Luahanku ini khas buat Sasterawan Negara A.Samad Said. Hanya ini sahaja bahasa yang mampu kuungkap buat sasterawan umat ini. Sekalipun tidak seindah dan sebisa bahasa A.Samad Said... Ia sekadar kalungan penghargaan dariku..
Malunya aku pada orang tua ini,
Dulunya,
menggegar angkasaraya dengan bait-bait puisi
bahasa indah menikam perasaan
buat insan-insan yang celik seni
puisimu dihadam teks sukatan
jadi peringatan generasi mendatang
Malunya aku pada orang tua ini
mendakap tubuh mengunjung sunyi
bimbang ke medan
akur keluhan sang penguasa
yang selesa dengan kuasa
yang diwarisi dari makbapa mereka
malunya aku pada orang tua ini
sasterawan rakyat yang turut merasa denyut jantung marhain
basah disimbah asid puaka
lantaran bangkit mendaulatkan bahasa
yang dicabul pengejar permata
Malunya aku pada orang tua ini
puisi-puisi indahnya menerjah badai
menjadi racun berbisa membelah penyeksa
memimpin tunas mata
melurus kaedah dapat kuasa
demokrasi adil taruhan jiwa
biar tua, sakit, badan terseksa
mara.. dan mara
water canon sudah biasa
bagi pejuang bahasa mujahid nusa
Aku terharu, aku kagum dan aku bangga
orang tua pangkat selesa
mengharung sisa masa
demi keadilan cita nusa
Ayuh kita generasi muda
Pak Samad Said idola kita
tajam pena, menikam bahasa
ringan jasad pengayuh anak muda
Luahan Rasaku
9 Julai...