![]() |
Ir Hamdzah |
"Kita lihat selepas kehilangan Al marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan, berlaku ketidakseragaman pemikiran dikalangan rakyat Kelantan. ILMUAN mesti memainkan peranan mereka bagi menyatukan dan memperkasakan pemikiran umat Islam khususnya rakyat Kelantan" . Kata Hamdzah, Presiden PERAKAN Malaysia ketika menyampaikan ucapan alu alauan dalam majlis perasmian Konvensyen Ilmuan, Perakan Malaysia di sini.
Ilmuan yang merupakan sayap terbaru Perakan Malaysia buat pertama kalinya mengadakan Konvensyen di Hotel Putra melibatkan wakil Ilmuan Perakan Malaysia di cawangan seluruh negara termasuk daripada Sabah dan Sarawak. Konvensyen yang dirasmikan oleh Exco Kerajaan Kelantan, Dato Nasaruddin Daud.
![]() |
Hj Mat Arifin |
Sebelum itu, Ilmuan turut didedahkan tentang susur galur penubuhan dan pengurusan PERAKAN Malaysia oleh pengasas PERAKAN Malaysia Hj Mat Arifin Ismail yang juga Bendahari Agung PERAKAN Malaysia.