Kisah bagaimana seorang pembela ummah mencari jodohnya dengan meletakkan perempuan yang bakal melahirkan pejuang ummah pada masa akan datang...jauhnya kita yang mencari cinta atau tulang rusuk kiri hanya untuk kebahagian rumahtangga yang sementara.
Tatapan sejarah bapa kepada pejuang ummah Salahuddin al ayubbi membentuk keluarganya semestinya menjadi teladan, kita semya.
Najmuddin Ayyub (amir Tikrit) belum juga menikah dalam tempoh yang lama. Maka bertanyalah saudara Asaduddin Syirkuh kepadanya: “Wahai saudaraku, kenapa engkau belum juga menikah?”
Najmuddin menjawab: “Aku belum menemukan seorang pun yang sesuai untukku.”
“Mahukah aku pinangkan seorang wanita untukmu?” tawar Asaduddin.
“Siapa?” balas Najmuddin Ayyub.
“Puteri Malik Syah, anak Sulthan Muhammad bin Malik Syah Suthan Bani Saljuk atau puteri menteri Malik,” jawab Asaduddin.
“Mereka semua tidak layak untukku” tegas Najmuddin kepadanya.
Ia pun hairan , lalu kembali bertanya kepadanya: “Bagaimanakah wanita yang mampu menjadi pilihan untukmu wahai sahabat ku?”
Najmuddin menjawab: “Aku menginginkan wanita sholehah yang akan memegang tanganku menuju ke jannah dan akan melahirkan seorang anak lelaki yang ia didik dengan baik hingga menjadi seorang pemuda dan pahlawan yang akan mengembalikan Baitul Maqdis ke dalam pangkuan kaum muslimin.”
Ini merupakan mimpinya.
Asaduddin pun tak merasa heran dengan ucapan saudaranya tersebut. Ia bertanya kepadanya: “Lalu dari mana engkau akan mendapatkan wanita seperti ini?”
“Barang siapa yang mengikhlaskan niatnya hanya kepada Allah, niscaya Allah akan memberikan rezeki kepadanya,” jawab Najmuddin.
Sehingga lah suatu hari, Najmuddin dijemput duduk bersama salah seorang syaikh di masjid di kota Tikrit berbincang soal negara. Lalu datanglah seorang wanita memanggil syaikh tersebut dari balik tabir sehingga ia memohon izin dari Najmuddin Ayud untuk bercakap sebentar dengan wanita tersebut.Lalu dibenarkan Najmuddin . Syaikh itu berkata kepada si wanita tersebut : “Mengapa engkau menolak pemuda yang aku kirim kan ke rumahmu untuk meminangmu?”
Lalu wanita itu menjawab: “Wahai syaikh, ia adalah sebaik-baik pemuda yang memiliki ketampanan dan kedudukan, akan tetapi ia tidak layak untukku.”
“Lalu lelaki yang bagaimana kamu inginkan?” Tanya syaikh.
Ia menjawab: “Tuanku asy-syaikh, aku menginginkan seorang pemuda yang akan menarik tanganku menuju jannah dan aku akan melahirkan seorang anak lelaki darinya yang akan menjadi seorang pahlawan yang bakal mengembalikan Baitul Maqdis ke dalam pangkuan kaum muslimin.”
Dengan tidak sengaja perbualan mereka itu telah didengari oleh Najmuddin Ayyub .Lantas bangkitlah Najmuddin lalu memanggil syaikh tersebut, “wahai Syaikh , kahwinkan aku dengan wanita ini kahwinkan aku dengan wanita ini.”
“Tapi wanita ini tidak mempunyai apa-apa, fakir dari kampung , dia bukanlah dari keturunan orang ternama,” jawab asy-syaikh.
“Wanita ini yang saya idamkan dan saya cari selama ini.” tegas Najmuddin.
Maka menikahlah Najmuddin Ayyub dengan wanita tersebut. Dan dengan perbuatan, barang siapa yang mengikhlaskan niat, pasti Allah akan berikan rezeki atas niatnya tersebut.
Maka selepas itu Allah menguniakan mereka seorang putera kepada Najmuddin yang akan menjadi seorang pahlawan yang bakal mengembalikan Baitul Maqdis ke dalam pangkuan kaum muslimin. Ketahuilah, pahlawan itu adalah Shalahuddin al-Ayyubi.
Pada suatu hari ketika zaman kecil Salahuddin Al Ayubi, beliau sedang bermain bersama kanak-kanak lain di taman permainan. Lalu ayahnya mendatangi Salahuddin dan mengangkatnya sewaktu beliau sedang bermain dan diangkatnya setinggi yang mungkin.
Kemudian ayahnya berkata : Aku tidak berkahwin dengan ibumu dan ibumu tidak melahirkan kamu dengan tujuan kamu bermain dengan kanak-kanak! Tetapi tujuan aku kahwini ibumu dan ibumu melahirkan kamu adalah supaya engkau membebaskan masjidil Aqsa!
Kemudian ayahnya melepaskannya dan beliau jatuh dari pegangan ayahnya dan berkata : Adakah kau sakit kerana kau dijatuhkan?
Jawab Salahuddin : Sakit!
Ayahnya berkata : Jadi kenapa kau tidak merintih (kesakitan)?
Jawab Salahuddin Al Ayyubi : Mana mungkin seorang pembuka masjidil Aqsa akan merintih kesakitan.
IKLAN
Media Alternatif
Tetamuku Sahabatku
Rakan Blogger
-
-
BERPINDAH SEKOLAH TEMPAT BERKHIDMAT2 months ago
-
ZIARAH DAN KHUTBAH DI PULAU GAYA7 years ago
-
-
Saginaw Michigan Foreclosure9 years ago
-
Perang Huruf di Kelantan11 years ago
-
-
Terima Kasih UMNO BN12 years ago
-
Catatan12 years ago
-
-
-
KEWUJUDAN DAJJAL14 years ago
-
EPISOD TAZKIRAH FASA TERAKHIR RAMADHAN14 years ago
Blog Pilihan
Harakah Islamiyyah
Tunas Harapan Ummah
-
Bilik Sewa Melaka6 months ago
-
Rindu.....10 years ago
-
Perancangan10 years ago
-
-
-
Pelbagai Rujukan
Popular Posts
-
Jodoh, rezeki dan maut adalah ketentuan Allah yang Azali. Kita berusaha untuk mendapatkan yang terbaik, namun dalamm masa yang sama, kita me...
-
Kecekapan kita menggunakan keyboard komputer akan mempercepatkan urusan di komputer. Oleh itu, menguasai tombol komputer amatlah penting. ...
-
Ponarama Kg menggaris, Batu Puteh,Kinabatangan dari kejauhan menuju ke Lahad Datu Jalan menuju ke Feri dan perumahan penduduk ...
-
Bahagian Lelaki 1. Keutuhan Aqidah Tonggak Insan berkualiti 2. Keikhlasan beribadat pemangkin jatidiri umat 3. ...
-
Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifa...
-
Menurut Ust Sharhan Shafie, busut di bawah rumah merupakan tempat yang tidak baik bagi kita kerana menjadi tempat persinggahan jin. Tapak ru...
-
Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam. Imam Syafie - Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghad...
-
Resipi 1. Daging 2. Tulang 3. Kacang Tanah 4. Bawang Merah & bawang Putih 5. Halia 6. Lengkuas 7. Serai 8. Rempah Sup 4 Sekawan 9. Nasi ...
-
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas Ka...
-
Hanya Islam yang syumul yang merangkumi doktrin politik Islam sahaja yang digeruni dan dihormati oleh musuh Islam. Demikian ditegaskan oleh ...
Kategori Berita
Cantikkan Blog
Friday, June 10, 2016
MENCARI ISTERI UMMAH
Subscribe to:
Posts (Atom)
HARGA KERETA NCD
Prepaid Murah
Kalender Islam

RUTIN HARIAN
BICARAMU
Al-Quran Penyejuk Jiwa
Penawar Qalbu

Aku Dan Isteriku
"Aku memiliki dua isteri,isteriku yg pertama adalah DAKWAH,isteriku yg kedua adalah isteriku sekarang.Jika bertembung antara keduanya,akan aku utamakan isteriku yg pertama"(Syeikh Mustafa Masyur)