Sunday, January 30, 2011

Khasiat Solat Di Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.


Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.


Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?


Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.


Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.


Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.


Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.


Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Sumber
Egroup, Joy Runner

Wednesday, January 26, 2011

Pakatan Rakyat Tenang di PRK Tenang

Pakatan Rakyat melalui calon PAS cikgu Normala Sudirman dilihat berpeluang untuk merampas DUN Tenang dalam pilihanraya Kecil pada 30 januari nanti.

Berdasarkan penampilan calon PAS yang ber'aura' dan calon UMNO yang berdaki, Tuan Hj Muhammad Abdullah, Pesuruhjaya PAS Sabah melihat sinar harapan untuk PAS merampas DUN Tenang dan menambah kerusi Pakatan Rakyat di DUN negeri Johor.

Hj Muhamad bersama YDP PAS Tawau Hj Muhamad Husin dan Sdr Kasman sudah seminggu berada dan berkerja membantu parti di DUN Tenang. Beliau melihat serangan yang dilakukan oleh UMNO dan BN tidak memberi kesan kepada persiapan jentera Pakatan Rakyat, bahkan jentera Pakatan Rakyat terus mara mengangkis fitnah yang dileparkan.

Menurut beliau, sambutan masyarakat Cina dan India cukup baik kepada calon Pakatan Rakyat. Isu bersalam yang dibangkitkan oleh Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek tidak mampu menguggat keyakinan masyarakat Cina untuk mengundi PAS dalam pilihanraya kecil nanti.

Sekalipun menyedari DUN Tenang dan Johor adalah kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional, beliau optimis tsunami politik 2008 masih gagah untuk membadai kubu tersebut.

Tuesday, January 25, 2011

Pemimpin UMNO Fobia Debat

Setelah Presiden UMNO Datuk Seri Najib terpaksa memberi bermacam dalih untuk mengelak cabaran debat isu janji Pakatan Rakyat, kini giliran Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan pula menolak cabaran debat daripada presiden ANAK, Sdr Mazlan Aliman.

Seperti yang diduga, para pemimpin UMNO akan menjadi menjadi tikus betina, menolak debat dengan alasan yang angkuh tetapi menggambarkan kegerunan kepada ajakan debat tersebut. Kalau Datuk Seri Najib memberi alasan supaya Datuk Seri Anwar menyelesaikan masalah peribadi terlebih dahulu, Ahmad Maslan pula mencadangkan Sdr Mazlan berdialog tertutup dengan pegawai Felda.

[Gambar: Hj Hamzah bersama Pesuruhjaya SUHAKAN, En Shaani Abdullah]

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Hamzah Abdullah melahirkan rasa kecewanya dengan sikap menikus dan bacul pemimpin UMNO yang selalu mengelak untuk berdebat dalam soal-soal kepentingan rakyat dengan pemimpin Pakatan Rakyat. Menurutnya, pemimpin UMNO lebih selesa bertindak memukul curi. Hebat memberi kenyataan kepada media-media yang mereka kuasai untuk memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk serangan peribadi yang tidak jelas kebenarannya.


"Budaya fobia debat memperlihatkan , pemimpin UMNO rendah daya intelektualnya dan gagal menampilkan ketokohan sebenar mereka sebagai pemimpin negara". Tambahnya lagi

Sepatutnya mereka (pemimpin UMNO) boleh mencontohi pemimpin barat yang bersedia berdebat dengan pembangkang dalam soal dasar dan polisi Kerajaan di hadapan khalayak umum. Kesediaan debat antara Gorden Brown dan David Cameron di Britian telah menyakinkan rakyat Britain tentang ketelusan dan keprihatinan Kerajaan Britain dalam menerima pandangan rakyat terutama pemimpin parti pembangkang. Debat itu disaksikan secara siaran langsung melalui televesyen Britain. Mereka tidak menimbulkan soal peribadi pihak pembangkang bagi menyekat mereka menegur kerajaan.

Kita juga menyaksikan Obama menyampaikan ucapan dasar polisi Amerika yang memberi peluang kepada pemberitadan tokoh profesional membahaskannya secara terbuka.

Ketika ditanya pandangan beliau tentang sebab penolakkan pemimpin UMNO terhadap cabaran-cabaran debat pemimpin Pakatan Rakyat, Hj Hamzah berkeyakinan pemimpin UMNO bimbang penyelewengan dan keborosan mereka mengurus harta negara dibongkarkan.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008