Monday, January 31, 2011

Hadiah Kemenangan dan Keyakinan Rakyat

Baru sehari PRK DUN Tenang melabuh tirai dengan kemenangan kepada Calon BN Mohd Azhar Ibrahim dengan peningkatan undi majoriti 3707 mengalahkan calon PAS, Normala Sudirman membuktikan sokongan dan keyakinan rakyat kepada BN kembali meningkat.

Dengan kepercayaan dan mandat rakyat yang
begitu besar, Kerajaan BN seperti berhak menaikkan harga minyak. Pada akhir tahun lalu, ketika sedang rancak berlangsungnya PRK Batu Sapi dan DUN Galas, harga Ron 97 juga dinaikkan. Pengundi Batu Sapi dan DUN Galas tetap memberi kemenangan kepada BN.

Begitu juga, tahun baru 2011 baru sahaja mahu masuk kebulan ke 2. Harga minyak sudah dua kali naik.Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen berkuatkuasa malam tadi. Dengan kenaikan ini, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya). Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97.

Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini.
Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa.

Kenaikan harga minyak ini turut melibatkan kenaikan harga barang sekalipun harga minyak RON 95 belum dinaikkan. Pengguna beralih menggunakan RON 95 tetapi sedarkah kita?

"Kajian kilometer ini dijalankan terhadap produa Viva elit (1000 cc). Hasil kajian beliau menunjukkan RM 20 minyak petrol RON97 boleh membawa kenderaannya sejauh 197 km (harga lama). Manakala RM30 minyak RON95 boleh membawa keretanya sejauh 220 km. Mari kita analisis data ini.

RON97 RM 20 = 197 km bermakna setiap RM1 = 197 km / 20 = 9.85 Km
RON 95 RM 30 = 220 km bermakna setiap RM1 = 220 km/ 3o = 7.33 Km

Ini bermakna dengan membeli minyak RON97 sebanyak RM1, kereta anda boleh pergi sejauh 9.85 km sedangkan minyak RON95 yang kononnya murah sebenarnya lebih mahal kerana setiap RM1 RON95 hanya boleh membawa anda sejauh 7.33 Km.


RM1 RON97 = 9.85 km
RM1 RON95 = 7.33 km

Maka untuk setiap Rm 1 duit anda membeli RON95, anda sebenarnya kerugian sebanyak 9.85km-7.33km = 2. 52 km. Maka lebih baik anda membeli RON97.

Persoalan di sini, untuk apakah kerajaan memberikan peruntukan subsidi kepada minyak RON95 tetapi di dalam masa yang sama merugikan rakyat sendiri? Mungkinkah harga RON97 akan terus meningkat sehingga ke tahap sama nilainya dengan RON95 dari segi kilometer?

Anak Legeh Di Perantauan Sudah Kembali | Template by - Abdul Munir - 2008