Wednesday, March 17, 2010

Layakkah Perogol Di Hukum

Berdasarkan laporan Harian Metro berkaitan seorang gadis dirogol oleh tujuh orang lelaki pada jam 4 pagi di atas batas bendang. Penulis menjadi ragu dengan status dan cara pergaulan gadis tersebut yang menunggu kekasih keduanya.(kalau tidak silap fahaman penulis) Bukankah Islam menekankan, janganlah kamu menghampiri zina dan janganlah kamu meletakkan diri kamu dalam kebinasaan. Penulis mengajak pembaca merenungi berita ini.

JITRA: Gara-gara ditinggalkan teman lelakinya, seorang wanita berusia 20 tahun menjadi mangsa seks tujuh lelaki termasuk bekas rakan sekolahnya di batas sawah Kampung Sungai Korok, di sini, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa dari Anak Bukit, Alor Star, dikatakan keluar rumah pada jam 8 malam bersama teman lelakinya untuk bersiar-siar di sekitar kawasan itu.


Bagaimanapun, kira-kira jam 12 tengah malam wanita itu menghubungi seorang lagi teman lelakinya supaya mengambilnya di Sungai Korok untuk pulang ke rumahnya.


Difahamkan, teman lelaki wanita itu tidak datang menjemput mangsa menyebabkan dia menunggu seorang diri di kawasan klinik swasta di pekan Sungai Korok sehingga jam 4 pagi.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata seorang lelaki berusia 23 tahun yang menaiki motosikal melihat wanita itu duduk seorang diri berhampiran klinik itu.


“Suspek menghampiri mangsa dan bertanya hendak ke mana sebelum mangsa meminta suspek menghantarnya pulang ke Anak Bukit kerana teman lelakinya tidak datang menjemputnya.


Bagaimanapun, suspek tidak menghantar mangsa pulang, sebaliknya memanggil rakannya sebelum mangsa dirogol bergilir-gilir oleh tujuh lelaki di batas sawah berhampiran klinik itu.


“Mangsa tidak dapat melarikan diri kerana suspek menariknya ke sawah berhampiran dan merogolnya,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.


Beliau berkata, mangsa yang memakai seluar jeans dan kemeja-T mendakwa salah seorang suspek yang merogolnya adalah bekas rakan sekolahnya.


“Mangsa mengenali salah seorang suspek yang merogolnya kerana dia kawan sekolahnya. Selepas kejadian itu, mangsa ditinggalkan seorang diri berhampiran klinik berkenaan sehingga jam 7 pagi.


“Mangsa yang lemah kemudian keluar mencari bantuan dan menemui seorang pengawal keselamatan yang kebetulan melalui kawasan itu.


“Pengawal itu membawanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu kira-kira jam 9 pagi, semalam,” katanya.


Ibrahim berkata, kes disiasat sebagai rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara tidak kurang lima tahun atau tidak lebih 20 tahun dan sebat.


Sementara itu, katanya, seorang suspek berusia 23 tahun ditahan di rumahnya di Sungai Korok, di sini, kira-kira jam 1 tengah hari semalam.


“Suspek akan dikenakan perintah reman di Mahkamah Sesyen Jitra,” katanya.

Sunday, March 14, 2010

Cara Buang Busut

Menurut Ust Sharhan Shafie, busut di bawah rumah merupakan tempat yang tidak baik bagi kita kerana menjadi tempat persinggahan jin. Tapak rumah yang berbusut juga adalah tapak rumah yang tidak baik. Oleh itu, kita digalakkan membuang busut tersebut. Ust Sharhan telah mengajar pelajarnya kaedah membuang busut adalah seperti berikut :-

a. Baca ayat ruqyah mukasurat 43 dalam bukunya
b. Gunakan kaedah seperti kaedah pagar rumah yang menggunakan garam kasar, asam keping dan sebagainya
c. Setelah tiga hari, busut tersebut boleh dirobohkan.

Ketika ditanya tentang masalah jin yang merasuk, masuk dan keluar ke dalam tubuh manusia, Al-Fadhil Ustaz menyarankan pelajarnya membaca ayat ke 15 pada mukasurat 48 dalam bukunya.

Semoga tulisan ringkas ini mendatang munafaat kepada kita semua. Assalammualaikum!

Wednesday, March 10, 2010

Tanggungjawab Guru Cemerlang

Dari MGCSabah menulis

Beberapa GC yang baru dilantik telah bertanya : “Apakah harus saya buat sekarang?”

Untuk GC DG 32 dan 34 yang telah hadir Kursus Grooming pada 3 - 5 November 2008, tuan/puan telah diberi beberapa petunjuk mengenai hal ini.

Untuk GC DG 44 dan 48 yang baru dilantik, Kursus Grooming yang dirancang untuk anda pada hujung bulan Jun tahun 2009 terpaksa ditangguhkan kerana kekangan kewangan. Adalah diharapkan kursus ini akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Dalam keadaan sedemikian dan menyahut pertanyaan di atas, saya ingin memberi nasihat berikut :

1. Medan perjuangan utama anda adalah sekolah anda. Tuan/puan perlu memberi keutamaan kepada tugas-tugas anda di sekolah, khususnya P&P di bilik darjah. Buku rekod mengajar merupakan dokumen rujukan utama untuk menilai sejauh mana tuan/puan telah melaksanakan tugas-tugas anda.

2. Merancang program/aktiviti untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar anda dengan mengambilkira berlainan TOV (take-of-value), keperluan dan stail pembelajaran mereka. Kajian tindakan boleh dilaksanakan untuk menilai usaha tuan/puan dalam hal ini.

3. Meningkatkan kualiti penyampaian (delivery) pelajaran anda dengan menggunakan pendekatan baru, ICT, pelbagai teknik mengajar, bahan bantu mengajar dan sebagainya. Ini mungkin menghasilkan inovasi P&P dan boleh dijadikan amalan P&P terbaik.

4. Tuan/puan dapat berkongsi hasil kajian tindakan dan inovasi anda dengan warga pendidik di sekolah anda maupun medan yang lebih luas melalui penulisan dan pembentangan kertas kerja semasa kursus /seminar/persidangan di dalam dan luar sekolah serta multimedia seperti jurnal dan blog pendidikan.

5. Menunjukkan kepimpinan dalam tugas pengurusan kurikulum sebagai Ketua Panitia Mata Pelajaran, Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan lain-lain porfolio.

6. Menyertai Pasukan Gerak SAGA Daerah untuk membantu Sektor Pengurusan Akademik dan Pejabat Pelajaran Daerah memantapkan pelaksanaan kurikulum di daerah anda. Adalah diharapkan para GC juga dapat menyumbang dalam program perkembangan profesionalisme guru-guru di daerah anda.

7. Dalam semua perkara di atas, dokumentasi adalah dimestikan. Melabur dalam sebuah kamera digital dan komputer laptop untuk melapor sebarang aktiviti anda, fail/folder/kotak untuk menyimpan bahan tulisan dan bahan bantu mengajar anda dan sebagainya. Adakan suatu sistem untuk mengatur semua ini.

Akhir sekali sebagai GC, tuan/puan dan saya dinilai oleh orang lain bukan hanya dalam hal kepakaran mata pelajaran tetapi juga penampilan diri dan cara kita berkomunikasi dengan mereka. Oleh itu, adalah wajar setiap GC memberi perhatian kepada hal penampilan diri dan cara berkomunikasi untuk memastikan martabat profesionalisme jawatan Guru Cemerlang di Sabah sentiasa disanjung.

Sumber : http://hannanfarhana.blogspot.com/2010/03/guru-cemerlang.html

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008