Sunday, April 9, 2017

LETIH & PENATNYA HIDUP YANG DICINTAI ALLAH & RASULNYA.

Hidup di dunia ini adalah tempat ujian dan dugaan yang wajib ditempuhi dan dilalui oleh setiap manusia. Kadang-kadang dalam menempuh perjalanan hidup ini, kita terasa letih dan penat dalam menghadapinya.

Namun demikian disisi Allah SWT dan RasulNya, keletihan hidup ini banyak membawa manfaat dan faedah bagi seseorang tersebut. Bahkan Allah SWT dan RasulNya cinta kepada hambaNya yang menghadapi keletihan tersebut.

Di antara keletihan dan kepayahan hidup yang sangat dicintai Allah SWT & RasulNya adalah:

1. Keletihan Dalam Belajar/ Menuntut Ilmu.

Allah SWT berfirman dalam Surah Ali-'Imran, ayat 79:
مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤْتِيَهُ اللَّهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُوا عِبَادًا لِّي مِن دُونِ اللَّهِ وَلَٰكِن كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنتُمْ تَدْرُسُونَ
"Tidak wajar bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Al Kitab, hikmah dan kenabian, lalu dia berkata kepada manusia: "Hendaklah kamu menjadi penyembah-penyembahku bukan penyembah Allah". Akan tetapi (dia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, kerana kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.
(QS. Ali 'Imran :79)

2. Keletihan Dalam Menghadapi Kesusahan, Kekurangan Dan Sakit Atau Penyakit.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 155:
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar". (QS. Al-Baqarah :155)
3. Keletihan mengurus keluarga.
Allah SWT berfirman dalam Surah At-Tahrim, ayat 6:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَّا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ
"Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan". (QS. At-Tahrim: 6)

4. Keletihan Dalam Mencari Nafkah Yang Halal.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Jumuah, ayat 10:
فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِن فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
"Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung". (QS. Al-Jumuah :10).

5. Keletihan Ketika Mengandung, Melahirkan, Menyusui, Merawat Dan Mendidik Anak-anak Sebagai Amanah Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam Surah Luqman, ayat 14:
وَوَصَّيْنَا الْإِنسَانَ بِوَالِدَيْهِ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ وَهْنًا عَلَىٰ وَهْنٍ وَفِصَالُهُ فِي عَامَيْنِ أَنِ اشْكُرْ لِي وَلِوَالِدَيْكَ إِلَيَّ الْمَصِيرُ
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepadaKulah kembali". (QS. Luqman :14)
6. Keletihan Dalam Beribadah Dan Beramal Soleh.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ankabuut, ayat 69:
وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah SWT benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik". (QS. Al-Ankabuut : 69)

7. Keletihan Dalam Berda’wah/Mengajak Orang Lain Kepada Jalan Kebaikan.

Allah SWT berfirman dalam Surah Fussilat, ayat 33:
"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh, dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerahkan diri?"(QS. Fussilat :33)

8. Keletihan Dalam Berjihad Di Jalan Allah SWT.

Allah SWT berfirman dalam Surah At-Taubah, ayat 111:
إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَىٰ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar". (QS. At-Taubah :111).


Ya Allah jadikan kepayahan kami dalam menjalani kehidupan ini sebagai jalan yang mudah untuk meraih jalan SyurgaMu, jauhkan kami ya Allah dari kepayahan hidup yang akan menjauhkan kami dari jalanMu. Semoga amal ibadah kami yang sedikit ini dapat di terima olehMu. Aamiinn Yaa Robbal 'Aalamiin !!!!!

sumber whatsap`

Wednesday, February 1, 2017

tiada idea..

apa boleh buat...tiada idea untuk menulis tetapi menulis jugak

Friday, December 2, 2016

PERAKAN MALAYSIA SAMBUT USIA 10 TAHUN


Persatuan Anak Kelantan Perantuan Malaysia (PERAKAN MALAYSIA) bakal menyambut 10 tahun usia penubuhannya secara rasmi pada disember ini. Majlis Sambutan 10 tahun PERAKAN MALAYSIA  sebagai  NGO kebajikan anak- anak Kelantan ini akan disambut pada 03 Disember ini. Ianya akan melibatkan 450 perwakilan daripada 45 cawangan PERAKAN MALAYSIA di seluruh Negara bertempat  di Kelantan Trade Centre , Kota Bharu , Kelantan.
Persidangan ILMUAN PERAKAN MALAYSIA


Majlis  yang akan dirasmikan oleh Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Haji Daud, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta kerajaan Negeri Kelantan akan turut dihadiri oleh pimpinan Kerajaan negeri Kelantan, Dato’ Mufti dan timbalannya , Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) , wakil-wakil rakyat dan beberapa orang ketua jabatan Kerajaan Kelantan.

Ir Hamdzah Abdul Rahman, Presiden PERAKAN MALAYSIA   ketika dihubungi berharap majlis ini menjadi medan untuk menghargai pengorbanan para pemimpin PERAKAN MALAYSIA  terdahulu disamping menzahirkan satu symbol semangat kerjasama dan ikatan kekeluargaan yang utuh sehingga terbinanya PERAKAN MALAYSIA   di setiap negeri di Malaysia. Hamdzah juga mensasarkan Majlis ini dapat mempertemukan perwakilan PERAKAN MALAYSIA dari seluruh negara dengan pimpinan Kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat di dalam satu majlis yang istimewa.

HJ MAT ARIFIN ISMAIL,

Menurut Pengarah Sambutan Program, Mat Arifin Ismail (gambar) yang juga Bendahari Agong PERAKAN MALAYSIA, sambutan ini bertujuan untuk mengimbau kembali sejarah pengkisahan penubuhan PERAKAN MALAYSIA agar menjadi teladan dan pengkayaan (enrichment) pengalaman untuk generasi baru. Selain  itu, Mat Arifin juga berharap program seumpama ini dapat menzahirkan satu hubungan mantap antara PERAKAN MALAYSIA  dengan Kerajaan Negeri Kelantan sehinggalah segala pengorbanan PERAKAN MALAYSIA  dihargai dengan pengiktirafan sebagai Duta Kerajaan Kelantan dan NGO Kebajikan di luar Kelantan


PERAKAN MALAYSIA  secara tidak rasminya telah ditubuhkan pada tahun 1993 tetapi didaftarkan pada tahun 2006 telah mengalami perubahan struktur organisasi yang cepat demi untuk menyesuaikan dengan keperluan serta perubahan semasa yang mendesak. Bermula dengan penubuhan 3 cawangan di Sabah, PERAKAN MALAYSIA  terus mendapat sambutan di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dengan pelbagai aktiviti untuk mengukuh semangat kerjasama dan persaudaraan berteraskan moto SETIA, SEPAKAT SOKMO sehingga menjulang nama PERAKAN MALAYSIA   sebagai NGO anak Kelantan perantau yang unik serta menjadi contoh dan bualan masyarakat.

Pada majlis ini juga akan diadakan penyampaian anugerah khas kepada mereka yang banyak berbakti kepada pembangunan anak-anak Kelantan perantau dan juga bekas-bekas pimpinan PERAKAN MALAYSIA  . Para perwakilan dan pemerhati juga berpeluang untuk membeli T shirt Sambutan 10 Tahun PERAKAN MALAYSIA  yang akan dijual  pada majlis tersebut.

Anak Legeh Di Perantauan | Template by - Abdul Munir - 2008