Saturday, February 20, 2016

BASYAR AL-HAFI YANG AMANAH

Suatu hari Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah dikunjungi seorang wanita yang ingin bertanya.

“lmam, saya adalah seorang perempuan yang sudah lama kematian suami. Saya ini sangat miskin, sehingga untuk membesarkan anak-anak saya, saya mengait benang di malam hari, sementara siang hari saya gunakan untuk mengurus anak-anak saya dan bekerja sebagai sebagai buruh kasar di kesempatan masa yg ada.

Karena saya tak mampu membeli lampu, maka pekerjaan mengait benang itu saya lakukan apabila  bulan terang.”

Imam Ahmad rahimahullah mendengar dengan serius percakapan perempuan tadi. Perasaannya tersentuh mendengar ceritanya yang menyayatkan hati.

Beliau yang memiliki kekayaan lagi dermawann sebenarnya telah tergerak hati untuk memberi bantuan sedekah kepada wanita itu, namun ia tangguhkan dahulu hasratnya karena ingin mendengar semua ucapan si ibu tadi.

Si ibu tadi meneruskan cerita katanya...“Pada suatu hari, ada satu rombongan kerajaan telah berkemah di depan rumah saya. Mereka menyalakan lampu yang jumlah yang amat banyak sehingga sinarnya terang benderang. Tanpa pengetahuan mereka, saya segera mengait benang dengan memanfaatkan cahaya lampu-lampu itu.

Tetapi setelah selesai saya sulam, saya bimbang, apakah hasilnya halal atau haram kalau saya jual?

Bolehkah saya makan dari hasil penjualan itu? Sebab, saya melakukan pekerjaan itu dengan diterangi lampu yang minyaknya dibeli dengan wang negara, dan tentu tanya adalah wang rakyat.”

Imam Ahmad rahimahullah terpesona dengan kemuliaan jiwa wanita itu. Ia begitu jujur, di tengah masyarakat yang rosak akhlaknya dan hanya memikirkan kesenangan sendiri, tanpa peduli halal haram lagi. Padahal jelas, wanita ini begitu miskin lagi fakir.

Maka dengan penuh rasa ingin tahu, Imam Ahmad rahimahullah bertanya, “Ibu, sebenarnya engkau ini siapa?”

Dengan suara serak karena penderitaannya yang berkepanjangan, wanita ini mengaku, “Saya ini adik perempuan Basyar Al-Hafi.”

Imam Ahmad rahimahullah makin terkejut.  Basyar Al-Hafi rahimahullah adalah Gabenor yang terkenal sangat adil dan dihormati rakyatnya semasa hidupnya. Rupanya, jawatannya yg tinggi tidak disalahgunakannya untuk kepentingan keluarga dan kerabatnya. Sehingga adik kandungnya sendiri pun hidup dalam keadaan miskin.

Dengan menghela nafas berat, Imam Ahmad rahimahullah berkata,
“Pada masa kini, ketika orang-orang sibuk mengumpul kekayaan dengan berbagai cara, bahkan dengan menyalahguna wang negara serta menyusahkan rakyat yang sudah miskin, ternyata masih ada wanita terhormat seperti engkau, lbu. Sungguh, sehelai rambut mu yang terurai dari belahan jilbab mu jauh lebih mulia jika dibanding dengan berlapis-lapis serban yang ku pakai dan berlembar-lembar jubah yang dikenakan para ulama.

Subhanallah, sungguh mulianya engkau, hasil sulaman itu engkau haramkan? Padahal bagi kami itu tidak apa-apa, sebab yang engkau lakukan itu tidak merugikan keuangan negara…”

Kemudian Imam Ahmad rahimahullah melanjutkan, “Ibu, izinkan aku memberi penghormatan untuk mu. Sila kan engkau meminta apa saja dari ku, bahkan sebagian besar harta ku, niscaya akan ku berikan kepada wanita semulia engkau…”.

Diriwayatkan dari Abu Bakr Ash-Shiddiq, dari Rasulullah, beliau bersabda:

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ جَسَدٌ غُذِيَ بِحَرَامٍ

“Tidak akan masuk ke dalam surga sebuah jasad yang diberi makan dengan yang haram.”

(Shahih Lighairihi, HR. Abu Ya’la, Al-Bazzar, Ath-Thabarani dalam kitab Al-Ausath dan Al-Baihaqi, dan sebagian sanadnya hasan. Shahih At-Targhib 2/150 no. 1730)

Thursday, December 24, 2015

KENANGAN LEBIH 20 TAHUN KEMBALI MENGAMIT

JELI- Setelah terpisah membawa haluan masing masing lebih daripada 20 tahun, peluang dapat bertemu dan bermesra kembali dengan rakan-rakan sekelas merupakan suatu saat yang sungguh manis dan amat berharga.


Reunion Maahad Al Sabirin  , Ayer Lanas Generasi Perintis 72-74  Siri II telah berjaya mengumpul lebih 150 orang ahli di Lapangan Rumah Idie di Kg Ayer Chanal dengan bertemakan "Kepala Tak Tutup..Sapo Ada Tanda?"  Telah berlangsung dengan jayanya.

Keluarga Besar Generasi Al Sabirin 72-74
Inilah Keluarga Besar Generasi 72-74 Al-Sabirin

Program yang bertujuan mengukuhkan kembali tali persahabatan dan mengembalikan nostalgia lama ini turut diselitkan dengan aktiviti sukaneka kanak-kanak, pertukaran hadiah, penyampaian sumbangan, taaruf semula dan jamuan. Segala perbelanjaan program ini dibiayai sepenuhnya oleh ahli Generasi Perintis samada yang dapat hadir atau tidak dapat menghadirkan diri.

                                                                Komitmen yang ditunjukkan oleh ahli Group Whatsap Generis Perintis Al Sabirin ini sungguh mantap. Ini berikutan kerinduan untuk berjumpa kembali dengan rakan rakan sekolah yang telah lama terpisah dan menceburi bidang yang pelbagai dalam kehidupan masing- masing.

Majlis juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Guru Disiplin Generasi Perintis, Cikgu Wan Ramli Wan Jusoh yang telah memilih bersara  awal kerana komitmen keluarga.

Sukaneka untuk anak anak
Bagi Nawawi Omar, 41 Tahun, seorang tukang jahit " saya amat teruja dengan kehadiran diluar jangka rakan rakan segenerasi ini , kita harapkan perjumpaan kali ini menjadi titik tolak untuk melakukan program yang lebih besar dan meriah pada masa yang akan datang".



Cikgu Wan Ramli Wan Jusoh menyempurnakan penyampaian hadiah
Sementara itu, Arini Ismail yang bertugas sebagai seorang guru di Gombak berkata " saya batalkan semua program saya di Gombak dan berkejar balik ke Kelantan semata-mata untuk berjumpa dengan rakan-rakan"..

Pataf Muketar melihat majlis ini dari sudut kesinambungan hubungan persahabatan akan menjadi lebih mantap dengan penglibatan suami isteri dan anak-anak.

Jamuan kasih sayang daripada ahli
" saya seronok melihat anak-anak kita dapat berkenalan antara satu sama lain walaupun mereka tidak pernah berjumpa sebelum ini, kita juga harapkan anak anak kita ini akan menyambung tali persahabatan kita" . Luah Pataf Muketar, seorang guru yang bertugas sudah 17 tahun di Sabah yang juga pengendali sukaneka untuk anak anak

"Saya ucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan- rakan yang sudimenjadikan rumah saya sebagai tempat perjumpaan dan saya bangga dengan semangat rakan rakan untuk bertemu muka serta sanggup menghulurkan pelbagai  sumbangan bagi menjayakan majlis ini. Saya juga terharu dengan pengorbanan rakan rakan yang sanggup ambil cuti dan balik demi sebuah persahabatan" ujur Zaidi Mustafa, yang juga bertugas di Sabah dengan nada sebak.

Ahli teras yang menghadirkan diri pada sesi II 2015

Wednesday, September 16, 2015

Sambutan Hari Raya PERAKAN Sandakan

Sambutan Hari Raya, Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia ( PERAKAN MALAYSIA) Cawangan Sandakan telah diadakan di Kota Kinabatangan. Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Ust Wan Roslan Wan Hamat dan Pengarah Pusat Kajian Strategik Kerajaan Kelantan, Dr Wan Nik Wan Yusof telah hadir mewakili Kerajaan Kelantan untuk menyantuni Anak anak Kelantan yang bermastautin di Sandakan, Kinabatangan, Beluran dan Telupid..

PERAKAN Malaysia telah diwakili oleh Timbalan Bendahari Agung, En Che Saipul. Hidangan nasi kerabu, laksa, tapai beras, cekmek molek dan bermacam kuih tradisi kelantan telah memeriahkan sambutan majlis hari raya kali ini.

PASTI kinabatangan telah menyediakan kemudahan untuk anak anak Kelantan bersaliturrahim..

 Dewan Darul Ulum pada dengan pengunjung

 Antara hidangan istimewa, campuran kelantan dan Sabah
Masak 3 rasa ikan merah dan ikan kerapu

 Ucapan Dr Wan Nik Wan Yusof
Kerja kerja penyediaan

Taukeh nasi kerabu

Menu tetap, daging pangang

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008