M Faqih |
KOTA BHARU, 19 Mac: Apabila disebut program Jom Heboh tentunya kita terbayang aksi artis lelaki dan perempuan terlonjat-lonjat di atas pentas. Namun, lain pula dengan Jom Heboh yang akan diadakan di sini pada 26 dan 27 Mac ini, tiada artis wanita ditampilkan pada konsert yang akan diadakan. Sebaliknya konsert itu pada malam 27 Mac hanya menampilkan artis lelaki termasuk Jay Jay, Jamal Abdillah, Kumpulan Raihan dan Megat Nordin. Selain itu, difahamkan tiada siaran langsung dibuat bagi konsert berkenaan seperti dilakukan TV3 di negeri-negeri lain sebelum ini. Kelainan juga dapat disaksikan apabila tempat duduk di antara lelaki dan wanita diasingkan pada persembahan konsert terbabit. Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Nasruddin Mahmud Muhaidin berkata, pihak penganjur telah memberi jaminan akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan kerajaan negeri. “Mereka bersetuju untuk mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998 yang dikuatkuasa di negeri ini. “Datuk Takiyuddin Hassan sebagai anggota Exco yang bertanggungjawab memberi penekanan mengenai perkara itu pada mesyuarat yang diadakan sebelum ini,” katanya. Karnival Jom Heboh TV3 sebelum ini lebih dikenali sebagai Sure Heboh diadakan di seluruh negara kecuali Kelantan. Bagaimanapun, TV9 pernah menganjurkan program Sua Rasa dan Perkampungan Hadhari di Kota Bharu sebelum ini tanpa melibatkan percanggahan dengan dasar kerajaan negeri. Program Jom Heboh akan diadakan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV dengan menampilkan pelbagai pameran dan aktiviti jabatan-jabatan kerajaan negeri dan agensinya. Nasruddin juga berkata, sebuah khemah besar yang dinamakan sebgai Kota Ilmu disediakan pihak penganjur untuk dijadikan tempat solat dan pameran program Jejak Rasul. “Dijangka Pemangku Raja akan hadir pada program al Kuliyyah yang akan disiarkan secara langsung pada petang 26 Mac yang bakal diadakan di khemah tersebut. “Selain itu Menteri Besar dan anggota-anggota Exco dijemput untuk mengisi program Talk Show,” katanya. Program dua itu bermula dari jam 9 pagi hingga 12 malam. Beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang akan terbabit dalam pameran dan aktiviti interaktif iaitu Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Urusetia Pembangunan Ihsan, Belia, Sukan dan NGO, Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan. Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Pusat Penerangan Pelancongan. |
IKLAN
Media Alternatif
Tetamuku Sahabatku
Rakan Blogger
-
-
BERPINDAH SEKOLAH TEMPAT BERKHIDMAT2 months ago
-
ZIARAH DAN KHUTBAH DI PULAU GAYA7 years ago
-
-
Saginaw Michigan Foreclosure10 years ago
-
Perang Huruf di Kelantan12 years ago
-
-
Terima Kasih UMNO BN12 years ago
-
Catatan12 years ago
-
-
-
KEWUJUDAN DAJJAL14 years ago
-
EPISOD TAZKIRAH FASA TERAKHIR RAMADHAN14 years ago
Blog Pilihan
Harakah Islamiyyah
Tunas Harapan Ummah
-
Bilik Sewa Melaka6 months ago
-
Rindu.....10 years ago
-
Perancangan10 years ago
-
-
-
Pelbagai Rujukan
Popular Posts
-
Jodoh, rezeki dan maut adalah ketentuan Allah yang Azali. Kita berusaha untuk mendapatkan yang terbaik, namun dalamm masa yang sama, kita me...
-
Kecekapan kita menggunakan keyboard komputer akan mempercepatkan urusan di komputer. Oleh itu, menguasai tombol komputer amatlah penting. ...
-
Ponarama Kg menggaris, Batu Puteh,Kinabatangan dari kejauhan menuju ke Lahad Datu Jalan menuju ke Feri dan perumahan penduduk ...
-
Bahagian Lelaki 1. Keutuhan Aqidah Tonggak Insan berkualiti 2. Keikhlasan beribadat pemangkin jatidiri umat 3. ...
-
Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifa...
-
Menurut Ust Sharhan Shafie, busut di bawah rumah merupakan tempat yang tidak baik bagi kita kerana menjadi tempat persinggahan jin. Tapak ru...
-
Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam. Imam Syafie - Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghad...
-
Resipi 1. Daging 2. Tulang 3. Kacang Tanah 4. Bawang Merah & bawang Putih 5. Halia 6. Lengkuas 7. Serai 8. Rempah Sup 4 Sekawan 9. Nasi ...
-
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas Ka...
-
Hanya Islam yang syumul yang merangkumi doktrin politik Islam sahaja yang digeruni dan dihormati oleh musuh Islam. Demikian ditegaskan oleh ...
Kategori Berita
Cantikkan Blog
Tuesday, March 23, 2010
Jom Heboh di Kelantan ada kelainan
Labels: Berita
HARGA KERETA NCD
Prepaid Murah
Kalender Islam

RUTIN HARIAN
Blog Archive
-
▼
2010
(77)
-
▼
March
(11)
- Minyak Sabah Untuk Siapa?
- Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Anak Tiri Peniag...
- Jom Heboh di Kelantan ada kelainan
- Takaful Ikhlas sasar premium RM625 juta
- Saiz Keluarga Rasulullah dan Para Sahabat
- Layakkah Perogol Di Hukum
- Cara Buang Busut
- Tanggungjawab Guru Cemerlang
- Kita Kehilangan Syeikh Mohamed Sayed Tantawi
- Gejala Keluar Parti
- Sambutan Mauliddur Rasul Di kalangan Masyarakat Bu...
-
▼
March
(11)
BICARAMU
Al-Quran Penyejuk Jiwa
Penawar Qalbu

Aku Dan Isteriku
"Aku memiliki dua isteri,isteriku yg pertama adalah DAKWAH,isteriku yg kedua adalah isteriku sekarang.Jika bertembung antara keduanya,akan aku utamakan isteriku yg pertama"(Syeikh Mustafa Masyur)