Wednesday, October 27, 2010

Undi Protes di Batu Sapi

Barisan Nasional dilihat lebih ke hadapan dalam menggerakkan jentera pilihanrayanya bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi melalui calon PBS pada pilihanraya ke 12 lalu. Bendera, sepanduk, bantuan, program-program yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan dan juga kementerian juga begitu rancak sekali. Menteri-menteri pusat keluar masuk kampung.


Jika dilihat daripada serangan yang bertali arus Bn ini, seolah-olah peluang PKR dan SAPP sudah kalah sebelum bertarung. Kalah roma. Namun harus diingat, PRK ini tidak menjanjikan laluan semudah itu. Pengundi akan mendapat maklumat yang lebih banyak jika dibandingkan pilihanraya umum sebelum ini. Apatah lagi dua siri pilihan raya sebelum ini mendiang Edmund menang tanpa bertanding dengan parti politik.

Kedegilan BN untuk mengekalkan calon PBS yang bukan bumiputera Islam di kawasan majoriti Islam bagaikan tidak menghormati keperluan penduduk Islam di Batu Sapi yang berjumlah 15,099 atau 59.02 peratus. Dua penggal berturut-turut mereka dinafikan hak. Faktor ini memungkinkan ahli UMNO akan mengundi PKR yang menampilkan calon bumiputera Islam, Ansari Abdullah.

Seorang pengundi dari Segaliud bertekad akan mengundi Pakatan Rakyat dan akan memastikan BN kalah pada kali ini. " Kita tidak mahu BN terus besar kepala sehingga pandangan kita orang Islam tidak diambilkira". Selain daripada itu, beliau juga hairan kenapa balu mendiang dipilih sebagai calon sedangkan semasa suaminya hidup, bukan dia ambil tahu sangat tentang nasib pengundi bumiputera Islam Segaliud.

Ketidakadilan pemimpin politik tempatan dalam mengagih bantuan dan saguhati yang ditabur pemimpin Pusat juga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pengundi. Mereka lebih mengutamakan ahli keluarga dan mereka yang rapat dengan mereka sahaja. Keluh seorang pengundi dengan penuh kesal.

Sementara itu, Ketua Cabang PKR Kinabatangan,Mustapa Datu Tambuyong cukup yakin dengan sikap pengundi Batu Sapi yang rata-rata beliau temui, berazam dan berjanji untuk memberi pengajaran kepada Bn.

Kempen senyap menjadi senjata ampuh PKR bagi menawan hati pengundi dan meraih simpati mereka untuk mengundi calon PKR Ansari Abdullah.

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008