Sunday, May 3, 2009

Kerbau Dan Lembu Sambut Tuan

Segala persiapan sudah diatur oleh kami bagi menyambut kedatangan pemuda Islam seluruh Sabah ke Kinabatangan. Buat pertama kali dalam sejarah Sabah dan Kinabatangan menjadi tuan rumah kepada Himpunan Pemuda Islam Sabah. Dalam keadaan kami menyedari kekurangan dan keterbatasan kemampuan kami dalam menerima kunjungan ratusan pemuda Islam Sabah, kami tetap menyahut amanah pemuda Islam Sabah bagi memastikan dakwah Islamiah dan agenda mendaulatkan Islam berjalan lancar.

Kerbau Aqiqah dari Kota Kinabalu ke Tawau

Sudah hampir dua bulan lebih ahli jemaah berusaha menyediakan dan menyiapkan tempat dengan cara bergotong royong. Kekangan dan amanah kerja tidak menghalang kami untuk bergotong royong, kadang-kadang hingga lewat malam. Alhamdulillah, usaha sebegini dapat mengeratkan lagi semangat persaudaraan dan mendidik jiwa pengorbanan.
Guru Silat (Ust Termezi) mengetuai acara merebah Kerbau

Hari program sudah tiba. Kami menyempurnakan aqiqah sahabat-sahabat pemuda Islam dengan menyembelih seekor kerbau dan seekor lembu untuk lauk kepada semua tetamu.
Pasukan tukang masak sudah bersiap sedia untuk menghidangkan masakan ala Kinabatangani. Selamat datang dan selamat berbakti pemuda Islam Sabah

Anak Legeh Di Perantauan | Template by - Abdul Munir - 2008