Sunday, August 28, 2011

Mat Sabu Menokah Arus

Orang lapar dihidangkan nasi dagang. Itulah perumpamaan yang boleh kita buat terhadap serangan yang bertalu-talu kepada Mat Sabu berhubung isu pengiktirafan kepada komunis. Berbagai ulasan diberikan kepada kenyataan Hj Muhamad Sabu yang penulis lihat cuba menokah arus sejarah yang telah dialunkan sekian lama dan sudah menjadi sebati dalam masyarakat Malaysia yang memahami sejarah kemerdekaan.


Penulis juga semacam bersetuju dengan pandangan Mat Sabu seperti yang dituduh oleh UMNO dan Utusan Malaysia. Penulis yang agak naif sejarah ini sering tertanya-tanya beberapa fakta sejarah yang penulis keliru :-

1. Pemimpin UMNO adalah pegawai dan begitu rapat dengan Inggeris yang menjajah negara kita, kenapa kita anggap mereka pejuang kita?

2. Awal merintis kemerdekaan terdiri dari puak kononnya berhaluan kiri seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestaman dikejar Inggeris tetapi mana pemimpin UMNO yang ditahan dan dihukum oleh Inggeris?

3. Mereka seperti Ibrahim Yaakob dan Syamsiah Fakeh yang berjuang melalui Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) menentang penjajah terpaksa keluar negara untuk menyelamatkan diri. Syamsiah Fakeh yang Fakeh agamanya dipalit dengan tuduhan Komunis. Sejauhmana kebenaran dan kewajarannya?

4. Kemerdekaan Tanah Melayu dimerdekakan dengan hanya rundingan, sedang Indonesia terpaksa melalui pertumpahan darah. Persoalan sekarang, apakah isi rundingan yang hebat sangat sehingga Inggeris begitu mudah menyerahkan kemerdekaan Tanah Melayu. Apakah pemimpin Indonesia yang dipimpin Sukarno tidak cukup bijak untuk memerdekakan tanah air mereka secara rundingan dengan Belanda?

5. Penulis tidak jelas, sumbangan awal perundingan kemerdekaan dalam perjuangan menentang penjajahan. Bukankah mereka dididik oleh Inggeris di negara mereka?

6. Kalau UMNO sebagaio parti ulung orang Melayu bukan parti yang berimejkan penjajah, kenapa parti itu sampai sekarang masih mengekalkan nama Inggerisnya?

Penulis tidak berniat mempertikaikan fakta sejarah tetapi perkara itu adalah antara keraguan penulis tentang sejarah yang dihidangkan kepada kita. Ianya memperlihatkan UMNO sebagai hero kemerdekaan dan meletakkan tokoh-tokoh awal kemerdekaan seperti kurang nilainya sedangkan mereka terpaksa melalui penderitaan yang perit. Jauh lebih perit dari pemimpin UMNO yang umpama berak di atas pusu..

Anak Legeh Di Perantauan | Template by - Abdul Munir - 2008