Kerajaan Islam
Legeh dibuka oleh Tengku Long Putra anak kepada Nang
Che Puan yang mana suaminya bernama Paduka Seri Sultan Muhammad Jiwa
bin Al-Adilin. Kewujudan kerajaan Legeh dipercayai untuk menguatkan penguasaan
kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa di pantai timur Semenanjung Melaka.
Beliau merupakan
anak saudara kepada Sultan Syarif Syah. Dan nenek Syarif Syah pula
ialah Ratu Hijau, orang yang membuka negeri Pattani. Nang Che Yam
juga merupakan ibu kepada Ratu Kuning yang bergelar Nang Kemuning
Puteri Saadong yang memakai gelaran Ratu Kemuning.
Ratu Kemuning telah
menjadi pemerintah Pattani setelah kemangkatan adinda-adinda Ratu Hijau yang
bernama Ratu Biru dan Ratu Ungu. Setelah kemangkatan Ratu Ungu, Nang Kemuning
telah memerintah Pattani tetapi mangkat tanpa meninggalkan zuriat yang sesuai.
Beliau juga dikenali sebagai Puteri Saadong. Kemangkatan beliau menyebabkan
munculnya negeri yang baru di pantai timur lagi makmur tetapi telah ditutup
sejarahnya dengan kemunculan negeri baru yang bernama Kelantan dan Terengganu.
Kemunculan Kelantan
dan Terengganu adalah selepas kejatuhan kerajaan Legeh yang
berpusat di Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. Setelah Raja Nik
Muhammadiah cucu Raja Long Toha ibni almarhum Tengku Long
Putra yang bergelar Datuk Seri Raja dan merangkap Perdana Menteri
Empayar Kedah Merong Maha Wangsa, telah kalah dalam peristiwa musuh bisik 1821yang
mana beliau telah dikalahkan oleh tentera Thai yang bekerjasama dengan tentera
British menyebabkan beliau dan pengikutnya melarikan diri ke Kedah bersama
permaisurinya Dato’ Nang Mariam ibni Syed Sheikh Abdul Latif al-Pattani.
Dato’ Nang Mariam
digelar orang Nai Riam, beliau merupakan nenek kepada penghulu
Tajar Nai Long Mahmud. Nai Long Mahmud ini merupakan datuk kepada
Yang Teramat Mulia Tuanku Nai Long Kasim. Nai Riam juga ialah adik
pupu kepada Maharaja Melayu yang terakhir Sultan Jaafar Muadzam Shah.
Nai Riam juga ialah cucu kepada Raja Daerah Johor-Riau iaitu Koya Fai @
Raja Iskandar Syah.
Baginda Permaisuri
Legeh inilah yang memelihara Raja Badlishah ketika beliau dihalau dari istana
Anak Bukit setelah ibundanya Syarifah Sofea al-Jefri dari
kerabat Merong Maha Wangsa diceraikan oleh Sultan Abdul Hamid yang
berkahwin baru dengan puteri Chulalongkon Raja Thai, yang bernama Jeneral
Manjalara.
Anak angkat
Permaisuri Negara Islam Legeh Dato’ Nai Riam dan suaminya Nik Muhammadiah @ Tak
Bai @ Tok Lebai yang bernama Long Senik Mulut Merah telah
dipilih oleh kerajaan British sebagai Raja Kelantan tetapi
telah dibantah oleh lanun Kampung Laut, Tumpat, Kelantan yang juga
berangan-angan menjadi raja baru negeri Kelantan Darul Naim.
Semasa pemerintahan
Thai dan British sedang sibuk memecah-belahkan semenanjung Melaka dari
pemerintahan kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa, telah berlaku perang yang
sengit diantara lanun Kampung Laut dan Long Senik Mulut Merah, bila perkara ini
diketahui oleh bos mereka (Thai dan British) maka lanun Kampung Laut telah
diangkat sebagai Perdana Menteri Kelantan tetapi perselisihan
tetap berlaku dan tiada terbayang pun harapan untuk berdamai, malah kedua belah
pihak telah mengadukan hal ini kepada raja kafir buddha di Bangkok.
Pengaduan ini telah diterima baik oleh raja siam-thai lalu pihaknya telah
menghantar orang besarnya ke Kelantan untuk menjadi orang tengah bagi
mendamaikan peperangan itu yang telah meragut banyak nyawa.
Kebetulan pula
ketika itu kerajaan Kedah yang telah kalah teruk pada
musuh-musuh Allah telah dibelah dua. Seperti peristiwa Germany telah dibelah
dua, begitulah juga Kedah kerana matlamat musuh untuk menghapuskan terus
kewujudan kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa. Di sebelah baratnya di wujudkan
kerajaan Kedah Darul Aman dan di timurnya yang bergelar Syburi yang
mengandungi daerah Naratiwat, Yala, Reman, Mongchik, Jammu (Jambu) dan Tiba
telah ditukar namanya kepada Pattani Baru setelah British dan
Thai mempersilakan Muhammad (Tengku Besar) anak lanun Kampung
Laut untuk dilantik menjadi raja memerintah negeri Pattani baru. Lanun ini telah mengelar dirinya sebagai Sultan yang
memerintah kerajaan Pattani Darus Salam padahal ianya
adalah kerajaan Kedah Timur. Sewaktu keberangkatan beliau ke Kedah
Timur (Pattani Baru), beliau telah diiringi oleh keluarga dan
pengikut-pengikutnya ke negeri baru tersebut. Lalu digelar Sultan Muhammad dan
disisi raja kafir Bangkok ia digelar Phraya Tani. Dengan kehendak
dan perintah Bangkok pula segala pentadbiran di dalam negeri baru itu terletak
di bawah kawalan dan perhatian dari Raja Kafir berkenaan.
Di sebelah bawah
pula iaitu Long Senik Mulut Merah juga memakai gelaran Sultan Muhammad setelah
keadaan menjadi aman damai yakni setelah musuhnya iaitu lanun Kampung Laut
telah menjadi pemerintah negeri Pattani Palsu di bawah pengaruh dan arahan Raja
Buddha Sukuthai Siam-Thai.
Maka Long Senik Mulut
Merah setelah menjadi raja, terdapat sebatang sungai yang bernama sungai
kelantan maka digelar negerinya sebagai Negeri Kelantan dan
beliau memakai gelaran Al-Sultan untuk mununjukkan kekuasaannya seperti
sultan-sultan Kedah yang memerintah mereka sebelum ini. Maka seperti Raja
Abdullah di Perak, Long Senik Mulut Merah juga mencipta salasilah-salasilah
yang palsu untuk menunjukkan kepada sejarah yang negeri Kelantan sudah wujud
ratusan tahun yang lalu yang semuanya merupakan darah keturunan beliau, bagi
membuktikan yang beliau juga keturunan bangsawan raja-raja dahulukala.
Begitu jugalah
dengan negeri di bawahnya diwujudkan kerajaan baru setelah kehancuran kerajaan
Legeh yang berpusat Ayer Lanas, Jeli, Kelantan. Rajanya telah
menamakan negerinya sebagai Terengganu dan mewujudkan
salasilah palsu untuk membuktikan yang beliau juga keturunan raja-raja
bangsawan yang layak memerintah dengan memakai gelaran sultan yang memerintah.
Beliau mengelarkan negerinya Terengganu Darul Iman.
Padahal Terengganu
dan Kelantan ialah kerajaan Pattani. Manakala Pattani Darus Salam
pula ialah negeri Kedah Timur yang diwujudkan oleh pihak musuh setelah berlaku
pertumpahan darah orang-orang mereka yang akan merugikan mereka sendiri iaitu
peperangan diantara Long Senik Mulut Merah dan Tengku Besar lanun
Kampung Laut.
Sebagai menghargai
kesediaan British memayungi kerajaan mereka di Terengganu dan Kelantan serta
menghapuskan musuh-musuh mereka, mereka telah memakai lambang kerajaan
British di lambang negeri masing-masing iaitu sebuah topi milik Raja
Empayar British Queen Victoria, King Edward, King George V dan Elizebeth II.
Fenomena yang
berlaku di Kelantan dan Terengganu juga berlaku di negeri Johor. Yang mana Raja
Daerah Johor-Riau yang terakhir iaitu Raja Mahmud Mangkat Dijulang,
setelah kemangkatan beliau Temenggung Hussin telah mengambil
alih kerajaan Johor.
Beliau telah
mendapat pengiktirafan dari kerajaan British yang telah membantunya
menghapuskan musuh-musuhnya terutamanya kaum kerabat yang mendapat
pengiktirafan terus dari kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa. Selepas kemangkatan
beliau anaknya mengatakan beliau ialah Maharaja Johor dan
seterusnya memakai gelaran Sultan Johor Darul Takzim.
Selepas Gabenor
Kedah atau Raja Daerahnya mangkat iaitu Raja Mahmud Mangkat Dijulang, British
dan Belanda telah mengambil alih semua kawasan yang diamanahkan oleh Sultan
Kedah Merong Maha Wangsa untuk menjaganya seperti wilayah Riau yang
jatuh di tangan Belanda, juga Siak, Jambi dan Palembang sehingga
ke Bangkahulu. Manakala British pula mengambil alih Bandar
Hilir Melaka dan Singapura.
Sebagai menghargai jasa tuannya British Laknatullah, maka pemerintah kerajaan
Johor yang baru telah memakai topi British sebagai lambang negerinya mengikuti
jejak langkah Terengganu dan Kelantan.
Sesungguhnya
kewujudan negeri-negeri ini ialah selepas ketibaan Francis Light ke
Pulau Pinang dari bandar pelabuhan Calcutta, Teluk Benggala untuk menjatuhkan
ibu sawat bangsa Melayu kerajaan Kedah Merong Maha Wangsa yang telah lama
memerintah Nusantara di bawah kedaulatan Raja-raja Melayu dari Keturunan
Ahlul-Bait darah Nabi Muhammad S.A.W.
Begitu juga dengan
simbol bandaraya Alor Star tidak terlepas daripada pengaruh British. Dalam kita
tidak sedar, kita bertawaf setiap hari di bulatan Teluk Wanjah yang
mengandungi topi raja-raja British Empire. Arca ini digelar sebagai
kononnya Arca Rukun Negara dan dengar ceritanya ada ura-ura
dari kerajaan negeri Kedah akan membina sebuah lagi arca yang mengandungi topi
kerajaan kafir ini di lapangan terbang baru Alor Star. Maka sangat malanglah
kita kerana setelah setengah dekad kita merdeka namun kita masih lagi tidak
mengenali simbol-simbol musuh Allah ini.
Lambang Polis
Diraja Malaysia (PDRM) juga tidak terlepas menggunakan topi Ratu
Elizeberth II, mungkin kerana diletakkan kalimah Allah dan Muhammad menyebabkan
pihak kerajaan Malaysia dapat dikaburi oleh pihak penjajah laknatullah ini.
Mungkin jika
diletakkan salib kristian, baru pihak kita akan sedar dengan taktik yang
digunakan oleh musuh-musuh Allah ini. Jika lambang Union Jack diletakkan
di bendera negara Fiji, New Zealand, Australia dan beberapa
negara lagi untuk melambangkan ketuanan mereka di bawah Ratu England, apakah
bezanya lambang topi British Empire yang terdapat di arca,
bendera-bendera negeri dan lambang jabatan-jabatan kerajaan.
Masih belum
terlambat untuk kita ke jalan yang sebenarnya, kerana kita juga mempunyai
lambang-lambang yang hebat selain lambang teratai, bintang berbucu lapan atau
lima belas dan lain-lain lagi. Kerana lambang bulan bintang sebenarnya ialah
lambang kehebatan kerajaan Islam yang berjaya menumbangkan kerajaan Rom
Timur atau Byzentine dengan memasuki bandaraya Konstantinople
secara mudah. Beliau telah menghancurkan kerajaan Rom ini pada usia 21
tahun.
Mafhum hadis Nabi
Muhammad S.A.W. sabdanya “Konstantinople akan ditakluki oleh tentera Islam.
Rajanya adalah sebaik-baik raja dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera“.
Sultan Muhammad
al-Fatih (1432-46M) telah menggunakan lambang bulan dan
bintang dalam kerajaannya walaupun ada pihak yang cuba mengaitkan
lambang ini milik orang-orang kafir, kononnya lambang ba’al, freemason dan
sebagainya. Kita mesti faham yang Sultan Muhammad al-Fatih adalah Raja yang
Terbaik yang terdapat dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W
Sumber : https://mindaahad.wordpress.com/2010/12/02/sejarah-legeh-pattani-kelantan-terengganu-dan-johor/