasama mantap penduduk kampung dan guru-guru sekolah. Bolehlah jumaat dilaksanakan sekalipun kekadang tidak mencukupi syarat. Penduduk kampung sekitar akan berkunjung ke sana untuk menunaikan solat jumaat terutama dari mereka yang berasal dari Indonesia yang bekerja di estet dan yang berkahwin dengan penduduk tempatan. kredit juga harus diberikan kepada warga Pakistan yang gigih menerokai perniagaan mereka sehingga ke ceruk dan pelosok pendalaman Sabah dan berhadapan dengan penganut kristian. Motosikal Pakistan tetap membelah kesunyian dan alpaan umat Islam terhadap gerak kerja dakwah di pendalaman Sabah.
Dalam keghairahan umat Islam, mengimarahkan Ramadhan, usah kita lupakan saudara kita yang sedang bergelut mempertahankan aqidah dan kerja dakwah yang dianggap asing.Marilah bersama kita semarakan gerak kerja ini dengan segenap keupayaan yang ada sebagaimana Firman Allah :
bantulah gerak kerja ini dengan sadaqah dan infak supaya gerak kerja ini dapat berjalan dengan lebih baik kerana janji Allah kepada kita
"Dan perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keredaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya dua kali lipat. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat.". Al-Baqarah :265
Labels: Dakwah
Subscribe to:
Posts (Atom)
HARGA KERETA NCD
Prepaid Murah
Kalender Islam

RUTIN HARIAN
BICARAMU
Al-Quran Penyejuk Jiwa
Penawar Qalbu

Aku Dan Isteriku
"Aku memiliki dua isteri,isteriku yg pertama adalah DAKWAH,isteriku yg kedua adalah isteriku sekarang.Jika bertembung antara keduanya,akan aku utamakan isteriku yg pertama"(Syeikh Mustafa Masyur)