Batu Sapi tidak sepi lagi
Setelah sekian lama meniti hari
Terjeruk dipenjuru kini diperhati
Bukan sekadar insane marhain PTI
Malah inderadewa berstatus menteri
[gambar: sekadar hiasan]
Batu Sapi tidak sepi lagi
Hembus nafas lega warga pertiwi
taraf anak emas bukan lagi anak tiri
segala-galanya bermula selepas tragedy
insan harapan mati angkara motor kuasa tinggi
berduyung manusia datang menabur budi
cuba tonjol merekalah pejuang sejati
tidak sanggup rakyat susah biarpun seinci
Tangki air, zink,pam racun dan bermacam lagi diberi
Jalan rosak terus diperbaiki
Jeti lama, jatuhkan bakal YB
Bukan sekali hingga 2 kali, marhain, apa lagi?
Terbela sudah penduduk Batu Sapi?
Itulah rahmat bila wakil rakyat mati
Takut kalah rosak masa depan parti
Batu Sapi tidak sepi lagi
Ada pertarungan antara parti
Ingat !jangan sedap hati
Ini peluang penduduk Batu Sapi tonjol diri
Menghukum pemimpin yang busuk hati
Muncul hanya ketika perlu undi
Menang nanti, di KK mereka bercuti
Pembangunan dijanji bakal tumbuh daki
Ambillah semua apa yang diberi
Anggaplah itu Allah bagi rezeki
Undi tetap hak perbadi
Menunaikan hak warga demokrasi
Ayuhlah keluar mengundi pengundi Batu Sapi
Mengundi untuk perubahan… mengukuh jatidiri
- warga Batu Sapi sepi....