KETIKA umat Islam diserang tentera Tatar, hampir seluruh Wilayah Islam dijajah. Antara yang terawal adalah Wilayah Khurasan yang berjiran dengan Mongol.
Pada satu peringkat di Khurasan, Tatar tidak berdaya menghadapi umat Islam di Kota Bukhara. Lalu pemimpinnya Genghis Khan menulis surat kepada umat Islam:
"Sesiapa yang menyerahkan senjatanya dan menyertai tentera Tatar, mereka akan selamat. Namun barangsiapa yang enggan, mereka pasti akan menerima penyesalan."
Surat tersebut menyebabkan umat Islam yang sedang terancam itu berpecah kepada dua pihak. Pihak pertama menolak keras tawaran Genghis Khan dengan berkata:
"Seandainya mereka mampu memerangi kita, tak mungkin mereka menawarkan sedemikian. Ini menandakan peluang kita cerah. Teruskan perjuangan, pasti kita akan beroleh salah satu antara dua kebaikan; menang ke atas mereka atau syahid penuh bahagia!"
Namun pihak kedua cenderung untuk menerima tawaran tersebut. Mereka berkata:
"Wajarkah kita sengaja menumpahkan darah sendiri, dalam keadaan kita tahu bahawa kita tidak akan mampu menentang mereka? Tidakkah kalian lihat bilangan dan kelengkapan mereka?"
Genghis Khan terus mengambil peluang dari pertelingkahan ini. Dia mengutus surat berikutnya khusus kepada pihak kedua yang sanggup menerima tawaran. Dalam surat tersebut, dia berjanji akan memberikan tampuk kekuasaan Bukhara kepada pihak tersebut dengan syarat mereka menumpaskan pihak pertama.
Tawaran itu menyebabkan pihak kedua rambang mata. Terus mereka menyahutnya tanpa rasa bersalah. Sanggup mereka memerangi saudara sendiri bagi pihak Tatar.
Pertempuran pun berlangsung. Akhirnya tumpaslah pihak yang teguh mempertahankan prinsip di tangan pihak yang menjual agama dengan habuan dunia.
Apa yang menyedihkan, pihak yang menerima tawaran Tatar itu tidak dianugerahkan apa yang dijanjikan. Sebaliknya senjata mereka dirampas, mereka ditangkap dan diarahkan supaya disembelih kesemuanya.
Genghis Khan mengungkap satu kata-kata yang sangat masyhur:
"Kalaulah mereka boleh dipercayai, mustahil mereka sanggup memerangi saudara sendiri demi kita. Padahal kita orang asing bagi mereka..!"
10 pengajaran dari cerita di atas:
1. Taktik pecah dan perintah, strategi ampuh menghadapi Islam zaman berzaman.
2. Aqidah perjuangan yang lemah punca tidak yakin dengan janji kemenangan dari tuhan.
3. Habuan takhta dan harta mudah menggugat keikhlasan perjuangan.
4. Pabila dunia menguasai diri, saudara sendiri pun sanggup dikhianati.
5. Mempercayai bulat-bulat kata-kata musuh adalah kebodohan yang membinasakan.
6. Islam tidak kalah kerana agama ini. Sebaliknya kalah kerana penyelewengan orang Islam sendiri.
7. Dedak musuh itu beracun. Dan racunnya mampu membunuh jamaah.
8. Pengkhianat tidak akan bahagia. Nikmat mereka hanya sementara.
9. Pentingnya untuk berpegang kepada prinsip. Walau menyusahkan (tampak syadid), ia perisai pertahanan yang utuh!
10. Tidak ada kerjasama dengan bukan Islam dalam menentang sesama Islam.
Tiga kata-kata hikmah yang perlu diambil iktibar:
1. ما أشبه اليوم بالأمس
"Alangkah samanya hari ini dengan semalam."
2. لا تقتلوا أسودكم فتأكلكم كلاب عدوكم
"Jangan kamu bunuh singa di kalanganmu, nescaya kamu akan dimakan oleh anjing di kalangan musuhmu."
3. من لا يتعلم التاريخ يعلمه التاريخ
"Barangsiapa tidak belajar dari sejarah, maka sejarah akan mengajarkannya kembali".
IKLAN

Hubungi Agen Takaful Ikhlas Anda untuk Takaful Keluarga dan Takaful Am.Bersedia memperbaharui insuran kenderaan anda. Untuk perlindungan hubungi Ust Zaidi Mustafa (019-5850151). Bersama kita tegakkan muamalat Islam


Media Alternatif

Rakan Blogger
-
-
صلاة عصر ليم رکعة2 months ago
-
Kisah pelik hari ini5 months ago
-
-
Beagles In Michigan4 years ago
-
Perang Huruf di Kelantan6 years ago
-
-
Terima Kasih UMNO BN6 years ago
-
Catatan6 years ago
-
-
-
KEWUJUDAN DAJJAL8 years ago
-
EPISOD TAZKIRAH FASA TERAKHIR RAMADHAN9 years ago

Blog Pilihan
Harakah Islamiyyah
Tunas Harapan Ummah
-
Waafa Najlaa 6 Tahun!2 months ago
-
Rindu.....4 years ago
-
Perancangan4 years ago
-
-
-

Popular Posts
-
Jodoh, rezeki dan maut adalah ketentuan Allah yang Azali. Kita berusaha untuk mendapatkan yang terbaik, namun dalamm masa yang sama, kita me...
-
Ponarama Kg menggaris, Batu Puteh,Kinabatangan dari kejauhan menuju ke Lahad Datu Jalan menuju ke Feri dan perumahan penduduk ...
-
Kecekapan kita menggunakan keyboard komputer akan mempercepatkan urusan di komputer. Oleh itu, menguasai tombol komputer amatlah penting. ...
-
Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifa...
-
Bahagian Lelaki 1. Keutuhan Aqidah Tonggak Insan berkualiti 2. Keikhlasan beribadat pemangkin jatidiri umat 3. ...
-
Jalan Yang Ditempuh Oleh Ulama-Ulama Sebenar dalam menegakkan Agama Islam. Imam Syafie - Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghad...
-
Resipi 1. Daging 2. Tulang 3. Kacang Tanah 4. Bawang Merah & bawang Putih 5. Halia 6. Lengkuas 7. Serai 8. Rempah Sup 4 Sekawan 9. Nas...
-
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas K...
-
Sumber : Kekuatan doa seringkali dianggap remeh dan juga sering diletakkan sebagai pilihan terakhir adalah suatu kefahaman yang salah...
-
Tahniah dan bertuah, Ketua Menteri Sarawak yang sentiasa mendapat pasangan luar negara. Kami berjaya menjumpai gambar ...
