Wednesday, September 9, 2009

Aku Kaya,,,,,,,,,, kalau benar??

Artikel ini kunukilkan hasil pengalaman peribadi yang sering dihidangkan dengan skim-skim,perniagaan-perniagaan dan bermacam-macam cadangan untuk menambah pendapatan. Kadang-kadang susah juga untuk memberi respon, takut kawan terasa hati. Maka, ku nukilkan untuk kalian sebuah Kisah benar........

Aku Kaya..... Kalau benar

Dalam payah lelah mencari senang
Nasihat,godaan dan pujukan aku terkenang
rezeki terbentang luas berenang-renang
menunggu aku yang masih gabra dipinang

Bukan susah, senang diatur
Pulangan Puluhan ribu, modah hanya beratus
Jutaan RM, kalau berani tak takut mampus
skim, saham bumiputera usaha bela status
Bangsa Melayu, Islam mesti dikasi bagus
Barulah...........

Aku Kaya ..... kalau benar...
Kelmarin Bank kirim cek RM3900.00
Ada kawan adikku sampai RM30,000.00
Duit Raya, bulan jatuh ke riba
kad kredit mahu dipotong segera
Biar benar....bank sudah tiada kerja
Duit diberi sebarang saja.....

Aku Kaya..... kalau benar
lemak manis suara dinda
dari Kuala Lumpur menelefon dia
jointventure Kementerian Asas Tani sudah sedia
ternak lintah, cacing dan tanam lada
modal diberi, asalkan jumpa dinda
Modal RM5,000 hasil RM20,000

Aduh!!! dinda.....
Kanda tiada tanah walaupun sekangkang kera
Kanda cikgu cabuk tidak pandai berniaga
ehh... ehhh... darimana dapat nombor telefon kanda?
Jabatan pertanian, survey dan memang itu minat kanda!!
serius dan yakin jawapan dikemuka

Aku kaya.... kalau benar...
membeli RM36 refund RM2 sebulan
sepanjang hayat ianya berjalan
besar lagi pembelian, meningkat lagi pendapatan
sekadar membeli sambil makan
10% kos iklan diberi kepada pelangan
Cuma..teruskan cari orang pujuk kawan
Bila ditanya, mana barang?
Syarikat sekarang menumpu kepada iklan
Banyak bersabar Tuhan sayang

Aku Kaya..... kalau benar...
WANG PERCUMA, cukup dengan tandatangan
Semuanya diatur, kita hanya tadah tangan
RM31,000 sumber RM40,000 pinjaman
RM3,000 kos pengurusan danRM6,000 modal pelaburan
Bank di Singapura besar keuntungan
cukup menampung bayaran bulan-bulan

Aku Kaya.... Kalau benar
7 kali simkadku kena cabutan
tawaran hadiah bukan alang-alang
masukan dulu wang dalam buku simpanan
hadiah lumayan menyusul kemudian
Cuma tinbul pula persoalan
Bila pula aku masuk peraduan??


Aku Kaya.... kalau benar,
kalau dari dulu aku menderma
akaun berantai dari penama ke penama
alasan membela bumiputera terainaya
pulangan hebat kepada penama pertama

Aku Kaya kalau benar
RM500 dipusing menjana RM50,000
Iklan tersebar di akhbar harian
dijaja dan dijadikan bukti kesahihan
ramai terpersona sebab promoternya kawan
kalau gagal pun, biasalah pelaburan
sekadar RM500, apalah nak disayang
kalau dapat menyesal tidak menyumbang
itulah anggapan

Aku juga Pelik,
Siswazah pendidikan tinggi juga terjebak
cagaran bank slip gaji berasak-asak
orang kampung bagaikan sudah mabuk
jual tanah dan terus jadi sibuk
rebah tersungkur, tidak juga serik

Kesian sungguh mangsa yang dicekik
tanpa rasa bersalah dosa melekik
merampas harta secara fasik
senyum manja berpura-pura baik
sasaran keluarga dan kawan yang rapit
andai ditolak dianggap lokek

Cukuplah.......
mencari halal ajaran nabi
mari berkerja hidup berdikari
bertimbang rasa terhadap tugas hakiki
maksimumkan halal kalau sudah bergaji
tepati janji keringkat dikerahi
biar sedikit asalkan diberkati
yakin percaya apa yang Allah janji
setiap yang lahir tersedia sudah rezeki
Tinggal berusaha...Fan tasirul fil ardi

Bagi yang membaca cetusan diri ini
Tiada berkenaan dengan yang hidup atau sudah mati
bukan niat mengherdik tetapi mengingati
kita manusia ada perasaan punyai hati
ketika lemah senang dipengaruhi
kekadang keras, ungkapan menyakiti hati
terimalah dengan redha juga buat diri sendiri
Salam ramadhan, mohon dosa diampuni
Dari Tuhan Rabbul Jalil Maha Mengasihani

Anak Legeh Di Perantauan | Template by - Abdul Munir - 2008