Friday, February 11, 2011

Bekas MP Jeli bebas tuduhan palsukan dokumen

Bekas ahli parlimen Jeli, Mohd Apandi Mohamad, 50, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini daripada 13 tuduhan memalsukan dokumen berkaitan sewa hotel, sembilan tahun lalu.

Hakim Nasir Nordin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohamed Apandi, 51.

mohd apandi mohammadMohamed Apandi didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Bagi setiap tuduhan, beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara 11 Feb 2002 dan 23 Julai 2003 di Cawangan Kewangan, Pejabat Parlimen Malaysia, Jalan Parlimen di Kuala Lumpur.

Bekas ahli parlimen PAS itu didakwa memberikan butiran-butiran palsu berhubung tuntutan sewa Hotel Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan, Kota Baharu pada kadar RM230 semalam antara 5 Jan 2002 dan 30 Jun 2003 yang semuanya berjumlah RM31,050.

Pihak pendakwaan mengemukakan seramai 37 saksi sepanjang prosiding itu.

Beliau yang diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed, didakwa melakukan kesalahan itu di Cawangan Kewangan, Pejabat Parlimen Malaysia, Jalan Parlimen di Kuala Lumpur antara 11 Feb 2002 dan 23 Julai 2003.

Dia didakwa mengikut Seksyen 11 (C) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum menurut Seksyen 16 akta sama, yang boleh dikenakan hukuman penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

- Bernama

Anak Legeh Di Perantauan | Template by - Abdul Munir - 2008